Blogger Templates

Followers

Wednesday, July 4, 2012

Pray for Baby Damia...

-Hi peeps.... Kat sini aku mintak tolong jasa baik kawan2 yang tengah surf blog aku, and baca entri ni untuk doakan this cute little Damia supaya cepat sembuh.... Now she was admitted @ Hospital Putrajaya sebab suddenly badan kejang and tak sedarkan diri.... Aku tak nak cerita panjang2 just tolong doakan untuk Damia ye... Please pray for her supaya cepat sembuh and aktif seperti biasa.
-For your information, this cute little Damia anak kepada Bro Faza (KVS)...... 

Damia, cepat sembuh princess.... Acik tau you are strong.... Kak Auni and Kak Auji tunggu Damia kat Taska....

Me and Yana with Damia few months ago time dia datang opis...

Current photo of Damia during admitted at ward.... Frens, please pray for her, and Damia, be strong dear....

Tuesday, July 3, 2012

LAwak Aku dan Kentang

-Ni ada 1 cerita lawak tapi best part, its real! and its about me...
-Al-kisah time aku kat Kelantan menghadiri majlis Arwah Mak Mertua aku, aku offer diri la buat apa yang patut.... Sekali akak ipar aku suh tolong amikkan pisau. Bila aku turun ke dapur, akak ipar aku yang lain kata xpayah la kupas bawang, kang mata aku pedih.. Dia suh kupas kentang...
-Then, dia kata amik isi air dulu kat bekas and taruk ais.... Aku dengan BODOHNYA isi air, and best part, aku bubuh kentang yang belum berkupas dalam bekas berisi air tuh.... Akak ipar aku kata "eh, kenapa rendam?"... AKu dengan bodohnya lagi kata "kan akak suh rendam"... "Rendam selepas kupas la dik oi".... Aku sendiri terus tergelak x hengat padahal time tuh majlis tahlil...
-Nampak sangat la aku bengap bab2 dapur.... NAk tolong, tapi makin nyusahkan orang.... Aku tanya mak aku, rupanya kentang yang da dikupas direndam dalam air supaya kaler dia x tukar kepada hitam...
Adoyai.... MALU SIYOTTTTTTTTT!!!!!!

Once upon a time...

-Once upon a time, aku pernah melalui pelbagai benda..... Dari zaman aku study sampailah aku kerja.  Dari zaman aku free hair, sampailah aku bertudung....
-Dulu, xpernah terlintas kat fikiran untuk bertudung... Berselendang ala  Dato' Siti Nurhaliza, menampakkan jambul sekadar menutup rambut di atas kepala...
-Melapor diri di Jabatan Penerangan sebagai pegawai penerangan pada tahun 2007 banyak bawa kenangan.. Aku berada di kelompok rakan2 batch yang sama borneo... Kenny, Sulia, Freda dan Vicky... Bukan sebab apa, kadang2 ada mulut kawan batch kami yang begitu lantang mengkritik cara pemakaian kami apa lagi rambut kami yang majoriti "kaler brown"....  Bila berada di kelompok borneo, secara langsung, kami punya sesama sendiri untuk backup each other whenever people attacking us...

gmbr lama: time ni aku sanggup beli selendang sebab kena masuk ke kampung PAS, Kelantan sewaktu masih bertugas di Komuniti BESTARI..
-Time tuh aku masih x sedar pegawai yang free hair akan 'diberi perhatian yang lebih'.. Aku plak masih terbawa2 personaliti sebagai pelajar journalism dan ex-reporter... Bila outstation, aku setia dengan seluar aku, shirt, boots dan beg sandang.. ooo, x lupa kamera aku and notepad aku....
-Aku x segan2 berlari ke sana sini untuk snap gambar yang menarik, sebab itulah aku.  Bukan untuk menarik perhatian sesiapa, jauh sekali untuk mempromosikan diri kepada pihak tertentu.  Tapi bagi aku, itu adalah tugas aku sebagai pegawai yang bertugas di unit KB ketika itu... Niat aku hanya untuk snap gambar dan dapatkan bahan yang menarik..
-Bila berkahwin, 3hari selepas bernikah, aku terus berazam untuk bertudung.. Kenapa? Untuk elakkan akaun suami aku terus menerus dimasuki duit kerap digunakan di neraka.. Bukan pound sterling, bukan yen, bukan dirham, tapi D.O.S.A.... Aku rasa bersalah kerana umur dah 26tahun baru terfikir nak bertudung. Kesiannya ayah aku yang terpaksa tanggung dosa aku selama ini....
-Bila beberapa tahun di penerangan, barulah 1 demi 1 cerita keluar. Rupanya budak borneo yang tidak bertudung ni menjadi perhatian.. Apa yang dibuat, mana aku pergi, semua diperhatikan... Aku cuma tau aku cuma la perempuan yang masih berkelakuan seperti tomboy, suka pakai jeans dan ranggi ketika keluar sana sini..  Cuma beza belajar dan bekerja, time bekerja aku sudah reti mengoles sedikit kaler ke muka aku, blow rambut supaya cantik dan perfumes pelbagai brand... Tapi niat untuk itu ini, SUMPAH langsung xda....
-Sekarang dah hampir 5tahun tudung berada di atas kepala bila aku keluar. Sampaikan bila di rumah mertua pun automatik akan pakai tudung kerana aurat masih haram ditayangkan dikalangan keluarga mertua KECUALI ayah mertua... 
-Aku masih belajar dan masih naif... Aku masih perlu banyak belajar dan kenal erti hidup.... 
-KAdang2 benda yang sama selalu bermain di pikiran aku... Semua manusia akan mati... AKU MATI DENGAN CARA BAGAIMANA?  adakah mati dengan cara yang dasyat, mati mengejut, mati secara tenang atau pun mati bla bla bla...... Nauzubillah.... Bila aku akan mati? Bila agaknya daun yang tertulis namaku akan gugur? Bila rohku akan ditarik oleh malaikat maut?


1000 words

Kisah Di Sebalik Gambar!
"Burning Monk – The Self-Immolation" - 1963

Info: Thich Quang Duc seorang sami Buddha dari Vietnam membakar dirinya hingga mati disebatang jalan yang sibuk di Saigon. Tindakan nekad itu diambilnya sebagai memprotes tindakan kerajaan Vietnam yang menganiaya sami-sami Buddha.
Beliau mahu Buddha diberikan hak yang sama seperti mana Katholik. Dalam masa yang sama beliau juga mahu sami Buddha dan rahib Katholik diberi hak untuk mengamalkan dan menyebarkan agama masing-masing. Tahukah anda, semasa tubuhnya dimamah api sami berkenaan langsung tidak menggerakkan badannya? Tubuhnya kekal dalam kedudukan begitu sehingga rentung.

Jurugambar: Malcolm Browne

-wujud-

1000 words

Kisah Di Sebalik Gambar!
"Lunch On Top OF a Skyscraper" - 1932

Info: Gambar ini dirakam ketika sekumpulan pekerja binaan yang bekerja membina bangunan GE di New York sedang berehat sambil makan tengahari diaras 69 bangunan yang sedang dibina itu. Mereka hanya duduk sambil berjuntai kaki tanpa memakai sebarang alat keselamatan diatas 'girder' yang tingginya adalah beratus-ratus kaki dari permukaan bumi.

Jurufoto: Charles C. Ebbets

-wujud-

1000 words

Kisah Di Sebalik Gambar!
"Omayra Sánchez" - 1985

Info: Nama kanak-kanak dalam gambar ini ialah Omayra Sanchez. Dia adalah salah seorang yang menjadi mangsa ketika letusan gunung berapi berlaku Nevado del Ruiz, Colombia yang mengorbankan 25,000 nyawa. Omayra telah terperangkap didalam air dan runtuhan sisa konkrit selama 3 hari. Dia meninggal dunia akibat gangren dan hipotermia tidak lama selepas gambar diatas dirakam. Kematian kanak-kanak tersebut mendedahkan tentang kegagalan pihak berkuasa Colombia untuk bertindak pantas menyelamatkan mangsa-mangsa dalam tregedi letusan gunung berapi tersebut.

Jurugambar: Frank Fournier.

-wujud-

1000 words

Kisah Di Sebalik Gambar!
"Fire on Marlborough Street" - 1975

Info: Akibat panik kerana rumah yang mereka diami terbakar, Diana Bryant mengambil tindakan nekad untuk terjun menyelamatkan diri bersama-sama anaknya yang masih kecil. Dia terbunuh dalam kejadian itu namun anaknya terselamat kerana berjaya disambut oleh anggota bomba yang berada dibawah bangunan berkenaan. Tragedi malang yang menimpa Diana Bryant telah menyebabkan prosuder serta kaedah menyelamat dan memadam kebakaran yang dipraktikkan ketika itu dikaji semula. Gambar ini turut mendapat anugerah Pulitzer.

Jurugambar: Stanley J. Forman

-wujud-

Kutu bila ZOOM


Inilah rupa sebenanr kutu selepas di zoom 100x...
-Secara ringkas, sebijik mcm langsuir........ Bikin takut oo...


-wujud-

I am Hepi!

-Thank you Allah SWT! Even kerja dah bertimbun, TAPI aku sangat hepi dan sangat nak senyum. Mungkin kerana hati dah makin tenang dan AA pula dah berada di taska bawah opis... 
-Buletin, sampul raya, buku malaysia, filing, and etc..... semua kena siapkan... Tapi kalau hati senang, semua x terasa stress, malah trasa masa cepat berlalu.... Jam 8 tup tup dah lunch.... Tup tup dah jam 5, time utk amik AA...



-Once again, thank u Allah for giving me this feeling.....








Monday, July 2, 2012

Jalan KEmbali Bohsia 2

-Selepas purchased Gerimis Mengundang kat ASTRO 1ST, filem kedua aku purchased ialah Jalan Kembali Bohsia 2... So far, lakonan si Syamsul Yusof ok.... Nabila pun ok.... Zizan pun still ok, Sofi Jikan lagi ok...
Watak KEting yang dibawa oleh Sofi Jikan sangat menjadi... Gila2, gila, jahat semua menjadi.....
-Just bahasa yang digunakan sangat ermmm over.... Over bukan apa.. Yelah, bahasa bohsia, mat rempit pelbagai, so kuar la ayat2 yang pada aku sangat kasar dan x bertapis.....


This scene for me quite real...

Lakonan NAbila time bercakap byk menjerit but oklah dia bawak sebagai Tasya...

Watak Keting ni kejam tp gila2 and gila.....

LArikan diri sbb time ni Tasya (Nabila) dah dijual oleh Keting kat mak ayam...

Amy (Salina) larikan diri dari konco Keting...

Bad and Jan awal babak...


VID: Auni Auji menari

-Ni video paling terbaru aku rasa yg ada dalam koleksi aku... Auni Auji syok melompat2 atas katil sambil tgk video kat ipad... Nasib si kecik tuh belum pandai melompat.. Kalau dua2 lompat, aku rasa roboh katil tuh....
Enjoy!

VID: Baby Auni borak

-Dah reti upload nie, ni aku upload video2 lama time Auni kecik2 dulu... Mcm nak nangis aku tgk balik video2 dia kecik.....
-Ni video ni xsilap aku umur Auni dah 3bulan rasanya sbb aku dah balik semula ke Putrajaya... Aku cuti bersalin dua bulan, then sambung lagi cuti tanpa gaji for another 2 months... Time ni kerap kena tinggal Mizi sbb dia outstation (dapat baby, kenalah rajin kuar outstation carik rezeki lebih)....
-By the way, harap korang enjoy dengan video personal pertama yang aku upload khas untuk blog aku nie......

VID: Gopal Boboiboy

-Ni plak peberet aku.... Bila Gopal nyanyi....

VID: Upin Ipin, Cerita Kami

Testing upload video dalam blog.. Btw, kalau berjaya, ni la antara yang Auni Auji suka tengok sampai aku sendiri dah hafal lagu nie....

"SAYA SUKA SAYA SUKA!! MEI MEI

1st Day ke Taska

-Aduh, sebak ja rasanya hantar AA ke taska bawah opis aku..... Sebabnya>? Auji menangis! Auni asek nak pegang kaki ayah dia..... Tapi for my own good, and for their own sake, terpaksa gak aku pergi keluar dari taska tuh dengan hati yang berat,...

Ni mula2 dorang jumpa jam... so teruja skit...

Auji beria2 gi sana sini...

Zarra dan Aireen....

Auni kat area makan...

Teruja dengan meja yang sesuai dengan dia...

Aireen dengan posing jari kat pipi.... and Zarra as usual, buat hal sendiri...

-Last2 bila Auji da meraung, x dapatlah aku nak snap... Yelah, xkan aku nak snap2 time dia meraung and ibu2 lain sibuk dok kehairanan tengok Auji... Malu aku! hehehehe... 
-But anyway, semoga Allah lindungi AA dan kawan2 AA kat taska tuh dari segala bahaya..... Aku dah terlalu banyak benda dah aku hadapi.... Xsanggup aku nak pikir lagi apatah lagi nak hadapi benda2 buruk mcm tuh....

Upin Ipin

"Pin, Pin"...
Itu bunyi kalau Auni nak tengok Upin Ipin.... And sekarang ni, dah pandai dah bukak UI guna ipad... Siap aku sendiri lepak dengan dia skali layan UI.....

See, rilek ja layan UI kat katil ayah ibu..... Sorang2 plak tuh..

Zoom in.... Tu ada Tok Dalang!!!!

Kereta ko hado?

-Ni bukan kereta aku, ni kereta member aku.. Tapi aku suka kereta dia... Tengoklah stereng dia... ada "tempat khas" simpan botol air... Tu shaker aku... Aku testing simpan kat situ.. dan terbukti ia muat!!!! 
"Janganlah jang.. malu aku".. tu yg dia kata kat aku..... aku kata, daripada kereta aku, tempat hon masih elok, tapi hon x bunyi pun xda guna.... dia ni tempat hon da tercabut, tapi hon masih ada function....

Sesuai letak shaker aku.... Kereta ko hado???

Persiapan ke TAska



-seriously, aku yang berdebar2 nak hantar dorang ke taska.... Kenapa? sebab dah setengah tahun AA dok dengan pengasuh dorang dan kat rumah tuh pun hanya dorang berdua.....
-ni masuk taska, sure2 la akan ramai budak kat sana, pengasuh sure xkan dpt fokus 100% kat dorang....
-tapi aku nak masukkan dorang kat sana juga sebabnya hanya bawah opis aku dan bagi dorang AA bersosial dengan budak2 lain.... biar x takut dgn budak2 lain nanti....
-So, ni la begnya semalam aku kemas.... mcm nak naik flight ja siap dengan tag nama buatan sendiri.... xperlu kuarkan bajet pelbagai.... semua hand-made... ahahahaha....
-1st day kan... jadi banyaklah beg... beg angkut susu, sabun semua.... kang esok2 mesti dah ringan da.. plus, auni auji sebilik.. so senang la aku bagi 1 beg ja.. xpayah nak asing2 dua beg.... senang skit kerja aku.... xpayah nak hangkut2 banyak beg esok.... hoyeh hoyeh..

Kupas Kuku


-Kata orang tua2, kat dapur jangan nyanyi.... Tapi dalam kes aku, aku x nyanyi.. Aku bercakap sorang2 konon2 berangan cam Nigella LAwson tuh.... Sekali, tengah syok kupas kentang sambil berborak depan video kamera yang x wujud, zaapppppp, pisau peeler tuh sedap kupas kuku aku....
-Hasilnya, aku potong kuku yang terkupas tuh and nampaklah isi kat dalamnya... Dan seharian aku takut kena air... Kena ja air, terus sakit berdenyut2 seolah2 ada jantung kedua di jari tuh,.... Padan muka aku!!!

Sheperd Pie?


-Last Saturday, gedik aku kembali lagi... This time aku try buat sheperd pie... Ala, ntah betul ke x nama tuh... aku belasah aja....
-Main ingredient kentang and daging ayam with mozarella cheese at the topping.....

-Rasa dia? Aku rasa mcm biasa, BUT my AA makan dengan begitu jayanya dan lebih membanggakan, Mizi makan 1setengah benda nie.... Dia kata sedap (aku rasa lapar kot).....
-Resepi?



Bahan2:

A
Kentang secukupnya untuk topping bawah dan atas. (buang kulit!)
Susu segar
Sedikit butter
air secukupnya untuk merebus


B
Daging ayam atau daging lembu (up to u)
Bawang puting( cincang halus)
bawang besar (cincang dadu)
sayur campur (peas, lobak, jagung)
cendawan butang (hiris halus)
minyak zaitun untuk menumis
black pepper
garam
skit serbuk kari (aku add on supaya ada rasa kari2)


Cara-Cara:

A
Panaskan air, dan rebus kentang sampai lembut....
Toskan dan tunggalkan sedikit ja air untuk lenyekkan sehingga hancur... masukkan butter and susu segar...  boleh juga masukkan kiub ayam skit kalau nak rasa lebih sedap....  bila da pekat, ketepikan....

B
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar... masukkan sayur campur dan daging ayam/lembu.... then, masukkan cendawan.... letaklah perisa iaitu black pepper, garam dan "secukup rasa" kalau mahu.... then masukkan sedikit serbuk kari...

***Amik aluminium foil, aku guna saiz kecil... Letak kentang yg da lenyek bahagian bawah... Ratakan then tengah2 letak isi ayam/lembu tadi..... then tutup semula guna kentang..... Then taburkan mozarella cheese... Rasanya kalau nak guna cheddar pun xda masalah....
-Bakar around 30-45min dengan suhu 150-180c... Kalau kat atas tuh dah tukar kaler coklat kekuningan and cheese da melted, bolehla makan dengan sos cili.....


Thursday, June 28, 2012

Safety Gate

-Mempunyai dua anak yang sedang membesar dan sangat aktif mewajibkan aku untuk ada safety gate... Entahlah kenapa dapur ni menjadi favourite budak2 padahal dapur antara tempat yang bahaya.. Dengan rice cooker, masakan panas, lesung batu, pinggan+gelas kaca, etc.... Sangat bahaya!
-Oleh itu, since Auji x lahir lagi me with my hubby pasang safety gate ke dapur.... Thanks to my sister, Kak Nonoi sudi dermakan safety gate nie......


Ni la safety gate ke dapur aku... Kalau aku tengah masak atau aku  buat kerja kat ruang lain, mmg wajib gate ni bertutup..... Tambah sekarang ni Auni kalau nampak gate ni terbukak, sure dia akan terus ke dapur bukak peti sejuk and amik Yakult....

View aku dari dapur... Kalau masak, aku jengah makesure dorang ada kat area depan TV tuh... Oklah gak,kan?
-Secara kesimpulannya, kepada yang ada anak kecik, pasanglah safety gate sebab bak kata pepatah, malang x berbau... Yang kita boleh hidu just bau sambal belacan, bau tumis2, bau durian, bau goreng2 ja.... Malang tuh mmg xda bau... 
-Dah banyak kes anak tarik wayar rice cooker @ cerek , and air panas atau nasi yang tengah menggelegak tersimbah ke badan dorang... Memang sah akan dapat kecacatan kekal (parut)..... 
-Safety gate mmg quite expensive sikit but x payahlah nak berkira esp tang keselamatan anak.... Gaji tuh tiap2 bulan masuk.. Anak plak, tiap2 bulan keluar ke? Ha, pikir2kan dan renung2kan... Selamat membeli....

**Kalau betul x mampu beli yang 1st hand, skrg ni dah banyak yang jual preloved atau 2nd hand... And aku mmg suka beli preloved sbb bukan yang dah rosak pun... Condition masih tip top and kadang2 nampak memang sangat baru....  ;-)

Alphabets paste with Carbonara Sauce...

27 Jun 2012, aku masak alphabets pasta with carbonara sauce... Aku add on few side ingredients dalam tuh such as isi ayam, and lobak selain bahan tetap, button mushroom.......
-Alhamdulillah dorang cam suka makan, so aku masaklah pagi nie..... And final touch tabur with Parmesan cheese... Ha, korang x gemuk, xtaulah ibu nak wat apa lagi,...

-Hari2 wajib bekalkan makanan, bekal air putih, Yakult and kudap2 (xkira biskut ke atau roti)...

Chocolate Peanut Butter Muffin n Penyaram!

-27 Jun 2012, aku buang tebiat sikit.... Aku wat chocolate peanut butter muffin and penyaram..... Kenapa? Ntahlah, sebab hati riang, jiwa hepi, mood baik, so, lets bake something!

its my CHOCOLATE PEANUT BUTTER MUFFIN resepi from google and my peberet PENYARAM...

Mr Zeb posing with the muffins...

Flash....

Again, Mr Zeb posing but this time with penyaram....

***nak resepi peanut butter muffin x? suppose dalam resepi asal guna Nutella, BUT aku xda benda tuh, so terpaksa ganti with chocolate peanut butter..... (guna apa yang ada laaa kan)...

Wednesday, June 27, 2012

Dont ever!!!!!!!

-Diciptakan seorang insan, yang suka berkata-kata umpama lebih kuah dari sudu.....
-Secara realitinya, selepas berlakunya 1 insiden tahun lepas, aku sudah tidak berminat untuk berborak, bertanya, menjawab, apalagi membuat kerja bersama insan ini...Jika aku bukak mulut pun hanya mengenai peribadi yang berkaitan tentang anak.... STOP.


-Kemudian, sampailah angin ke telingaku mengatakan bahawa si insan ni ada mentioned nama aku ala2 camnie:-
"ijang pun pernah bagitau yang dia boleh tolong buat".

-WTF! When did i said that to her? oppssss...... pecah dah 6% rahsia.... Serious shit...  Kalau aku pernah kata pun ayat tuh (tapi x pernah kata pun), bukan si insan yang sorang nie.... Why? Kerja dengan si insan ni hanyalah akan memberikan bad impact to me in the future.... Semua yang baik pergi ke dia.... Semua yang salah pergi ke aku dan rakan2 lain...... Yesssss......Itulah kejadiannya......
-Menolong orang yang tidak pernah reti ucapkan terima kasih, tidak pernah tau erti menghargai, tidak pernah tau dan tidak mahu amik tahu pengorbanan buat sesuatu, adalah satu langkah yang sangat silap! 
-And the main question, kenapa KO NAK JUAL NAMA AKU EVEN AKU X PERNAH KELUARKAN AYAT TUH? Kenapa ko x nak terus-terang ja yang ko sebenarnya nak aku bantu ko!  Wah wah wah, suddenly aku sedar, hmmm, mebi Allah bagi kelebihan+skill lebih dari dia.... But the popularity belongs to her... Aku xkisah pun pasal popularity sebab im hepi withmy life right now....
-But once again, im soooo pissed off bila ko jual nama aku, ko menipu orang gunakan nama aku.....Sungguh x bijak perangai ko wahai insan!!!!!!!
-Secara ringkas, nak aku tolong, aku xda masalah.... But jangan kata aku pernah kata something yang pada realitinya ia xpernah kuar dari mulut aku nie....... Trasa cam nak rembat ja kat mulut yang menipu tuh.....
Whatever it is, aku sanggup bekerja dgn org lain, but not with u... The past taught me lot of things, dan salah satunya, stay away from you!

Bye!

Perlukah berkokok? Perlukah perasan?

-Mata tengah juling tengok gambar2 kemerdekaan last year.... So, rehatkan mata dulu dengan updateblog aku.....

PERLUKAH BERKOKOK? PERLUKAH PERASAN?
-yup, itulah entri aku kali ni.... 
-kadang2 aku naik rimas bila jumpa sesetengah manusia yang suka berkokok di kawasan terbuka.... Berkokok? Yelah, macam ayam berkokok tu la...  "Cuckoooooocuckoooooo!"
-Maksudnya? Maksudnya, baru kerja sikit dah riuh sekampung.... (wooohoooo, kang kalau ada yg terasa, jadi isu la plak kang entri ni.. but aku x mention sesiapa kan?).... Plus,its happen everywhere, everyday..... Biasalah, manusia suka berkoko ni pada aku semestinya yang sukakan perhatian... They love attention... They want the focus is always on them! 
-Macam ada 1 hari ni, si A ni berdirihanya selang 3-4 langkah dari si B... Tapi si A bercakap seolah2 nak satu kawasan semenanjung ni tau yang di dah buat dis, dia da wat dat.... Sori, bahasa rojak....bila aku dah syok menulis, bahasa aku otomatik akan hancur lebur.....
-Ok sambung balik story the mory kita.... 
And then, 2nd thing, perasan.... Even hebat sangat in doing something, please dont ever perasan.... Tapi the reality x lahebat jugak sebab semua ciptaan Allah SWT ni mana pernah hebat.... Semua x sempurna.... Pasti ada kekurangan diri... So, ikutlah resmipadi, makin tua, makin berisi... eh, aku silap pepatah ke? Aiyo, xtayoooo......

sok sek sok sek kat blkg... tau x org lain pun akan sok sek sok sek kat blkg gak????


Kokoookoookoooookkkk.... Attention, today aku dah buat ini.... Today aku dah wat itu...... (bla bla bla, whatever!)





 -Haiyo..... Tapikan, xpayahlah nak amik pot manusia spesis cmnie.... Buang karan ja even sometimes its hurt our ear... And paling penting, dont ever leta single space for them to spot our weakness... yang si perasan akan mula kusyuk bersokseksoksek dan si 'ayam' akan mula berkokok untuk menarik perhatian orang lain... (korang faham ke?) Xpelah, as long aku sendiri faham aku tulis apa, dah kira worait la tuh...
-Ok, aku chiow dulu....





Char Kue Tiaw mari...

-26 Jun 2012, aku wat Char Kue Tiaw kerang untuk makan malam..... Ala, guna sos segera chr kue tiaw tu ja..... Tapi rasa kureng skit, cam xda pedas2 cili kering tuh....

Bahan2:
Kue Tiaw
Sos segera char kue tiaw
Udang segar
Isi kerang
Taugeh
Daun kuchai
Telur
Minyak
Sedikit bawang putih dicincang halus
Air putih (memanglah air putih, xkan air pink plak)


Cara Buat:
1.  Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai wangi.... Masukkan kerang dan udang... Api kena besar tau!
2.  Masukkan sos segera tuh, and then air (but not much),taugeh then kue tiaw, gaul cepat but xkasar supaya kue tiaw x hancur...
3.  Masukkan kuchai and ast sekali telur... terpulang nak bg ahncur ke atau x..tapi better hancur supaya kuah boleh jadi pekat skit... then terus angkat and hidangkan with cili jeruk...
**estimate masak xlama..... just 3-4minutes ja supaya kuah x kering....

Tuesday, June 26, 2012

My Sizzling Yee Mee

-Kan aku dah kata, lately sejak AA sembuh, aku mengada2 nak masak itu... Nak try itu ini... Sedap x sedap, jadi x jadi, belakang kira,...... Yang penting cuba dulu..... 
-Semalam, balik dari kerja, aku terus keluarkan ayam... Pasai aku nak try wat yee mee plak... Selama ni asek makan kat foodcourt, kebersihan pun x tau terjamin ke x... Kalau sayur dan telur, sah2 kita basuh bersih2 kan? (sejak bila plak aku amik pot pasal kedai makan bersih ke x?)
-Peberet yee mee aku so far mmg ramai dah sedia maklum kat Giant Seksyen 13, Shah Alam.... Dulu time belajar UiTM, mmg satu 'tanggungjawab' aku gi sana untuk makan dengan cili jeruk....
-Bila google2, rupanya benda ni senang ja..... Meh aku share resepi yang aku guna untuk wat yee mee aku... Tapi aku x la ikut sukatan2 kat resepi tuh.. Just sekadar ingat apa yang nak diguna, and main hantam ja taruk smpi dapat rasa yang aku rasa2 dah sama cm kat foodcourt tuh,....


my homemade yee mee with my homemade pickles.... nyummy....!
Bahan2:
-Yee Mee
-Ayam (potong saiz suka korg.. aku potong kecik skit)
-Cendawan shitake (rendam air panas dulu bg lembut and potong kecik)
-Sayur sawi (potong kecik2 utk taruk atas)
-Halia (potong kasar)
-Bawang putih (cincang halus)
-Kicap pekat
-Sos tiram
-Kicap manis
-Few biji cili kering (cuci) -ni aku tambah sendiri, xda dalam tenet sbb yee mee kat shah alam tuh ada benda ni...
-Sedikit garam
-Sedikit gula
-Black pepper (serbuk)
-Minyak untuk menumis
-Tepung jagung
-Air putih


Cara Buat:
1.  Panaskan sedikit minyak kat periuk...
2.  Masukkan bawang putih dan halia dan cili kering.... Tumis sampai wangi.
3.  Then, masukkan ayam.... Tumis sampai empuk....
4.  Masukkan air.. Ikut korang.. Nak kuah banyak, taruklah air banyak.... (aku taruk air banyak)
5.  Bila air dah menggelegak seketika, and agak2 ayam dah masak sepenuhnya, masukkan cendawan, sos tiram, kicap pekat dan kicap manis.... Then masukkan serbuk black pepper... aku xsuka pedas, so aku taruk black pepper skit ja...
Heres the twist, korang pepandailah adjust taruk 3bahan utama, sos tiram, kicap pekat dan kicap manis.. Aku memang main 3 benda ni ja... Then, masukkan garam dan gula...
6.  Bila korang dah puas hati dengan rasa,  taruklah tepung jagung sampai tahap mana korang nak pekat.. Kerana yang kat shah alam tuh agak pekat, so agak banyak gak aku taruk tepung jagung aku tuh...


Cara Hidang:
1.  Kalau ada hotplate, taruk hotplate atas api... Tapi aku xda benda tuh, so aku guna non-stick pan aku.... Aku taruk yee mee atas tuh and taburkan potongan sayur sawi..... Agak2 bila dah panas, aku tuangkan terus kuah atas tuh.... Kalau nak yee mee lembut, lama la skit atas api tp makesure api kecil.... Aku suka yee mee yang keras2 skit, so takat tuang kuah atas tu kejap and terus angkat... So, bolehlah makan dengan cili jeruk....


Cara Buat Cili Jeruk:
-beberapa potongan cili hijau (hiris ikut suka korang... potongan aku x tebal, x nipis... yang sedang2 aja ah dong!!)
-cuka
-gula
-air panas

1.  lepas potong cili, rendam dalam air panas utk 2-3 minit....
2.  sementara tuh, campurkan cuka, air panas dan gula sekaligus dalam 1 bekas... and masukkan cili2 ke dalam bekas tuh... tutup and biarkan la... after 8jam camtuh, bolehlah serve dengan yee mee....


Cara Makan:
-Nak jugak ke aku ajar cara makan??? Karook komedia sungguh demo nie...





Selamat mecuba!!!


***sori, dis time aku memang x ikut sukatan yang dibagi dalam resepi aku google tuh... Aku main agak ja sukatan yang perlu secara logic....




Monday, June 25, 2012

......

Now, allow me to rest..... Thanks for visiting my blog... muaahhsssss...

Gerimis Mengundang

-Almaklumlah anak2 kurang sihat, kena kuarantin plak dua minggu.... Bila anak dah pulih sikit, tidur pun nyenyak, tangan aku gatal pi purchased filem Gerimis Mengundang nie... Bukan pasal Kamal Adli, tapi pasal penggambaran movie ni kat KK, Sabah dan Jakarta....  Itu ja faktornya, ok selain nak tgk Felix AF berlakon.... ahaks....


kenapa aku x sedar ada movie ni kat pawagam????
-Plotnya simple.... Zamani, pilot helikopter yang bertugas di Sabah Air seorang yang pemarah dan baran.... Dia kenal dengan Mikha secara kebetulan di pantai, itupun si Mikha yg sedang main jetski hampir2 langgar Zamani yang tgk snokeling... Si Mikha datang jumpa Zamani untuk minta maaf tapi si Zam ni asyik marah2....Ooo, si Mikha ni kat KK sebab ayah dia ala2 Duta la di situ... Tu yg asek ulang-alik Sabah-Jakarta....
-Lama2 cinta makin berputik antara dorg berdua... But when Zamani luahkan perasaan dia kat Mikha, esok paginya, pecah rahsia si Mikha dah ada tunang nama Doni.... Doni datang ke KK untuk lawat Mikha selepas ayah Mikha meninggal dalam eksiden kat jalan tamparuli (menurut cerita laaa)..... Si Zamani apa lagi, mmg frust menonggeng, marah sbb rasa kena tipu....
-Kat Jakarta, Mikha terus terang kat Doni yang dia cintakan Zamani.... Rupanya Mikha dan Doni bertunang sejak kecil sebab hubungan hubungan keluarga dorang sangat rapat.  Doni sangat gentleman lepaskan Mikha pergi....
-Mikha kan anak orang kaya, so dengan sekelip mata ja dia terbang ke KK untuk luahkan perasaan sama Zamani.... Tapi x sempat jumpa sebab Zamani bawak helikopter hantar barang ke 1 kawasan..... Si Felix yg pegang watak Amry, rakan kerja Zamani tolong Mikha berkomunikasi dengan Zamani thru alat yg kapten slalu pakai kat telinga tuh....  Zamani kata tunggu dia balik bertugas....
-Tiba2 xsampai 3minit selepas perbualan off, dpt emergency signal dr Zamani.... Heli dia terhempas dan sempat kejap di bawak ke hospital.... Bila si Mikha terus terang semua, jari2 Zamani bergerak kejap sebelum meninggal dunia.....
watak zamani and mikha...
 -For me, ada benda yang x berapa logic la dalam filem nie.....Antaranya:
1.  Mikha tengah bersedih ayah dia meninggal.... Bila si Zamani sekali ja nasihatkan Mikha, esoknya dia boleh gelak2 mcm xda apa2 berlaku...
2./  Sebelum terhempas, Zamani ada bercakap dengan Amry selepas borak dgn Mikha thru alat telinga tuh...  then by that time ada scene tunjukkan cuaca gelap... But bila tgh helikopter tuh dah mula nak terhempas, cuaca cerah ja... and pening kepala kejap sbb kamera goyang2 kononnya nk bg gambaran helikopter tgh x stabil...
3.  Mak Mikha pulak tau la pegang watak mak... Tapi ada plak anak x balik ikut Zamani boleh kata "xbimbang sebab tau dengan zamani"..... haisy....

-Itu jerla... aku malas nak komen byk.... Tapi apa yang aku suka, watak Kamal Adli sebagai Zamani aku sangat suka!!!!!!!! And ensem!!!! Ok... chiow

Things i cant say NO!

-Meh aku share makanan yang aku TAK BOLEH KATA TIDAK..... huhuhuhu....

sizzling yee mee... favourite sepanjang zaman.... paling best kat Giant seksyen 13, shah alam... dulu study kat UiTM selalu pekena yee mee kat situ..... Makan dengan cili jeruk, perrrghhhh, boleh kecut anak mata aku.... sedapppp!!!

coto makasar.... the best in sandakan.... pun sedap dpt makan dengan sambalnya... berhingus2 tapi masih mau menghirup kuah.....  dapat makan perut, perrggghhh (perrrgghhh lagi), mmg power..... hanya boleh didapati di kedai makan subur yang ada di BDC atau Bandar Sandakan....
Tomyam.... Makanan Siam mmg the best! Hirup kuah sampai mengalir2 air mata sambil amik tisu lap hingus.... huk huk huk....
Cahr Kue Tiaw but not sembarangan punya ckt.... aku suka ckt yang kat taman sri rampai sentul... dulu time zaman bujang and masih xda anak, pas main futsal ja mesti lepak sana belasah ckt special....

baru ja masuk dlm list.... but sometimes boleh kata NO gak kot but the sambal tomato tuh yg buat nak makan.... adoi... kalau Yuni and Yanoor dorg boleh belasah sambal tomato yg pedas tuh sampai 3-4 bekas (cm bekas kecil dlm gmbr).... aku pulak takat 1 pun dah kuarkan bunyi "sssssss", tu bunyi tanda kepedasan la tuh...