-Its has been 5years working with Jabatan Penerangan Malaysia. But itu bukan isu utama. Isu utama ialah, AKU TERINGIN BALIK SEMULA KE SABAH... WHY? Sebab ibu ayah aku di Sandakan.... Umur dorang dah meningkat... Aku nak sangat dapat dekat dengan dorang semula.
-Kadang2 aku terpikir, kenapa aku pilih kerja ni sebagai sebahagian daripada hidup aku? Kerja with Govt memang menjanjikan kehidupan yang mudah di hari tua sebab ada pencen... But i miss my parent so much!
-Aku kadang2 terpaksa amik masa bersedirian untuk menerima hakikat bahawa kini hidup aku di sini, Putrajaya. Bukan Sandakan @ Sabah lagi....
-Aku x nafikan kadang2 hati aku meronta2 nak balik Sabah. Nak lepaskan jawatan yang dipikul sekarang ini semata2 untuk dekat dengan Ibu Ayah. Biarlah kerja semula sebagai reporter yang gajinya mungkin sikit tapi menjanjikan sedikit kepuasan untuk diri aku sebab dapat duduk serumah dengan mereka. Tapi aku tau Ayah PASTI akan cincang aku hidup2 tanpa sebarang ubat bius....
-Ibu dan Ayah,even Ijang sudah ndak boleh balik selalu, tapi kamu tetap di hati Ijang. Kalau ada jalan darat dari Semenanjung ke Sabah, Ijang pasti akan drive Savvy hitam ijang tuh balik ke Sandakan tiap2 minggu.....