Blogger Templates

Followers

Wednesday, February 8, 2012

Cuti panjang

-Hai semua..... Starting tomorrow til next week aku akan cuti sebab parents aku from Sabah datang sini... So, aku nak cuti and spend time dengan dorang... Yelah, aku nak balik Sabah sure time raya puasa jerr... So, dorang datang, better aku cuti.... Dapat bawak dorg kemana2 dorang nak gi...
-Ok.... Apa2 i'll see u paling awal lewat khamis depan... Muaahhhxxx... Tata!

Keguguran


-dalam Januari and Februari 2012, aku terima 3 berita yang menyedihkan... Tiga kawan yang kira dekat dengan aku keguguran... Semua anak pertama....
-Dua orang gugur ketika kandungan masih awal... Paling aku sedih kawan aku sorang kehilangan bayinya yang telah berusia 6bulan++ dalam kandungan.... Aku sendiri pernah alami keguguran ketika awal perkahwinan dulu.... Time tuh usia kandungan 8minggu tapi saiz x mcm 8minggu.... Dan ketika nak periksa denyutan nadi, janin da xda nyawa. Dengan redha, aku biarkan my 8weeks fetus pergi mengadap Ilahi.... Dan buat DNC (pembersihan) di Tropicana Medical Center, Kota Damansara sebab 'ia' x keluar sendiri....
-Speaking about this topik, aku cerita balik kes kawan yang kehilangan bayinya 6m++ tuh... Air ketuban pecah time dia di rumah.. So, dia rush ke Hospital 'Ya', tapi sampai di sana, dia diberitahu nurse/doctor sedang berlaku pertukaran shift and pakar wanita pun xda. Kalau nak tunggu lama lagik... Dorang suruh member aku balik... Member aku yang 1st time preggy ni pun balik ke rumah.
-Bila da makin kerap sakit, dia gi scan kat klinik MAria... Klinik Maria sahkan bayinya telah pergi dijemput Allah SWT. Sedihnya... Aku xberada di tempat member aku tuh, but i know her feelings.... Menjaga kandungan kita sebaik mungkin, but bila berlaku kecemasan, nurse/doctor yang kita harapkan boleh bantu kita suruh kita balik ke rumah.....
-Xkan dorang xtau, once air ketuban pecah, tindakan segera kena amik.... Sebab air ketuban tuh laaa 'pelindung' bayi ketika berada dalam rahim ibu..... But shes tough.... Time aku gi jumpa dia di hospital, riak muka biasa.. Tapi aku tau, dalam jiwa hanya Tuhan tau betapa renyuk perasaanya.... Betapa sedihnya dia waktu itu.. Apa lagi skrg terpaksa berpantang 2bulan tapi tanpa kehadiran tangisan bayi disisi.... Berstokin, berurut tp xdpt dukung anak yang dikandung.... But, aku suka ayat nie, she's the mother of an angel.......... Anak dia setia menanti ibu dan ayahnya di pintu syurga....
-To YOU KNOW WHO YOU ARE, tabahkan hati... Korang masih muda.. Teruskan usaha.... I know u r strong.. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.....

Adira pegang anjing.. Hmmmmmm

"Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya. Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam. Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar.Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu. Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan. Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu. Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan. Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan."

-No komen.... Aku pun org Sabah gak, but kenyataan Adira ni wat aku hangin gak.....

***credit to B.N

its I.N.T.I.N.G!

-Aku ni bab2 lain kalau nak usik boley tahan skit... But jangan usik nama ayah aku.... My name is FARIZAH INTING.... I.N.T.I.N.G.... Bukan intang, bukan anting, bukan enting, bukan enteng, bukan bla bla bla.. Its INTING!!!
-Kira ni nama paling senang nak hafal/diingat/disebut..... Bagi aku kalau nama zuraidatul nafisa mohammad saifullah tu lain cerita la... nak berbelit lidah menyebut.... Ni Farizah Inting jer... Susah sangat ke?
-Pendek kata, ada benda boleh bawak main, but not my name esp my ayah's name......

Birthday Auni and Auji

Hehehehe... X lama lagi Auni and Auji da nak genap dua tahun dan juga setahun... Kejap ja masa berlalu..... Kalau tahun lepas, time2 cmnie, aku da sangat mengah dan hanya menunggu detik nak bersalin.....
Ok, ok... Straight ke topik sebenar.. Sabtu ni aku buat jamuan skit2 untuk AA..... Aku jemput kawan2 yang ada anak baya2 AA ja... Bukan xnak ajak yang lain, tapi rumah aku kecik, dan family aku dari Sandakan pun datang..... So, aku takut kalau jemput kang crowded laaa pula....
So far, hadiah AA da settle..... Makanan pun da order.... Kek pun da settle.... Foods dan 65% settle....
Huhuhuhu, anak2 ibu da besar!!!! kejap ja masa berlalu.. Tup tup, da masuk asrama., kerja, kawen and tinggalkan ayah ibu sendiri2.... Sedihnya......

p/s: hope xdalaa kecik ati kalau x TERjemput tuh... Bukan xnak jemput, tp rumah sgt kecik.... Huhuhu, terpaksa buat penapisan....

Hati2 beli buku untuk anak

Bahayanya.... Ada pula boley cerita bab2 'touching private parts' segala bagai.... Bahaya... Bahaya....

***credit to bro Vic from FB

Our new family member.....

Introducing our new family member.... Nama dia Shipoh.... Sebab? Dia asal dari Ipoh (beli time gi Ipoh with Yuni 2 weeks ago)... So, Si + Ipoh jadiklaaa Shipoh....
-Aku taruk Shipoh kat dapur sebab senang skit nak bawak borak kalau tengah masak.... (jangan dia yang termasuk dalam kuali, udah......)

Nasi Daging

Taraaaa... Nasi daging 1st time aku wat.... Pucat skit sebab aku x bagi mekap2... Resepi aku dapat dari Yuni... Thanks Yuni... At least aku masak ni boleh masuk dalam perut la.... Next time boleh buat yang lebih kaw-kaw lagik...

26 tahun x cuci rambut

-26 tahun x pernah cuci rambut... Orang ni just ikat ja rambut dia.. Skali cuci, perrrgghhh, keruh terus air tuh....

Cara nak mengenal kulit babi




Sekarang ini terdapat pelbagai jenis barangan kulit seperti kasut, beg tangan dan sebagainya yang diperbuat daripada kulit babi. Biasanya barangan daripada kulit babi ini tidak semahal barangan yang diperbuat dari kulit binatang lain. Barangan kulit babi ini terdapat di mana-mana seperti di kompleks beli-belah atau barangan bundle yang diimport dari negara-negara lain seperti China, Filipina, Jepun, Korea mahu pun USA.

Selaku umat Islam, kita sewajarnya lebih peka dan berhati-hati dalam membeli sesuatu barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Berikut adalah cara untuk mengenal pasti sesuatu barangan itu diperbuat daripada kulit babi:
1. Tengok dan perhatikan betul-betul struktur kulit yang digunakan. Oleh sebab struktur kulit babi adalah sangat berbeza dengan kulit binatang lain, maka ia sangat mudah untuk dikenalpasti. Struktur kulit babi ini amat jelas dan biasanya kita akan mendapati 3 TITIK DALAM SATU TOMPOKAN TITIK-TITIK membentuk segitiga. Cuba belek dan perhatikan dengan terperinci, kalau ada 3 titik bertompok-tompok pada kulit tu, maka MEMANG SAH, itu adalah kulit babi. Jadi, anda seharusnya lebih berhati-hati apabila membeli barangan kulit terutama kasut dan beg tangan. Walaupun harganya mungkin lebih murah dari barangan kulit lain, tapi janganlah sekali-kali tertipu. 3 titik tompokan itu adalah seperti gambar di atas adalah petandanya.

2. Harga barangan kulit babi ini biasanya lebih murah berbanding dengan barangan dibuat daripada kulit binatang lain.
3. Biasanya kulit babi ini digunakan pada lapisan dalam sesuatu produk. Contohnya kalau kasut, kulit babi biasanya diletakkan pada bahagian dalam kasut tersebut sebab struktur kulit babi ini agak lembut.

4. Kulit babi ini paling banyak digunakan dalam pembuatan kasut untuk kanak-kanak perempuan dan kasut perempuan dewasa pun banyak juga. Lagi satu, kulit babi juga banyak digunakan untuk membuat sandal untuk lelaki.

Bagaimana dengan anda? Adakah pernah anda terbeli barangan buatan daripada kulit babi ini seperti kasut, beg tangan, tali pinggang dan seumpamanya? Diharap kita lebih berhati-hati di masa akan datang. InsyaAllah, dengan izinnya, semoga kita sentiasa dilindungiNya.

***credit to sah dan xsah



Pakar ubah Barbie....

***credit to sah dan xsah

Hina Tuhan kerana lelaki???

Sedihnya makin ramai manusia yang beragama Islam sanggup hina agama sendiri kerana hal2 yang sangat remah.....

***credit to sah dan x sah

30 tahun tapi mcm bayi...

Seorang wanita mempunyai keunikan yang tersendiri apabila wajah dan bentuk fizikalnya tidak ubah seperti seorang bayi kecil. Wanita ini juga sudah pun mencecah usia 30 tahun.


Wanita 30 Tahun Tetapi Keadaan Seperti Bayi | Kalau dulu, kita penah baca tentang wanita cantik bertukar tua . Tapi kini, perempuan tua berwajah super muda pula. Seorang wanita Brazil bernama Maria Audete do Nascimento tidak kelihatan berusia walaupun dilahirkan pada 7 Mei 1981 dan masih mempunyai badan seperti bayi 9 bulan. Wanita pelik ini bagaimanapun tinggal bersama keluarganya yang miskin di daerah Ceara, Brazil. Keluarganya terdiri daripada bapa dan ibu tirinya yang telah menjaganya sejak ibu sendiri meninggal dunia 13 tahun yang lalu. Di bawah merupakan gambar wanita pelik ini yang seperti seorang bayi.

Keluarganya tidak mampu untuk memberikan apa-apa rawatan bagi Maria dan dia terus hidup seperti bayi dan tidak boleh bercakap. Walaupun miskin, dia mendapat kasih sayang sepenuhnya tambahan ibu tirinya menjaganya dengan baik. Ibu tirinya yang bernama Dora percaya bahawa dia adalah semangat hidupnya dan kanak-kanak itu dihantar kepadanya sebagai hadiah Tuhan untuk dijaga.

Pakar-pakar dari Fakulti Perubatan di Universiti Ceara percaya bahawa apa yang Maria alami adalah kekurangan hormon tiroid yang teruk yang membuatkan badannya tidak mampu untuk membangun dari segi fizikal atau mental.

***credit to sah dan x sah