-Hai semua....
-Sekarang ni kat HQ kira agak kecoh semua nak sampul raya KPKK.... Org PM kat FB sampai kol ke meja aku pun ada.... X kisahlaa sebab kawan2....
-Sini aku nak jelaskan isu sampul raya ni... :
ISU PERTAMA: LEWAT
-Kelewatan sampul ni atas sebab isu logo kemerdekaan ke-55 tuh... Kalau x, benda ni dah lama siap dah TAPI bila isu logo ni dah mula kecoh, Menteri sendiri yang suruh hold dulu printing sampul.... So, kat situ ja dah amik masa tunggu sampai kes ni settle....
-So, harap korang faham dan i'm sure korang sendiri pun sedar betapa panas isu orang ramai bantah penggunaan logo kemerdekaan ke-55 tuh.... ;-)
ISU KEDUA: TERHAD
- kuantiti sampul terhad... sebenarnya banyak yang dicetak.... Tapi selepas bahagi dengan Menteri, KP, TKP-TKP, dan paling penting pengedaran ke negeri2, maka jumlahnya pun makin berkurang....
-Yes, aku yang mmg handle job sampul nie.. Tapi aku hanya ditugaskan membuat dan deal dgn pereka + printer untuk job ni... Bila bab pengedaran, orang lain pulak yang dah handle.... Aku xda kuasa untuk distribution.... Harap korg paham...
KESIMPULAN:
-aku harap korang semua faham dan x buat spekulasi sendiri... X pernah kitorg nak simpan sampul and 'makan' sendiri2.. Aku sangat bangga untuk berkongsi hasil idea aku+pereka Puan Wan Shifah+Datin Omi dengan semua... Apa lagi digunakan ketika musim raya nie.....
-benda ni dah siap awal lagi memandangkan aku sendiri nak makesure benda ni siap awal supaya xda masalah nanti.
-tapi, thanks to the logo kemerdekaan 55 tuh, semua jadi HOLD..... semua KIV.... semua STOP..... nunggu sampai keputusan rasmi.. Bila logo kemerdekaan tuh dimasuhkan, kena la tukar balik dgn pereka, buat dummy baru then tunjuk lagi ke KP dan MEnteri untuk pengesahan terakhir sebelum masuk printing... Segala benda yang kami buat kena rujuk dan dpt persetujuan dari pihak atasan.. Dan semua itu menggunakan masa.... Harap korang faham.... Kami di PDN dah sedaya upaya cuba menyiapkan kerja dgn secepat mungkin tapi bila ada isu2 begini, kami x dpt nak elak... Bak ayat rasmi dalam surat formal, SAYA YANG MENURUT PERINTAH......
-Harap dengan penjelasan ni dapat beri korang sedikit sebanyak bayangan isu sampul ni.... its all because of the logo's issue... ok.. aku chiow dulu...
bye!