Blogger Templates

Followers

Tuesday, August 7, 2012

1st PIBG Meeting




-Hari ni 7 Ogos 2012, aku ada meeting PIBG yang pertama with parents2 lain yang hantar anak ke Taska KPKK ni....
-Pendekkan cerita, aku, zaf and faza dilantik jadi ajk PIBG bersama 4 lagi orang yang dari KPKK.... meaning kami bertiga ni dr JAPEN la kiranya.... wakakakaka.. lawak... lawak.... ni Puan Emmy Safina la yang suggest ni... Dah suggest mmg xdpt nak bangkang sbb Tuan Pengerusi SUB PSM.... huk huk huk....

 but anyway..............

................




.................




..................




...................





Terima kasihlah sudi lantik kami-kami ni jadi ajk PIBG... Kembang plak mcm member kat gambar atas nie.....

Hijab Sarung : Cantiknya!!!!

-Tudung sekarang ni bikin aku x senang duduk.. Apa tidaknya... Semuanya lawa2.... Ni aku himpunkan gambar2 hijab sarung yang aku suka..... 
-Tudung lawa, model pun lawa..... Saya suka! Saya suka!











***pendek kata, kalau nak beli hijab tuh, berpada2 la.. kadang2 shawl ni ikut org gak... kadang2 sesuai dgn kita, kdg2 idak sesuai.... Yelah, tudung ni bukan murah rm5 cm kat jalan TAR tuh... ni kena jaga elok2... Awning rosak, nangis nyesal! Lebih tebal beads kat kepala, lagi naiklah harganya..
-Sekali skala beli untuk kepuasan diri xsalah... Jangan jadi sampai tahap fanatik ja seolah2 dunia nak kiamat esok.... Hahahahah

Hijab Shawl : Lawanya!

-Ha, tadi hijab sarung... Ni aku post plak shawl yang aku suka tengok sbb bukan takat shawl tu lawa, tapi modelnya pun sangat lawa....

















***pendek kata, kalau nak beli hijab tuh, berpada2 la.. kadang2 shawl ni ikut org gak... kadang2 sesuai dgn kita, kdg2 idak sesuai.... Yelah, shawl ni bukan rm10-rm20... ada yang cecah rm90 depends dgn hiasan yang ada kat shawl tuh cthnya beads...
-aku pun kdg2 menahan ja nafsu sbb takut x sesuai dgn aku... and lagi satu, aku bukan pakar belit2 and guna peniti kat kepala ni.. silap haribulan tgh dukung Auji, terpacak plak peniti tuh kat kulit kepala aku...!

Duit Baru

-Yeah, yeah.. X lama lagi dah nak Raya..... Korang dah tukar duit baru x untuk angpau budak2? Cepat tukar, kang bank dah xda stok.... Gunalah duit lama... Tapi x da feeling kalau guna duit lama tuh....
-Aku pun dah tukar.. Tiap2 tahun wajib tukar dengan kazen aku yg kerja kat RHB sandakan tu, Marina.... Tahun ni aku tukar banyak sikit... Banyak x pa ssebab kalau x abis still boleh masukkan ablik dalam akaun... Hahahahaha... Aku tukar2 , boleh pulak terlupa angpau untuk anak-anak aku sendiri... Kesian Auni Auji.... Nasib aku ingat dan sempat tukar duit baru lagi...
-Tapi ada juga sok sek sok sek isu pasal duit baru ni sebijik mcm kertas untuk org mati bagi org cina.... Aku senang ja, kalau xnak guna duit tuh, lai lai bg aku!



Bagi aku comel ja duit baru ni... Saya suka! Saya suka!
Kalau takut nak guna duit ni sbb takut kena sial, meh pass kat aku... 

Makanan dan Fakta

HAMBURGER: Dinamakan stik Hamburg sempena sebuah bandar di Jerman iaitu Hamburg.


KON AISKRIM: Mula dihidangkan di Pesta Sedunia St. Louis pada tahun 1904. Sekeping wafel yang nipis dan rangup menjadi kon yang digunakan untuk mengisi aiskrim.
SANDWICH: Dinamakan sempena nama Earl of Sandwic, bangsawan Inggeris pada tahun 1700-an. Semasa bermain terup, dia meminta pelayannya membawa dua keping roti dengan sekeping daging panggang di antaranya.



 FRANKFRUKTER: Sempena nama bandar Frankfrurt di Jerman. Pakar percaya bahawa sosej ini mula dibuat di Jerman pada Zaman Pertengahan. Kira-kira pada tahun 1900, seorang penjual daripada Amerika Syarikat telah menjual Frankfrukter yang dimasak telah dikatakan menyebutnya ‘sosej dachshund panas’ kerana makanan ini menyerupai anjing dachshund yang berbadan panjang. Berasal daripada istilah tersebut, istilah hot dog mula digunakan dan terus menjadi popular.
PIZZA: Makanan kegemaran antarabangsa yang berasal Itali. Piza ialah perkataan Itali bagi Pai.
CROISSANT:  Sejenis roti digiling yang sangat popular di kalangan masyarakat Barat. Lazimnya, ia dihidangkan semasa sarapan pagi. Dikatakan bahawa nama roti Croissant ini berasal daripada istilah crescent yang membawa maksud bulan sabit. Bulan sabit adalah simbol utama Islam yang digunapakai pada bendera tentera Islam sejak Zaman Pertengahan. Roti ini dibuat bagi meraikan kemenangan tentera pimpinan Charle Martin semasa Perang Tours di Perancis terhadap tentera Islam Dinasti Umawiyyah pada tahun 732.
 PANCAKE : Merupakan makanan yang paling awal disediakan. Pankek yang pertama adalah campuran bijian yang dikisar dan air yang ditebar di atas batu panas. Kini, orang menikmati pelbagai pankek seperti crepe Perancis, palascinta Hungary, dosai India, cannelloni Itali, blintze Yahudi dan blini Rusia.
 PAVLOVA: Pencuci mulut meringue yang dibubuh krim pukul di atasnya. Makanan ini dicipta kerana menghormati penari balet perempuan Rusia, Anna Pavlova yang melawat Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an, Australia dan New Zealand mendakwa telah mencipta hidangan ini.
TELUR SERATUS TAHUN (L'OEUF CENT ANS): Sejenis makanan istimewa bagi bangsa China di China. Ia adalah telur itik yang diawet. Telur beserta cangkerangnya diawet selama enam bulan dalam campuran abu, kapur, garam dan teh. Pengawetan ini memberi rasa telur tersebut seakan-akan seperti keju.

 LADU: Sejenis makanan yang berisi daging, keju dan sayur-sayuran. Kebiasannya ia dimakan dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia. Antaranya adalah Won Ton China, Ravioli Itali, Kreplach Yahudi dan Pierogi Poland.

PRETZELS: Mula dibuat oleh rahib di selatan Eropah sebagai upah kepada pelajar yang menghafal doa mereka. Hujung bersilang pada Pretzels melambangkan tangan yang sedang berdoa.
IKAN MENTAH: Makanan kegemaran ramai orang. Orang Jepun menggemari sashimi, iaitu hirisan nipis makanan laut mentah. Seviche ialah sejenis pembuka selera Amerika Latin yang popular yang dibuat daripada ikan mentah dengan jus limau nipis. Orang Sweden menyediakan gravad lox, iaitu ikan Salmon segar dengan adas.