Blogger Templates

Followers

Wednesday, September 7, 2011

Kes kucing dibiarkan mati...

KEJAM.... Itu ja mampu aku kata bila dengar beita pasal 16 ekor kucing mati dibiarkan kelaparan di sebuah pusat penjagaan haiwan di Damansara Damai. Pusat Petknode tuh x bagi kucing2 tuh makan, x bagi mandi, x bersihkan tempat tinggal kucing tuh sampai keadaan kucing2 tuh daif....

-Bayangkan perasaan owner kucing2 tuh hantar kucing dorang ke Petknode dalam keadaan sihat+cantek+comel+gebu untuk bercuti raya seminggu, then bila nak amik, kucing da x serupa muka kucing lagik da... Kalau yang hidup pun da jadik kurus kering x terurus dan berbau....
-Aku pernah hantar kucing aku untuk 3-4 hari kat pusat penjagaan haiwan camnie dulu dan alhamdulillah memang ok....
-Ni aku upload few pics kucing2 tuh.... Yang cepat emosi (mcm aku), janganlaa tengok.... Karang makin sedih...

Kucing2 yang ditaruk diluar....
Antara kucing yang malang...

Kurus....

Ibu dan anaknya yang mati kelaparan...


Lagi few pics...

Iklan Petknode.... Xserupa bikin...
Lawa jerrr dlm iklan... Realitinya, cam sial...


Owner Petknode....


Khabarnya baru ja dibebaskan dari tahanan polis... (xpe, terlepas hukum dunia... tapi hukuman Allah pasti xkan dapat lari da)


Hadis Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Umar ra, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Ada seorang perempuan yang disiksa kerana seekor kucing yang dikurungkannya (dipenjarakan) sampai kucing itu mati. Wanita itu akan dimasukkan kedalam api neraka. Wanita itu tidak suka memberi makanan dan minuman ketika dia memenjarakan kucing itu. Juga dia tidak suka melepaskannya untuk ia bebas memakan binatang2 kecil yang melata bumi”



***kredit to kucing.my

Green for lunch!

-YES, green only..... Aku just amik brokoli, peria dan jugak sayur apa tah yang belah kiri tuh.... Tu yang aku amik paling banyak sebab nampak sedap....

-Napa green? Sebab nak diet punya pasal... Tapi mcm Yana kata, "aik, kata nak diet tapi minum coke".... Hehehehe, alkisahnya Coke tuh da lama tersimpan di bawah meja aku since puasa lagik... Aku da ingat, aku terus minum laa.. Kang da expired, sayang plak kan.....

-Ala, takat lauk cmnie, rm2.... Mahal ke? For me, boleh laaa harga tuh... Zaman sekarang nie payah da amik lauk rm1... Lainlah kalau amik sekeping telur dadar jer....

Sanggup korang makan?

Fetus ayam atau itik yang diperam... Aku pernah tengok mat saleh makan benda alah ni dalam siaran tv astro.... Geli tgk siyol...
Plasenta manusia yang dipercayai boleh buat kita awet muda... Selalu aku dengar dibuat sebagai produk kecantikan...

Cheese yang dimakan dengan ulat-ulatnya sekali... Uwekkk...

Biji mata ikan tuna... (mmg besar cmni ke?)

Testis lembu.... (macam fear factor)...

Ikan buntal... Kalau silap masak, mmg boleh mati sebab ikan ni beracun...

Telur semut.... (aku x faham makanan ni but yg pasti, tgk gmbr pun aku da geli)

Sup ulat bulu.... (kalau sup ekor ke, sup tulang ke, sedap laaa gak)

Fried tarantula.....


p/s: Time muda2 dulu tengok Fear Factor, selalu dalam ati cakap,"ala, tutup idung, makan jerrrr"... Skrg ni kalau hidang duit depan aku asal makan benda2 ni pun aku xsanggup...... Biarlah aku stick makan nasik goreng jerr... Lagi sedap....

Mode: SEDIH... Kawan2 transfer....

-Since tahun lepas, i by one kawan2 kat opis ni kene transfer... Semua pasal naik pangkat (im happy part naik pangkat tu, but sedih bila dorang kena trasnfer)...
-Mula-mula Haida pindah ke Kementerian Kewangan sebab dapat naik S32... Then Kak Nani ke Terengganu also dapat naik pangkat 32.... And then turn Kak Tini ke Kementerian kesihatan sebab naik pangkat S44...
-And yang terbaru, Kak Izan plak SAH akan berpindah ke Jabatan PeRlidungan Data Peribadi starting this 15September, juga naik pangkat S44....

Kak Izan (tudung purple) akan pindah ke Jabatan Perlindungan Harta Peribadi and Salinah dah pindah ke Sarawak semula as PPD hujung Julai 2011 yang lepas....
Kak Hartini (tudung kaler biru) dah pindah ke Kementerian Kesihatan... Miss her loud voice and nyaring tuh sooo much....

Kak Nani (tudung hijau belakang) ke Terengganu and Haida (tudung biru) ke Kementerian Kewangan....


-Me? Ntahla... Aku bila nak pindahnya? Makin lama geng2 1 kepala xda... Tinggal laaa aku, Yana, Zafirah, Yanoor, Cat, Roslen, Ziti kat PDN tuh.... Norlida, Azlan, Pathma, Aayuni, dan lain-lain turut x terkecuali..

-Hopefully environment kat PDN akan terus 'kecoh' eventhough orang2 kuat with suara-suara kuat da transfer keluar.....

-And aku doakan all the best for them and hope they'll enjoy in the new environment.....

Khairul Fahmi+Dahlia Teck beraya...




-Orang kecoh2 pasal si Khairul Fahmi ni putus tunang dengan si Elia aka Jejari Runcing tuh.. But for me, its not a bid deal... Sedangkan banyak lagik kes putus eh silap, berkecai rumahtangga, ni kan plak tunang....

-Suka hati la si Apex nie nak putus and couple dengan orang lain.. Yang penting, prestasi dia sebagai goalkeeper kebangsaan x terjejas.... Tu lagik penting!

-Aku pun ada bukak and baca gak blog Jejari Runcing tuh... Tapi aku malas lah nak ulas2 kat blog nie.. Wat panjang cerita ja....

-Ni gambar terbaru time si Apex and Dahlia Teck gi beraya kat rumah kenalan mereka di Kelantan.




p/s: la la la la.....

FB : Shake vs Malek..

-Hehehe, kelakau betul baca ayat ni between Malek and Shark kat FB..... oooo, kalau korang x tau, watak Shark and Malek nie dari movie Gangster....

Nak makan KFC?

-Berselera x agak2 kalau korang tengah Q nak beli makanan, tetibe mamat depan korang buat aksi 'seksi' cmnie? Garu2 cam x mandi seminggu....

p/s: dont wori, gambar ni bukan KFC di Malaysia nie, KFC kat negara lain... Ntah kat HK kot....

X abes2 budak Gambit nie...

-Ape penyakit si Gambit ni sebenanrnya? Dulu aku suka tengok dia yang berlakon cerita Siong tuh.. Tapi lately suka sangat gelar orang anjing la, babi la, da naik muak aku.....
-Tapi semalam ke kemarin aku ada dengar kat Hot FM pasal Gambit mintak maaf pasal statement dia kat FB ni and mengakui apa yang dia buat (gelar org lain dengan gelaran babi/anjing) sangat x profesional...

p/s: terlajak perahu boleh undur, terlajak kata lu pikirla sendiri!

Steve Jobs, ex-CEO Apple...

-Ni la Steve Jobs, ex-CEO Apple, two days after perletakan jawatannya. Dia memang nampak betul-betul x sehat. Kurus kering, even nak berdiri sendiri pun x bley.

Haiyo, Fiza Elite manyak seksi...
























-Mau terbatuk-batuk wa time minum coke sambil bukak page pasal budak Fiza Elite nie... Bukan ape, baca pasal skirt pendek, aku terbayang, ala takat pendek mana jerrr skirt nie? Takat atas lutut pun nak kecoh...

-Sekali tengok, fulamak, memang pendek abes.... Ni comeback untuk popular balik dalam industri hubiran ke Fiza??????

Khinzir dan kegunaannya...

-Ni bahagian2 khinzir yang digunakan untuk dijadikan few products... So, kita sebagai umat Islam berhati-hatilah ketika menggunakan+memakan+memakai+bla bla bla barangan2 yang tidak mendapat pengiktirafan HALAL dari pihak yang sah.

Simbah asid ~ Pondan dan pasangan...

-Apa nak jadik dengan dunia sekarang... Terbaru ni kes simbah asid yang melibatkan 'teman lelaki' seorang pondan, Natasha.... Lelaki tuh namanya Mohd Hafizuddin disimbah asid akibat perasaan cemburu seorang lelaki lain tentang hubungan si pondan tuh dengan si Hafiz nie.... Adedeh...
-Paling aku geli tang ayat si Nastasha ni “Saya dan Hafizuddin tidak mengenali penyerang itu tetapi disebabkan sifat dan keadaan saya, ramai lelaki hendak berkawan tetapi saya tidak melayan mereka". Geli bulu ketiak aku baca statement nie...
-Nastasha ni kerjanya jurujual kosmetik tambah lagi, dia mungkin jadik tumpuan ramai lelaki disebabkan minatnya menyanyi dan menari di pusat2 karaoke... Uweekkk...
-Terbaru kononnya dia da si Hafiz tuh nak pindah ke tempat lain untuk hidup aman.

p/s: pihak yang berkaitan, x kan senyap ja tentang perkara nie????? Please do something!