Blogger Templates

Followers

Friday, April 27, 2012

Adakah gampang bisa ganggu emosiku?

Short and simple....

Bila berada di tempat kerja, wujudkan suasana yang ceria yang ikhlas.  Bukan ceria di depan, masam di belakang....


 CeRiA?
Hidup mesti CERIA! Kenapa? Bila ceria barulah buat kerja pun rasa seronok.  iya, kerja bertimbun pun akan terasa ringan. But imagine the opposite side... Memang naya.. Kerja bertimbun, suasana pun x ceria, memang patut kalau perasaan marah tuh wujud.

IkHlas?
Iya, sila pandang menggunakan dua mata itu.  Tapi bukan hanya sekadar pandang. Pandang + renung + fokus.  Barulah kita akan bisa memahami.
Kalau tak bisa melihat, gunakan telinga untuk mendengar. But pastikan dengar yang di sana juga, jangan asyik mendengar yang di sini kerana itu sudah tentu akan menimbulkan masalah.  

Berubah?
Iya, manusia berubah! Dengan teruja mengatakan "saya takkan berubah", "saya takkan jadik mcm org itu", "saya akan kekal jadik diri saya"... Tetapi selepas beberapa bulan/tahun? Adakah anda masih seperti diri anda yang dulu? Hanya minoriti yang masih mampu bertahan dengan keadaan yang asal.  MAJORITI terus 'maju' ke depan demi untuk hidup yang menjanjikan keselesaan dan layanan yang serba sempurna. Iya, kita takkan sedar kita berubah. Cubalah tanya orang yang benar2 jujur dan ikhlas dalam persahabatan, kita pasti akan tau kebenarannya.






S.O.s.i.A.L?
Iya.... sosial/ interaksi/ komunikasi antara kita di tempat kerja sangat penting.  Tapi jangan hanya kerana seseorang itu sukar untuk ber'HUHAHUHA", orang itu diketepikan.  Orang itu ada perasaan.  Orang itu ada pendirian.  NO BORDER! Iya, sila jangan ada perbandingan+perbezaan  kerana setiap orang adalah berbeza namun layak mendapat layanan yang sama.  

KeCoH?
Umpama  ayam, dapat telur sebiji, riuh sekampung! Kuuukkkkkk kukkkkkkkk! Iya, pada pandangan saya, tak usahlah untuk menggembar-gemburkan apa kerja terbaru anda kerana orang lain ada kerja sendiri yang perlu dibuat. 



DiSkRiMiNaSi?
 Perlu tak ada diskrimasi di tempat kerja? Perlu tak ada pilih kasih di tempat kerja? Kita cuba bertindak profesional, tapi secara realitinya TIDAK! kita kerap mengungkapkan perkataan "seperti keluarga", tetapi secara realitinya TIDAK!
Iya, saya tidak kisah jika anda hendak makan bersama-sama di luar tanpa menjemput yang lain, tidak kisah jika tidak diberitahu mengenai kursus terkini+isu terkini+etc, namun bersikaplah adil.  


LiFe MaNuAl?
Kalaulah hidup saya ini didatangkan dengan manual sejak lahir, sudah tentu saya dan seluruh manusia di muka bumi ini tidak akan mengundang masalah.  Iya,  saya bukan baik tapi perlu diingat, saya juga bukan teruk.  Hidup saya sentiasa diwarnai dengan pelbagai perkara. Sekiranya warna pink, saya sangat hepi dan rasa bertuah.  Tapi bila diwarnai dengan warna hitam dan merah, maka hidup saya sedang diselubungi dengan mendung yang amat gelap atau dikelilingi dengan aura marah yang boleh meletus bila-bila masa. 
Namun 1 persoalan, adakah hidup anda sentiasa berwarna pink???? Sudah tentu tidak.. Oleh itu, BELAJARLAH memahami situasi orang lain, dan CUBA terimanya.


GiVe Up?
Iya, kadang-kadang! Kadang-kadang di kala saya sangat hepi melayan jiwa dan kerja di sini, tetiba dengan secara mengejut awan hitam akan menyelubungi tubuh saya. Dan dikala itulah saya akan terasa seolah-olah saya sudah lemah, tidak berdaya untuk berdiri dengan bangganya.   oh tidak! mengapa anda mesti lemparkan awan hitam itu? segala usaha saya selama ini ditolak ketepi semata-mata kerana 1 perkara kecil? Terima kasih kerana anda berjaya membuat saya 'sakit' dengan kehidupan yang merupakan periuk nasi saya dan keluarga.  Namun, saya tidak akan mengalah kerana anda manusia, saya manusia, dan kita semua tidak pernah sempurna!

MaRah?
Iya, saya marah sedikit.  Marah kenapa bila kita berlaku jujur, dipersalahkan.  Itulah yang hati saya sering katakan, BILA BERITAHU, SALAH.  TIDAK BERITAHU LAGI SALAH!

kUaT?
Saya tidak pasti sejauh mana saya dapat bertahan.  Oh tapi tidak, saya tidak akan sesekali buat hal.  Iya, saya tidak akan bagi peluang kepada orang untuk menuding jari kepada saya.  Saya tidak akan buka pintu sedikitpun untuk orang mengarang 1 cerita yang hanya memaparkan kebusukan saya  Kenapa? Kerana saya tau saya kuat dan akan sentiasa kuat demi kedua-dua anak saya.

BaLaSaN?
 Biarlah.  Saya hanya akan terus buat tugas saya, saya tidak akan ganggu hidup yang lain, saya hanya akan duduk senyap kerana saya memang suka berkurung dalam bilik bla bla bla. Semua balasan biarlah Allah SWT yang berikan ganjaran/hukuman kerana saya yakin, malah teramat yakin bahawa Dia Maha Penyayang, menyayangi umat-Nya tidak mengira bentuk/warna/berat/tinggi/nada....