Blogger Templates

Followers

Friday, September 9, 2016

Train To Busan : BEST!

Assalamualaikum dan hai semua!

Semalam (7 Sept 2016), aku akhirnya pergi tengok movie Train To Busan kat IOI Putrajaya jam 10mlm dgn Zarith.  Duduk couple seat...  Hahahaha, nak tidur selesa skit. Tapi nampak gaya x sempat pun rasa mengantuk. Menguap pun aku rasa mcm x sempat.  Ha, tu maksudnya movie ni mmg best!!!!

Siapa yang nak tau jalan cerita, meh baca smpi habis... Sapa x nak tau and nak ala2 suspen, stop baca kat sini and tutup page aku ni, sekarang.....

................

................

................

Okay, maksudnya memang nak tau sinopsis kan??? Jom kita start.... Tapi nama2 watak aku failed.. x mampu nak ingat semua nama2 dorang...

Kisah bermula dgn anak hero yang nak pi Busan jumpa mak dia.... Hero kata next week sbb dia bz, tp anak dia insist nak pergi esoknya juga sebab jatuh pada hari lahirnya.  Nak x nak, hero mengalah.... 
Kat train tuh semuanya bermula.. Sorg pompuan yang kene gigit berjaya lari masuk dlm train (konon nak selamatkan diri).... Sekali dalam train tuh dia jadi zombie.  Mangsa pertama, 'pramugari' train tuh.  Pastuh mula merebak ke seluruh train.

Hero tadi macam biasa protect anak dia.. Then muncul plak watak hero lagi satu.. Ni kita gelar hero B... Hero B plak dengan wife dia yang tengah pregnen. And sorang hero C, pelajar and baseball player kot.


And satu watak jahat ni dipegang lelaki tua.  Sangat selfish.  

Hero A B C ni cuba menyelamatkan mangsa2 yang masih hidup dalam train.  Smpi laaaaa orang tua jahat tuh x bagi dorg masuk ke gerabak yang selamat dari zombie. Kat sini tangan hero no 2 kene gigit and dia korbankan diri utk selamatkan bini dia dan org lain. Tinggal Hero A dan anak, hero C dan girlfren dan isteri hero B (hero B kan da mati)...

Train singgah di satu stop ... Rupanya kat situ tentera2 yang berkawal pun da jadi zombie. Nak xnak dorang masuk balik train tadi dan teruskan perjalanan ke Busan.


Sampai di satu stop (terpaksa stop sbb laluan hadapan dorg ada train tumbang), ada train lain yang terbakar dan sebabkan train yg dorg naik tuh terbalik... Kat sini da makin saspen sbb hero c dan girlfren tuh terpisah da dgn team lain...  

And pasal org tua jahat tu gak hero C dan gilprennya mati.... 

Org tua tu berjaya naik train baru dan mula bergerak ke Busan... Tapi train ni slow skit...  Hero A, anak dan pompuan mengandung berjaya naik train tuh... Bila dorg nak masuk dlm tempat pilot tuh, org tua jahat tuh ada... Rupanya org tua tu da kene gigit zombie dan matanya mula tukar jd putih...

Kat sini org tua jahat tuh berlawan dgn hero A.... Lawan punya lawan, tgn hero A kene gigit...  Org tua jahat tercampak ke bawah....  Kat sini air mata aku mula nak mengalir.... Nampak jelas x jelas screen panggung tuh aku tgk sbb air mata da mula bertakung...

Hero A bagi kata2 akhir kat anak dia....  And suruh dorg dua masuk dlm.. Ajar suruh tarik brek kalau da smpi ke Busan...

Hero A keluar train dan berdiri kat belakang train tuh dan teringat saat dia dukung anaknya time baru lahir....  Time ni anak mata dia da tukar jadi putih tapi masih mampu senyum teringat detik2 dia dan anaknya tuh....  Then dia terjun dr keretapi (tapi bayang2 ja nmpk).. Sedih wei aku bgtau korang!!!!!

Last2 anaknya dan pompuan mengandung smpi kat satu stop yg ada tunnel....  Rupanya kat depan tuh ada askar tengah berkawal... Budak dan pompuan tu jalan masuk dlm tunnel...  Askar tuh xnampak apa2... Arahan suh tembak ja... Bila askar tuh da aim kat kepala pompuan mengandung tu dan nak tarik picu, dorg dgr budak nyanyi....   Kat situ askar2 tuh berlari selamatkan dorg....

Tamat............


So, kesimpulannya, cerita Train To Busan ni mmg best! aku ada masa aku nak pi tgk lagi.... Xrugi tengok....  Aku pun mmg kaki zombie eh kaki movie zombie...


Add caption

Hero B dan isterinya yang tengah mengandung...

Sedia nak serang zombie...

Salah satu babak cemas...  Tapi mmg banyak babak cemas pun...

Dari kiri tuh Hero B, Hero C dan Hero A...

Ni mangsa pertama dalam train selepas kene gigit zombie..


Ni org tua jahat tuh!!!! Benci sgt watak dia...

Train to Busan sedia berlepas...