Blogger Templates

Followers

Thursday, May 17, 2012

Kesengsaraan Palestin

-Budak dan wanita, semua dorang layan teruk... Memang xda perikemanusiaan puak Israel nie... Kenapalaaa kekejaman Israel jahanam ni x diberhentikan? AS pun senyap ja macam hamba puak Israel nie.... Mari kita sama2 berganding bahu menentang kekejamana puak jahanam Israel.... Semoga mereka akan dapat balasan yang setimpalnya oleh Allah SWT....
(gambar dasyat2 aku xmo upload sebab kang aku sendiri yang akan menitiskan air mata)


















Mari bantu Saudara Palestin kita..




-Sejak kebelakangan ni, ramai yang telah tukar profile picture kat facebook... Gambar coklat kartun yang bertutup mata.  Ini aku copy and paste dari Khalis from Sah dan x Sah...

This picture shows a prisoner. Brown is the color of clothing enforced by the Israeli Prison Services on Palestinian prisoner. The logo on the right means "Shabas" and it is an abbreviation for the Israeli prison Service. The purpose of changing this DP is just to spread the awareness about our brothers and sisters being imprisoned in Israel and currently on Hunger Strike.

Changing this DP cannot help them at all but one thing for sure is people will notice what is happening and perhaps all muslims can make du'a for them. That will change something.

HUKUM HUNGER STRIKES DI PALESTIN :


Prof Dr. Yusuf al Qardhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya mengenai hukum mogok lapar oleh tahanan umat Islam di dalam penjara Israel. Beliau menjawab :

Mereka adalah pejuang keadilan ! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!!!

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing2 samada secara sokongan aman , demonstrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita sentiasa bersama dengan mereka!!!

Bilal Thiab = 76 Days
Thaer Halahleh = 76 Days
Hassan Safadi = 70 Days

Mohammed Al-Taj = 60 Days
Omar Abu Shallal = 68 Days
Mahmoud Sarsak = 54 days
Faris Al-Natur = 47 Days
Ja'far Ezz Al-Din = 53 Days
Abdallah Al-Barghouthi = 32 Days
lebih dari 2000 tahanan = 27 Days

Mereka teseksa setiap saat, dan boleh mati bila2 mase sahaja... Ada yang berat turun lebih 30 kg, bleeding beberapa bahagian tubuh, gigi luruh... Sama2 kita banyakkan taubat dan berdoa untuk ikhwah kita di sana... Tolong sebarkan isu ini ke mana2, ini antara usaha kecil kita boleh buat. Perang Media !!!

Nanti kat Mahsyar apabila saudara2 Palestin tanya kita buat ape kat dunia untutk bela nasib mereka, apa korang sume nak jawab? "Err, saya tukar dp kat fb je." Camtu? 

Teruskan tunjukkan sokongan walaupun sekecil perkara, banyak lagi korang boleh buat,

1) Doa (doa senjata mukmin)
2) Perbaiki diri kita untuk jadi muslim yang mukmim
3) Perbanyakkan lagi baca Al-Quran
4) Bertaubat atas ape korang buat salah yang lepas
 
***kredit to sah dan x sah

Adush, Ady Putra plak fail cerai...


Namun hari ini Harian Metro melaporkan yang pelakon Ady Putra mengesahkan yang dia telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Aida Yusof, di Mahkamah Syariah, 11 Mei lalu.
Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut namun yang pasti dia dan isteri tiada persefahaman.
Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.
Ady menambah mereka berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami.
Kiranya agak mengejutkan juga berita ini kerana Ady dan isteri tampak bahagia saja sebelum ini terutamanya semasa jelajah ABPBH yang lepas. Namun yang empunya diri lebih tahu apa yang terbaik untuk hidupnya.
Semoga Ady dan isteri menemui kebahagiaan selepas ini.

***kredit to beautiful nara







11 Perkara Jangan Sebut Depan Suami

Bukan mudah untuk membina hubungan yang terus bahagia. Kadang-kadang pertanyaan dan jawapan membawa padah kepada si pasangan. Jadi, hati-hatilah soal apa yang harus dan tidak harus diceritakan kepada pasangan anda. Ada beberapa tips yang perlu kita tahu:

  • Jangan buat lelaki patah semangat terhadap pekerjaannya. Sebaliknya cubalah membantu.
  • Janganlah hendak diperbesarkan jika pendapatan anda melebihnya. Boleh menyinggung perasaan dia beb!
  • Jangan membandingkan dia dulu dengan sekarang.
  • Benci ibunya.
  • Jika ilmu kamu lebih darinya, janganlah cuba mengajarnya melainkan dia ingin belajar dari kamu.
  • Jangan cerita tentang keburukan kawan baik lelaki itu. Kawan penting bagi lelaki.
  • Jangan cerita tentang ada lelaki lain menyukai kamu atau ingin mengenali kamu.
  • Kadang-kadang cerita tentang kawan lelaki kamu membuat dia cemburu dan kurang senang. So kurang-kurangkanlah yer.
  • Perkataan cerai atau putus. Memang satu perkataan yang lelaki tak boleh dengar. Eloklah kamu hindarkan.
  • Jangan cerita tentang keburukan pasangan anda. Lelaki juga sensitif. Jika perangai atau kelakuannya, bincanglah secara lembut.
  • Sebut tentang bekas teman lelaki. Ini pedih bagi lelaki.