Blogger Templates

Followers

Friday, April 13, 2012

STRESS? no im not, but dont push me!

-Yes, now i am really really really bz doing my BRT 2011/2012, eh nama penuhnya Buku Rasmi Tahunan 2011/2012.... deadline sapos to be april, but seems buku ni melibatkan kesemua kementerian, and still ada input yang xcomplete lagik, so, aku rasa smpi Mei gak buku ni baru settle....
-Nak kata aku stress xdala... But 1 ja aku mintak, jangan push aku buat kerja sbb aku mmg tgh buat kerja... Nak makesure xda silap, nak carik gambar, nak update info, nak taip bahan yang berjela panjang nie, bukan amik masa dua hari.....! Aku kadang2 malas nak gi toilet pasal nak siapkan kerja nie...
-Aku pun kalau boleh nak siapkan buku nie and start plak BRT 2012/2013 secepat mungkin... Trasa cm xsabar nak buat folder baru and start a new project....
-But like i said just now, jgn push me.... ni x, benda aku asek dengar,"buku ni kene siap bulan april ni tau!".... "buku ni kene siap cepat tau!"... Adei, kalau telinga+jiwa aku boleh bercakap, dorg da boleh luahkan perasaan da....
-But alhamdulillah Datin dah suruh carik 'waris' untuk menggantikan aku for BRT 2013/2014 nanti.... And the calon dah ada dalam kepala... Just wait and see... Sendiri boleh rasa la cmna nak handle kementerian2 lain yang sangat susah di contact, camna nak cari gambar, camna nak itu ini..... No, its not about revenge what so ever, but aku nak share pengalaman ni kat dorg.... Jgn banyak cakap itu ini senang kalau xtau.... Thats all...
-Ok, ok.. aku stop dulu.. Ni pun stop rehat mata kejap.. Berpinar mata aku baca laporan bank negara nie... kalau dua pages xpe gak, ni 10pages dgn tulisan yang alahai sangat comel... Ok chiow!!!

Pelik Tapi Benar

Namanya adalah Kim Goodman. Kim Goodman adalah seorang wanita yang mampu menonjolkan matanya keluar dari rongga mata sepanjang 12 milimeter (0,47 inci). Dia memegang rekod dunia untuk penonjolan bola mata paling jauh.
Beliau tinggal di Chicago, Illinois. Kim mengetahui bakatnya ini suatu hari ketika ia menerima pukulan di kepala dengan kayu hoki. Bola matanya melompat keluar lebih jauh daripada biasanya dan sejak hari itu dia boleh menonjolkannya dalam keadaan sedar, dan juga ketika ia menguap.
Ahli gusti ini benar-benar luar biasa. Andre The Giant merupakan salah seorang ahli gusti dengan kepala terbesar dan disegani sepanjang sejarah WWE Smackdown. Andre mempunyai tinggi lebih dari 7 kaki dan 4 inch (2,24 meter) serta berat badan 520 pound (260kg).
Andre The Giant merupakan WWE Hall of Famer kerana pertandingan melibatkannya berlaku di kejohanan besar seperti melawan Hulk Hogan. Seperti Big Show, Andre mengidap sindrom Acromegaly, yang mengakibatkan badannya membesar sangat cepat. Acromegaly sendiri berhubungan dengan Gigantisme.
Semasa pertandingan hidung terbesar di dunia tahun 2005, Mehmet Ozyurek dari Turki tercatat mempunyai hidung terbesar di dunia dengan rekod 8.8 cm. Hujung hidung sahaja mencapai 3,5 cm
Leonard Traenkenschuh dari Port Townsend, Washington, mempunya 3 setengah inci alis mata (dan masih terus memanjang). Untai terpanjangnya adalah 3 ½ inci.
"Saya tidak bertujuan untuk menyimpannya untuk memecahkan rekod," ujar lelaki yang tinggal di Port Townsend sejak tahun 1980 dan bekerja di rumah sakit sebagai petugas transkripsi catatan perubatan.
"Ini baru saja terjadi." Leonard, 56 tahun, bukan orang yang sangat berbulu. Dia tidak punya janggut dan tidak memiliki jambang tebal atau bermisai. "Saya hanya ada alis mata subur," katanya.


Deria rasa yang lazimnya kita miliki biasanya hanya sepanjang 5 hingga 6 sentimeter. Rekod lidah terpanjang di dunia dipegang oleh lelaki warganegara England bernama Stephen Taylor.
Beliau mempunyai lidah sepanjang 9,5 sentimeter dari hujung sehingga bahagian tengah lidah dalam keadaan mulut tertutup. Stephen menerima gelaran tersebut dalam acara 'Lo Show dei Record' di Milan, Itali pada 5 Januari 2006 yang lalu dan hingga sekarang ini belum ada yang berjaya memecahkan rekod tersebut.
Chenq Shiquin, wanita berasal dari Guangxi Cina mempunyai rambut dengan panjangnya mencapai 18 fit (atau lebih kurang 6 meter) pada tahun 2004. Dia mulai menyimpan rambutnya dari umur 13 tahun. Khabarnya beliau memiliki salon kecantikan sendiri.
Francisco Domingo Joaquim dari Sambizanga di Angola telah dianugerahi gelaran manusia dengan mulut terlebar di dunia. Dengan demikian Francisco Domingo Joaquim boleh juga menjadi manusia dengan mulut dan rahang terlebar di dunia.
Lelaki yang lebih popular dikenali dengan nama Chiquinho ini menyertai pertandingan mulut terbesar di dunia di Roma, Itali. Susah untuk dibayangkan sebuah tin minuman softdrink boleh dimasukan sepenuhnya dalam mulut lelaki yang berusia 20 tahun ini.

Bezakan Daging Lembu dengan Daging Babi


UNTUK SEBARAN UMUM:

6 Cara Asas Membezakan Daging Lembu Dengan Daging Babi

Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembU iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.


1. Dari segi warna
Jika dilihat, daging babi mempunyai warna yang lebih pucat dari daging lembu (lihat gambar), warna daging babi seolah-olah seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.

2. Dari segi serat daging
Perbezaan kelihatan dengan jelas antara kedua-dua daging. Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama (lihat gambar).

3. Dari lemak yang kelihatan
Perbezaan terdapat pada peringkat keanjalannya. Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat (lihat gambar).

Namun kita harus berhati-hati pula bahawa pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.

4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan (lihat gambar). Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa solid dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan

5. Dari segi aroma
Terdapat sedikit perbezaan antara keduanya. Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan. Sayangnya kemampuan untuk membezakan melalui aromanya ini memerlukan latihan yang berulang-ulang kerana memang perbezaannya tidak terlalu ketara.

6. Ciri-ciri secara Umum
Secara amnya, bentuk daging babi yang diternak dan babi hutan sangat mirip satu sama lain, sementara daging babi mempunyai perbezaan yang cukup banyak dengan daging lembu. Namun ketika kedua-dua jenis daging tersebut telah dicampurkan, apatah lagi setelah disebatikan dengan darah lembu, kedua-duanya (daging babi dan lembu) menjadi sangat sukar untuk dibezakan.

Eskelator dalam kampung!

Agak pelikkan? Tapi inilah yang wujud, di Colombia, di sebuah perkampungan setinggan di atas bukit telah di bina escalator, Mereka telah menggantikan lebih daripada 350 anak tangga konkrit. Pegawai-pegawai berkata bahawa penggunaan mereka akan mengurangkan kenaikan 35 minit menuruni cerun hingga enam minit.

Muka tanpa wajah sebab miskin

Akibat melecur dalam kebakaran,Wang Xiopeng kehilangan wajahnya.. dan lebih mengedihkan apabila keluarganya tidak dapat menolongnya. Ini semua kerana hidup dalam kesusahan.

Kos pembedahan yang mungkin mencecah RM60ribu sememangnya sangat sukar untuk dipenuhi.. Walaupun terpaksa melihat anaknya tidak dapat hidup sempurna..apa lagi yang boleh mereka lakukan?

Malah, Wang Xiopeng tidak dapat bergerak dengan bebas kerana jari2 telah bercantum semasa kebakaran.
***copy from Sah dan X sah

Am : Chicken Pox @ Cacar Air

Sekadar untuk berkongsi info pasal chicken pox sebab budak2 PASTI akan dapat penyakit ni...
APA ITU CACAR AIR?
Virus cacar air (chicken pox) dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).


MORE INFO PASAL CACAR AIR
  1. Virus chicken pox boleh berjangkit melalui udara apabila pesakit bersin atau batuk, sentuhan ke atas bintik merah yang telah pecah dan juga melalui pakaian yang pesakit.
  2. Virus chicken pox kekal aktif dan boleh berjangkit kepada orang lain walaupun sewaktu terapung diudara dan dimana-mana permukaan selama 2 jam.
  3. Virus demam campak mula berjangkit kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit pertama mula mengalami gejala chicken pox atau 4 hari selepas ruam muncul.
  4. Virus ini juga mengambil masa antara 7 ke 14 hari untuk membiak didalam badan yang telah dijangkiti sebelum ruam muncul. Tempoh pembiakan ni dipanggil sebagai tempoh inkubasi
  5. Sebenarnya agak sukar untuk mengenali gejala jangkitan awal chicken pox ni sebab gejala awal yang muncul ialah batuk, selsema dan sakit mata sebab sebagai ibu bapa biasanya kita akan menganggap anak kita terkena selsema atau demam biasa. Tapi bagi kes anak saya pula, tak ada batuk, demam dan sakit mata pun. Tiba-tiba saja dah keluar bintik-bintik merah yang pada mulanya kami sangka adalah ruam biasa.
  6. Penyakit ini boleh menjadi antara wabak yang serius dan boleh membunuh di negara yang mengalami bencana alam dan peperangan kerana kebanyakan penduduk akan bersesak di kem perlindungan dan tidak dapat menerima rawatan yang mencukupi


CARA RAWATAN

Antara cara merawat demam campak pula ialah :

  • Rawatan dan ubatan dari klinik. Untuk mengurangkan gatal doktor biasanya akan bagi ubat sapu. Tapi untuk kes demam campak yang baru nak menjadi – contohnya ruam dan bintik-bintik merah baru keluar 4 ke 10 biji, anda boleh segera ke klinik dan dapatkan anti viral. Anti viral ini boleh membantu mematikan virus di dalam badan yang telah dijangkiti. Tapi kalau ruam dah keluar banyak, anti viral ni dah tak boleh membantu lagi.

  • Untuk rawatan kaedah tradisional, boleh mandikan anak dengan daun semambu. Caranya ramas daun ni dalam sebaldi air dan mandikan seperti biasa. Daun semambu juga boleh digunakan untuk melapik tilam anak yang terkena demam campak dan juga boleh di tumbuk halus dan disapu ke seluruh badan. Biasanya kaum India yang banyak tanam pokok semambu ni kat rumah dan juga di kuil mereka. Daun semambu juga dikenali dengan nama daun Neem (pernah nampak ubat gigi neem? ha.. gambar kat kotak ubat gigi tu lah daun semambu :) )

Teringat pesan orang-orang tua, elakkan mereka yang kena chicken pox dari terkena hujan sebab takut parutnya jadi berlekuk dan hitam.

***aku copy and paste ja...

Am: Demam Campak



beras pulut dikatakan mampu merawat demam campak

APA ITU DEMAM CAMPAK??

Penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox) ialah penyakit yang berbeza. Apa perbezaan penyakit demam campak (rubeola) dan cacar air (chicken pox)? Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.



TANDA2 DEMAM CAMPAK
  • mata merah, bengkak
  • batuk(kerana bintik2 dah keluar kat dlm)
  • peluh berbau hanyir..
  • bg kanak2.. menangis lebih..

TANDA-TANDA DEMAM CAMPAK
*jgn makan ubat utk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang2 nya 3 hari, kerana utk tidak campak td terbantut...
*selepas 3 hari, campak akn keluar(bintik2 merah)..
*Jika x dpt tahan ngan kepanasan badan td, gunakan kain yg lembap, dan lap kn ke badan, d bawah ketiak atau letak kn d atas dahi...


CARA UBATI
  • selepas campak keluar.. guna kan cara berubat ini..
  • Bg pesakit minum air kelapa(bukan kelapa gading @ kuning), dgn makan sedikit isi kelapa utk beberapa hari..
  • Baca kn doa pada bahan dan air kelapa..
  • Mesti mandi dgn kadar yg agak banyak, mandi dgn pelahan, dari kaki dan naik ke atas.. akhir sekali baru lah kepala..
ATAU

1. Ambil segenggam beras pulut.
2. Gorengkan beras pulut tersebut.3. Masukkan beras pulut goreng tadi ke dalam gelas yang berisi air putih.4. Kemudian, tutup gelas tersebut. Biarkannya terendam kira-kira dalam 10 minit.
5. Akhir sekali, anda minumlah air tersebut perlahan-lahan.
Amalkan langkah di atas sehinggalah campak anda keluar dan pulih seperti biasa.



TANDA DEMAM CAMPAK DAH HABIS
  • ade bintik2 merah d tapak kaki
Klu x tahan gatal:
  • Jika x tahan akibat campak yg keluar dgn banyak..
  • Guna kan daun mamu..
  • letak kn d bawa bantal, tilam, katil..
  • masuk kn daun mambu dan pecah2kan daun tersebut ke dlm timba, isi kan air dan mandi dgn air tersebut..
Pantang larang:
  • X bleh kena air hujan.. (akan meninggalkan parut hitam)
  • X bleh mandi laut (selama 6 bulan)
Bg menghilang kan parut hitam:
  • daun asam jawa & bedak sejuk asli..
  1. tumbuk hingga lumat daun asam jawa td & campurkan dgn bedak sejuk..
  2. sapu kan d satu badan pada waktu malam sebelum tidur..
  3. pada pagi nya, mandi dgn air yg telah d doa kn..
  4. Bt 3 kali sehari
  5. selama 3 hari...
InsyaAllah, campak akn sembuh dan parut akan hilang... semoga Allah menyembuh kan kita semua..

ayat yg perlu d baca:
  1. Al-Fatihah
  2. Selawat Syifa
  3. lau anzalna.... (surah Al-Hasyr 21~24)