Blogger Templates

Followers

Friday, April 13, 2012

Pelik Tapi Benar

Namanya adalah Kim Goodman. Kim Goodman adalah seorang wanita yang mampu menonjolkan matanya keluar dari rongga mata sepanjang 12 milimeter (0,47 inci). Dia memegang rekod dunia untuk penonjolan bola mata paling jauh.
Beliau tinggal di Chicago, Illinois. Kim mengetahui bakatnya ini suatu hari ketika ia menerima pukulan di kepala dengan kayu hoki. Bola matanya melompat keluar lebih jauh daripada biasanya dan sejak hari itu dia boleh menonjolkannya dalam keadaan sedar, dan juga ketika ia menguap.
Ahli gusti ini benar-benar luar biasa. Andre The Giant merupakan salah seorang ahli gusti dengan kepala terbesar dan disegani sepanjang sejarah WWE Smackdown. Andre mempunyai tinggi lebih dari 7 kaki dan 4 inch (2,24 meter) serta berat badan 520 pound (260kg).
Andre The Giant merupakan WWE Hall of Famer kerana pertandingan melibatkannya berlaku di kejohanan besar seperti melawan Hulk Hogan. Seperti Big Show, Andre mengidap sindrom Acromegaly, yang mengakibatkan badannya membesar sangat cepat. Acromegaly sendiri berhubungan dengan Gigantisme.
Semasa pertandingan hidung terbesar di dunia tahun 2005, Mehmet Ozyurek dari Turki tercatat mempunyai hidung terbesar di dunia dengan rekod 8.8 cm. Hujung hidung sahaja mencapai 3,5 cm
Leonard Traenkenschuh dari Port Townsend, Washington, mempunya 3 setengah inci alis mata (dan masih terus memanjang). Untai terpanjangnya adalah 3 ½ inci.
"Saya tidak bertujuan untuk menyimpannya untuk memecahkan rekod," ujar lelaki yang tinggal di Port Townsend sejak tahun 1980 dan bekerja di rumah sakit sebagai petugas transkripsi catatan perubatan.
"Ini baru saja terjadi." Leonard, 56 tahun, bukan orang yang sangat berbulu. Dia tidak punya janggut dan tidak memiliki jambang tebal atau bermisai. "Saya hanya ada alis mata subur," katanya.


Deria rasa yang lazimnya kita miliki biasanya hanya sepanjang 5 hingga 6 sentimeter. Rekod lidah terpanjang di dunia dipegang oleh lelaki warganegara England bernama Stephen Taylor.
Beliau mempunyai lidah sepanjang 9,5 sentimeter dari hujung sehingga bahagian tengah lidah dalam keadaan mulut tertutup. Stephen menerima gelaran tersebut dalam acara 'Lo Show dei Record' di Milan, Itali pada 5 Januari 2006 yang lalu dan hingga sekarang ini belum ada yang berjaya memecahkan rekod tersebut.
Chenq Shiquin, wanita berasal dari Guangxi Cina mempunyai rambut dengan panjangnya mencapai 18 fit (atau lebih kurang 6 meter) pada tahun 2004. Dia mulai menyimpan rambutnya dari umur 13 tahun. Khabarnya beliau memiliki salon kecantikan sendiri.
Francisco Domingo Joaquim dari Sambizanga di Angola telah dianugerahi gelaran manusia dengan mulut terlebar di dunia. Dengan demikian Francisco Domingo Joaquim boleh juga menjadi manusia dengan mulut dan rahang terlebar di dunia.
Lelaki yang lebih popular dikenali dengan nama Chiquinho ini menyertai pertandingan mulut terbesar di dunia di Roma, Itali. Susah untuk dibayangkan sebuah tin minuman softdrink boleh dimasukan sepenuhnya dalam mulut lelaki yang berusia 20 tahun ini.

No comments: