Blogger Templates

Followers

Monday, January 16, 2012

Rumahtangga Rita bergolak lagik.. Kesian

Aku copy and paste ja from Beautiful Nara yek,..

-Alkisahnya, Aidil Zafuan, suami kepada Rita Rudaini sudah pun keluar daripada rumah sejak seminggu yang lalu. Puncanya apabila Zaquan dan Ayu Raudhah menghantar Aidil untuk mengangkut kesemua barangnya sehingga tiada apa-apa lagi ketika Rita dan anak-anak pulang ke kampung. Kata Rita:-

Saya tidak faham kenapa mereka tidak sudah-sudah mahu mencari pasal dengan saya. Rumah tangga kami sudah aman dan bahagia selama lapan bulan sejak saya memberi peluang kepada Aidil selepas apa yang berlaku dulu. Tapi, belum sempat menarik nafas lega, timbul pula musibah lain apabila Zaquan dan Ayu mencari pasal hingga kami bergaduh menerusi Twitter. Saya pelik kenapa Zaquan naik hantu apabila saya cakap ‘tak kisah mak mentua sayang atau tidak’, itu perbualan saya dengan peminat. Saya tidak menyentuh sesiapa pun, jauh sekali mahu memburukkan mentua. Tapi, Zaquan tiba-tiba menyampuk dalam Twitternya ‘memang tak kisah mak mentua tak sayang sebab rumah mak mentua pun tidak pernah balik. Jangan cari pasal la… Makin lama makin melampau’.

-Rita Rudaini ternyata kecewa apabila insiden peperangan menerusi Twitter ini berlaku sehingga membuatkan dia terasa seperti maruah dirinya dipijak-pijak. Kata Rita lagi:-

Saya rasa maruah saya seperti dipijak-pijak. Apabila saya membongkar rahsia bersama seorang wanita sebelum berkahwin dulu, dia mendakwa saya menyebarkan fitnah. Seperti mana mengaibkan saya, dia juga tidak akan terlepas daripada dimalukan. Fitnah atau sebaliknya, saya rasa Zaquan dan adik beradiknya tahu. Saya akui tidak pernah berbaik jauh sekali nak bercakap dengan Zaquan mahupun Ayu. Saya tidak faham kenapa Zaquan menggunakan Twitter untuk menyerang saya. Kalau tidak berpuas hati, kenapa tidak menghantar SMS? Zaquan seolah-olah membuka pekung di dada. Secara tidak langsung mengheret keluarganya sekali dalam pertelingkahan ini. Orang luar menilai baik keluarga kami. Tapi saya nak menegaskan saya tidak memulakannya.

-Yang penting, Rita Rudaini tidak menuduh semborongan apabila CCTV menjadi saksi kehadiran Zaquan dan Ayu Raudhah untuk membantu Aidil mengangkut barang-barangnya termasuk motosikal. Dan Rita melahirkan rasa kekecewaannya kerana campur tangan daripada Zaquan dan Ayu di dalam hal rumahtangganya:-

Sampai tahap itu Zaquan dan Ayu mahu melihat kemusnahan rumah tangga saya. Mereka tidak fikir, Aidil meninggalkan anak-anak yang masih kecil? Sanggup mereka nak memutuskan kasih sayang bapa dan anak-anak. Mereka tidak seharusnya campur tangan, Aidil sudah cukup matang dan boleh berfikir baik buru tindakannya. Saya kesal, perbuatan Zaquan dan Ayu menjadi batu api dalam menghuru-harakan rumah tangga saya.

-Abang Nara paling sedih apabila membaca kata-kata Rita di bawah yang seolah-olah pasrah jika jodohnya tidak lagi bersama Aidil:-

Jujurnya, saya sudah letih, saya tidak kisah lagi apa yang berlaku selepas ini. Syukur jika jodoh antara saya dan Aidil masih panjang, jika berlaku sebaliknya, saya pasrah. Saya hanya ingin membesarkan anak-anak dengan didikan sempurna. Biarlah saya susah asalkan anak-anak bahagia.

-Abang Nara tak tahu nak cakap apa dan tak tahu siapa yang berada di pihak yang benar. Semoga perselisihan faham antara Rita, Aidil, Zaquan dan Ayu Raudhah dapat diselesaikan secepat mungkin. Bukan apa, impak yang paling besar pastinya kepada anak-anak sekiranya perpisahan terjadi. Semoga penceraian antara mereka berdua dapat dijauhkan.

***credit to Beautiful Nara

Lelaki Tercantik di Thailand




-Dibalik kecantikan yang luar biasa tersebut, sebenarnya Nong Poy adalah seorang pria yang melakukan operasi kelamin pada usia 17 tahun.
-“Wanita” transgender kelahiran 1984 ini memiliki tinggi 171 cm, ukuran badan: 33-24-36 dan massa: 48 kg. Jiwa kewanitaannya sudah mulai ia rasakan sejak dia duduk di bangku SD. Ia merasa dirinya lebih cocok memiliki tubuh wanita dan dia sudah bermimpi untuk menjadi seorang perempuan tetapi dihadapan orang tuanya dia bersikap seperti anak laki-laki. Karena dia merasa risih dengan ‘organ’ prianya dia melakukan operasi pada saat berumur 17 tahun.
-Pada awalnya dia sangat takut akan operasi tersebut, tetapi setelah berkonsultasi dengan banyak dokter akhirnya dia memutuskan untuk melakukan operasi. Proses operasinya sangat menyakitkan bagi Poy. Dia mengalami sakit yang luar biasa tapi demi cita-citanya menjadi seorang perempuan, dia seakan tidak peduli dengan rasa sakitnya pada saat itu. Setelah dia berubah menjadi ‘wanita’ rasa sakit itu dianggapnya sebagai bayaran yang setimpal.
-Dua tahun pasca operasi, Nong Poy berhasil memenangkan kontes kecantikan ‘Miss Tiffany‘ saat dia berumur 19 tahun. Pada tahun yang sama, Nong Poy menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004. Ia semakin dihargai tidak semata karena prestasi internasional yang ia raih. Namun, kecantikan (wajah) ia peroleh terjadi secara alami pasca operasi dan terapi hormon. -Tidak seperti wanita trasgender lainnya, Nong Poy tidak melakukan operasi plastik pada wajahnya. Ia hanya melakukan operasi pada tubuhnya dan menggantikan kelaminnya menjadi wanita.
-Oleh karena itu, ia pun dibanjiri orderan sebagai model, bintang iklan, pembawa acara di Thailand. Selain cantik, Nong Poy juga cerdas dan berbakat. Kepintaran dan kecantikannya pada akhirnya dapat diterima dengan baik oleh masyarakat Thiland. Setidaknya karena ia telah membawa nama Thailand dalam ajang internasional.

***credit to sah dan x sah

Umur 10 Tahun mengandung kerana diperkosa

Seorang gadis Mexico berusia 10 tahun telah melahirkan seorang bayi lelaki selepas kehamilan 31 minggu, menurut laporan.

Bayi pra-matang, yang berat 3.3 pound dilahirkan oleh seksyen raja di Hospital Wanita di bandar Puebla dan berada di Unit Rawatan Rapi pulih akibat radang paru-paru.

Ibu muda, yang dari berdekatan San Francisco Totimehuacan komuniti, telah kembali ke tanah air selepas prosedur tetapi melawat bayi setiap hari untuk menyusukan, kata pegawai.


Pejabat Peguam Negara Puebla negeri kini menyiasat sama ada gadis itu telah dirogol dan siapa bapa, pengarah hospital Rogelio Gonzalez berkata, mengikut UpFrontNewswire.

Undang-undang negeri Mexico berkata, ibu-ibu muda tidak mempunyai pengguguran kecuali perempuan boleh membuktikan dia adalah mangsa serangan seksual.

Umur minimum menyatakan persetujuan ialah 12 dan wanita yang menjalani pengguguran di Puebla menghadapi hukuman denda atau penjara jika mereka tidak dapat membuktikan mereka telah didera secara seksual.


Undang-undang yang sedang dikaji semula.


Perempuan, yang tidak dinamakan, tiba di kemudahan perubatan pada 22 Okt, mengalami komplikasi yang mengancam nyawa, termasuk sawan.


Pegawai hospital berkata bayi yang baru lahir adalah dalam keadaan yang baik mengingati kelahiran pra-matang dan ibu pulih dengan baik.

Ini bukan merupakan kes pertama seorang gadis yang teramat muda yang melahirkan anak di Mexico.

Pada bulan Ogos tahun lepas, Amalia yang berusia 11 tahun mempunyai seorang kanak-kanak dua minggu pra-matang selepas dia menafikan pengguguran oleh Jabatan Hakim tempatan pada bulan keempat kehamilan.

Dia dirogol berulang kali oleh bapa tirinya ketika dia berusia 10 tahun, tetapi undang-undang tempatan tidak membenarkan penamatan selepas tiga bulan.

p/s: semoga Anak2ku sentiasa dilindungi-Nya.. Amin

Rozita yang da buang tebiat


-Penampilan Rozita Che Wan ketika hadir bday pelakon Ryzal Jaafar yang bertemakan K-Pop......
-Bila gambar ni mendapat kritikan ramai, RCW bgtau dia hanya ikut tema... Ni dia punya alasan.. (jap aku copy paste dulu):-

Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa.

Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?.

Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya.

Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet.


-Apa2 laaa Cik Pah..... Tema Dia bagi ko xnak ikut ke???

Pengalaman detail Wardina dirompak


Mereka merompak "perasaan selamat" saya
Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam SHHHHHH”katanya. Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas

Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda.

Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?
Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.
Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.
Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.
Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.
Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.
Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku.Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.
Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.
Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu. Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.
Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.
Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.
"Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”
(Quran, Al-Falaq:1-5)
Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.
Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.
Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”
Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya untuk anda fikirkan juga.
Yang masih trauma,
Wardina

***crdit to fanpage Wardina and Sah dan x sah