Blogger Templates

Followers

Monday, April 2, 2012

Melaka : Nyum nyum...

-Ni laaa the famous CoConut Shake Klebang..... Sempat tapau sebelum balik Putrajaya.... Harga tapau RM2.20.. Kalau minum kat kedai, RM2.00 ja.... Murah gila banding kat KL nie RM3.50!!!!

-Ni plak mee Tengkera.... Memang famous sgt sampai suami aku pun kadang2 ngidam nak makan padahal aku rasa biasa ja.... Mee goreng yang dimakan dengan telur goreng setengah masak..... Mee ni pedas, aku sendiri xdpt bagi AA makan, takut dorang kepedasan..... Tapi bayangkan mmg ramai sgt kedai tuh smpi orang terpaksa berdiri tepi2 meja untuk book awal2 meja tuh....

Kebaikan Susu Ibu

-Aku post ja gambar ni eventho aku sendiri hanya dapat breastfeed AA sampai 3bulan... Bukan pasal x nak, tapi x mampu..... (ni blog, xkanlaa aku nak ceritakan 100%, ye x?).... **sob sob!

Kesian: Kerana Susah, tinggal kat Tandas..




Pasangan Zhang telah berhijrah pada tahun 2008. Pada masa itu mereka masih berdua..tiada yang tiga. Waktu mula2 sampai, mereka hanya mampu menyewa sebuah tandas yang tidak digunakan lagi. Tapi selepas mempunyai anak, mereka sudah mampu untuk tinggal di sebuah rumah yang agak selesa.

namun, kerana kos sara hidup..akhirnya mereka akur dengan menyewa kembali tandas yang mereka pernah duduk dahulu. Menurut pasangan ini.. tandas ini sudah menjadi sangat bersih. tapi adakala keluar juga bau bau yang tidak sedap, dan mereka hanya flush sahaja..

Bila Auji hisap jari Kaki...

MITOS ja tuh....! xpayahlaaaa aku nak pening-pening sangat..... Orang saja nak usik laa tuh konon AA bakal dapat adik.. No way!!! No way!!!! Aku nak bagi laluan kat member2 yang belum ada rezeki lagik..... Aku dukung newborn anak member jerlaa.. Skrg ni aku nak puas2 tidur ja dulu.....

Kek Lapis Jambatan Emas



-Ni laaaa Kek Lapis Jambatan Emas gua!!!!! Hmmm, kalau kira layer time aku buat dulu dengan skrg, skrg ni da kira 80% improved da.... ehehehe... Nanti nak try buat yang lebih halus dan nipis lagik layers tuh.... Tapi the rasa still marbeles! Alhamdulillah kawan2 yang da rasa pun puji sedap..... (ke saja nak amik ati aku????) ehehehe

Kek Kaya Sarawak




-Taraaaa.. Ni laaaa Kek Kaya Sarawak aku.... Ermm actually resepi from my mum, and then passed it to me and my sis......
-Orang slalu kompius its a chocolate cake, tapi sebenarnya BUKAN...... Topping ja aku taruk sos cokolat....
-Kalau agak2 nak rasa, bolehlaaa order... ;-) Harga? Mak ai,.. Malu eh nak sebut... Main PM-PM boleh x???? ahahahaha...
***tengah upgrade hiasan yang lebih menarik.....

Roti Canai buatan sendiri

-Hari tuh tertengok page makcik aku dia masak roti canai and kari for her hub.... So, tetiba 'keegoan' aku pun tercabar sama... ahahaha... So, aku pun try2 laaa buat my own roti canai and kari..... Saiz roti aku ni ala2 mini roti canai but the taste quite good (menurut kata mizi).....

Fridge Magnet terbaru!

-Ni bukan riak.. Sekadar nak kongsi.....

Tahniah Aishah dan Hedir!


-31 Mac 2012, aku dan family g Melaka.... member Mizi kawen kat Bukit Katil, so kitorg gi sana terus kira cuti-cuti Malaysia.... X pernah lagik setakat ni bawak Auni Auji stay hotel....
-Plan nak bertolak jam 11.30, tapi itu ini last2 bertolak dari Putrajaya tepat jam 12tghari..... Naik kereta apa? Tentulah si Savvy kesayangan aku tuh.... ;-) Terpaksa bawa beg kecik sebab taruk stroller kat belakang tuh pun da penuh.....
-Sampai kat Bukit Katil, terus duduk kejap, semeja dengan Ijan and family.... Lain2 member belum nampak batang hidung.... Mizi makan dulu, then baru turn aku... Biasalah, bila ada anak nie, mana boleh makan serentak... Kena makan gilir2 untuk tugas jaga anak..... eheheheh....
-Da settle makan, perut pun kenyang (ooo lupa, makanan dat day ayam goreng, daging, and paling aku suka ada ikan masin!!!), kitorg proceed gi pelamin jumpa pengantin... Snap2 laa mcm biasa.....
-Jam 3++, kami balik proceed gi bandar, iaitu Avillion Hotel.... Tengok building, mmg cantiklaaa... Besar.... After check-in, masuk bilik 918, studio room.. Saja amik bilik saiz besar skit supaya Auni Auji senang nak bergerak2....
-Baring2 kejap, mandikan AA, then g Tengkera pekena mee sup.... Wah, sedap! Pekerja kat situ plak asek usik Auji... Pelik, biasa org usik Auni, ni plak terbalikl.. Auji plak yang ada peminat... AA pun layan makan mee sup... Aku makan bihun, Mizi makan kuetiaw...
-Da kenyang, proceed g Klebang pekena coconut shake... MEMANG SEDAP!!! Harga pun murah.... YAng paling x tahan, terjumpa dengan member lama UiTM, Intan Nor Saina dengan husband dia... Auji asek pegang perut dia, rupanya Alhamdulillah, da 4bulan pregnen... Aku doakan semoga semuanya selamat dan dipermudahkan yek Along! Tengah nak makan, Idham and famili plak datang.... Time tuh da nak gelap.... Orang warung tuh siap bagi kitorg nasik lemak yang xabis.... 1 family dapat 4nasik lemak... Wah rezeki untuk makan kat hotel...
-Pastuh, Idham ajak g Umbai pekena asam pedas.. Tapi yelah, aku tgh nak kawal makanan, lagipun baru lepas makan, masih kenyang, Auji pun tidur dalam kereta da, so, x dapat join..... Lepak kat bilik ja... Malam tuh tidur berempat kat katil King.....
-Esok paginya, g Tengkera lagik makan mee kubur with Che Mat Noh, kawan opis lama..... Dia da jadi PPD Muar... Punyalah ramai manusia makan kat situ... Cina pun ramai smpi aku trasa cm makan kat kedai cina laaa plak.... Pastuh, proceed balik hotel untuk mandi swimming pool....
-And jam 12tghari kitorg check out, g Klebang kejap beli lagi coconut shake and dodol and balik Putrajaya.... Jam 2.15 da sselamat smpi ke basement parking rumah.. Alhamdulillah.....
-Ni penat x ilang lagik.... Ok... Sekian ja cerita aku kat Melaka.... Yang paling penting, 1 malam memang x puas!!! Xdpt nak buat apa2 pun... Ngeeeee... Tata!

Good 1! I like!

Seksi Depan Al-Quran...

-Bila xreti nak gunakan otak..... Pakai seksi depan Al-Quran..... Biarlah Allah bagi pembalasan yang setimpal kat minah nie...

Bedah muka utk sama dengan anak...

Seorang ibu berusia setengah abad di sini memiliki rupa paras seperti anak perempuannya yang berumur 28 tahun selepas membelanjakan £10,000 (RM52,833) untuk menjalani pembedahan kosmetik, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berkenaan, Janet Cunliffe taksub untuk kelihatan muda seperti anaknya, Jane dan menjalani siri pembedahan kosmetik di Croatia pada September lalu.

"Mungkin tindakan saya menjengkelkan, tetapi anak perempuan saya begitu cantik seperti saya pada waktu muda dahulu.

"Sesiapa sahaja pasti berkeinginan memiliki rupa paras sepertinya," kata wanita itu.

Beberapa tahun lalu, Janet tak ubah seperti nenek kepada anak perempuannya dengan wajah yang berkedut, susuk tubuh gemuk dan kulit kendur.

Namun, kini orang ramai sukar membezakan mereka selepas Janet menjalani pembedahan wajah dan pembesaran buah dada selain mengamalkan diet selama empat bulan.

Tambahnya, usaha untuk kelihatan cantik bermula dengan berhenti memakan makanan ringan.

"Sebelum ini saya makan kentang dan pasta tetapi kini saya makan ayam panggang dan sayuran hijau," katanya.