Blogger Templates

Followers

Tuesday, May 28, 2013

PETUA: untuk bakal dan ibu baru....


-Ni peringatan utk aku sendiri jugak kot2 nanti aku pregnen semula, kan.... Hehehehe..... 
sumber: Pa Ma

MERAWAT LUKA 
Luka yang dialami oleh ibu-ibu yang baru bersalin memang membuatkan rasa tidak selesa. Tidak sabar rasanya hendak sembuh dan menjalani rutin harian seperti biasa.
Selain mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan doktor, anda boleh juga mencuba petua tradisional yang dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan.
1.      Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
2.      Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
3.      Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
4.      Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
5.      Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
***aku bersalin normal (Alhamdulillah)... another one utk cepatkan luka kat bawah tuh rendam kat air garam.... dont wori... mmg xda rasa pedih pun.... 

MERAWAT BENGKAK SUSU
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini.  Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini? Dapatkan maklumat lanjut di bawah.
Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.
1.      Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
2.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
3.      Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
4.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
5.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
6.      Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
7.      Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
8.      Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
9.      Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
10.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti paracetamol dengan nasihat daripada doktor.
***hanya mampu merasai bengkak susu ketika melahirkan Auni... Time Auji mmg xda rasa sakit bengkak susu nie... Tapi dua2 dorg hanya mampu BF sehingga 3bulan.. bukan pasal aku xnak bagi, but pengeluaran air susu mmg hanya tahap titisan skit sahaja...


MEMPERBANYAKKAN AIR SUSU IBU
  • Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
  • Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  • Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
  • Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
  • Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintan manis  dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
  • Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
  • Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
  • Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
  • Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari. 
***brapa byk kaedah dah kat atas aku try tapi untuk aku mmg xda rezeki kot nak bf anak2 aku bagi tempoh lama.... 

MERAWAT JAUNDIS/KUNING


Petua menghilangkan kuning bayi ialah dengan merebus daun hujan lebat atau buluh cina sehingga kekuningan. Gunakan air rebusan tersebut untuk memandikan bayi anda dua kali sehari.
***Auni dan Auji dua2 kena kuning but syukur Alhamdulillah bukan serius sampai kena jemur di lampu biru tuh... Memang mak aku gunakan air rebusan daun cina yg dia beli dari kedai herba tabib cina... dan juga setiap awal pagi bagi baby kena cahaya (tapi jgn direct esp kat mata) time matahari baru terbit tuh..


MERAWAT KEMBUNG PERUT BABY
Jika bayi menangis, mungkin bayi tersebut kembung. Periksa perutnya dan jika ia kembung, layurkan beberapa helai daun sirih di atas api. Kemudian letakkan daun sirih di atas perut bayi. Insya-Allah, masalah kembung dapat diatasi.
***mak aku ajar tiarapkan perut baby ke badan kita supaya sakit kembung tuh berkurangan.... 

PETUA : Nak slim

Jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan, ambil lima biji buah delima dan keluarkan isinya. Tumbuk isi delima sehingga hancur dan masukkan ke dalam dua gelas besar air. Campurkan sedikit garam. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jadikan ia sebagai minuman setiap pagi selepas bersarapan. Amalkan selama dua minggu untuk melihat hasilnya.




Ingin mengurangkan lemak agar tubuh menjadi cantik dan cergas? Caranya mudah sahaja. Ambil halia dan bakar hingga kehitaman kulitnya. Kemudian tumbuk hingga lumat. Rebus halia tersebut hingga buihnya keluar. Kemudian minum rebusan tersebut. Jika dijadikan amalan, dalam masa sebulan, ia akan menunjukkan hasil yang memberangsangkan.




Asam keping yang biasa digunakan dalam masakan juga boleh membantu anda untuk mengempiskan perut. Ambil sekeping asam keping dan rendamkan ke dalam air panas. Biarkan ia menjadi suam lalu diminum. Amalkannya pada waktu pagi dan malam. Insya-Allah anda akan mendapat hasilnya.





sumber: Pa Ma

Alat-Alat ketika Bersalin



-Terbayang plak balik pengalaman bersalin 2010 dan 2011.... Gerun x gerun, so far Alhamdulillah pengalaman mengandung dan bersalin aku dipermudahkan... Tapi SELEPAS bersalin tuh yang payah sebab kena jaga jahitan, jalan berkepit, pantang kena betul2, bla bla bla.....  
-Tapi bukan aku nak ceritakan pasal pengalaman beranak aku, tapi nak share skit  antara peralatan yang wajib ada ketika proses nak bersalin....   jom jom...


sumber : karangkraf
Mesin analisis kardiotograf (CTG)
Ia biasanya digunakan ketika saat melahirkan semakin hampir. Bunyinya yang bising mungkin agak melemaskan ibu. Namun ia berfungsi untuk mengesan dan melihat kedudukan bayi sama ada normal atau tidak serta menilai denyutan nadi bayi dalam kandungan.
Alat CTG dipakaikan pada bahagian perut ibu bersalin sebaik sahaja dimasukkan ke dalam bilik bersalin. Mesin ini juga bertindak membaca kekerapan kontraksi berlaku. Segala data yang dikesan akan direkodkan di atas helaian kerta sebelum dianalisis oleh doktor.
Ibu dan bayi akan diawasi secara berkala. Ada sesetengah hospital menggunakan CTG bagi memantau jantung bayi secara berterusan. Jika tidak, pemantauan dilakukan setiap 12 hingga 30 minit. Pemeriksaan dalaman  lazimnya dilakukan secara berkala (setiap jam) bergantung pada keadaan ibu.



Suction machines
Digunakan untuk menyedut cecair atau lendir dalam tekak bayi sebaik sahaja dilahirkan. Ia bagi mengelakkan lendir tersebut menghalang proses pernafasan bayi.



Episiotomy Scissor
Semasa proses kelahiran, apabila kepala bayi terdedah pada diameter bukaan 3-4 sentimeter, doktor akan menggunting kulit perineum yang sedang menegang secara menurun ke bahagian anus/dubur (median episiotomy) atau menurun dan tepi (mediolateral episiotomy).
Episiotomi adalah pemotongan yang sengaja dilakukan pada perineum bagi membesarkan laluan tempat kelahiran kepala bayi.
Kebanyakan pakar perubatan percaya episiotomi boleh membantu memendekkan fasa meneran, melindungi tengkorak dan otak bayi daripada tercedera, mengurangkan risiko bayi menderita kekurangan oksigen serta mengurangkan pengenduran tetap lantai pelvis.
Malah episiotomi adalah bagi mengekalkan keregangan faraj. Episiotomi lazimnya dilakukan apabila kelahiran menjadi rumit dan memerlukan kelahiran secara vakum ataupun forsep.
Ia juga dilakukan apabila diramalkan akan berlaku koyakan yang teruk semasa laluan kepala bayi. Episiotomi juga dapat mengelakkan daripada luka yang bergerigi dan tidak teratur.
Bagaimanapun tidak semua kelahiran memerlukan episiotomi, tetapi biasanya kelahiran anak pertama memerlukannya kerana perineum belum lagi regang. Jika ia koyak semasa kelahiran, luka ini dijahit bagi memastikan penyembuhan berlaku dengan baik. Jika tidak koyak, ia tidak perlu dijahit.



Umbilical Cord Scissors
Gunting yang digunakan untuk memotong tali pusat bayi setelah dilahirkan. Hubungan antara bayi dengan urinya sudah ‘tamat’ sebaik sahaja tali pusatnya dipotong. Bayi anda akan mula bernafas dan melakukan segala-galanya sendiri.


Kaedah tangani rasa sakit bersalin (normal)
Biasanya, kaedah ini ditawarkan di hospital bersalin pilihan anda:
*Kaedah pernafasan (teknik deep breathing)
*Penggunaan Entonox (menghidu gas semasa sakit)
*Suntikan ubat bagi menghilangkan kesakitan.
*Epidural (menggunakan ubat-ubatan bagi mengebaskan separuh badan dari pinggang ke bawah)

dan aku amik EPIDURAL!!!! 

Bukti Seksa Plastic Surgery

sumber: Pen Patah 
-Sapa kata org Korea tuh lawa? Memang betul laa dalam dunia ni Korea termasuk dalam list wanita tecantik di dunia... BUT semua tuh fake... its because of plastic surgery...
-Yang nak buat pembedahan plastik tuh, tengok dulu gmbr nie selepas dorang jalani surgery dan sebelum dorg pulih sepenuhnya... AKu plak yg ngilu... Brapa lama agaknya kene dok kat katil berbalut mcm mumia????




Dari Awek biasa ke Ahli Bina Badan...

Sumber: Pen Patah Blog
Eva Andressa telah berubah dari seorang gadis cantik dan slim kepada seorang gadis yang penuh dengan muscle. 

BEFORE/SEBELUM (ha, siap translation lagi)








Seram wei aku tgk paha awek nie.....