Blogger Templates

Followers

Tuesday, May 28, 2013

Alat-Alat ketika Bersalin



-Terbayang plak balik pengalaman bersalin 2010 dan 2011.... Gerun x gerun, so far Alhamdulillah pengalaman mengandung dan bersalin aku dipermudahkan... Tapi SELEPAS bersalin tuh yang payah sebab kena jaga jahitan, jalan berkepit, pantang kena betul2, bla bla bla.....  
-Tapi bukan aku nak ceritakan pasal pengalaman beranak aku, tapi nak share skit  antara peralatan yang wajib ada ketika proses nak bersalin....   jom jom...


sumber : karangkraf
Mesin analisis kardiotograf (CTG)
Ia biasanya digunakan ketika saat melahirkan semakin hampir. Bunyinya yang bising mungkin agak melemaskan ibu. Namun ia berfungsi untuk mengesan dan melihat kedudukan bayi sama ada normal atau tidak serta menilai denyutan nadi bayi dalam kandungan.
Alat CTG dipakaikan pada bahagian perut ibu bersalin sebaik sahaja dimasukkan ke dalam bilik bersalin. Mesin ini juga bertindak membaca kekerapan kontraksi berlaku. Segala data yang dikesan akan direkodkan di atas helaian kerta sebelum dianalisis oleh doktor.
Ibu dan bayi akan diawasi secara berkala. Ada sesetengah hospital menggunakan CTG bagi memantau jantung bayi secara berterusan. Jika tidak, pemantauan dilakukan setiap 12 hingga 30 minit. Pemeriksaan dalaman  lazimnya dilakukan secara berkala (setiap jam) bergantung pada keadaan ibu.



Suction machines
Digunakan untuk menyedut cecair atau lendir dalam tekak bayi sebaik sahaja dilahirkan. Ia bagi mengelakkan lendir tersebut menghalang proses pernafasan bayi.



Episiotomy Scissor
Semasa proses kelahiran, apabila kepala bayi terdedah pada diameter bukaan 3-4 sentimeter, doktor akan menggunting kulit perineum yang sedang menegang secara menurun ke bahagian anus/dubur (median episiotomy) atau menurun dan tepi (mediolateral episiotomy).
Episiotomi adalah pemotongan yang sengaja dilakukan pada perineum bagi membesarkan laluan tempat kelahiran kepala bayi.
Kebanyakan pakar perubatan percaya episiotomi boleh membantu memendekkan fasa meneran, melindungi tengkorak dan otak bayi daripada tercedera, mengurangkan risiko bayi menderita kekurangan oksigen serta mengurangkan pengenduran tetap lantai pelvis.
Malah episiotomi adalah bagi mengekalkan keregangan faraj. Episiotomi lazimnya dilakukan apabila kelahiran menjadi rumit dan memerlukan kelahiran secara vakum ataupun forsep.
Ia juga dilakukan apabila diramalkan akan berlaku koyakan yang teruk semasa laluan kepala bayi. Episiotomi juga dapat mengelakkan daripada luka yang bergerigi dan tidak teratur.
Bagaimanapun tidak semua kelahiran memerlukan episiotomi, tetapi biasanya kelahiran anak pertama memerlukannya kerana perineum belum lagi regang. Jika ia koyak semasa kelahiran, luka ini dijahit bagi memastikan penyembuhan berlaku dengan baik. Jika tidak koyak, ia tidak perlu dijahit.



Umbilical Cord Scissors
Gunting yang digunakan untuk memotong tali pusat bayi setelah dilahirkan. Hubungan antara bayi dengan urinya sudah ‘tamat’ sebaik sahaja tali pusatnya dipotong. Bayi anda akan mula bernafas dan melakukan segala-galanya sendiri.


Kaedah tangani rasa sakit bersalin (normal)
Biasanya, kaedah ini ditawarkan di hospital bersalin pilihan anda:
*Kaedah pernafasan (teknik deep breathing)
*Penggunaan Entonox (menghidu gas semasa sakit)
*Suntikan ubat bagi menghilangkan kesakitan.
*Epidural (menggunakan ubat-ubatan bagi mengebaskan separuh badan dari pinggang ke bawah)

dan aku amik EPIDURAL!!!! 

No comments: