Blogger Templates

Followers

Tuesday, April 10, 2012

Yes, mereka da TERkena!

-Sapa yang perasan lately aku jarang online.... Bukan sebab sibuk kerja, tapi sibuk emergency leave jaga anak2 aku... Why? Sebab dorg diagnosed with Hand Foot Mouth Diseased (HFMD).... Aku suspek dorang dapatk benda ni time mandi kat pool hotel di Melaka hari tuh.... Im soooooo stupid let them swimming in dat damn pool!
- Last wednesday, aku gi snap2 gambar untuk kerja aku with Zarith around Putrajaya. Then, balik opis around 12.30pm, aku terima sms from pengasuh AA bgtau "kak, badan Auji mcm panas".... Aku habiskan lunch aku and terus off ke presint 11 amik dorg... Auji da start merengek da... Aku bagi makan ubat demam hari tuh..
-Esoknya, pelik Auji xnak minum susu+air liur keluar meleleh2..... Usually bila dia nampak aku pegang mangkuk bubur, dia akan datang.. Dis time dia buat dono.... Starting to feel worried about her..... Petang tuh g Klinik Maria , Dr Maria sahkan Auji kena HFMD... Dalam mulut dia penuh ulcers, tangan and kaki da ada 2-3 bintik merah....
-Auji 2hari xnak makan xnak senyum x aktif.... Terpaksa kerap mandikan dia and 'paksa' dia makan sup/cecair/plain water guna syringe....
-After dia da ok skit, Auni plak merengek mulut dia sakit... "Acit, acit" sambil pegang mulut dia..... Badan da start panas.... Sah, shes infected by HFMD too! My mom and dad dari Sabah terus datang ke KL pada Sabtu lepas....
-Time Auji da ok skit and berselera nak minum susu/makan bubur, Auni plak xnak... Just nak minum Yakult ja..... And macam Auji, aku terpaksa paksa dia minum plain water..... (for me, jaga budak umur cam Auni lagi susah dari jaga Auji sbb Auni da pandai buang makanan dari mulut... Auji plak main telan ja)....
-Yesterday, Auni da start tidur lena and nak minum susu... Alhamdulillah 5oz susu abis dia telan... Yang penting dia x dehidrated...
-Thanks to my Ibu + Ayah sebab sanggup terus datang ke Putrajaya siap bawak daun2 herba untuk buang panas and bahan2 minum untuk legakan ulcers budak2 tuh.... Harap2 dorang akan sembuh 100% in dis week..... And yang pasti, no more swimming2 kat pool after dis! Aku serik! Aku tobat! Aku insaf!
-And itulah kejadiannya kenapa aku cuti tetiba from Khamis (5 april) til yesterday (9 april)... Aku cuti bukan cuti seronok, cuti jaga anak... So, harap xda sok sek sok sek belakang aku.... Aku pun da lama x cuti... Dalam ati ada niat nak cuti sehari dua bawak anak g bercuti, tp last2 ni laa cutinya.... Cuti jaga anak sakit.. Xkisahla, yang penting AA cepat sembuh.... Senang ati kalau jaga anak sendiri time dorg xsehat dari terus hantar pengasuh.... Bukan x harap pengasuh tapi kalau kita sendiri jaga, kita tau laa kita kena mandikan dorg kerap, bg makan ubat, sapu ubat oral kat mulut (sampai abis jari kena gigit), tau dorg cukup air dalam badan etc....
-For kawan2 yang ada anak kecik tuh, jgnlaa TERUJA (mcm aku) bawak anak ke public yang ada risiko HFMD nie.... Aku da cukup serik tgk AA sakit pasal penyakit nie... And kalau anak da terkena, yang penting, keep calm jangan panik.... Its not dangerous, just makesure panas badan anak terkawal.... kerapkan mandi... kalau dorg xnak minum/makan, kena paksa bg sup/air/cecair supaya dorg xkekeringan air dalam tubuh.... and bintik2 tuh gatal skit, so boleh sapu guna bedak sejuk kurangkan gatal tuh.....
-Ok.. aku chiow dulu... TATA!

Tanggungjawab Isteri....

***tengah calculate my timing..... tik tok tik tok...

AWAS: Penyakit Tangan Kaki dan Mulut!




Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.


Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.


Gejala Penyakit

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan


Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.


Elakkan Jangkitan!

Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.


Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.