Blogger Templates

Followers

Friday, February 24, 2012

Jom buat Pap Smear!



Apa itu ujian Pap Smear?Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mengadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia 18 tahun
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

Lets play futsal!

Macam biasa aku jadik defender.. Orang jatuh tergolek aku x peduli as long gawang selamat..... ngeh ngeh ngeh.... (nama pun defender kan, mesti kena defend)...

my new team..... Dragon FC.... team kejiranan... . X dpt ikut dorg tournament pun xpe, asalkan dpt join training....

Dah mati pun xda privacy...

-Kalau da nama celebrity nie, mmg xkan ada privacy... Bayangkanlah muka da mati/meniggal dunia pun masih di snap and jadik cover.....

**tu pasal aku xnak jadik artis... takut terlebih popular...ahahaha

Terbalik lagi cantik!



-Terbalik lagi cantik kan dari posisi yg betul.... ahahahaha