Blogger Templates

Followers

Friday, September 28, 2012

Bajet 2013

-Aku bet mesti sekarang ramai kawan-kawan korang yang tengah duduk depan TV dengar pembentangan Bajet 2013,kan? Ahahaha.. Aku tau la sebab kat opis aku pun mcm tuh..... Aku malas lah nak tengok, malam ni baca jer status2 kawan kat fb tuh, mesti berlambak laporan2 bajet yang dikeluarkan...
-Ada kawan sorg kata biar bonus ada ujung tahun nie... Sorg plak kata dia prefer gaji naik.... And ada plak tamak tuh kata gaji naik dan bonus pun kena bagi ujung tahun... Wah, sungguh tamak haloba.....
-Well bagi aku seperti biasa, x kisahla bonus ke, gaji naik ke, aku terima dengan tangan terbuka..... Tapi, kalau gaji x naik, bonus pun xda, aku menerimanya dengan hati yang terbuka.... 
-Yang penting, PM dah sedaya upaya menyediakan bajet untuk kebaikan semua rakyat... Tapi as usual, i bet mesti ada pihak-pihak yang x puas hati, dengki, iri hati, etc akan sok sek sok sek mempersoalkan Bajet 2013.....
-Apa pun, aku bersyukur kerana sekarang makan minum pakai hidup aku dah serba serbi cukup... Even sederhana tapi Alhamdulillah..... Aku hanya berharap agar rezeki aku, rezeki anak-anak aku serta rezeki suami aku sentiasa ada dan cukup.... Amin.................

Have eye on Fansuri...

-Suddenly aku terasa macam nak belajar menjahit la pulak... Tau kenapa? Sebabnya design baju yang ada di butik2 sekarang ni sangat comel, cantek, unik, stylo, kalerful, menarik, etc....  But masalahnya i am so zero  in sewing matter... I dont even know how to sew a button...! How pathetic i am.....
-Wokeh, let me share with you 1 design baju yang aku sangat berkenan... Time kat butik NWW aku dah pegang2 dah, but masalahnya bila masa aku nak pakai??? Bila sampai opis, terasa menyesal la pulak sebab x grab satu helai... Haisy...... Kan dah nyesal... Padan muka ko ijang!!!!
-Ni dia salah 1 design yg aku memang suka tgk.. Dia ala2 jaket, but nipis... And then depan pendek but kat belakang labuh ala2 princess... Tengoklah sendiri.. AKu nak describe pun susah.....

Ni contoh Fansuri kaler biru made by NWW.... 

Bila dipakai jadiklah cmnie.... Lawa x? Lawa x? Bagi aku sangat stylo!!! Boleh pakai dgn skirt, jubah,  seluar, palazo etc!!!!
Kredit foto : NWW

Perkahwinan Lin Da


Pemain badminton nombor satu China dan juga pemegang pingat emas Olimpik 2012, Lin Dan baru sahaja mengahwini pasangannya, Xie Xingfang yang juga pemain badminton pada satu majlis yang penuh gilang-gemilang.
Pemain badminton nombor satu negara dan Indonesia, Datuk Lee Chong Wei dan Taufik Hidayat telah dijemput tetapi tidak dapat menghadirinya kerana tarikh perkahwinannya bertembung dengan kejohanan Japan Open. : copy paste from mynewshub (xda mood nak taip)











Trend Dahi 'Bengkak'

Once again, aku copy and paste ja from mynewshub...
LONDON – Satu siri baru televisyen mendedahkan trend aneh masyarakat Jepun untuk ‘membengkakkan dahi.’



Penampilan luar biasa itu yang dihasilkan menerusi suntikan air bergaram (saline) pada dahi, kemudian menekan pada tengah kawasan yang membengkak dengan ibu jari, menjadi kegilaan terbaru dalam senario pengubasuaian tubuh yang dilakukan secara sulit di negara mata hari terbit itu.
Kesan dramatik hasil rawatan selama dua jam itu berakhir antara 16 hingga 24 jam apabila air bergaram itu diserap oleh tubuh dan dahi kembali kepada saiz normal.
Proses berkenaan didedahkan dalam rancangan National Geographic’s Taboo yang menunjukkan tiga orang menjalani rawatan itu secara sulit di Tokyo.
Ia menunjukkan jarum besar yang bersambung dengan drip air bergaram dicucuk pada dahi John, Marin dan Scorpion.
Pengamal rawatan itu, Asami kedengaran berkata: “Anda perlu melakukannya secara betul bagi mengurangkan bahaya.”
Sensasinya terbukti tidak menyelesakan. Ketika jarum itu dicucuk pada dahinya, John berkata: “Ooh, jariu itu memasuki dahi saya.. Ooh!”
Apabila masuk sepenuhnya, kesan jaram itu dapat dilihat dengan jelas di bawah permukaan kulit dan air garam itu mula memasuki dahi secara perlahan-lahan.
John menyifatkan keadaan ketika itu sebagai ‘terasa mencucuk sedikit.’
Dia kemudian berkata, perasaannya menjadi begitu gelisah, yakin cecair berkenaan melilih pada permukaan mukanya dan bertanya: “Adakah sesuatu yang melilih dari kepala saya. Saya dapat merasakannya melilih.”
Kira-kira sejam selepas itu, dahi John dan dua rakannya kelihatan begitu bengkak dan mereka kelihatan sudah serasi dengan jarum pada dahi masing-masing.
“Saat ini, saya dapat merasakan relaks, seperti berdenyut-denyut dan juga seolah-olah meningkatkan tekanan secara perlahan-lahan, membuatkan saya merasakan hendak tidur,” kata John.
Selama dua jam rawatan itu, kira-kira 400 sentimer kubik air bergaram dimasukkan ke dahi mereka. Sebaik ia mencapai saiz yang diinginkan, Asami menarik keluar jarum berkenaan dan menekan ibu jarinya pada tengah bahagian yang bengkak itu.
Apabila ibu jari itu dialihkan, John kelihatan terkejut, disambut dengan tepukan daripada orang yang berada di dalam bilik berkenaan.
“Oh sungguh menakjubkan. Saya kelihatan begitu menarik,” katanya. – DM


**** xfaham betul aku....

NGERI: Kesan dadah baru @ Rusia


***Aku copy and paste jer tau!
Sebuah jenis dadah baru telah menjadi trend di kalangan para penagih dadah di Rusia. Dadah jenis ini biasa disebut sebagai Krokodil (buaya). Dadah ini mempunyai kesan yang sangat mengerikan dan mematikan, yang akan memamah kulit, daging dan tulang dari para penggunanya.
Krokodil termasuk jenis desomorphine, sebuah sintetik opioid yang lebih berbahaya daripada heroin. Ubat terlarang ini dibuat melalui beberapa siri reaksi kimia dan campuran beberapa bahan saraf yang lain.
Di Rusia, heroin biasa dijual dengan harga sekitar $40 per-dosis. Penggunaan desomorphine biasanya dicampur dengan Kodein-ubat penghilang rasa sakit berasaskan bahan-bahan konsumsi rumah tangga yang lain.
Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan kesan yang sangat buruk sekali dari ubat terlarang itu. Kesannya menimbulkan luka pada anggota tubuh dengan kerosakan yang sangat fatal, bahkan banyak di antaranya mengakibatkan pembusukan pada daging dan kulit pengguna. Kulit dan daging korban terrkelupas dari tulangnya.
Gambar sangat mengerikan, tidak sesuai untuk orang-orang yang sensitif terhadap luka.









***kredit to mynewshub

Demam Poplook

-Aku sekarang memang tengah demam PopLook.... 1st time aku tau pasal PL ni from Twitter Zafirah, my opismate.... Dia asek tweet memanjang pasal PL.... Tapi aku x amik kisah lagi... Then, raya baru2 ni akak aku plak sebut pasal PL, siap tunjuk Penny yang dia beli... WAH< SANGAT CANTEK!!!!!
-So, sudahnya, aku sekarang plak yang gila PL....
-Foto2 kat bawah ni aku taruk jer, bukan yang aku beli.....  ***wink wink...
Kalau terima parcel dr PL, dorg akan balut cmnie with sticker.. mmg nampak kemas...

ni apa namanya ek.... ermmm romper ek? dia cm dress, but seluar..... 

ni aku ada.... mmg sgt selesa.. mmg sleeveless but pakai laaaa cardigan... duhh...

PL pun jual skirt.... 

ni antara trend skrg... fishtail... kalau kreatif, org pakai with kain and belt... jadiklaaa ala2 baju kurung moden...

again romper tangan pendek... suka kaler green nie...tapi aku x beli sbb takut kang jd cm cempedak  yg dibalut...

ni aku ada... nmpk cm biasa kan? but once pakai with belt, mmg lawa!!!

ni la penny.... design ni mmg lawa and sold out cepat.... kalau design ni kuar lagi, makesure awal2 standby depan pc utk beli..... 

ni aku beli.... sebabnya boleh pakai ke opis ala2 jubah.... sopan and selesa..... 

Sopan Style

-Lately the fashion for the Muslimahs was so pretty.... And yes, aku sangat tertarik dengan design2 yang dihasilkan oleh pereka muda which most of them beroperasi di Shah Alam.  Kata Mizi, mungkin dorang nie graduated from Shah Alam kot and then terus bukak bisnes butik kat situ... (Mebi jugak kot!!!)
-But apa aku nak katakan, yes, design dorg memang sgt lawa and skrg plak musim cincai kaler (kaler block) which x kisahlaaa tops ko nak pakai kaler green, skirt nak pakai red, tudung tetibe pakai bright pink kan...... 

 -Kiut baju baju kat gambar atas nie? Kaler caca marba ja but sweet.... Sekarang ni memang musim pakai baju kaler contrast2.... Contohnya ermmm red with mustard, bright pink with orange, green with red, blue with pink, bla3..... Its all about creativity....!


 -Atas nie erm butik Cala Qisya.... Aku dah pergi 3x... So far the baju2 memang sgt comel cuma sayang skit, sebab rangka aku yg agak besar, so, the choice quite limited....

 -Atas ni antara peberet aku... Suka sgt tgk sebab sweet....  Ni from Nurul WonderWardrobe... Aku xpernah lagi gi butik dia but looking forward nak gi sana! KENA PERGI JUGA!!!!


Mak ai, boleh putus saraf aku tgk design ni... Cantek!!!!





 -Baju2 ni for me sesuai utk majlis, and jugak g opis.... Memang design 'pelik' sikit dari kebiasaan but hey, someone kena jadi trendsetter kat tempat kerja kan?  Kan? Kan?



Ni unik skit sbb kain beropol2.... Utk yg petite figure bolehlaa pakai..  Kalau aku yg pakai silap2 cm pokok krismas....









The packaging pun sangat kiut, ok!!!

ni nurul... toke NWW... (sori kalau silap!)



Ni design terbaru NWW.... Nak gi butik semalam tapi perut tetibe ngliu.. Maybe hari ni aku akan serbu butik dia....





Photos : From FB of Cala Qisya dan Nurul WonderWardrobe.....