Blogger Templates

Followers

Thursday, January 12, 2012

Family Planning

-Assalamualaikum semua... Hari ni nak share plak 1 perkara bg mereka yang da berkahwen dan ingin merancang keluarga seperti aku.. Yelah, jarak anak pertama and kedua aku just beza setahun 3hari ja.. So, org seperti aku patut pikir apa family planning yang paling sesuai untuk aku....
-Kemarin gi jumpa Doctor Maria kat Klinik Maria, Alamanda, aku tanya pasal hal ni... Nampak gaya aku memang kena start pikir da apa f.p yang aku nak amik....
-Ni dia antara f.p yang popular dan digunakan pada masa kini....:-






IUD

-Alat Instrauterin (IUD) ini merupakan satu alat diperbuat dripada plastik berbentuk `T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Terdapat dua benang halus pada satu hujung yang tergantung kearah serviks. Wanita boleh merasai benang alat Instrauterin (IUD) melalui pemeriksaan sendiri. (Sila berbincang dengan doktor anda.) Benang ini berfungsi untuk pemeriksaan bagi memastikan alat IUD masih berada di dalam keadaan yang betul dan tidak tertanggal atau jatuh. Benang ini juga digunakan untuk menarik alat IUD keluar apabila tidak lagi diperlukan.

-Kelebihan dan kekurangan IUD.

Ada yang gemarkan penggunaan IUD disebabkan :-

Tidak menghalang hubungan seks.

Berkesan untuk menghalang kehamilan.

Mudah digunakan dan tahan sehingga 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A

Ada yang tidak gemarkan kaedah IUD disebabkan :-

Boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak

Boleh menyebabkan masalah kesihatan yang mengakibatkan kemandulan.

Tidak menghalang daripada penyakit kelamin.

Memerlukan pengawasan doktor ketika pemasangan dan pengeluaran IUD.



IMPLANON

-Implanon merupakan sejenis rod sebesar batang mancis yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas melalui suntikan. Rod ini akan mengeluarkan sejenis hormon progestogen iaitu etonogesterol pada kadar yang sama setiap hari untuk tempoh 3 tahun. Selepas tempoh 3 tahun, rod ini tidak berkesan lagi dan perlu dibuang. Kedua-dua prosedur iaitu pemakaian dan pembuangan implanon boleh dibuat di klinik, memerlukan hanya bius setempat dan prosedur kedua-duanya tidak melebihi 5 minit.

-Antara kesan samping penggunaan implanon adalah gangguan pada kitaran haid sama ada haid akan jadi berpanjangan, haid akan jadi sangat sedikit atau tiada datang haid. Setiap individu akan menunjukkan respons yang berbeza. Kaunseling tentang gangguan haid sebelum pemasangan implanon dapat memastikan setiap individu bersedia jika gangguan pada kitaran haid terjadi.
-Implanon boleh dipasang di mana-mana klinik swasta pakar perbidanan atau di klinik LPPKN. Di klinik LPPKN harga implanon adalah sekitar RM 200 manakala di klinik pakar sekitar RM 350 ke 450. Implanon adalah kaedah merancang keluarga yang selamat dan berkesan.



PIL KONTRASEPTIF

-Wanita kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil-pil yang berada di pasaran mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.
-Pil kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai serjarah keluarga yang berpenyakit jantung.

-Wanita-wanita ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika menggunakan pil kontraseptif.
-Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut. Antara kesan sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan.
-Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Adalah dianggarkan sebanyak 0.5% (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.




'STOKING' (kondom laaa)

-Kondom diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti spermisida.

-Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan semula. Dianggarkan sebanyak 3-5 peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.




SUNTIKAN

-Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan.

-Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak tidak dirancang dalam tahun yang pertama.





-Secara kesimpulan, aku xboleh amik pil sebab aku jenis bukan disiplin punya org... I mean, skrg ni da ada dua anak kecik, masa tidur aku mmg xmenentu... Kalau set jam 10@11, aku takut terlajak tidur kalau tgh tidurkan dorg....


-Suntikan? NAk amik gak but according to kawan aku, suntikan ni bikin berat badan kita naik... AKu ni dahlaaa skrg ni gemuk, amik suntikan ni, makin debab laaa aku...! waaaaa


-IUD? Tengah pikir2 nak try amik nie.... But bila pikir aku xmengandung, x bersalin tapi disuruh dok mengangkang depan doktor, nak gak aku pikir 2-3 kali.....


-Implanon? Implanon ok gak cuma bit expensive la.. Kalau kat Klinik Maria, it costs rm500 sekali pasang... KAlau keluarkan xtau laaa plak brapa RM dia charge... But menurut sorg kakak senior tmpt kerja aku, time dia pasang implanon nie, nak seminggu gak dia cuti demam... Adei.... Kalau aku demam, kang sapa nak uruskan Auni and Auji?????


-So, last2 aku xtau nak pilih apa.... But perasaan aku suh amik IUD.... Tapi takut kangkang... Implanon plak agak mahal.... Pil mmg aku da tolak tepi da awal2.... Suntikan? Maybe....

7 comments:

Miss Greedy said...

pakai stoking loooorrr jawabnya...

iJaNg said...

Miss Greedy, ahaks.... Kata doktor stokin pun ada kebarangkalian mengandung,...

Mak Izz said...

ijang, aku amik implanon. wt kt hosp kerajaan jer kos pasang, bukak, rawatan susulan sume free. cuma kena beli implanon saje, harga RM383.40 (aku beli ms bulan 7 thn 2010) skrg xtaula brp harga pasaran. min pakai 3thn dan max 3thn. tp nk buka awal drp tu pn boleh (aku pakai 2thn je, bln 6 ni nk bukak dah)

aku serasi dgn benda ni xdela demam ke, pening ke haper, berat bdn pun maintain je. cuma period la kacau sket. cm aku pas pakai, period jarang2 (2-3 bln sekali).

aku mls makan pil & amik suntikan sbb TAK DISIPLIN. hehehe... nk guna IUD takotttttttt... selamat berfikir masak2 dan buat pilihan yg terbaik!

iJaNg said...

MAK IZZ, kakak opis aku tuh dia demam seminggu... tuh yg aku ngeri nak amik implanon.... xdpt bygkan klu aku demam, sbb kalau aku yg demam mmg teruk.... xkan dpt gerak apa2 kerja da... klinik swasta rm500, aku da tanya... tuh yg berat gak nak amik implanon tuh.....

ShopaholicBlinx said...

aku sendirian berhad.. pantau sendiri..kire period circle sendiri..semua sendiri..

aku pkai pkai IUD - xselesa aku mkn pil - ade byk discahrge n bau xmenyenangkan di bwh...

so alhamdulillah 3thn ni aku control sendiri..now aku xcontrol tp xlekat2...

ape petua bg pregnant plak uols????

iJaNg said...

BLINX: pil mmg aku tolak tepi awal2... alamk, IUD xselesa ke? kata doc time masukkan jerr xselesa... then after that xrasa ape2.... ko nak ngandung, aku nak plan.... nak ngadung, cara dia mudah jer.. teruskan jerr usaha!!! ngeeeeeeeeee

Haslinda online LASOUL SNE said...

Implan 👍🏻👍🏻👍🏻 Saya dah Cuba 2 kali., pertama 3 tahun selepas tu buka sebab nak tamabh..😁..selpas 6 bulan.. saya Hamil,kemudian selepas melahirkan sebulan saya menyambung semula penggunaan Implan ni..sehinggalh bulan feb saya dah buka sebab t bulan 3 2017 dah tamat utk 3th.Doktor cakap,tggu sebulan dulu..kemudaian sambung pasang semula..