Blogger Templates

Followers

Monday, June 25, 2012

......

Now, allow me to rest..... Thanks for visiting my blog... muaahhsssss...

Gerimis Mengundang

-Almaklumlah anak2 kurang sihat, kena kuarantin plak dua minggu.... Bila anak dah pulih sikit, tidur pun nyenyak, tangan aku gatal pi purchased filem Gerimis Mengundang nie... Bukan pasal Kamal Adli, tapi pasal penggambaran movie ni kat KK, Sabah dan Jakarta....  Itu ja faktornya, ok selain nak tgk Felix AF berlakon.... ahaks....


kenapa aku x sedar ada movie ni kat pawagam????
-Plotnya simple.... Zamani, pilot helikopter yang bertugas di Sabah Air seorang yang pemarah dan baran.... Dia kenal dengan Mikha secara kebetulan di pantai, itupun si Mikha yg sedang main jetski hampir2 langgar Zamani yang tgk snokeling... Si Mikha datang jumpa Zamani untuk minta maaf tapi si Zam ni asyik marah2....Ooo, si Mikha ni kat KK sebab ayah dia ala2 Duta la di situ... Tu yg asek ulang-alik Sabah-Jakarta....
-Lama2 cinta makin berputik antara dorg berdua... But when Zamani luahkan perasaan dia kat Mikha, esok paginya, pecah rahsia si Mikha dah ada tunang nama Doni.... Doni datang ke KK untuk lawat Mikha selepas ayah Mikha meninggal dalam eksiden kat jalan tamparuli (menurut cerita laaa)..... Si Zamani apa lagi, mmg frust menonggeng, marah sbb rasa kena tipu....
-Kat Jakarta, Mikha terus terang kat Doni yang dia cintakan Zamani.... Rupanya Mikha dan Doni bertunang sejak kecil sebab hubungan hubungan keluarga dorang sangat rapat.  Doni sangat gentleman lepaskan Mikha pergi....
-Mikha kan anak orang kaya, so dengan sekelip mata ja dia terbang ke KK untuk luahkan perasaan sama Zamani.... Tapi x sempat jumpa sebab Zamani bawak helikopter hantar barang ke 1 kawasan..... Si Felix yg pegang watak Amry, rakan kerja Zamani tolong Mikha berkomunikasi dengan Zamani thru alat yg kapten slalu pakai kat telinga tuh....  Zamani kata tunggu dia balik bertugas....
-Tiba2 xsampai 3minit selepas perbualan off, dpt emergency signal dr Zamani.... Heli dia terhempas dan sempat kejap di bawak ke hospital.... Bila si Mikha terus terang semua, jari2 Zamani bergerak kejap sebelum meninggal dunia.....
watak zamani and mikha...
 -For me, ada benda yang x berapa logic la dalam filem nie.....Antaranya:
1.  Mikha tengah bersedih ayah dia meninggal.... Bila si Zamani sekali ja nasihatkan Mikha, esoknya dia boleh gelak2 mcm xda apa2 berlaku...
2./  Sebelum terhempas, Zamani ada bercakap dengan Amry selepas borak dgn Mikha thru alat telinga tuh...  then by that time ada scene tunjukkan cuaca gelap... But bila tgh helikopter tuh dah mula nak terhempas, cuaca cerah ja... and pening kepala kejap sbb kamera goyang2 kononnya nk bg gambaran helikopter tgh x stabil...
3.  Mak Mikha pulak tau la pegang watak mak... Tapi ada plak anak x balik ikut Zamani boleh kata "xbimbang sebab tau dengan zamani"..... haisy....

-Itu jerla... aku malas nak komen byk.... Tapi apa yang aku suka, watak Kamal Adli sebagai Zamani aku sangat suka!!!!!!!! And ensem!!!! Ok... chiow

Things i cant say NO!

-Meh aku share makanan yang aku TAK BOLEH KATA TIDAK..... huhuhuhu....

sizzling yee mee... favourite sepanjang zaman.... paling best kat Giant seksyen 13, shah alam... dulu study kat UiTM selalu pekena yee mee kat situ..... Makan dengan cili jeruk, perrrghhhh, boleh kecut anak mata aku.... sedapppp!!!

coto makasar.... the best in sandakan.... pun sedap dpt makan dengan sambalnya... berhingus2 tapi masih mau menghirup kuah.....  dapat makan perut, perrggghhh (perrrgghhh lagi), mmg power..... hanya boleh didapati di kedai makan subur yang ada di BDC atau Bandar Sandakan....
Tomyam.... Makanan Siam mmg the best! Hirup kuah sampai mengalir2 air mata sambil amik tisu lap hingus.... huk huk huk....
Cahr Kue Tiaw but not sembarangan punya ckt.... aku suka ckt yang kat taman sri rampai sentul... dulu time zaman bujang and masih xda anak, pas main futsal ja mesti lepak sana belasah ckt special....

baru ja masuk dlm list.... but sometimes boleh kata NO gak kot but the sambal tomato tuh yg buat nak makan.... adoi... kalau Yuni and Yanoor dorg boleh belasah sambal tomato yg pedas tuh sampai 3-4 bekas (cm bekas kecil dlm gmbr).... aku pulak takat 1 pun dah kuarkan bunyi "sssssss", tu bunyi tanda kepedasan la tuh...



PAVLOVA

-Ngada2 buat Pavlova... Nama Pavlova pun baru tau, xpenah tgk, xpenah rasa..... Tengok pun takat kat tv ja time Nigella Lawson buat benda ni.. Cam best ja sebb cm senang...
-BUT WARNING, benda ni SAAAAAANGATTTTT MANISSSSSS! so, kurangkan la sukatan gula tuh.... and nak buat topping, ada certain whipped cream ja yg sesuai utk buat topping pavlova ni... aku try, mmg xmenjadi.. abis cair topping aku....


1st time tengok nigella buat benda ni but aku xtau nama benda ni PAVLOVA..
pukul sampai berkilat dan 'bertanduk"

makesure taruk bancuhan atas kertas minyak!!!!!!


dalam oven... suhu 140c selamat 1jam hingga 1jam 15minit...

taraaa!     
Kek Pavlova iaitu sejenis kek meringue yang diperbuat daripada putih telur dan gula halus. Tekstur pavlova ringan dan rangup dibahagian luar.


TIPS BUAT PAVLOVA:
Tips
  • Jangan ada walau sedikit pun kuning telur
  • Jangan ada walau setitis pun air dalam adunan.
  • Jangan guna telur yang dikeluarkan dari peti sejuk kerana walaupun telah sejuk dengan suhu bilik, masih ada wap air
Bahan untuk resepi Pavlova
  • 4 biji putih telur
  • ½ cawan pula kastor
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • ½ sudu besar tepung jagung
Topping / hiasan
  • 1 cawan ( 240 ml ) whipping cream
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 1½ sudu besar gula halus ( pilihan )
cara buat (kredit untuk http://www.kujie2.com/resepi/resepi-dan-cara-memasak-pavlova.html



pavlova dari putih telur Pavlova menggunakan bahan utama putih telur dan gula halus yang dipukul .  Mula² pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi ‘soft peak form’.
pavlova putih telur maringue
Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi,, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memutar adunan.
Terus putar sehingga adunan menjadi putih berkilat.  Antara tanda adunan telah menjadi marigue ialah apabila diangkat, terdapat hujung yang bertanduk tajam.
Masukkan esen vanila dan di pukul sampai sebati.  Untuk membuktikan adunan betul² menjadi marigue, telangkupkan bekas yang mengandungi adunan di atas kepala.  Kalau tak jatuh, itu tandanya adunna betul² telah menjadi marigue.
Masukkan tepung jagung dan cuka, gaul dengan spatula.  Jangan diketuk-ketuk adunan tersebut.  Biarkan dia naik secara semulajadi.
adunan pavlova marigue Lukis satu bulatan di atas kertas minyak ( parchment paper ) dengan menggunakan tin kek bersaiz 7 inci.  Tuang adunan di atasnya, bentukkan bulat mengikut garisan yang dilukis sebagai panduan.  Pastikan bahagian tepi adunan lebih tinggi dari bahagian tengah.
cara membakar pavlovaMasukkan dalam ketuhar  yang telah dipanaskan dengan suhu 150°C .  Bakar sejam ( 60 minit ) dengan api atas dan bawah.
Tips
  • Jangan ada walau sedikit pun kuning telur
  • Jangan ada walau setitis pun air dalam adunan.
  • Jangan guna telur yang dikeluarkan dari peti sejuk kerana walaupun telah sejuk dengan suhu bilik, masih ada wap air
cara buat topping pavlova
Sementara menunggu , kita buat bahagian topping pavlova.  Putar 240ml atau 1 cawan whipping cream bersama esen vanilla sehingga kembang dan berkilat.  Kami gunakan non diary tanpa gula.  Boleh masukkan gula jika mahu tetapi untuk kesihatan , kurangkan gula.
Topping ini boleh disimpan di dalam bahagian beku , keluarkan apabila mahu menggunakannya.
pavlova strawberry
Bila kek pavlova dah masak,  buka pintu ketukar dan biarkan kek sejuk di dalam ketuhar.
Keluarkan  untuk disapu topping dan hias mengikut citarasa.  Cuba buat carian google untuk mendapatkan idea  menghias.

Nasi Ayam time!!!


-Nyam nyam nyam... Meh makan nasik ayam!!!!
-This time aku hepi gila sebab Auni dan Auji dua2 makan selera... Auni siap kata "telo" , "cop" untuk sup....

Sorilah, Mr Zeb memang suka menyibuk kalau snap dgn makanan nie....
***telur? aku suka taruk telur sbb Ayah aku kat Sabah dulu kalau buat nasi ayam, telur rebus mesti ada..... nyam nyam nyam...

Roti Jala x menjadi

the looks might funny, but taste boleh tahan....

-Ni aku sediakan untuk breakfast hari Ahad ermmm 24 Jun 2012.... Macam biasa, peminat nombor satu aku si Auji.... Siap telan dengan kari... Nasib aku bikin kari ni versi kurang pedas.... 

Penyaram Day

-Aku lately gedik pasal nak makan penyaram.. Bila dah tau camna nak buat, punyalah terkejut sebab cara buat sangat senang.... Aku buat dan buat dan buat.... Aku makan dan makan dan makan..... Diet segala diet aku dah lupa dah.....


-Nak tau x camna nak buat penyaram?  Aku copy and paste from mssg yang aku sent kat kawan2...

sukatan paling senang didunia... ko amik 1 gelas.. xkira apa2 gelas.. itu yg akan jadi sukatan ko.... 1 gelas tepung gandum, 1 gelas tepung beras, 1 gelas gula, 1 gelas air.... ko bancuhkan semua bahan pukul smpi gula betul2 hancur and sebati..... then, ko tapis adunan tuh and simpan 5-6jam.. tmpt biasa ja, xpayah dlm fridge.... pastuh, bila da 5-6jam, ko taruk la skit garam, and 1 teh sudu kicap... ikut gelas ko tau.. jgn tuang byk2 kicap dulu sbb kalau itam kang xlawa... then amik kuali ko yg kecil, tuang minyak xskit x byk.. cukup utk goreng kuih tuh... mengikut petua time buat kuih ni, api xboleh besar xboleh kecik.... kena medium and sekata... bila api da betul2 panas, ko amik 1 sukatan bancuhan tuh and tuang ke tgh2 minyak.... keep tuang minyak dlm kuali  ke atas permukaan kuih.. jgn goyang2kan.... bila ko agak bwh da kuning skit, terbalikkan.... tos and tara sedia dihidang.....
xpaham tanya ja aku.....

Spagheti Carbonara

My 1st attempt buat Spagheti Carbonara.... 
-Adush, bengap sungguh aku... Senang sungguh masak benda alah nie....

Nampak sedap x? Nampak sedap x?

Kalau yang sama bengap cam aku, ni aku share cara buat....:
1.  Rebus spagheti sampai lembut... Tos dan ketepikan...
2.  Cairkan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih yang dah dicincang2.. Masukkan bawang besar yang dihiris2.... Dah wangi, masukkan button mushroom, udang... Tumis lagi sampai udang masak..... 
3.  Masukkan Sos Carbonara (aku guna Prego, duta Chef Riz anak Chef Wan tu), then sebatikan.... Then, masukkan sedikit butter, and sedikit susu segar.. Susu tuh ikut korang... Nak pekat, susu pun sikit lah.... Nak cair, tarukla susu banyak skit.... Then akhir skali, masukkan red pepper and serbuk parsley.....
4.  Tuang sos atas spagheti tadi and kalau nak, tuang skit serbuk parmesan atas tuh.... Dah siap dah untuk dihadam dalam perut!!!!!

Grilled chicken with mashed potato

taraaa.....
-Ni 1st masakan aku time Auji dah nak minum skit2.... Aku tengok resepi dari channel UNIFI... best plak unifi tuh yek, ada channel masak2 siap step by step lagi.....
-So, ni 1st trial aku... grilled chicken dgn kentang putar... bak kata dlm tv tuh, masakan yang remeh tapi sangat sedap...... Auji makan kentang putar dan ayam dengan jayanya.. Alhamdulillah.... But yes, mmg leceh skit nak buat sbb kena bakar dulu potato then masuk kuali utk siapkan jadi mashed potato... But last2 ada bau hangit skit sbb bz angkat kain jemuran.....
-Hiasan ni sorila... sebab perut dah lapar and auji pun da asyik jenguk2 ke dapur, so, xsempat nak buat platting... Auni? Auni masih dalam kesakitan akibat ulser mulut... So dia takat main cucuk2 ayam ja... huhuhuhu...

Cara masak? Alamak, aku x hengat sangat la tapi aku cuba yek...
1.  Masukkan potato dan tuang seikit minyak zaitun, and masukkan dalam oven pada suhu 250c selama 30minit....
2.  Perap dada ayam (potong tengah untuk masukkan inti) dengan garam dan black pepper... Panaskan kuali, dan taruk dada ayam tadi.. Masak hingga tukar kaler.... Ketepikan....Untuk wat inti, skit tomato yang da dicincang halus+kacang tanah yang dah digoreng (tumbuk separa halus), campurkan dengan sos plum.... Masukkan dalam ayam tadi... Bakar ayam pada suhu 250c selama 10-15minit...
3.  10 minit terakhir, masukkan tomato bersama2 kentang2 yang dibakar tadi dan sambung bakar untuk another 10minit.... Bila da settle, panaskan 1 cawan air dalam periuk, dan masukkan tomato+kentang tadi... Lenyek2 sampai hancur.... Then, masukkan fresh milk, garam, pepper, sebatikan.... Dah siap, taruklah ayam dengan mashed potato tadi atas pinggan.... Taraaa,,,,

Dugaan HFMD kali ke-2

-Bulan yang sangat memberi aku cabaran.... Mek meninggal, then balik dari Kelantan, Auji pulak suddenly demam panas, and bila ke klinik An-Nur, sah dia dapat HFMD.... Tapi aku malaslah nak taip dari mana dapat sebab kalau korang tanya, baru aku jawab yek....
-Ni aku main copy and paste ja status aku kat fesbuk...

11jun-20jun: Auji kuarantin...
14jun-23jun: Auni kuarantin..

Sekadar share pengalaman:
1. Badan anak akan panas. Auji mula2 panas 39.2c and Auni 39.1c...
2. Esoknya biasanya anak mula xnak minum, xnak mkn, merengek skit.. Tapak tgn dan kaki akan ada bintik2 merah, tp xsama cm bintik denggi. Ulcer dlm mulut semakin bertambah kat lelangit, lidah, gusi..
3. Aku mandikan selalu AA xkira waktu. asal panas ja, mandikan dlm besen. taruk toys supaya dorg kusyuk smpi lupa yg dorg tgh berendam and pakai bj yg lubang2 but kdg2 just pakai diaper ja.
4. selang 4-5jam, bg ubat demam. selain tu, aku selangkan gak dgn chinese herbs. ulcer dorg aku sapu ubat ulcer dr hospital and juga sapu chinese herbs (ala powder)...
5.time ni psl dorg gerenti xnak mkn, xnk minum, aku guna syringe paksa minum air, minum sup, minum susu as long cecair masuk dlm bdn dorg.
6. kena thnkan ati sbb dorg merengek teruk dlm 4-5hari. air liur sentiasa kuar and ni yg kena berhati2 supaya xkena kat budak lain. sentiasa tukar sapu tgn, and tukar cadar etc, cuci guna dettol.. segala pencuci tgn, baju, lantai, spray semua aku tukar ke dettol.. hari2 mop lantai and hari2 basuh pakaian...
7. tiap mlm akan kerap terjaga dan menangis. tidur kejap akan terjaga.. and anak yg da reti ckp cm Auni suddenly xnak ckp.. semua main isyarat tgn.. masuk hari ke 6 baru start sebut 'mamam'.. hari ke-8 baru mcm biasa....
8. pendek kata, sapa yg anak kena HFMD, tabahkan ati. kuarantin kena 10hari utk seluruh kuarga yg stay 1rumah..
9. kesimpulannya, aku dua minggu ni xpenah nak hu ha hu ha ke midvalley ke apa.. klu kuar pun sbb darurat ke pasar beli brg dapur and ke alamanda sbb beli stok susu+diaper..
10. yg pnting, makesure suhu anak x panas terus, and suap ja cecair even dorg refuse nak mkn/minum.. bila diaper dorg kering, dorg da terjelepuk xbergerak byk, then its time to take them to doctor sbb wori dehidrat.



gambar lama.... kesian adik beradik nie da dua kali kena HMFD...

sekadar gambar hiasan: simptom.. But bintik AA xdalaa sebanyak ni, yet still nampak jelas...

sekadar gambar hiasan: ulcers yg byk.. ni yg wat anak2 kita x nak minum apa lagi makan sbb ulcers ni sakit sgt....

Auji dah 99.9% sihat.... Auni masih dalam tempoh kuarantin.. Tu pasal aku kuarantin Auji dalam cot dia....

 -Sapa2 yang ada anak and kena HFMD nie, kalau nak tanya ke apa, tanya ja aku... Malu nak tanya, PM aku kat FB... insyAllah aku akan tolong share apa yang aku tahu sbb AA kena benda ni da dua kali, but dis time sangat teruk and jaga dorg sgt susah.... Aku ja yg kena keraskan ati.. Kalau lemah, nak nanges, mmg xterbuatlah kerja2 jaga dorg.... Ingat senang ke nak paksa dorg minum guna syringe, paksa dorg mandi x kira waktu termasuk tengahmalam?
-Itupun sedih sebab masih ada sesetengah pihak x faham kenapa aku cuti kuarantin? kena aku dapat cuti lama.... Untuk pengetahuan semua, aku cuti dua minggu inilah cuti yang sangat memenatkan sebab makan aku ntah kemana, mandi aku ntah kemana, tidur aku ntah kemana... semua serba serbi x kena.... kadang2 dah jam 10malam dorg AA tidur baru aku nyelinap masuk toilet untuk mandi (after seharian x mandi, hokayyy!).... Memang betul, selagi x kena batang idung sendiri, selagi itu pertikaikan itu ini....
-Thank you kepada Datin Omi sebab luluskan cuti kuarantin aku menjadi cuti tanpa rekod and memahami keadaan aku..... kalau x, mmg lunyai aku.... Aku still kena save cuti untuk emergency2 akan datang....
-Ok... aku off dlu.. Nanti aku masukkan entri baru.. daaaa...











MIL meninggal dunia

-Pada 5Jun 2012 around jam 8.45malam, ibu mertua aku, Mek Zaharah telah pergi kembali ke rahmatullah.... Time tuh Mizi da kat Kelantan since 4Jun sejak dapat tau Mek dia kena strok.... Malam 4Jun tuh aku hantar dia ke Subang Airport.... 
-Mek selama ni seihat... Aktif.... Xsangka dia pergi dengan tiba-tiba.. Dia dikatakan jatuh pengsan time baru sampai dari TakBai selepas selesai uruskan pasport haji.. Yes, ikut plan, tahun ni Arwah Mek, FIL, BIL, SIL aku dapat naik haji...... Niat dah sampai, tapi xda peluang jejakkan kaki ke sana....
-Terus Mek dihantar ke Hoppital Tumpat... But the facilities kat sana very poor.... But malam tuh pas Mizi sampai sana Mizi kata even Mek dah x boleh bukak mata, but she still can hold tangan Mizi and riak muka mmg hepi sgt....
-Esok paginya tekanan Mek naik turun... Kejap tinggi, kejap stabil... Then petang cmtuh xsilap, hantar ke Hospital KB... Aku kol member PRO kat sana Mr Zaid utk tlg apa2 yg patut...  Then Mizi SMS yang laporan CT Scan shows kepala Mek da penuh dengan darah yang t'sumbat.... Malam tuh Mek nazak, and pergi meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya....
-Aku terima SMS Mizi "Mek dah meninggal", aku terkedu kejap... Seriously, i am.... Aku terus booked tiket utk aku , Auni dan Auji.... Esok pagi flight jam 6.30am.. Aku nak awal so that boleh tengok jenazah Mek untuk kali terakhir.... 
-And thanks to Irwan and wife, Ume sebab sudi hantar kami anak-beranak jam 3.45pagi ke LCCT..... Budi korang xkan aku lupakan....
-Landed kat kelantan,a ku singgah kejap kat rumah kakak Mizi, tukar baju kurung, tukar pampers AA, and off gi rumah Mizi.... O ye, aku mmg stay kat rumah Kakak Mizi sebab bila adik beradik mizi yg lain balik, rumah mizi gerenti akan penuh, xda bilik available.....  BUT, the distance dekat ja... 2minuted dah sampai.... kalau jalan kaki xsampai 15minit kot...
-
time awal pagi kat LCCT.... alhamdulillah dorang x buat perangai and sangat menyenangkan kerja aku... thank u sayang...

-Ni la 1st time aku tengok jenazah secara real and dekat... Arwah nenek aku pun aku x pergi sebab ayah aku x suruh pergi... Aku sempat kucup jenazah untuk kali terakhir.... Time kebumi aku x pergi sebab dua anak ni mmg segala pergerakan aku terbatas...
-Aku kembali semula ke KL 8 Jun 2012 sebab aku sangat letih and i really need a rest....  Honestly, aku just nak tidur sepuas2nya.... Badan aku mcm dah nak tercabut....
-Kami (juga bertiga) balik guna MAS sbb kat kelantan kalau balik gunakan air asia, akan susah idup aku... sebab ada 1 part tuh kena turun guna tangga, no escalator... aku yang heret anak dua dengan beg sandang and sling beg and stroller, mmg sgt2 sesuai la pakai MAS... Thanks to my sister, kak noi sebab belikan tiket....
-And Allah sgt permudahkan kerja aku even hanya kami bertiga sbb time naik air asia ke kelantan, flight x penuh, so Auji dpt 1 seat..... Then balik ke KL guna MAS pun flight x penuh, Auji dpt 1 seat....  ;-)
-Neway, semoga roh Mek akan tenang disamping-Nya.... Dan semoga Allah SWT tempatkan Allahyarhamah dikalangan hamba-hamba yang dikasihi-Nya.... AMin....


Boleh balik Raya!

-Hai peeps.... Ni pasal aku nak perbanyakkan ja entri aku, ni aku upload gambar tiket raya kami anak beranak.... To Sandakan a day before raya, confirmed, MAS...! seronoknya balik dis year.. Auni dah ada 1 seat.... Balik kampung... hohoho balik kampung.....
-Thanks to Kak Ina KPK and also Erna PSM and also mereka yang terlibat kat PSM kementerian sebab permudahkan proses tiket aku nie.... So hepi....

Love the haircut!

I think i need a new hair cut.... Yup, i really need to cut my hair..... Nak kata panjang xpanjang... Nak kata pendek pun x pendek.... Bikin nyemak mata aku... So my decision, aku nak wat style ala nie! Kalau aku nam[ak tembam, then its an alarm for me to keep reduce my weight.... Hmmm, but mmg lawa cutting style ni... Tapi kena tgk salon gak.. Kalau g salon cikai2, kang potongan rambut jadik cm tapir plak.....