Blogger Templates

Followers

Monday, June 25, 2012

Dugaan HFMD kali ke-2

-Bulan yang sangat memberi aku cabaran.... Mek meninggal, then balik dari Kelantan, Auji pulak suddenly demam panas, and bila ke klinik An-Nur, sah dia dapat HFMD.... Tapi aku malaslah nak taip dari mana dapat sebab kalau korang tanya, baru aku jawab yek....
-Ni aku main copy and paste ja status aku kat fesbuk...

11jun-20jun: Auji kuarantin...
14jun-23jun: Auni kuarantin..

Sekadar share pengalaman:
1. Badan anak akan panas. Auji mula2 panas 39.2c and Auni 39.1c...
2. Esoknya biasanya anak mula xnak minum, xnak mkn, merengek skit.. Tapak tgn dan kaki akan ada bintik2 merah, tp xsama cm bintik denggi. Ulcer dlm mulut semakin bertambah kat lelangit, lidah, gusi..
3. Aku mandikan selalu AA xkira waktu. asal panas ja, mandikan dlm besen. taruk toys supaya dorg kusyuk smpi lupa yg dorg tgh berendam and pakai bj yg lubang2 but kdg2 just pakai diaper ja.
4. selang 4-5jam, bg ubat demam. selain tu, aku selangkan gak dgn chinese herbs. ulcer dorg aku sapu ubat ulcer dr hospital and juga sapu chinese herbs (ala powder)...
5.time ni psl dorg gerenti xnak mkn, xnk minum, aku guna syringe paksa minum air, minum sup, minum susu as long cecair masuk dlm bdn dorg.
6. kena thnkan ati sbb dorg merengek teruk dlm 4-5hari. air liur sentiasa kuar and ni yg kena berhati2 supaya xkena kat budak lain. sentiasa tukar sapu tgn, and tukar cadar etc, cuci guna dettol.. segala pencuci tgn, baju, lantai, spray semua aku tukar ke dettol.. hari2 mop lantai and hari2 basuh pakaian...
7. tiap mlm akan kerap terjaga dan menangis. tidur kejap akan terjaga.. and anak yg da reti ckp cm Auni suddenly xnak ckp.. semua main isyarat tgn.. masuk hari ke 6 baru start sebut 'mamam'.. hari ke-8 baru mcm biasa....
8. pendek kata, sapa yg anak kena HFMD, tabahkan ati. kuarantin kena 10hari utk seluruh kuarga yg stay 1rumah..
9. kesimpulannya, aku dua minggu ni xpenah nak hu ha hu ha ke midvalley ke apa.. klu kuar pun sbb darurat ke pasar beli brg dapur and ke alamanda sbb beli stok susu+diaper..
10. yg pnting, makesure suhu anak x panas terus, and suap ja cecair even dorg refuse nak mkn/minum.. bila diaper dorg kering, dorg da terjelepuk xbergerak byk, then its time to take them to doctor sbb wori dehidrat.



gambar lama.... kesian adik beradik nie da dua kali kena HMFD...

sekadar gambar hiasan: simptom.. But bintik AA xdalaa sebanyak ni, yet still nampak jelas...

sekadar gambar hiasan: ulcers yg byk.. ni yg wat anak2 kita x nak minum apa lagi makan sbb ulcers ni sakit sgt....

Auji dah 99.9% sihat.... Auni masih dalam tempoh kuarantin.. Tu pasal aku kuarantin Auji dalam cot dia....

 -Sapa2 yang ada anak and kena HFMD nie, kalau nak tanya ke apa, tanya ja aku... Malu nak tanya, PM aku kat FB... insyAllah aku akan tolong share apa yang aku tahu sbb AA kena benda ni da dua kali, but dis time sangat teruk and jaga dorg sgt susah.... Aku ja yg kena keraskan ati.. Kalau lemah, nak nanges, mmg xterbuatlah kerja2 jaga dorg.... Ingat senang ke nak paksa dorg minum guna syringe, paksa dorg mandi x kira waktu termasuk tengahmalam?
-Itupun sedih sebab masih ada sesetengah pihak x faham kenapa aku cuti kuarantin? kena aku dapat cuti lama.... Untuk pengetahuan semua, aku cuti dua minggu inilah cuti yang sangat memenatkan sebab makan aku ntah kemana, mandi aku ntah kemana, tidur aku ntah kemana... semua serba serbi x kena.... kadang2 dah jam 10malam dorg AA tidur baru aku nyelinap masuk toilet untuk mandi (after seharian x mandi, hokayyy!).... Memang betul, selagi x kena batang idung sendiri, selagi itu pertikaikan itu ini....
-Thank you kepada Datin Omi sebab luluskan cuti kuarantin aku menjadi cuti tanpa rekod and memahami keadaan aku..... kalau x, mmg lunyai aku.... Aku still kena save cuti untuk emergency2 akan datang....
-Ok... aku off dlu.. Nanti aku masukkan entri baru.. daaaa...











3 comments:

Anonymous said...

salam, tgh cari info pasal cuti tanpa rekod sbb kuarantin tetibe terjumpa blog u. thanks sb post pasal ni. serius selama ni sy xpenah tau pun blh amek cuti tanpa rekod sbb kuarantin. anak penah kena thn sudah tp mmg gagahkn hati gak la isik borang cuti rehat..sob sob..baru2 ni bln 7 cmtu my son kena lg for d 2nd time gak (baru gi sekolah 2 hari terus kena). mmg geram gak n risau sb takut kena kat adik dia yg baru 2bln lebih. tp dah nasib,terjangkit gak kat baby..hmm..so tepakse guna gak cuti rehat sebyk 10 hari tempoh kuarantin! so sy nak tnya sikit sbyk psl cuti tanpa rekod utk kuarantin ni. cmne prosedur dia ye? klo dah lepas blh apply blk x agak2nye utk ganti blk cuti rehat yg dah tinggal nyawa2 ikan ni? huuu~ waiting feedback 4m u. thanx so much!
p/s: sori tetibe jd panjang lak komen sy.. :)

iJaNg said...

Wslm ANO.... saya reply pendek ja sbb kejap lg nak bukak posa.... ehehhe... erm setahu saya prosedur dia, once cam dah suspek HFMD, terus g ke klinik kesihatan gomen utk dptkan pengesahan dari doktor ... kalau sah HFMD, dia akan isi borang penyakit berjangkit, xsilap form tuh kaler putih... borang tuh yg dia akan send ke kementerian kesihatan... esoknya, org kementerian kesihatan akan kol and 'interbiu' kita.. last kita gi mana, anak dijaga sapa, bila tanda2 kita mula perasan, tanda2 cm ulser etc.... then, dari situ plak kita akan kena gi ke opis kementerian kesihatan untuk amik notis tuh.. maksesure time dorg kol interbiu tuh terus tanya bila boleh amik notis kuarantin and opis kat mana... saya dulu amik kat p11... notis tuh yg jd bahan bukti awak and semua org dlm rumah tuh kena kuarantin... otomatik akan terus dpt cuti tanpa tolak gaji tahunan.. but kalau kes dah lepas baru nak dptkan notis, mmg xdptla kot sbb kena ada tanda2 tuh time doktor check baru dpt cuti.... ok x penjelasan ni? kalau x jelas, tanya ja ya... tgn bergegar2 nahan lapar....

AZIMAH GHAZALI said...

Anak sy br 11 bulan..n mac 2016, br 3 bulan hantar anak ke taska dh 2 kali kena hfmd..baby lagi...sakit hati dgn taska ni..apa nk buat?tahu x?pm fb