-Kalau aku seorang guru dan terima latihan sekolah daripada murid camni, sah-sah aku mampu bertahan kejap ja.....
Wednesday, August 15, 2012
Seiras Justin Bieber.
-Baca betul-betul kat description minah ni. "He looks like Justin Bieber"... Aku rasa samaada dia x pernah tgk rupa atau x pernah kenal Justin Bieber atau aku ni yang ketinggalan zaman sejak dah berkawin nie. Kejap, meh kita compare pakwe dia dgn J.B nie....
........
...........
...........
........
...........
...........
........
...........
...........
........
...........
...........
Ermmmm aku dah pilih muka monyok pun still x sama... So jelas bukan aku yang silap....
X sama ke? Mungkin pasal JB pakai spek kot.... Xpe... Kita tgk foto lain pulak....
........
...........
...........
Ala, x sama gak? Ke sebab JB pakai rantai? Kejap... Aku tukar foto lagi.. No hal....
...........
...........
Aiseh, still x sama? Maybe pasal JB posing ala cmnie... Kena posing tegak ja kot.... Jap...
...........
...........
Ok.. Ok... Pasal dia pakai spek itam and rantai.. Makin la x sama... My mistake...
...........
...........
Aiseh.. Aku da give-up dah nie.. Wokeh last pic...
...........
...........
Ermmmm aku dah pilih muka monyok pun still x sama... So jelas bukan aku yang silap....
Nama Terpanjang..
Rasanya wanita ini sudah boleh memohon untuk berdaftar di dalam Guinness World Records kerana mempunyai nama terpanjang di dunia.
Cuba bayangkan jika seseorang yang mempunyai nama sepanjang 161 patah perkataan.
Pada asalnya, namanya adalah Dawn McManus. Dia kini berusia 41 tahun dan berasal dari Hartlepool, England.
Selepas anaknya meninggal dunia, dia telah menubuhkan sebuah yayasan iaitu ‘Yayasan Red Dreams’.
Tujuan penubuhan yayasan itu adalah untuk menyokong anak-anak muda yang mengejar impian kerjaya mereka dalam bidang seni.
Demi meningkatkan dana yayasan itu, Dawn juga telah menukar namanya secara rasmi kepada….
Harap anda semua bersedia, tarik nafas dengan panjang dan diharapkan anda tidak pening.
Red Wacky League Antlez Broke the Stereo Neon Tide Bring Back Honesty Coalition Feedback Hand of Aces Keep Going Captain Let’s Pretend Lost State of Dance Paper Taxis Lunar Road Up Down Strange All and I Neon Sheep Eve Hornby Faye Bradley AJ Wilde Michael Rice Dion Watts Matthew Appleyard John Ashurst Lauren Swales Zoe Angus Jaspreet Singh Emma Matthews Nicola Brown Leanne Pickering Victoria Davies Rachel Burnside Gil Parker Freya Watson Alisha Watts James Pearson Jacob Sotheran Darley Beth Lowery Jasmine Hewitt Chloe Gibson Molly Farquhar Lewis Murphy Abbie Coulson Nick Davies Harvey Parker Kyran Williamson Michael Anderson Bethany Murray Sophie Hamilton Amy Wilkins Emma Simpson Liam Wales Jacob Bartram Alex Hooks Rebecca Miller Caitlin Miller Sean McCloskey Dominic Parker Abbey Sharpe Elena Larkin Rebecca Simpson Nick Dixon Abbie Farrelly Liam Grieves Casey Smith Liam Downing Ben Wignall Elizabeth Hann Danielle Walker Lauren Glen James Johnson Ben Ervine Kate Burton James Hudson Daniel Mayes Matthew Kitching Josh Bennett Evolution Dreams.
Asal usul nama ‘Yayasan Red Dreams’ adalah dari nama keluarganya sendiri.
Pada masa yang sama, terdapat lagi 159 nama-nama di antara ‘Red – Dreams’ yang juga merupakan nama-nama mereka yang telah membantu membangunkan yayasan tersebut.
“Secara rasmi, saya boleh dipanggil Red, tetapi saya masih menghargai orang yang sukar menerima perubahan pada nama saya,” katanya.
Selain itu, dia turut mengakui bahawa suaminya kadang-kala tersasul dengan memanggil dirinya ‘Dawn’.
from: mynewshub
Tikus menjadi 'Ayam" Goreng
-Macam entri sebelum ni, berhati-hatilah bile berada di luar negara. Esp negar China ni. Dah byk kes kita dgr yang melibatkan 'pemalsuan' makanan... Telur palsu, su'un, bla3....
-Ni plak transformasi tikus menjadi sebuah hidangan ayam yang sangat jijik! Uwekkk...
Di sini, penulis hanyalah ingin membuka mata pembaca-pembaca bahawa di negara-negara luar, kadang-kadang kita mungkin terpedaya dengan cara makanan yang dijual atau dihidangkan di negara mereka.
Di China misalnya, penduduk-penduduk di sana ‘begitu bijak’ menukarkan seekor tikus menjadi daging ayam yang begitu lazat!
Pada peringkat awal untuk ‘menukarkan’ hidangan tikus kepada ayam, mereka akan membakar tikus terlebih dahulu.
Kemudian, daging tikus itu diperap untuk seketika sebelum digoreng.
Selepas cukup masa, daging tikus digoreng dan hasilnya menampakkan seperti seketul peha daging ayam yang begitu lazat!
Malah, kalau dinikmati peha daging ‘ayam’ itu, mungkin anda akan percaya kerana ketulan daging tikus itu sama dan mempunyai lemak-lemak seperti peha ayam.
Jadi, nasihat penulis, berhati-hati sekiranya anda pergi bercuti ke luar negara dan pastikan memilih kedai-kedai makanan dengan betul dan terjamin halalnya.
Taraaaa...... Drumstick ayam eh silap... drumstick tikus! |
from: http://mynewshub.my/2012/05/29/dari-tikus-bertukar-jadi-daging-ayam/
Berhati-Hati Makan di Luar Negara
copy and paste from http://mynewshub.my/2011/09/14/berhati-hati-membeli-makanan-di-indonesia/
JIKA anda berkunjung ke Indonesia, anda perlu berhati-hati dengan makanan yang anda pilih.
Soal halal dan haram di Indonesia agak pelik sedikit adakalanya.
Jangan kerana kalau dilihat sesuatu itu nampak macam halal atau ditulis halal, kita terima bulat-bulat.
Dalam gambar tidak bertarikh di atas yang kami peroleh daripada sumber internet, jelas memperlihatkan kebimbangan yang hendak disampaikan.
Beef…daging lembu…halal…Haji…dan semuanya ada.
Namun, lihat gambar itu betul-betul. Kepala apa yang terletak di atas meja itu?
Sama ada mempersendakan Islam atau kejahilan…di Indonesia benda seperti ini bukanlah sesuatu yang pelik.
Bukan bersikap prejudis, tetapi hanya ingatan.
Murtabak dan Roti Telur HARAM?
Hukum asal makan roti canai telur dan murtabak adalah harus . Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telur yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi memegang telur yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.
Basuh dahulu sebelum guna. |
Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.
Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,
“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.”
Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).
Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: “setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)”. Pastikan makanan kita bersih dan suci. Wallahu a’lam
Qish Qish
Pics to Baitul Barokah
-Thanks to Faza sebab upload dis pic kat FB.. Aku save and upload kat sini... Like i told u before, aku semalam takat snap dua keping gambar jer dalam hp aku....
Savvy Itam finally here!!! |
Salah sorang penghuni rumah ni yang tolong angkat barang... Memang dorang rajin... |
Tu budak2 lelaki yang teruja tengok 2 bakul anak patung... Aik, boboy pun nak main patung gak? eheheh |
Ermmm i dont know what to write for this photo... |
Bakul toys and bungkusan bag from PKPM.... |
Ruang pejabat... |
Suka tgk dorg sbb rajin baca buku. even stok terhad. Kita plak buku keliling pinggang, tapi x nak baca.. |
Bac and wife.... |
Budak baju merah tuh kata nama kucing tuh Mohammad Kucing.... Kecik2 pun dia dah memuja Rasulullah SAW... Kita kalau ditanya kompem jawab Comel la, Bulat la, Tompok la.... Kan? Kan>? |
Subscribe to:
Posts (Atom)