Blogger Templates

Followers

Friday, September 19, 2008

Dis is the TRUE LOVE....

SEE, READ and LEARN!!!



--------> See this picture? Now lets read simple + short story bout' them....








The man had fought for the US in the War against IRAQ and after returning, he had got married with the girl he was in Love with... Real true Love indeed... Hats off... She is one of the great women in the world as far as I can see.




We can see in those first two pictures they seemed really happy same like other couple....



But what happend if suddenly lelaki yang dia cintai bertukar rupa menjadi seorang yang sangat hodoh dan menakutkan?


Dia tinggalkan lelaki tu? TIDAK!!!! Dia mengawini lelaki itu.....


Betapa kuatnya cinta mereka berdua sehingga tiada apa yang

mampu memisahkan kedua-dua insan ini....


Now, kalau berlaku dalam diri kita, bolehkah kita menerima atau melakukan seperti apa yang dilakukan oleh wanita ini?






Kadang-kala pasangan kita atau kita selalu merungut kekurangan yang sedia ada pada diri kita... Gemuk, berjerawat, rambut kerinting, rambut ada uban, hidung pesek, gigi tak lawa, and all the rubbish things...


Sometimes i've been wondering, kalau kita da sayang/cintakan seseorang, kenapa kita mesti mengungkit kelemahan-kelemahan yang ada pada pasangan kita hingga ianya mengguris perasaan mereka?



Tidak kira sama ada lelaki atau pun wanita, please, don't ever ever ever make fun at your partner especially depan public because even tujuan hanya untuk "suka-suka" atau "memeriahkan suasana", kesan mendalam akan terlekat didalam diri mereka dalam jangka masa yang amat panjang......


So, starting today, please do respect your partner, treat him/her dengan penuh kasih-sayang, bukan dengan sindiran/cacian/ejekan........


Remember, serapat mana mereka dengan kita, mereka tetap manusia yang mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga.. Hargailah mereka sepenuhnya selagi kita bernyawa kerana setelah mereka pergi meninggalkan kita di alam dunia ini, kelak menangis menyesal hingga mengeluarkan air mata darah sekalipun sudah tidak berguna lagi....

p/s: pesanan ini bukan sahaja untuk pasangan kita, juga kepada ayah, ibu dan keluarga serta para sahabat kita.



Blind, eyes + heart.....

***This story actually i got from Hot FM time drive nak gi tempat keja... Cerita ni kira melekat kat hati aku even til now... Let me share with you about this story and learn a lesson from it...

************************************************************************************


Kisah ini bermula dengan terdapat seorang lelaki bernama Amir yang menjalinkan hubungan cinta selama 5 tahun dengan perempuan buta, Mira yang sudah tidak mempunyai sesiapa di dunia ini... Pada satu hari, Mira berkata, " Abang Amir, Mira sudah puas berdoa supaya Mira dapat melihat,kerana Mira sudah tidak tahan hidup dalam kegelapan seperti ini. Mira berjanji, perkara pertama yang Mira akan lakukan selepas mata ini sudah mampu melihat ialah akan mengahwini Abang....." ucap Mira kepada Amir. Amir berasa sayu mendengar kata2 itu lalu berkata,"janganlah kata begitu... Abang sudah cukup bahagia bersama Mira meskipun Mira tidak boleh melihat,".

Pada suatu hari, permintaan Mira dimakbulkan. Doktor memberitahu Mira bahawa pihak mereka telah menerima mata daripada seorang penderma dan pembedahan ke atas Mira akan dilakukan tidak lama lagi. Mira begitu gembira dan tidak sabar untuk menunggu saat2 dia melihat kembali warna2 dunia ini.

Pembedahan kemudiannya selamat dijalankan. Mira dapat melihat semula alam sekelilingnya. Mira begitu gembira sekali lalu menelefon Amir untuk bertemunya secepat mungkin. "Sebentar lagi Abang akan ke sana jenguk Mira, ya..." ujar Amir kepada kekasih hatinya.

Pintu bilik wad Mira diketuk. Dengan hati yang berdebar2 dan tidak sabar melihat rupa kekasihnya buat pertama kali, Mira berkata ," Masuklaaa Abang.."... Beberapa saat, Mira terkejut kerana mendapati kekasihnya juga merupakan seorang yang buta sehingga membuatkan Mira terpaku dan terdiam. Tidak mampu berkata apa-apa...

"Syukurlah Mira selamat. Abang sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagiaan Mira siang dan malam agar janji Mira untuk mengahwini Abang termakbul" luah Amir.

"Tidak, Mira tidak boleh mengahwini Abang". Amir terkejut dan bertanya apa sebabnya Mira menarik janjinya itu. Mira menjawab," Mira tidak mahu mengahwini Abang kerana Abang buta. Mira tidak mahu mengahwini lelaki buta", ujar Mira dengan riak.

Amir sangat kecewa dengan perlakuan kekasihnya namun dia pendam di dalam hati. Dalam hatinya, elok sahaja dia keluar dari bilik itu. Mira tidak memandang Amir sebaliknya hanya melihat ke luar jendela. Sebelum Amir melangkah meninggalkan bilik tersebut, Amir berpaling seketika kepada Mira dan berkata," Mira ku sayang, tidak mengapa jika Mira sudah tidak menyayangi Abang selepas mengetahui Abang ini buta. Cuma satu pesan dari Abang, Abang harap Mira jagalah MATA ABANG baik-baik kerana itu sahaja yang mampu Abang bagi demi kebahagiaan Mira", luah Amir lalu melangkah keluar bilik itu dengan hati yang hancur......