Blogger Templates

Followers

Thursday, March 8, 2012

Fazura and TMJ




-Oooooooo, kalau Fazura couple dgn TMJ, i loike loike loike very much!!!!!

Watak Din dalam KAMI




***aku copy paste ja...

Masihkan anda ingat dengan filem 'KAMI' lakonan Allahyarham Sudirman dan pelakon cilik berusia 11 tahun yang memegang watak Din?
Untuk info, Zul Zamrin Zamanhuri yang memegang watak Din kini bekerja sebagai orang kuat IT di negara ini. Beliau yang pernah memenangi anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik di Pesta Filem Malaysia ke-3, di Kuala Lumpur sebenarnya telah diberi peluang berlakon disamping Sudirman kerana 'tuah' sebagai peminat.
Dan hari ini, Zul telah dijemput ke Malaysia Hari Ini (MHI) sempena ulang tahun kepergian Sudirman bagi menceritakan pengalamannya berlakon disamping Allahyarham. Menurut Zul, dia sebenarnya tidak berminat lagi dalam dunia lakonan dan filem KAMI merupakan filem pertama dan terakhir baginya.
"Saya sebenarnya mengikut kata ibu yang mahukan saya berjaya dalam akademik dan bukannya lakonan.
"Bagaimanapun, peluang berlakon disamping Allahyarham merupakan peluang seumur hidup yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini," ujarnya yang masih menyimpan keratan akhbar mengenai berita penglibatannya dalam filem KAMI.
Terdahulu, Zul secara berseloroh mengatakan bahawa nama 'Din' dalam filem itu seperti sudah melekat dalam hidupnya. Malah anaknya juga memanggilnya Din apabila mereka menonton kembali filem tersebut.
"Filem itu hebat dan diingati bukan kerana saya, tetapi kerana nama Sudirman yang menerajuinya. Sampai sekarang saya masih ingat kebaikan Arwah dan tunjuk ajarnya ketika berlakon bersama," tambah Zul menutup bicara.

Gambar terbaru Syuib dan Siti Sarah




-Sangat comel baby Uwais ni yang lahir 11 Disember 2011.... Semoga menjadi insan yang soleh dan selamat dunia akhirat....

Bakal Tunang Liyana Jasmay


bakal tunang LJ, yang kat tengah...

Liyana Jasmay, 23, akhirnya membuat keputusan untuk bertunang bulan depan dengan jirannya sendiri iaitu ahli perniagaan bernama Fathuddin Mazlan, 28.

"Dia menghantar rombongan merisik pada minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunangan pada bulan depan", ujarnya yang sudah pun menerima cincin merisik daripada bakal tunangnya itu.
"Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. InsyaAllah tahun depan kami akan berkahwin," katanya dipetik sebagai berkata.

"Selama ini pun saya tidak pernah mengatakan yang saya bercinta dengan orang itu atau ini. Semuanya berlaku dengan cukup pantas, itulah yang dinamakan kuasa jodoh.

"Saya sendiri tidak tahu bila masanya rasa cinta itu datang? Cuma apa yang saya sedar, perasaan itu tiba-tiba hadir dalam diri. Kita hanya boleh tahu perasaan itu apabila kita sendiri mengalaminya," tambahnya yang tidak menyangka bahawa lelaki yang dicari-cari selama ini rupa-rupanya begitu dekat dengannya.

SBPA hapus, SSM naiktaraf

-Bersyukur dengan apa yang kita ada dan terima dan bakal terima.... Alhamdulillah...

Mia Sara and friends..

-Mia Sara sangat comel, okay!!! Mcm nak cubit2 tengok gambar dia nie.. No wonder Papa 1 Love you pun Auni boleh tercengang depan TV tengok Kakak Mia Sara berlakon....

Safety 1st!

-Bijak makcik ni eh!!!!

Sanggup Kurus Demi Ermmmm...


BRISTOL – Seorang gadis, Charlotte Royce, 25, sanggup mengurangkan berat badannya semata-mata untuk menjalin hubungan seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Ketika berumur 21 tahun, Charlotte mempunyai berat badan 139.70 kilogram dan dia melakukan diet sehingga berjaya mengurangkan separuh daripada berat badannya itu.

“Sejak saya menjadi langsing, saya menjadi daya tarikan ramai lelaki. Itulah senario dunia yang kita hadapi kini,” kata gadis itu yang bekerja sebagai wakil jualan.

Enam bulan lalu, dia hilang dara kepada seorang lelaki yang dikenalinya ketika bercuti di Marbella.

Dia berikrar mengurangkan berat badan selepas menemui seorang lelaki dalam satu temu janji ketika berat badannya 139.70 kilogram.


“Raut wajah lelaki itu berubah apabila dia melihat saya tetapi dia bercakap jujur dengan menyatakan pilihan hatinya ialah perempuan yang langsing,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian berdiet, melakukan senaman dan berjalan selepas waktu kerja sehingga berat badannya berkurangan. – Agensi

Kawal Kemarahan Terhadap Anak...


Buat renungan kita bersama.. para ibu bapa sekalian..Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah. Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan Mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak. Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan.

Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri,luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan
kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement.
Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan.

Tuan/Puan,

mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar. Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya. Saya cadangkan tuan/puan cuba dapatkan buku bertajuk “Personality Plus for Parents” oleh Florence Littauer yang boleh didapati di Kinokuniya, MPH dsb. Sesungguhnya pelaburan yang ibubapa lakukan untuk anak akan menjadikan anak sebagai aset terbesar yang paling berharga dalam kehidupan ini. Sekian, semoga Allah mengurniakan
rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya. Wallahua’lam.

Lagi gambar Yusry~ Lisa honeymoon









Ketika kita kecil.......


1. Buka kipas meja , cakap depan kipas nak dengar suara bertukar .

2. naik kereta , tengok bulan & ingat bulan ikut kita .


3. naik basikal , boleh lepas tangan dari 'handle' , rasa hebat .


4. masa sekolah ,ada orang bagi milo free , lepas ambil sekali , menyamar jadi orang lain ,

beratur ambil air lagi
.
5. lukis burung guna huruf 'v' .

6. lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit .


7. masa kecil , fikir bentuk hati yang sebenar macam ni -- ♥


8. tutup peti ais dengan perlahan , sebab nak tengok bila lampu dia mati

8 tahun tapi macam 80 tahun


Nasib malang dialami oleh seorang gadis kecil yang mengidapi penyakit yang sangat jarang berlaku oleh anak kecil yang berusia 8 tahun ini mengalami penuaan yang sangat cepat dan progresif.

Pada usinya yang masih sangat muda,tubuh Ashanti Elliot-Smith seperti sudah berusia 80 tahun.Ini terjadi kerana dia mengidapi sejenis kelainan yang disebut Hutchinson-Gilford Progeria Syndrome (HGP).

Keadaan yang juga biasa disebut progeria ini (berasal dari bahasa Yunani 'progeros', yang bererti menua secara prematur), merupakan salah satu jenis kelainan genetik yang sangat jarang ditemukan di dunia,dan membuat tubuh pengidapnya mengalami proses penuaan yang sangat cepat.

Ashanti diagnosa mengidapi progeria hanya beberapa tahun lalu sebelum merayakan ulang tahunnya yang pertama.Walaupun fungsi kognitifnya sangat normal untuk anak seusianya,tubuh Ashanti hanya memiliki berat sekitar 12 kilogram saja.

The National Human Genome Research Institution menyebutkan, progeria menyebabkan anak yang mengalami kelainan dalam pertumbuhan dengan ciri-ciri seperti kebotakan, kulit yang keriput, hidung yang sempit, wajah dan rahang yang relatif kecil dibanding ukuran kepala.

Anak yang mengidap progeria juga seringkali mengalami penyakit yang biasa muncul pada orang yang berusia lanjut seperti lemah otot,dan perkembangan penyakit jantung yang terus memburuk.

Kerana rasa sakit dan lemah pada otot-ototnya, Ashanti kerap kesulitan saat berjalan dengan jarak cukup jauh.Kini, dia pun harus bergantung pada kerusi roda elektronik yang membantunya untuk bergerak.

The New York Post sebelumnya melaporkan bahwa Ashanti addalah salah satu dari sekitar 50 orang di dunia yang mengidap Hutchinson-Gilford Progeria Syndrome.

Menurut National Human Genome Research Institute, harapan hidup pada anak pengidap progeria memang sangat tipis, di mana kebanyakan mereka meninggal pada sekitar 13tahun, dan biasanya disebabkan oleh serangan jantung dan strok. Hingga saat ini, para ahli belum dapat menemukan cara mengubati progeria, dan belum ditemukan ubat atau terapi yang terbukti efektif melawan penyakit penuaan progresif ini. [health.kompas.com]

Pembongkaran~ Wong Fei Hung adalah Ulama

wajah sebenar Wong Fei Hung

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu
dalam film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei
Hung diperankan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah
sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Pengubatan, dan Ahli Beladiri
legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh
pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan
jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi
kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari
keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek
Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga
merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila
di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.

Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu
pengobatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok
(wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi
Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama
yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong
Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan
Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya
kepada Wong Fei Hung.

Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik
beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim
membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan
tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat
menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pasien klinik keluarga Wong yang meminta bantuan pengobatan umumnya
berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar biaya pengobatan.
Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pasien yang datang
dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam
membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pamrih.

Secara rahasia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah
melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti
Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang
memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya
Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama
Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk
Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang
kemudian mengajarinya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung
sukses melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang legendaris.
Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan
dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah
seorang pendekar Shaolin yang lolos dari peristiwa pembakaran dan
pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir
mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang
kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak
meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris,
Jepang), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil
mengusir pendudukan

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada
ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli
pengobatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya
menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi
ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien
yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.
Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan
bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung
dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya
memegang tongkat berhasil menghajar lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan
berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karena ia membela
rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai
cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan
mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena istri-istrinya
meninggal dalam usia pendek. Setelah istri ketiganya wafat, Wong
Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu
dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli
beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga
akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus
perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina,
khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela
kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan
mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin,
akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.
Wong Fei-Hung wafat dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya
dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang
diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala
amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya
menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.