Hukumya HARAM kalau ada bukan mahram yg dengar suara kita nyanyi..... ;-)
Tuesday, July 31, 2012
Hukum Berkaraoke
Aku bukan baik sgt.. Tapi just nak share ja la benda nie sebagai pengetahuan kita bersama....
Hukumya HARAM kalau ada bukan mahram yg dengar suara kita nyanyi..... ;-)
Hukumya HARAM kalau ada bukan mahram yg dengar suara kita nyanyi..... ;-)
Kenapa LIKE fb?
aku copy and paste ja ya....
Antara 10 Perkara Yang Menyebabkan Orang ‘LIKE’ Sesuatu Post Di Facebook ialah:-
1. Selalu muncul dalam news feed seseorang, takde keje nak buat..like jelah..( ramai yang camni )
2. Post tu mengandungi banyak info2 berguna terutamanya tentang pelajaran, hal2 rumahtangga dan hal2 agama..
3. Orang yang post tue lawa @ hensem and dah lama dok stalk dia senyap2.. secret admire la katakann..
4. Like secara rambang ja.. kalau orang tu tulis benda2 menarik like la.. tak pilih kasih OK..
5. Tertarik dengan post tue tentang ayat2 puitis dan ayat2 cinta ( ramai yang kata ayat jiwang, still tak faham.. )
6. Suka like status kawan baik sendiri.. motiff,, so dia pon boleh la LIKE status dia sekali..(lepastu gaduh wall to wall dekat FB)
7. Sebab merasakan apa yang dikatakan dalam POST someone to betul!! dan kita pon tergerak nak tulis macam apa yang dia tulis, tapi dia dah tulis dulu..
8. Selalu LIKE post orang2 yang berpengaruh .. dalam erti kata lain hotstuff… bila ramai yang LIKE, kita pon teringin nak LIKE..
9. Yang ni memang dah takda keja sangat.. DIA BUKAK TIMELINE sorang tu, then dia LIKE ja tak kira gambar, status, komen, semua dia nak LIKE.. *syokla tu menambahkan notifications orang..bila tgok noti , FUYYOHH 159… tapi last2 108 dari like2 sorang tue..
10. Bila dah lama updates STATUS, dia tgok orang tak like, then dia pon LIKE post dia sendiri…hahaha….oppsss!! :P
aku? ermm 2,4 7 kot....
DO n DONTS in FB
Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial. Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang. Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti.
Kali ini kita ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook anda.
1. Tarikh lahir anda.
Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.2. Nama ibu anda.
Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.3. Alamat rumah anda.
Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”4. Perjalanan jauh dari rumah.
Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.
Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.6. Gambar yang tidak sesuai.
Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.7. Pengakuan atau kekecewaan.
Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.8. Nombor telefon.
Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.9. Mengira detik percutian anda.
Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.10. Gambar di dalam rumah.
Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi. Penulis hanya ingin berkongsi maklumat tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian penulis terhadap beberapa situasi yang pernah berlaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)