

-Cerita Nur Kaih yang disiarkan setiap Hari Jumaat jam 9.00 malam kini boleh dikatakan
sebagai satu fenomena baru yang melanda negara kita.. Boleh dikatakan setiap golongan x kira
lelaki pompuan akan setia duduk di depam TV by this time semata-mata untuk menonton
Nur Kasih.
-Nampaknya drama arahan Kabir Bhatia ini betul2 meletup.... Watak Adam, Aidil, Nur Amina,
Sarah, Katrina, Aliya dan etc betul2 menjadi....
-Jalan ceritanya juga menarik. Lebih kepada kehidupan sebenar dan berunsurkan keislaman..
Bagaimana Nur Amina sentiasa bersabar dan menerima setiap dugaan yang datang..
Bagaimana Adam berpatah balik ke jalan Allah setelah lama terpengaruh dengan kehidupan
ala Barat... Bagaimana Aidil sentiasa berkorban untuk kebahagian adiknya. Bagaimana Sarah yang masih muda sentiasa sanggup lakukan apa sahaj asal apa yang dia nak tercapai...
-Belum masuk lagik bab Katrina yang akhirnya bertaubat setelah mengetahui dia akan meninggal sunia kerana penyakit serius (lebih alim lagi dari Nur Amina), dan Aliya, seorang gadis kaya yang sanggup sehidup semati dengan Aidil yang miskin dan xde apa2 kecuali iman dan budi pekerti yang tinggi... :-)
-Jalan cerita juga tidak meleret-leret.... Setiap watak dihidupkan dengan baik.. Bayangkan watak Katrina yang buat kita benci akhirnya berjaya menagih simpati ramai apabila tgk dia betul2 ikhlas untuk menjalani kehidpan sebagai seorang islam sebelum dia pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Watak Sarah, adik Nur Amina langsung tidak serupa dengan kakaknya. Sarah dengan suara manja, muka baik namun perangai mmg teruk.. Suka memfitnah dan pentingkan diri sendiri... Watak Mak Jah, ibu kepada Adam dan Aidil yang menyanyangi semua org disekelilingnya dan sentiasa berlaku adil kepada anak-anak dan para menantunya termasuklah Katrina...
-So, secara kesimpulannya, tidak rugi menunggu setiap hari Jumaat untuk drama nie... Cuma kenapa aa seminggu sekali... Perit rasanya nak nunggu seminggu tuh, the sejam plaks tuh... Aiyaaa... perit, perit...
























