~Angin tak ada ribut tak ada, tiba-tiba Nabila Huda hari ini dilaporkan memohon cerai daripada suaminya, Zaidi Zailaini selepas 3 tahun berkahwin. Namun penceraian yang cuba difailkan semalam di pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) tidak dapat diteruskan kerana Nabila terlupa membawa sijil nikah mereka.
~Walaupun sudah mempunyai cahaya mata hasil daripada perkahwinan ini, Nabila nampaknya memang benar-benar sudah nekad untuk bercerai.
~Kata Nabila:-
Memang tidak bagus bila hendak berpisah. Pada awalnya saya cuba untuk bertahan, tetapi bila fikir balik memang tidak boleh. Kiranya, jalan terakhir adalah bercerai dan ini adalah yang terbaik buat kami berdua.Buat apa hidup bersama jika tidak gembira. Dan itulah yang saya rasakan selama tempoh kami berkahwin.Saya tidak boleh rasa sangsi terhadap suami. Saya akui kekurangan saya dan saya terima juga kekurangan suami. Tidak perlu untuk burukkan sesiapa bila perkara sebegini terjadi. Apa yang saya boleh katakan, memang sudah tidak ada persefahaman antara kami. Saya anggap cukup di sini sahaja jodoh kami berdua.
~Amy Search, bapa Nabila yang telah dihubungi oleh Mstar memberitahu yang dia hanya mengetahui tentang permohonan penceraian anaknya melalui suratkhabar yang dibacanya.

**kredit to Beautiful Nara..
2 comments:
terkejut juga bila baca berita ni..
mula2 tuh ingat dorg ok ja...nmpk so loving couple... tp syg, bercerai plak akhirnya....
Post a Comment