Blogger Templates

Followers

Thursday, October 11, 2012

Strok + Sakit Jantung


aku copy and paste @ sini!



GEJALANYA tidak disedari dan mungkin dianggap sakit biasa. Pening, sakit kepala, sesak nafas, penglihatan kabur dan hidung berdarah antara gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi.
Ia dilabel pembunuh senyap kerana boleh mengakibatkan beberapa komplikasi yang boleh membawa maut seperti serangan jantung dan strok.
Dianggarkan 4.8 juta individu menghidap hipertensi di Malaysia. Hampir dua pertiga daripada individu yang menghidap hipertensi di Malaysia tidak menyedari mereka ada penyakit itu.



Hipertensi ialah kenaikan tekanan darah dalam arteri atau salur darah yang membawa darah dari jantung untuk dipam ke semua tisu dan organ badan kadar bacaan normal.

Ada dua jenis tekanan darah iaitu sistolik (tekanan darah ketika kontraksi otot jantung / bacaan atas) dan distolik (ketika jantung berehat mengepam / bacaan bawah).


Tekanan darah yang normal ialah bawah 120/80; tekanan darah di antara 120/80 dan 139/89 dipanggil ‘pra-hipertensi’, dan tekanan darah 140/90 ke atas dianggap tinggi.
Emosi mempengaruhi tekanan darah iaitu meningkat ketika perasaan gemuruh, tertekan dan sedih, manakala tekanan darah turun ketika kita dalam keadaan tenang dan santai.
Walaupun ada peningkatan dalam penyediaan rawatan di kalangan mereka yang didiagnosis, kadar kawalan adalah rendah.

Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendedahkan, di kalangan pesakit tekanan darah tinggi diberi rawatan ubatan, hanya 26 peratus daripada mereka mencapai sasaran tekanan darah normal.
Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Prof Datuk Dr Azhari Rosman berkata, ada dua bentuk tekanan darah tinggi iaitu primer dan sekunder.

Tekanan darah tinggi primer yang sukar dikenal pasti puncanya membabitkan lebih 90 peratus kes manakala tekanan darah tinggi sekunder yang diketahui puncanya, membabitkan lebih 10 peratus kes.
Pelbagai masalah kesihatan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi sekunder seperti masalah buah pinggang, penyakit salur darah dan gangguan hormon.

Punca, kejadian dan faktor risiko
Banyak faktor boleh mempengaruhi tekanan darah, termasuk:

Kandungan air dan garam di dalam badan
Keadaan buah pinggang, sistem saraf atau saluran darah
Tahap hormon badan yang berbeza

Risiko tekanan darah tinggi meningkat sekiranya:
Obes
Sering tertekan atau cemas
Minum alkohol terlalu banyak
Mengambil terlalu banyak garam dalam diet
Keluarga mempunyai sejarah kes tekanan darah tinggi
Menghidap diabetes
Merokok

Pilihan rawatan
Beberapa jenis rawatan diguna untuk merawat tekanan darah tinggi, termasuk:
Angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors
Angiotensin receptor blocker
Diuretik
Beta-blockers
Calcium channel blockers
Alpha-blockers
Alpha-agonists
Renin inhibitors
Gabungan ubatan

Rawatan tanpa ubatan ialah dengan mengubah gaya hidup terutamanya mengurangkan pengambilan garam, mengurangkan berat badan berlebihan memenerusi diet, mengurangkan pengambilan gula/karbohidrat, lemak dan makanan berkalori tinggi dan senaman.
Selain itu, hentikan tabiat merokok agar tahap kesihatan meningkat secara menyeluruh, kurangkan stres dengan mengawal puncanya, bersenam dan uruskan masa dengan bijak.

Diuretik sering disyorkan sebagai terapi utama bagi kebanyakan pengidap hipertensi. 
Bagaimanapun, rawatan selain diuretik mungkin ditetapkan sebagai terapi pertama jika pesakit mempunyai masalah perubatan tertentu.
Sebagai contoh, perencat ACE sering menjadi pilihan untuk pesakit diabetes. 
Jika satu daripada ubat tidak berkesan atau tidak dipersetujui, jenis ubat lain boleh didapati.
Jika bacaan tekanan darah 20/10 mata lebih tinggi daripada sepatutnya, doktor mungkin mempertimbangkan untuk memulakan rawatan dengan dua ubat atau gabungan ubat.

Gabungan terapi

Garis panduan hipertensi mengesyorkan penggunaan ubat gabungan yang mempunyai mekanisme pelengkap tindakan berkesan mencapai matlamat tekanan darah.
Tekanan darah sering tidak dapat dikawal oleh rawatan dengan agen antihipertensi tunggal.

Terapi kombinasi umumnya menghasilkan pengurangan tekanan darah yang lebih besar dan boleh mencapai kawalan dalam melebihi 75 peratus.

Pfizer Malaysia melancarkan rawatan baru untuk hipertensi iaitu kombinasi ubatan terapi daripada dua bahan aktif untuk memerangi penyakit itu.

Gabungan Amlodipine Besylate dan Olmesartan Medoxomil menyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan terapi hipertensi untuk menurunkan tekanan darah dalam lapan minggu berbanding monoterapi.

Kasut Comel!





 -Aku bukan manusia yang gilakan kasut... But sometimes yes, aku suka cuci mata tengok kasut yang bagi aku comel yet stylo and ada unsur feminin..... Paling penting, bukan yang tinggi dan tajam umpama cucuk perut orang boleh mati... Nop, i dont like to torture my body just to look good... Yang penting, ada heels skit and selesa....  And 6 foto di atas ni kasut2 dia memang lawa sangat!  Tetiba rasa badan aku macam nak demam balik.... Ahahahaha....

Futsal!

-8 Oktober 2012, kami start prektis futsal secara rasminya selepas berehat dua bulan time nak dekat Ramadhan...... 
-1st day of trening, 8 org jer yang datang.... So, main 4-4... Goalkeeper pakai khidmat dua anak teruna Kak Zai (dlm gmbr tuh Kak Zai yg thumbs up tuh)...
-Aku seperti biasa, jadi defender... Hehehe.. Itu jerlaaa position aku dr dulu smpi skrg... Nak aim rembat xreti... Selalu rembat ke kepala org.... Hahahaah.... Last2 mmg sesuai dok kat defend.. Bley sembang2 dengan GK... la la la la....
-Wokeh, nak off dulu... Nak gi umah Yana kejap lagi..... Bye2!

AA ke Upin Ipin

-Ahad lepas aku gi bawak my AA ke kedai makan Upin Ipin kat Shah Alam... 1st time nampak signboard kat luar pun dorang dah teruja.... Bila masuk, Auji and Auni kusyuk tgk TV padahal dah berpuluh kali tgk Geng Pengembaraan tuh kat youtube.... 
-Aku order nasik goreng kampung TAK PEDAS and set nugget utk AA.... For me, i ordered mi kari and Mizi order soto ayam....
-The food not bad laa... Sbb nak bawak budak2 makan kat UI punya pasal kan.... Time balik, AA siap bye-bye lagi kat kedai.... 
Belakang Auji tuh lukisan UI and geng with Tun M.... So nice...

Auni fokus tgk tv sambil minum air UI perisa blekcurrant, i think.... ermm.....

Handmade Fishball

-Terasa lamah dah x upload story pasal masak... Aku pun bukan reti sangat... LAtely sangat jarang masak sebab Ibu aku ada, dia yg banyak masakkan utk aku....
-Yesterday aku buat my own handmade fishball (receipe from ayah and ibu).... Its 100% made from fish and xda flour.... 
-But bayangkan beli ikan kat KL ni, berpeluh gak kuarkan duit... Nasib Incik Mizi yang belikan.... ehehehe.... Next time, kena pesan laa ikan tenggiri byk2 dari Sandakan.. Bley buat fishball 1guni!!!!!
erm, ok, the rupa agak hodoh sbb bulat x bulat,.... (xda masa aku nak bg  betul2 bulat mcm nak bisnes tuh!)

After dah goreng.... Ermmm the taste sedap!!!! Boleh makan goreng, or buat sup....  ;-)

Kawan baru AA?

my AA with Papa
-Ada budak India baru kat taska AA.... Her name is Papa (hopefulluy ejaan x silap).... Dia ni aku gelar dramatis sebab bila aku ajak borak, dia buat muka kesian.... But the latest semalam aku tgk dia dah botak.... But amazingly dia still nampak keperempuanan! Hahahaha... Maybe sebab dia tindik telinga kot..... 
-And dia suka duduk kat sofa! so, ada 1 sofa kat luar tuh terpaksa dibawa masuk ke dalam bilik khas utk dia.... Maharani Papa! Ketua kelas (Auni la th) pun xda request2 sofa tau!!!! Sangat kelas budak Papa nie!

Tutti Frutti!

-9 Oktober 2912, suddenly aku teringin nak bawak my AA ke Tutti Frutti sebab dorang dah lama terperap dalam rumah sejak Auji kena chicken pox last month... 
-So, dat day aku kebetulan MC sebab demam and selesema yg quite bad but gagahkan diri jugak ke Tutti Frutti even kepala still heavy a bit...
-Plan nak ke TF presint 15 sbb situ mmg ada kedai TF plus ada yogurt chocolat yang sangat sedap... (aku pergi dah tghari makan TF selepas dr klinik, sebab badan dah panas sgt, so makan TF konon nak sejukkan badan)
-But then hujan plak so Mizi sajes g Alamanda.. But the place kat situ just booth and seat pun xbyk... But dah sampai sana, hantam jerla... BUT NO CHOCOLATE! so, for Auni aku belikan dia vanilla and Auji plak blueberry... Both aku taruk coklat and skit sprinkle bg kalerful... Both of them enjoyed their TR very much...... Nanti ibu bawak ke TF lagi, perhaps ermmm today, nak? Nak?
Muka nakal.. Actually ni laaa cara senyuman Auni utk snap kat kamera.. Totally failed!

Having her 1st "aiskrim' so far..... Nyam nyam....
***hepi bila tgk anak2 kita hepi, kan?

Panas by Raja Ema

-Aku sendiri x baik sangat but for me, bila keluarkan sesuatu statement, please think 2-3 times before u say it out.... Thats all....
Terus terang, saya tak faham kenapa isu buka tudung pula yang digembar-gemburkan kerana saya sudah bertahun-tahun tidak bertudung cuma ramai orang yang tak tahu kerana saya sudah lama tidak aktif dalam bidang hiburan lagi. Bertudung bukanlah satu paksaan kerana kita perlu dengan rela hati untuk melaksanakan kewajipan itu. Saya tidak mahu sekadar bertudung saja tapi pakaian tetap mengikut bentuk badan, menjolok mata atau bertudung tapi masih mendedahkan sebahagian rambut.

Cerita penuh kat Beautiful Nara

Wanna Let Go Plain Penny Chiffon Dress

Wanna let go these two items...

SOLD
SOLD


 -Harga asal RM69 ( include postage)...
-Baru dapat those items 10 Oktober 2012...
-Still got tag, worn for few seconds for fitting...
- Kaler Teal (but secara realiti more greenish) and kaler Purple Berry.. both saiz L...
-Reason nak let go: Still quite big for me even kali ni the size bit smaller than the previous one....

Ukuran saiz L and the kaler reference, klik at the link below....

TEAL: http://111.235.138.138/2741-penny-chiffon-maxi-dress-teal.html

PURPLE BERRY : http://111.235.138.138/2763-penny-chiffon-maxi-dress-berry-purple.html


Anything please PM me https://www.facebook.com/MrsIjang?ref=tn_tnmn

DD : BZ

11 Oktober 2012, jam 8.39am

Dear Diary,

-Aku bz lately... Bz sebab x sehat, and bz kena attend taklimat la and kejap lagi nak turun attend perhimpunan bulanan and pastuh terus off ke rumah Yana jenguk dia kejap sebelum dia ke Bukit Antarabangsa....
-So, will update my blog soon after i got the time, yeah..... So, got to go.. Nak ready turun ke dewan B1.... Bye!