Blogger Templates

Followers

Thursday, January 12, 2012

Ezlynn Kawen....

-Kerana aku upload gmbr menerusi I.E, so aturan gambar x ngam and aku plak jenis malas nak susun2 da.... So, korang tgk jerlaaa apa yg ada..
-Cuma bit shock laa tgk kawen Ezlynn nie... Cm kes memey, gaun pengantin Ezlynn pun singkat gak...... Cuma kaler baju memey putih, baju Ezlynn kuning.... Ni laaa kalau da terima tajaan Raflessia.... Bikin malu org melayu....




kalau rafflesia yg taja, mmg ni laaa design baju kawen.. mmg standard!

soalan aku, napa muka Ezlynn bercabuk cmnie???

fuiyooooooo, sangat xcantek./..




Poor Auni, Poor Auji

-Especially yang da bergelar Ibu/Mama/Mak/Mami/Umi/Bonda, mesti kalau anak sakit, golongan ni yang akan susah hati teramat sangat...
-Sama mcm aku... Skrg nie Auni Auji (AA) tengah kurang sehat... Dua2 selesema+batuk... Aku da cuti Selasa and Rabu sebab jaga dorg.. LAst2 aku sendiri pun kene batuk+selesema smpi kena gi doktor amik ubat....
-Tadik pagi, time nak hntr AA ke taska, aku cm rasa badan Auni panas skit... Aku bagi ubat... Aku pesan kat taska, kalau panas Auni naik mendadak, pls kol me ASAP.... Ni pun aku rasa akan balik awal time lunch sebab bawak dorg balik...
-Semua ni aku rasa berpunca dari taska kot... Time aku mula2 hantar AA, ada budak sorg tuh aku noticed xsehat gak... Then jumaat lepas time aku amik dorg dr taska, Auji da start berhingus2 da....
-Aku sendiri naik segan da nak mintak cuti.... Kang org ngata apa plak.. But bila pikir2, ni anak kita, bukan anak dorg.. Yg kita segan kenapa plak... Bukan kita menipu anak sakit.... Aku bab anak mmg xkan tipu... Kang kalau Allah nak balas, dibalasnya bagi anak kita sakit lebih teruk, padan muka! Kita sakit xpe, kalau budak2 yang sakit, tuh yg kesian....
-But syukur gak sbb bos aku memahami... Aku sms dia mebi terpaksa EL jaga anak2 sakit, dia balas, ok, take care....
-Ni, Mizi plak outstesen ke perak for 5days... Aku perasan kalau dia ke perak jer, anak2 mesti sakit.... Aku pun xtau napa.. Apa sumpahan tang perak tuh.... ngeeeeeeeeeeeeeeee....
-Wokeh, better stop here... Nak sambung buat kerja dulu... Nak siapkan sikit2 dulu then tghari kalau balik awal, boleh jaga budak2 tuh dengan hati yang senang....
-Chiowwwwww

Donuts!

-I dont know why lately aku da jadi gila kunyah donuts.... Ni donuts yang aku beli Sabtu lepas with Ibu kat Alamanda. Skali beli, terus beli sedozen....
-Kemarin aku beli lagi, but half dozen jerrr.... Lupa plak nak snap sebab da selesema and budak2 tuh pun kurang sehat, xhengat apa2 da....

p/s: pregnen? no no no.... Bukan pasal pregnen tau... ni mengidam buang tebiat sbb nak tambahkan lagi berat badan yg mmg da sedia terlebih berat nie...

I really need this!

-Lately Mizi asyek dengar "Ibu nak massage... " "Ibu nak panggil tukang urut".... Sekali one day, Mizi bg kupon nie kat aku.. Dia kata dia beli kupon nie with price RM60++ ja, harga asal RM400++ dekat rm500....
-Aku pun sndiri x tau apa pakej dalam tuh but just now aku terbaca blog kawan aku yg kebetulan amik kupon yg sama, ada facial, urutan, scrub, rendam kaki etc for 2hours 30minute... Hmmm, not bad.... Kena wat appointment ni ASAP after aku dan budak2 tuh sembuh....
-Neway, thanks a lot to Ayah coz bagi kupon ni kat aku... I really need this.. Pampering myself even for few hours... MuuuaaahhhhhXXXX!

Laporan polis...

-So, seems dia da xda, aku buat laa laporan polis pasal dia da bukan under tanggungan aku lagik.. Yelah, kot2 dia gi merompak ke, mati tengah jalan ke, sapa yg susah? Tu nama yg kat dalam slip pendaftaran tuh gak yg susah nanti...
-Kemarin, after dari klinik, aku terus kuatkan badan aku ke Pondok Polis presint 9.... Nasib abang2 polis kat situ baik jer melayan kitorg... Auni plak siap berlari sana sini xtau dia tuh kat mana.....

-Full report.... Tinggal nak gi submit ke Imigresen jerr... Biar bibik tuh xdpt kerja lain... Padan muka ko.. Ko wat dajal kat aku, ni aku wat dajal balik kat ko.... Gelak setan kejap, WAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAH!

Jangan seksa bayi anda!

-Kepada ibu-ibu yang mengandung tuh, janganlaaaa seksa bayi anda dalam perut tuh.. Kesian.... Kang pakai high heels kalau tersadung, sapa susah?








***credit to sah dan x sah

Safi Rania Gold

-Aku ni bukanla jenis manusia yang rajin pakai krim, toner, mosturizer bla3... Apatah lagik nak taruk krim siang, krim malam, tepek sana, tepek sini... (mcm laa aku ni xda kerja lain asek nak ngadap cermin 24jam,kan???)

-But time gi Carrefour Alamanda Selasa lepas, tengah tunggu Mizi bayar untuk susu Auni Auji kat kaunter, aku tengok plak Safi Rania Gold ni sangat menarik.. Kaler gold+purple sangat menarik perhatian aku...

-Aku pun belek2laaaa produk tuh... Nak amik semua, nak gak 8produk, buat apa...... Aku tanya mizi bley x cekau skit? Dia kata, amiklaaa.... Hehehehe... Bos da bagi green light.... Yelah, kita try dulu... Mana tau muka aku ni bley jadik sejelita cm Rozita Che Wan! Wakaakakakakaka

-Ada 7-8 produk x silap aku sekali gus, tp xkan laaa aku nak beli semua.... Adui....



-So, last2 aku amik....:-
-Krim untuk mata (bagi elak kedutan cepat muncul kat area mata aku)

-Krim pencuci muka (saja nak test kebetulan sabun muka aku baru jerr abis)

Family Planning

-Assalamualaikum semua... Hari ni nak share plak 1 perkara bg mereka yang da berkahwen dan ingin merancang keluarga seperti aku.. Yelah, jarak anak pertama and kedua aku just beza setahun 3hari ja.. So, org seperti aku patut pikir apa family planning yang paling sesuai untuk aku....
-Kemarin gi jumpa Doctor Maria kat Klinik Maria, Alamanda, aku tanya pasal hal ni... Nampak gaya aku memang kena start pikir da apa f.p yang aku nak amik....
-Ni dia antara f.p yang popular dan digunakan pada masa kini....:-






IUD

-Alat Instrauterin (IUD) ini merupakan satu alat diperbuat dripada plastik berbentuk `T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Terdapat dua benang halus pada satu hujung yang tergantung kearah serviks. Wanita boleh merasai benang alat Instrauterin (IUD) melalui pemeriksaan sendiri. (Sila berbincang dengan doktor anda.) Benang ini berfungsi untuk pemeriksaan bagi memastikan alat IUD masih berada di dalam keadaan yang betul dan tidak tertanggal atau jatuh. Benang ini juga digunakan untuk menarik alat IUD keluar apabila tidak lagi diperlukan.

-Kelebihan dan kekurangan IUD.

Ada yang gemarkan penggunaan IUD disebabkan :-

Tidak menghalang hubungan seks.

Berkesan untuk menghalang kehamilan.

Mudah digunakan dan tahan sehingga 10 tahun bagi Paragard Copper T 380A

Ada yang tidak gemarkan kaedah IUD disebabkan :-

Boleh menyebabkan pendarahan yang lebih banyak

Boleh menyebabkan masalah kesihatan yang mengakibatkan kemandulan.

Tidak menghalang daripada penyakit kelamin.

Memerlukan pengawasan doktor ketika pemasangan dan pengeluaran IUD.



IMPLANON

-Implanon merupakan sejenis rod sebesar batang mancis yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas melalui suntikan. Rod ini akan mengeluarkan sejenis hormon progestogen iaitu etonogesterol pada kadar yang sama setiap hari untuk tempoh 3 tahun. Selepas tempoh 3 tahun, rod ini tidak berkesan lagi dan perlu dibuang. Kedua-dua prosedur iaitu pemakaian dan pembuangan implanon boleh dibuat di klinik, memerlukan hanya bius setempat dan prosedur kedua-duanya tidak melebihi 5 minit.

-Antara kesan samping penggunaan implanon adalah gangguan pada kitaran haid sama ada haid akan jadi berpanjangan, haid akan jadi sangat sedikit atau tiada datang haid. Setiap individu akan menunjukkan respons yang berbeza. Kaunseling tentang gangguan haid sebelum pemasangan implanon dapat memastikan setiap individu bersedia jika gangguan pada kitaran haid terjadi.
-Implanon boleh dipasang di mana-mana klinik swasta pakar perbidanan atau di klinik LPPKN. Di klinik LPPKN harga implanon adalah sekitar RM 200 manakala di klinik pakar sekitar RM 350 ke 450. Implanon adalah kaedah merancang keluarga yang selamat dan berkesan.



PIL KONTRASEPTIF

-Wanita kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil-pil yang berada di pasaran mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.
-Pil kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai serjarah keluarga yang berpenyakit jantung.

-Wanita-wanita ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika menggunakan pil kontraseptif.
-Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut. Antara kesan sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan.
-Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Adalah dianggarkan sebanyak 0.5% (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.




'STOKING' (kondom laaa)

-Kondom diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti spermisida.

-Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan semula. Dianggarkan sebanyak 3-5 peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.




SUNTIKAN

-Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan.

-Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak tidak dirancang dalam tahun yang pertama.





-Secara kesimpulan, aku xboleh amik pil sebab aku jenis bukan disiplin punya org... I mean, skrg ni da ada dua anak kecik, masa tidur aku mmg xmenentu... Kalau set jam 10@11, aku takut terlajak tidur kalau tgh tidurkan dorg....


-Suntikan? NAk amik gak but according to kawan aku, suntikan ni bikin berat badan kita naik... AKu ni dahlaaa skrg ni gemuk, amik suntikan ni, makin debab laaa aku...! waaaaa


-IUD? Tengah pikir2 nak try amik nie.... But bila pikir aku xmengandung, x bersalin tapi disuruh dok mengangkang depan doktor, nak gak aku pikir 2-3 kali.....


-Implanon? Implanon ok gak cuma bit expensive la.. Kalau kat Klinik Maria, it costs rm500 sekali pasang... KAlau keluarkan xtau laaa plak brapa RM dia charge... But menurut sorg kakak senior tmpt kerja aku, time dia pasang implanon nie, nak seminggu gak dia cuti demam... Adei.... Kalau aku demam, kang sapa nak uruskan Auni and Auji?????


-So, last2 aku xtau nak pilih apa.... But perasaan aku suh amik IUD.... Tapi takut kangkang... Implanon plak agak mahal.... Pil mmg aku da tolak tepi da awal2.... Suntikan? Maybe....

Lagi perang Twitter Rita to Zaquan




-Bikin malu.... Bikin malu... Apa hal sampai bab ngadung gugur masuk dlm blog????

Perang Twitter Rita and Zaquan



-Komen aku, hmmm, jgnlaa berperang kat laman sosial... Semua org baca, bikin malu ja...

Kasut rekaan Neelofa

-Memang lawa... Ni laa kasut rekaan Neelofa untuk majlis resepsi Ezlyn... Aku x ingat tapi aku rasa ada baca kasut ni bertakhtakan intan eh berlian eh intan swazofski (ejaan mmg salah tapi asal korg boleh tau apa aku maksudkan)....
-But apa pun, kasut ni mmg lawa gilosh...

Transform jadi wanita

LONDON: Seperti kebanyakan pasangan suami isteri, Barry dan Anne Watson mahu memperbaharui ikrar perkahwinan mereka.
Bagaimanapun, ketika ia akan dilangsungkan sembilan tahun kemudian, muncul perbezaan ketara - kali ini Barry muncul sebagai wanita bernama Jayne.
Tanpa mempedulikan perubahan itu, Anne tetap mahu meneruskan majlis berkenaan sebagai bukti cinta sejatinya.
Menceritakan pengalamannya, Jayne, 43, berkata pada peringkat awal Anne berang apabila diberitahu dia akan menjalani pembedahan menukar jantina.

Bekas pemandu bas itu berkata, rumah tangga mereka bermasalah kerana Anne menyangka dia menjalin hubungan dengan wanita lain.

“Sebaliknya, Anne tidak faham kerana sebenarnya saya yang mahu jadi wanita,” katanya.

Selepas diberi penjelasan, katanya, Anne akhirnya bersetuju dengan keputusan menukar jantina itu.

“Anne bersedia mencintai saya sebagai Jayne, sekali gus memperbaharui ikrar sebagai cara terbaik membuktikan bahawa kami bahagia,” katanya.
Sementara itu, Anne, 53, berkata dia sedih kerana ‘kehilangan’ Barry tetapi pada masa sama, ada aspek lain pada diri Jayne yang menarik perhatiannya.
“Kini kami duduk bersama dan berborak gembira mengenai rambut, pakaian dan mekap,” katanya.
Mengenai majlis memperbaharui ikrar itu, Anne berkata, ia lebih istimewa berbanding detik perkahwinan mereka sebelum ini.
Katanya, dia gembira kerana Jayne kini lebih selesa dengan keadaan fizikal dirinya.
Sejak kecil Jayne memang menyedari dia mempunyai banyak perbezaan berbanding budak lelaki lain.
Di sekolah, katanya, dia gemar bermain dengan budak perempuan berbanding menghabiskan masa di padang bola sepak.
“Saya mula memakai pakaian ibu ketika dia tiada di rumah.
“Apabila saya menyarung semula pakaian lelaki, saya seperti kembali ke penjara,” katanya. - TS