Blogger Templates

Followers

Tuesday, July 12, 2011

Jahit Baju Raya..


-Kain raya anda masih tersadai di rumah?
-Tiada tailor yang mahu menerima tempahan jahit?
-JANGAN BIMBANG.... Pihak kami masih menerima jahitan baju raya sehingga hujung Julai ini... Sila hubungi kami, LittleTailor atau tinggalkan komen anda di kotak yang disediakan....

hik hik hik...

Celica Maniac!




-Yup, he's a Celica maniac...! Boleh kata ape jer berkaitan Celica, memang dia akan 'kebas'... Ada keychain Celica dia da beli... Ni plak replica Celica, taruk kat dashboard keta kitorg...
-Bila aku tanya harga, Mizi kata murah ja, tapi yang mahal pos ke Mesia.. Ni dia import dari Jepun... Suka ati laaa incik suami oi.. Jangan ko import awek Jepun ja, udah....

P/s: tapi kiut gak aku tengok replica nie...

Koleksi Novel til 12Julai2011



-Ni la koleksi buku aku kat rumah.. Semua novel remaja/budak2....

-Ada dalam 10 novel aku da abes baca....

-Gambar belah atas tuh koleksi penulis Ain Maisarah... And gambar tengah koleksi novel penulis2 lain.... Gambar paling bawah tuh kesemua novel yang aku gabungkan serentak...


p/s: Auji, Auni, ingat tau... Jangan kacau novel2 Ibu......! Nanti Ibu nangis air mata darah!

















Aku bukan chef...

-Huhuhu, aku ngaku, bab masak memang aku GAGAL!!!! Aku x reti masak yang canggih2 tuh...
-Tu pasal bila orang kata nak datang rumah, aku dah memang mula gelabah... Sebab aku tau aku x kan masak...So, jawapannya order ja dari kedai....
-Syukur jugak dapat incik suami yang tak memilih bab makan... Masak jerlaa apa pun, sedap x sedap, dia bantai gak masuk dalam perut dia....
-Ni lauk aku masak today (12Julai2011).... Sayur sawi tumis, ayam goreng kunyit, and udang goreng tepung......
-Nasik ayam aku taklah pro, tapi takat masuk perut tuh kira lulus... Kari? Ermmm tengok nasib.. Kalau bernasib baik, sedaplah.. Kalau malang, memang x menjadi... Hehehehe...
-Jadik, kalau korang datang rumah tuh and aku sediakan air ja atau kalau naisb baik aku order piza, tolong faham2 ja.. Aku bukan x sudi masak utk korang, tp aku memang x pandai masak... Aku masak takat untuk lidah Mizi ja... Dia x kira itu ini, yang penting ada benda untuk dikunyah, ditelan dan buat dia kenyang....
-See, now u know one of my biggest secret.. Its not a secret actually, but one thing that u must know about me... Thats why i called my blog MY NONSTOP STORIES: 1 way to know me better..... La la la la....

Sekitar KL balik keje...



















-"Ape minah ni wat bertenggek kat situ???"...





















-No wonder laa Kak Anum cam stress ja, rupanya lately dia busy jaga bisnes hotel dia.... "Kak, kalau saya nak stay, dapat diskaun opismate x?"...





















-Jammed yang x sudah2..... Inilah Kuala Lumpur... Bandaraya ku yang terchenta!




















-Gambar ni Mizi suruh snap... Dia suka tengok ada jam dinding rumah ditaruk dalam bas ni...




















-Slama aku lalu kat sini dekat dua tahun, xpernah aku perasan kat sini ada hotel kecik.....



Borong PTS Novels...







-12Julai2011: Ni laaa 12novel yang aku borong time aku gi PTS Publishing kat Gombak.. Kira berbaloi gi sana..
- Bukan takat HAMPIR SEMUA buku yang aku nak ada, tapi dapat gak diskaun... Dari rm200++ bayarrm160++.. Ada diskaun rm50++ laaa cmtuh...
-Dalam list ada 19, tapi bila da depan mata, aku tetibe x nak, thats is Kelab Gadis Ayu, Gadis Lolipop... Yang xda stok, Diary Cikgu Ayu... Impiana yang aku nak tuh actually da aku beli... Fuh, nasib x TERbeli lagik...
-Thank you soooo much kat my sayang coz belanja buku2 nie... Like ive said before, aku x suka baca novel yang jiwang karat, takut otak aku karat sama... Nak baca yang heavy pun aku x gemar sebab aku membaca nak release tension aku.... In fact, da cukup bagus da ni minat aku nak membaca da mula wujud... Ehehehe..
-Once again, to Mizi, THANK U SOOOO MUCH!!!! I Lap You!!!!

Journey to PTS Publishing...















-Testing, testing.. Saja tangan dok gatal snap2 dalam kereta time on the way ke PTS Publishing kat Gombak..
-Nak dekat setengah jam gak kitorg pusing2 carik tempat tuh, tapi xjumpa... 1st Mizi tanya kawan dia yg sorg tuh, but bagi direction salah... Bila da xjupa2, aku sms Misha, and Mizi kol plak kawan dia yg sorang lagik.. Ha, dua2 bagi direction yang serupa... Akhirnya jumpa... Aku borong buku terbitan PTS... Nak tgk aku beli buku ape? Entri pasnie aku upload buku2 yang aku borong tadik...

About Anorexia and Bulimia....





Anorexia Nervosa dan Bulimia Boleh Membawa Maut


-APAKAH anda semua suka melakukan diet supaya tubuh kelihatan langsing dan menarik? Tiba-tiba sahaja jadi alergi atau alahan, sama seperti alah pada coklat, ais krim, dan makanan-makanan berkalori tinggi. Kemudian menjadi takut untuk makan kerana bimbang berat badan bakal naik sehingga seharian suntuk cukup hanya makan beberapa suap nasi sahaja.


-Hati-hati, kerana kalau diet yang dilakukan tidak wajar lagi, malahan akan jadi berbahaya. Pelakon filem “Ally Mc Beal”, Callista Flockshart, melakukan diet yang ‘melampau’ sehingga akhirnya menderita penyakit anoreksia.


-Lady Diana yang langsing itu juga ternyata mengalami masalah makan. Beliau dikatakan sering sahaja memuntahkan makanannya sebaik habis menyantap berbagai macam hidangan. Masalah makan yang dialami oleh Lady Diana disebut sebagai bulimia. Itu hanya sekadar contoh daripada ratusan (atau mungkin ribuan) kes tentang masalah makan yang dialami oleh beberapa orang ternama. Sebenarnya, tanpa kita sedari bahawa rakan, jiran atau jangan-jangan kita sendiri ternyata mengalami kes serupa.


-Apakah anoreksia atau bulimia itu dan kenapa seseorang boleh mengalami perkara-perkara tersebut?


-ANOREXIA NERVOSA Gangguan makan yang umumnya dialami oleh pada remaja perempuan adalah anoreksia atau istilah perubatannya dikenali sebagai anorexia nervosa. Anoreksia adalah aktiviti untuk menguruskan badan dengan melakukan pembatasan makan secara sengaja dan melalui kawalan yang ketat.


-Penderita anoreksia sedar bahawa mereka berasa lapar, namun takut untuk memenuhi keperluan makan mereka kerana boleh mengakibatkan bertambahnya berat badan. Persepsi mereka terhadap rasa kenyang terganggu sehingga pada ketika mereka mengambil sejumlah makanan dalam jumlah yang kecil sekalipun, mereka akan segera merasa kenyang dan mual.


-Mereka terus menerus melakukan diet bermati-matian untuk mendapatkan tubuh yang kurus. Pada akhirnya keadaan ini boleh menimbulkan kesan yang berbahaya, iaitu kematian si penderita. Bayangkan saja, kalau mereka terus menerus menahan diri untuk tidak makan, dari mana mereka akan mendapatkan tenaga untuk hidup.


-BULIMIA Jika penderita anoreksia bermati-matian untuk menahan rasa lapar dan berusaha sedaya mungkin untuk tidak mengambil makanan dalam jumlah yang besar sehingga boleh tahan hidup hanya dengan makan dua tiga suap nasi sahaja dalam sehari, maka tidak demikian halnya dengan bulimia.


-Pada dasarnya, tujuan akhir daripada penderita bulimia dan anoreksia adalah sama, iaitu ingin mempertahankan bentuk tubuhnya selangsing (sekurus) mungkin. namun cara mereka sahaja yang berbeza. Penderita bulimia cenderung mengambil makanan yang mereka sukai. Mereka makan berlebihan untuk memuaskan keinginan mereka, namun kemudiannya mereka memuntahkannya kembali hingga tidak ada makanan yang tersisa.


-Dengan demikian mereka terhindar menjadi gemuk, tetap menjadi kurus tanpa perlu menahan keinginan mereka untuk makan. Dapat dibayangkan jika seseorang terus menerus memuntahkan makanan yang mereka makan, dari mana mereka akan mendapatkan kalori untuk melakukan aktiviti. Tubuh pun menjadi lemah, sukar untuk berfikir dan akhirnya tidak ada lagi tenaga yang boleh digunakan untuk mempertahankan dirinya.


-MENGAPA TERJADI DEMIKIAN? Ketika memasuki masa remaja, khususnya masa akil baligh, remaja menjadi sangat cerewet terhadap pertambahan berat badan mereka. Terjadi perubahan fisiologi tubuh yang kadangkala mengganggu fikiran mereka. Biasanya, perkara ini lebih sering dialami oleh remaja perempuan daripada remaja lelaki.


-Bagi remaja perempuan, mereka mengalami pertambahan jumlah jaringan lemak sehingga mereka akan mudah menjadi gemuk apabila mengambil makanan yang berkalori tinggi. Kalau dahulu, makan apa pun tidak memberi kesan kepada berat badan, tetapi setelah masa akil baligh (biasanya ditandai dengan menstruasi), baru makan coklat dua keping, tetapi beratnya sudah tambah sekilogram.


-Pada kenyataannya, kebanyakan wanita ingin keihatan langsing dan kurus kerana mereka beranggapan bahawa menjadi kurus akan membuatkan mereka bahagia, berjaya, dan popular. Apalagi kalau melihat ‘body’ para selebriti yang langsing (sebenarnya lebih tepat dikatakan kurus kering tidak berisi).


-Sementara kalau tubuh kita gemuk atau berisi, pakai baju apa pun rasanya seperti sedang memakai karung guni. Akhirnya, lingkungan persekitaran juga turut mempengaruhi. Semakin sering diejek gemuk, maka dietnya semakin hebat. Maka, tidak menghairankan apabila ketidakpuasan seseorang dengan bentuk tubuhnya akan mengembangkan masalah pada gangguan makan. Remaja dengan gangguan makan seperti di atas memiliki masalah dengan ‘body image’nya.Ertinya, mereka sudah memiliki suatu ‘mind set’ (pemikiran yang sudah terpateri di dalam otak) bahawa tubuh mereka tidak ideal. Mereka mempersepsikan tubuh mereka sebagai gemuk, banyak lemak di sana sini, tidak seksi dan lain-lain yang kesimpulannya tidak sedap mata memandang dan tidak semenarik tubuh orang lain.


-Akibat pemikiran yang sudah terpateri ini, seorang remaja akan selalu melihat tubuh mereka terkesan gemuk padahal kenyataannya berat badan mereka semakin turun hingga akhirnya mereka menjadi sangat kurus. Mereka akan dihantui perasaan bersalah, manakala mereka makan banyak kerana perkara itu akan menyebabkan berat badan naik. Masalah ‘body’ ini akhirnya menyebabkan remaja menjadi tidak yakin pada diri sendiri dan sukar untuk menerima keadaan dirinya. Mereka beranggapan bahawa kepercayaan diri akan tumbuh kalau mereka juga memiliki tubuh yang sempurna (sempurna di sini bermaksud kurus).


-APAKAH KESANNYA Penderita atau penghidap anoreksia dan bulimia boleh menurunkan berat badan antara 25-50 peratus daripada berat badan mereka. Jika gangguan ini, baik anoreksia mahupun bulimia tidak segera ditangani, maka boleh membawa kesan serius baik secara fizikal mahupun psikologi, bahkan kes yang parah sehingga boleh menyebabkan kematian.


-Kesan fizikal yang umumnya terjadi pada mereka adalah seperti yang berikut:

1. Kehilangan selera makan, hingga tidak mahu mengambil apa-apa pun makanan.

2. Luka pada kerongkong dan infeksi saluran pencernaan akibat terlalu sering memuntahkan makanan.

3. Lemah, tidak bertenaga.

4. Sukar berkonsentrasi.

5. Gangguan menstruasi.

6. Kematian.


Kesan fizikal secara tidak langsung juga akan mempengaruhi keadaan psikologi seseorang, sehingga masalah psikologi yang muncul pada mereka dapat dikesan menerusi simptom seperti yang berikut:

1. Perasaan tidak berharga.

2. Sensitif, mudah tersinggung, mudah marah.

3. Mudah merasa bersalah.

4. Kehilangan minat untuk berinteraksi dengan orang lain.

5. Tidak yakin diri, canggung berhadapan dengan orang ramai.

6. Cenderung berbohong untuk menutup perilaku makannya.

7. Minta perhatian orang lain.

8. Depresi (sedih terus menerus).


-Mereka memerlukan bantuan segera daripada pakar psikologi, doktor, pakar pemakanan, dan tentu sahaja ibu bapa untuk memulihkan masalah tersebut agar tidak membawa kesan yang lebih serius lagi, iaitu kematian.


-BAGAIMANA MENDAPATKAN TUBUH YANG IDEAL Kita perlu mengkaji kembali apa maknanya tubuh yang ideal. Apakah perlu memiliki tubuh yang kurus, langsing atau seksi menurut gambaran masyarakat? Rasanya tidak ada yang lebih ideal dibandingkan dengan memiliki tubuh yang SIHAT. Untuk apa kurus, langsing dan seksi kalau pada kenyataannya kita menyeksa diri dan akhirnya sakit.


-Namun, adalah menjadi amalan yang tidak baik jika akhirnya kita memanjakan diri kita dengan aneka makanan sehingga akhirnya berat badan kita berlebihan dan berisiko tinggi untuk terkena penyakit. Oleh sebab itu, lebih baik mengatur pola makan yang seimbang agar dapat mencapai tubuh yang ideal (sihat).


-Jika remaja ingin mendapatkan tubuh yang sihat, maka terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan seperti yang berikut:

1. Mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pemakanan untuk mendapatkan pola makanan yang seimbang.

2. Sukan yang teratur .

3. Tidur secukupnya .

4. Tidak mengambil ubat-ubatan yang tidak perlu (seperti ubat atau jamu pelangsing, ubat tidur, dadah, dan sebagainya).




Cantek ke kalau cekeding?









































































-Sekarang nie tak dapat nak dinafikan bahawa masyarakat lebih mengagungkan manusia-manusia yang mempunai tubuh yang slim, langsing, kurusm body mcm jam pasir...

-Tapi yang lebih ekstrem bagi aku, badan kurus, tapi masih rasa gemuk... (Adoi, kalau dorang yang kurus tuh pikir dorang masih gemuk, abis, aku ni kene laa kot anggap aku ni tahap extra obesiti)....

-And lebih menakutkan bila ada sesetengah masyarakat terutamanya anak-anak muda + remaja perempuan yang sanggup menahan lapar, x makan, x sentuh apa2 makanan langsung semata-mata untuk menjadi kurus sepeti artis2 yang kebanyakannya yang kurus melampau nie...

-A'ah, aku pun nak jugak kurus.. Tapi takdelah sampai tahap nak kurus menampakkan tulang2 kat badan.... Silap2 kalau angin kuat sikit, boleh terpelanting dibuatnya.

-Aku ada TERtengok talkshow Oprah Winfrey tapi da lama da, pasal mangsa anorexia nie... Dia kata, dia terpengaruh dengan model2 yang slim2 tuh... So, dia pun start SAY NO kat makanan2 depan mata dia.... Bukan berminggu2 dia buat cmtuh, malah da bertahun.. Sudahnya, badan dia yang dulu sedap da jadik keding.... Mula2 dia kata hepi sangat tengok perubahan tuh.. But lama2 dia rasakan dia da x da tenaga.... Nak jalan pun x berdaya.... Bila dia da nak mula makan balik, dia xdpt nak terima. Muntah... So, dia tengah dalam proses pemulihan (time aku tgk Oprah tuh laa)... Skrg nie xtaulaa apa terjadik kat dia.. Da ok ke, atau masih keding ke atau da meninggal... Xtau...

-Victoria Beckham, Nicole Ritchie, Olsen twin, antara selebriti yang menghidap penyakit anorexia nie.... Tapi dorang x mengaku.... And kebanyakan yang ada masalah ni xkan mengaku sebenarnya dorang ada masalah anorexia...

-Pasni, aku akan copy and paste pasal Anorexia dan Bulimia nie.... Jangan lupa baca ya!!!!

Take a Break..

-Nak inform jer, aku mebi xkan sempat nak upload ape2 sehari dua nie sebab ada kerja urgent perlu di'settle'kan.... Kalau sempat, aku post, kalau x sempat xdelaa ape2....

Yang pasti aku xkan stop jadik blogger... Cuma sekarang bz sket dengan kerja nak wat teks ucapan.... Ada 3 topik yang aku kene faham and insert into that speech.... Bla bla bla.... Bla bla bla.. Bla bla bla.... Ok, see u later alligator... Tata!