Blogger Templates

Followers

Tuesday, July 3, 2012

LAwak Aku dan Kentang

-Ni ada 1 cerita lawak tapi best part, its real! and its about me...
-Al-kisah time aku kat Kelantan menghadiri majlis Arwah Mak Mertua aku, aku offer diri la buat apa yang patut.... Sekali akak ipar aku suh tolong amikkan pisau. Bila aku turun ke dapur, akak ipar aku yang lain kata xpayah la kupas bawang, kang mata aku pedih.. Dia suh kupas kentang...
-Then, dia kata amik isi air dulu kat bekas and taruk ais.... Aku dengan BODOHNYA isi air, and best part, aku bubuh kentang yang belum berkupas dalam bekas berisi air tuh.... Akak ipar aku kata "eh, kenapa rendam?"... AKu dengan bodohnya lagi kata "kan akak suh rendam"... "Rendam selepas kupas la dik oi".... Aku sendiri terus tergelak x hengat padahal time tuh majlis tahlil...
-Nampak sangat la aku bengap bab2 dapur.... NAk tolong, tapi makin nyusahkan orang.... Aku tanya mak aku, rupanya kentang yang da dikupas direndam dalam air supaya kaler dia x tukar kepada hitam...
Adoyai.... MALU SIYOTTTTTTTTT!!!!!!

Once upon a time...

-Once upon a time, aku pernah melalui pelbagai benda..... Dari zaman aku study sampailah aku kerja.  Dari zaman aku free hair, sampailah aku bertudung....
-Dulu, xpernah terlintas kat fikiran untuk bertudung... Berselendang ala  Dato' Siti Nurhaliza, menampakkan jambul sekadar menutup rambut di atas kepala...
-Melapor diri di Jabatan Penerangan sebagai pegawai penerangan pada tahun 2007 banyak bawa kenangan.. Aku berada di kelompok rakan2 batch yang sama borneo... Kenny, Sulia, Freda dan Vicky... Bukan sebab apa, kadang2 ada mulut kawan batch kami yang begitu lantang mengkritik cara pemakaian kami apa lagi rambut kami yang majoriti "kaler brown"....  Bila berada di kelompok borneo, secara langsung, kami punya sesama sendiri untuk backup each other whenever people attacking us...

gmbr lama: time ni aku sanggup beli selendang sebab kena masuk ke kampung PAS, Kelantan sewaktu masih bertugas di Komuniti BESTARI..
-Time tuh aku masih x sedar pegawai yang free hair akan 'diberi perhatian yang lebih'.. Aku plak masih terbawa2 personaliti sebagai pelajar journalism dan ex-reporter... Bila outstation, aku setia dengan seluar aku, shirt, boots dan beg sandang.. ooo, x lupa kamera aku and notepad aku....
-Aku x segan2 berlari ke sana sini untuk snap gambar yang menarik, sebab itulah aku.  Bukan untuk menarik perhatian sesiapa, jauh sekali untuk mempromosikan diri kepada pihak tertentu.  Tapi bagi aku, itu adalah tugas aku sebagai pegawai yang bertugas di unit KB ketika itu... Niat aku hanya untuk snap gambar dan dapatkan bahan yang menarik..
-Bila berkahwin, 3hari selepas bernikah, aku terus berazam untuk bertudung.. Kenapa? Untuk elakkan akaun suami aku terus menerus dimasuki duit kerap digunakan di neraka.. Bukan pound sterling, bukan yen, bukan dirham, tapi D.O.S.A.... Aku rasa bersalah kerana umur dah 26tahun baru terfikir nak bertudung. Kesiannya ayah aku yang terpaksa tanggung dosa aku selama ini....
-Bila beberapa tahun di penerangan, barulah 1 demi 1 cerita keluar. Rupanya budak borneo yang tidak bertudung ni menjadi perhatian.. Apa yang dibuat, mana aku pergi, semua diperhatikan... Aku cuma tau aku cuma la perempuan yang masih berkelakuan seperti tomboy, suka pakai jeans dan ranggi ketika keluar sana sini..  Cuma beza belajar dan bekerja, time bekerja aku sudah reti mengoles sedikit kaler ke muka aku, blow rambut supaya cantik dan perfumes pelbagai brand... Tapi niat untuk itu ini, SUMPAH langsung xda....
-Sekarang dah hampir 5tahun tudung berada di atas kepala bila aku keluar. Sampaikan bila di rumah mertua pun automatik akan pakai tudung kerana aurat masih haram ditayangkan dikalangan keluarga mertua KECUALI ayah mertua... 
-Aku masih belajar dan masih naif... Aku masih perlu banyak belajar dan kenal erti hidup.... 
-KAdang2 benda yang sama selalu bermain di pikiran aku... Semua manusia akan mati... AKU MATI DENGAN CARA BAGAIMANA?  adakah mati dengan cara yang dasyat, mati mengejut, mati secara tenang atau pun mati bla bla bla...... Nauzubillah.... Bila aku akan mati? Bila agaknya daun yang tertulis namaku akan gugur? Bila rohku akan ditarik oleh malaikat maut?


1000 words

Kisah Di Sebalik Gambar!
"Burning Monk – The Self-Immolation" - 1963

Info: Thich Quang Duc seorang sami Buddha dari Vietnam membakar dirinya hingga mati disebatang jalan yang sibuk di Saigon. Tindakan nekad itu diambilnya sebagai memprotes tindakan kerajaan Vietnam yang menganiaya sami-sami Buddha.
Beliau mahu Buddha diberikan hak yang sama seperti mana Katholik. Dalam masa yang sama beliau juga mahu sami Buddha dan rahib Katholik diberi hak untuk mengamalkan dan menyebarkan agama masing-masing. Tahukah anda, semasa tubuhnya dimamah api sami berkenaan langsung tidak menggerakkan badannya? Tubuhnya kekal dalam kedudukan begitu sehingga rentung.

Jurugambar: Malcolm Browne

-wujud-

1000 words

Kisah Di Sebalik Gambar!
"Lunch On Top OF a Skyscraper" - 1932

Info: Gambar ini dirakam ketika sekumpulan pekerja binaan yang bekerja membina bangunan GE di New York sedang berehat sambil makan tengahari diaras 69 bangunan yang sedang dibina itu. Mereka hanya duduk sambil berjuntai kaki tanpa memakai sebarang alat keselamatan diatas 'girder' yang tingginya adalah beratus-ratus kaki dari permukaan bumi.

Jurufoto: Charles C. Ebbets

-wujud-

1000 words

Kisah Di Sebalik Gambar!
"Omayra Sánchez" - 1985

Info: Nama kanak-kanak dalam gambar ini ialah Omayra Sanchez. Dia adalah salah seorang yang menjadi mangsa ketika letusan gunung berapi berlaku Nevado del Ruiz, Colombia yang mengorbankan 25,000 nyawa. Omayra telah terperangkap didalam air dan runtuhan sisa konkrit selama 3 hari. Dia meninggal dunia akibat gangren dan hipotermia tidak lama selepas gambar diatas dirakam. Kematian kanak-kanak tersebut mendedahkan tentang kegagalan pihak berkuasa Colombia untuk bertindak pantas menyelamatkan mangsa-mangsa dalam tregedi letusan gunung berapi tersebut.

Jurugambar: Frank Fournier.

-wujud-

1000 words

Kisah Di Sebalik Gambar!
"Fire on Marlborough Street" - 1975

Info: Akibat panik kerana rumah yang mereka diami terbakar, Diana Bryant mengambil tindakan nekad untuk terjun menyelamatkan diri bersama-sama anaknya yang masih kecil. Dia terbunuh dalam kejadian itu namun anaknya terselamat kerana berjaya disambut oleh anggota bomba yang berada dibawah bangunan berkenaan. Tragedi malang yang menimpa Diana Bryant telah menyebabkan prosuder serta kaedah menyelamat dan memadam kebakaran yang dipraktikkan ketika itu dikaji semula. Gambar ini turut mendapat anugerah Pulitzer.

Jurugambar: Stanley J. Forman

-wujud-

Kutu bila ZOOM


Inilah rupa sebenanr kutu selepas di zoom 100x...
-Secara ringkas, sebijik mcm langsuir........ Bikin takut oo...


-wujud-

I am Hepi!

-Thank you Allah SWT! Even kerja dah bertimbun, TAPI aku sangat hepi dan sangat nak senyum. Mungkin kerana hati dah makin tenang dan AA pula dah berada di taska bawah opis... 
-Buletin, sampul raya, buku malaysia, filing, and etc..... semua kena siapkan... Tapi kalau hati senang, semua x terasa stress, malah trasa masa cepat berlalu.... Jam 8 tup tup dah lunch.... Tup tup dah jam 5, time utk amik AA...



-Once again, thank u Allah for giving me this feeling.....