Blogger Templates

Followers

Wednesday, July 6, 2011

L.I.Z.A.R.D!!


Tatoo lizard kat tangan.. Hasil 'kerja tangan' akak aku yang kat Bukit Jelutong tuh.. Mulanya nak taruk kat tangan Auni, tp dia asyik nak bergerak, payah nak dok statik, so last2 si Ibu yang amik kesempatan.. ahahaha..

**Abaikan yang parut tuh yek....

1 motor, 4 person...

5 Julai 2011 - Gambar ni aku snap time nak selekoh ke kawasan kuarters aku...Tengah tunggu lampu hijau.. Tunggu punya tunggu, ternampak laa motorsikal nie, yang belah kanan...

Aku terkejut sebab 1 motor ada 4 orang atas tuh... Si Ayah, si Ibu dan dua anak... Tapi anak yang kat depan sekali x nampak plak.. Aku plak takut nak angkat kamera aku tinggi2 sbb kang si Ayah nampak aku curik2 snap, abesss aku....

Cuma aku nak sampaikan, janganlah sampai tahap camnie.. X ke bahaya... Si Ibu plak sebelah tangan kiri tuh dok pegang anak, sebelah tangan kanan dok pegang beg2 anak2 dia...

Fuh, aku yang berpeluh... Kalau kat laluan kecik xpe gak.. Ni x, kat jalan utama... Adoyai....

SKII? NO! Clinique? NO!

I'm using this products after delivered my 2nd princess, Auji.

Time pregnant, faham-faham aje la, hormon berubah, so muka penuh dengan bintik hitam sampai kadang2 suami offer picit blackheads kat area tepi mata and dirty pores on my nose... Malu sangat2 time tu, tapi syok jugak muka kene 'belai' suami... Ahahahaha...

But after that, aku kenal produk ni dari orang yang sama aku beli bengkung zip aku... Aku at first memang x nak percaya coz takut benda2 cmnie. Sia2 ja kalau muka makin teruk..

But ntah nape aku kali ni degil and beria2 nak try... Aku akhirnya TERbeli gak 1 set...
Now set kedua aku ni dah nak abis... Tapi aku da standby stok untuk set yang ketiga aku. And paling hepi bila Ibu kata muka aku dah bersih. Mizi kata muka aku makin berseri-seri (kembang siyot!) and few lagik kata muka aku memang dah x mcm time aku pregnen dulu atau dlm erti kata lain, bersih lerr... hik hik hik...

Kepelbagaian tudung....



















-Sekarang nie pelbagai jenis tudung boleh kita perolehi.. Ada yang tudung jenis selendang, syria, etc.. Aku sendiri pun x tau nama2 tudung nie.. Kalau berkenan beli jer...

-Cuma baru-baru ni aku terdengar ada seorang hamba Allah mengusik salah sorg kawanku yang tudungnya sama jerrr.. Kawanku pun jawab "a'ah, beli borong lain kaler".. Lalu, hamba Allah nie tergelak... Aku pun cakap"tudung aku pun sama gak, lain kaler".. Dia kata, "kak ijang memang tudung sama jerr", she said again sambil tergelak.....

- Aku terpikir, PERLU sangat ke nak cakap mcm tuh? Tudung aku tuh berlambak sbnrnya kat rumah... Bukan nak riak, tp mmg sgt banyak.. Smpi ada yang da siap masuk drawer da... Da xda ruang nak gantung... Tapi aku xpakai sebab aku x reti... Tudung bawal (maklumlah suami dari Kelantan), mmg berlambak... Tapi pun aku x pakai sebab aku x reti nak pakai secara elok... Huhuhuhu.... And aku beli pun slalu kaler itam, Even sama design, lain brand, itam tetap pilihan aku....

-So, last2 aku pakai yang tudung sarung jerr... Aku mmg slalu beli terus 5-6 helai... Tapi berlainan kaler... Pernah aku borong sampai 12helai, tapi sebab tuh tudung bercorak2, aku jarang pakai... Alasannya, baju kurung aku pun bercorak.. Takkan baju kurung bercorak, tudung pun bercorak,kan?Koleksi tudung itam aku tanpa corak (plain) pun da nak 10helai)... ahahaha...

-But mmg aku x brapa gemar hamba Allah tuh berkata mcm tuh... Yalah, jgn pasal da xda topik nak bercakap, isu cmtuh pun nak dibangkitkan... Baik tutup mulut and remain silence than talking something rubbish yang maybe boley menyinggung perasaan orang lain...

-So, secara kesimpulan, kalau xda benda yang nak dicakap atau hal bukan urgent, belajarlah tutup mulut.. Lain org, lain perasaan...

Bonggol Unta





-Pemakaian sanggul tinggi time bertudung mmg xdapat dinafikan sangat cantek sebab kalau muka bulat pun boleh jadik lonjong... Style yg digelar bonggol unta nie pernahlah aku try di rumah (di rumah jer, kat luar xpernah yek), konon2 nak tgk ape yang best sangat bonggol unta nie... Wah, memang muka automatically terus berubah... Bukan nak syok sendiri, tapi mmg aku trasa sangat cantek... Kadang2 mcm hampir tewas jugak tp Alhamdulillah iman masih kuat lagik... biarlah kurang cantek di mata manusia, tapi yang penting cantek di mata Allah S.W.T...

-“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
-Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” (hadith riwayat Muslim. Hadith no 212)
-Fokus pada ayat “..Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai” dan “kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang”.

-Pada zaman Arab jahiliyah, wujud golongan penari dan pelacur dan mereka sering cuba menarik perhatian lelaki dengan gaya eksotik dan memberahikan. Juga diceritakan keadaan asal untuk menunjukkan tingginya taraf wanita mulia yang menjaga pemakaian daripada mengundang fitnah sesama wanita. Rambut ibarat mahkota justeru wanita-wanita zaman tersebut merasa bangga apabila rambut panjang yang disanggul atau ditocang menjadi kegilaan lelaki (trend zaman tersebut).
-Kalau rambut memang panjang, adakah adil jika wajib dipotong semata-mata mengelakkan daripada tudung yang dipakai menjadi tinggi? Dalil aqli juga perlu seiring dengan naqli untuk mejawab kemusykilan syarak. Konsep yang patut dipegang adalah bersederhana dalam pemakaian. Jika niat memakai sanggul tinggi sewaktu bertudung hanya untuk menarik perhatian, dikhuatiri akan timbul riak dan boleh mengundang fitnah. Namun, untuk mengatakan haram bertudung tinggi adalah salah sama sekali. Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
-Ijtihad yang perlu dipegang ialah tujuan utama bertudung sedemikian. Kalau sampai memakai sanggul tiruan, pastilah untuk menarik perhatian kan? Tetapi kalau rambut dah memang panjang, confirm sanggul besar tudung pun jadi tinggi la. Harus hukumnya bersanggul tinggi bila bertudung dan menutup rambut dengan sempurna. Kalau bersanggul dan tak bertudung, memang sah-sah la berdosa.... ;-)