***This story actually i got from Hot FM time drive nak gi tempat keja... Cerita ni kira melekat kat hati aku even til now... Let me share with you about this story and learn a lesson from it...
************************************************************************************
Kisah ini bermula dengan terdapat seorang lelaki bernama Amir yang menjalinkan hubungan cinta selama 5 tahun dengan perempuan buta, Mira yang sudah tidak mempunyai sesiapa di dunia ini... Pada satu hari, Mira berkata, " Abang Amir, Mira sudah puas berdoa supaya Mira dapat melihat,kerana Mira sudah tidak tahan hidup dalam kegelapan seperti ini. Mira berjanji, perkara pertama yang Mira akan lakukan selepas mata ini sudah mampu melihat ialah akan mengahwini Abang....." ucap Mira kepada Amir. Amir berasa sayu mendengar kata2 itu lalu berkata,"janganlah kata begitu... Abang sudah cukup bahagia bersama Mira meskipun Mira tidak boleh melihat,".
Pada suatu hari, permintaan Mira dimakbulkan. Doktor memberitahu Mira bahawa pihak mereka telah menerima mata daripada seorang penderma dan pembedahan ke atas Mira akan dilakukan tidak lama lagi. Mira begitu gembira dan tidak sabar untuk menunggu saat2 dia melihat kembali warna2 dunia ini.
Pembedahan kemudiannya selamat dijalankan. Mira dapat melihat semula alam sekelilingnya. Mira begitu gembira sekali lalu menelefon Amir untuk bertemunya secepat mungkin. "Sebentar lagi Abang akan ke sana jenguk Mira, ya..." ujar Amir kepada kekasih hatinya.
Pintu bilik wad Mira diketuk. Dengan hati yang berdebar2 dan tidak sabar melihat rupa kekasihnya buat pertama kali, Mira berkata ," Masuklaaa Abang.."... Beberapa saat, Mira terkejut kerana mendapati kekasihnya juga merupakan seorang yang buta sehingga membuatkan Mira terpaku dan terdiam. Tidak mampu berkata apa-apa...
"Syukurlah Mira selamat. Abang sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagiaan Mira siang dan malam agar janji Mira untuk mengahwini Abang termakbul" luah Amir.
"Tidak, Mira tidak boleh mengahwini Abang". Amir terkejut dan bertanya apa sebabnya Mira menarik janjinya itu. Mira menjawab," Mira tidak mahu mengahwini Abang kerana Abang buta. Mira tidak mahu mengahwini lelaki buta", ujar Mira dengan riak.
Amir sangat kecewa dengan perlakuan kekasihnya namun dia pendam di dalam hati. Dalam hatinya, elok sahaja dia keluar dari bilik itu. Mira tidak memandang Amir sebaliknya hanya melihat ke luar jendela. Sebelum Amir melangkah meninggalkan bilik tersebut, Amir berpaling seketika kepada Mira dan berkata," Mira ku sayang, tidak mengapa jika Mira sudah tidak menyayangi Abang selepas mengetahui Abang ini buta. Cuma satu pesan dari Abang, Abang harap Mira jagalah MATA ABANG baik-baik kerana itu sahaja yang mampu Abang bagi demi kebahagiaan Mira", luah Amir lalu melangkah keluar bilik itu dengan hati yang hancur......
Friday, September 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment