Blogger Templates

Followers

Monday, June 25, 2012

Gerimis Mengundang

-Almaklumlah anak2 kurang sihat, kena kuarantin plak dua minggu.... Bila anak dah pulih sikit, tidur pun nyenyak, tangan aku gatal pi purchased filem Gerimis Mengundang nie... Bukan pasal Kamal Adli, tapi pasal penggambaran movie ni kat KK, Sabah dan Jakarta....  Itu ja faktornya, ok selain nak tgk Felix AF berlakon.... ahaks....


kenapa aku x sedar ada movie ni kat pawagam????
-Plotnya simple.... Zamani, pilot helikopter yang bertugas di Sabah Air seorang yang pemarah dan baran.... Dia kenal dengan Mikha secara kebetulan di pantai, itupun si Mikha yg sedang main jetski hampir2 langgar Zamani yang tgk snokeling... Si Mikha datang jumpa Zamani untuk minta maaf tapi si Zam ni asyik marah2....Ooo, si Mikha ni kat KK sebab ayah dia ala2 Duta la di situ... Tu yg asek ulang-alik Sabah-Jakarta....
-Lama2 cinta makin berputik antara dorg berdua... But when Zamani luahkan perasaan dia kat Mikha, esok paginya, pecah rahsia si Mikha dah ada tunang nama Doni.... Doni datang ke KK untuk lawat Mikha selepas ayah Mikha meninggal dalam eksiden kat jalan tamparuli (menurut cerita laaa)..... Si Zamani apa lagi, mmg frust menonggeng, marah sbb rasa kena tipu....
-Kat Jakarta, Mikha terus terang kat Doni yang dia cintakan Zamani.... Rupanya Mikha dan Doni bertunang sejak kecil sebab hubungan hubungan keluarga dorang sangat rapat.  Doni sangat gentleman lepaskan Mikha pergi....
-Mikha kan anak orang kaya, so dengan sekelip mata ja dia terbang ke KK untuk luahkan perasaan sama Zamani.... Tapi x sempat jumpa sebab Zamani bawak helikopter hantar barang ke 1 kawasan..... Si Felix yg pegang watak Amry, rakan kerja Zamani tolong Mikha berkomunikasi dengan Zamani thru alat yg kapten slalu pakai kat telinga tuh....  Zamani kata tunggu dia balik bertugas....
-Tiba2 xsampai 3minit selepas perbualan off, dpt emergency signal dr Zamani.... Heli dia terhempas dan sempat kejap di bawak ke hospital.... Bila si Mikha terus terang semua, jari2 Zamani bergerak kejap sebelum meninggal dunia.....
watak zamani and mikha...
 -For me, ada benda yang x berapa logic la dalam filem nie.....Antaranya:
1.  Mikha tengah bersedih ayah dia meninggal.... Bila si Zamani sekali ja nasihatkan Mikha, esoknya dia boleh gelak2 mcm xda apa2 berlaku...
2./  Sebelum terhempas, Zamani ada bercakap dengan Amry selepas borak dgn Mikha thru alat telinga tuh...  then by that time ada scene tunjukkan cuaca gelap... But bila tgh helikopter tuh dah mula nak terhempas, cuaca cerah ja... and pening kepala kejap sbb kamera goyang2 kononnya nk bg gambaran helikopter tgh x stabil...
3.  Mak Mikha pulak tau la pegang watak mak... Tapi ada plak anak x balik ikut Zamani boleh kata "xbimbang sebab tau dengan zamani"..... haisy....

-Itu jerla... aku malas nak komen byk.... Tapi apa yang aku suka, watak Kamal Adli sebagai Zamani aku sangat suka!!!!!!!! And ensem!!!! Ok... chiow

No comments: