Blogger Templates

Followers

Saturday, July 2, 2011

I Miss Pok Lat!!!



~ Suddenly, I miss my Pok Lat sooooooooooooooooo MUCH!!! Dulu time aku masih dating2 dengan Mizi, aku pernah kata, bosan dok sorang2, konon nak beli anak kucing temankan aku..

~ Tup2 dia bawak PokLat dari Kelantan... Time tuh umur PokLat baru ja seminggu.. Still baby..

~ Aku bagi minum susu siap pakai botol susu lagik.. Then, pernah few times aku bawak PokLat ke opis time awal2 dapat tuh sbb bimbang dia x reti nak minum susu lagik dari pinggan.... Nasib bos x perasan+xtau... Yang tau Abg Faizal.... Tu pun sebab dia dengar kebetulan PokLat meow2 lapar...

~ Time tuh aku masih dok sorang kat umah akak aku dia Bdr Sri Damansara.. PokLat laa temankan aku... Dari dia masih x reti jalan sampai dia reti panjat katil aku.. Kitorg tidur sama2..... Aku ajar dia buang kat tempat yang disediakan....

~ Pernah sekali dia hilang... Dua malam gak aku pusing area rumah aku carik dia... Siap pernah mintak tolong guard bawak aku pusing area tuh guna motor... Nasib after two days missing, PokLat balik... Tiap malam aku x tutup pintu rapat supaya dia boley masuk rumah... Finally, dia masuk rumah and im sooo damn hepi!!

~ PokLat paling suka kalau naik kereta... Bawak dia siar2... Dia xkan takut... Dia siap dok tepi cermin nikmati pemandangan.. Bayangkan pernah dua kali aku hangkut dia dari KL ke Putrajaya, xpernah dia nyusahkan aku.... Mcm biasa, dok diam2 dalam kereta... Xda gerak pun.. Kalau gerak, pasal nak gi belakang dok dekat cermin belakang....

~ Bila aku da mengandung, aku terpaksa bagi PokLat duduk di luar... Kesian dia... PokLat da biasa duduk dalam rumah, tidur sekatil, now dia terpaksa stay outside... "Ijang terpaksa PokLat .. Im sorry!"...

~ Now, he's gone... Gone forever... Silap and bodoh aku.... Da 3x dia jatuh dari tingkat dua.... But bukan pasal tuh dia jatuh... Dia sakit... Mebi sakit pasal rindukan aku.... Im sooo stupid.... Skrg aku sgt rindukan dia.... Dulu time aku ada masalah, dia lah yg sedia dengar masalah+jeritan aku.. Meskipin dia x bercakap atau bagi respon, but i know he's listening.....

~ Xkan ada kucing yang boleh ganti PokLat .. Takda seekor pun!!! Coz u will be always my special PokLat , FOREVER!!!!! Ijang miss u, very much!



**Post ini ditujukan khas buat mendiang PokLat........

2Julai2011 ~ Jam 10.15malam....


~Babies da titun..... So, si Ibu melayan perasaan sorang2.. Mizi balik dari Kelantan and sampai lewat kot.. Mebi around jam3pg.. Selalu time camtuhlaa dia sampai umah... So, kompom aku x dapat tidur nyenyak tonite sebab nunggu bunyi pagar pintu rumah... ;-p

~ Lately sejak Mizi da pindah ke unit UST, makin banyak da dia kuar outstesen... Leaving me+Auni+Auji alone... Dulu pun kat opis lama ada dia outstesen but kejap2 jer.. Paling lama pun 5hari... Skrg ni kat unit baru, huh, tak tentu... Paling kejap 4hari..... Paling lama so far aku tau tapi x pernah kene lagik 2minggu++....

~ Kadang2 aku terpikir, cmnerlaaa kerja cmnie? Nape org yang susun jadual tuh x bagi 1minggu tuh orang lain, and 1 minggu lagi tuh tukar laa org lain... Orang2 yang kerja kat unit tuh semua bukan bujang lagik... Semua da kawin and ada anak da. Kalau anak umur 8-9 tahun xpelah.. Ni majoriti anak masih under 2years old... Kesiannya anak2 ditinggal..

~ Aku plak masih kat opis bhgn penerbitan... Kirannya dalam tempoh 4tahun aku bekerja dengan penerangan nie, ni laa tempoh paling lama aku bertugas di 1 tempat... dulu di unit komuniti bestari, setahun++... Then kat unit aduan pun 1thn++... So far, masih try sesuaikan diri aku kat bhgn tuh... Yelah, kerja2 semua tang penerbitan.. Aku plak dulu amik course journalism... Aku kalau suh menulis, aku on jer.. Bila suruh buat buku tuh yg aku blur skit... Masih dalam proses nak belajar.... And aku sedar aku masih baru 20% jer tau about publishing... Im sooooo damn blur......

~ Kadang2 terpikir, kalaulah aku tau aku will be working in this division, mmg sah2 aku apply course Publishing time kat UiTM dulu..... ahahaha, tp Journalism tetap di hati!

~ Dulu ingat lagik time aku pregnen, wah emosi aku sangat diganggu dengan hebatnya... Sampai theres certain time aku almost nak give up... But now, bila perut da 'kempis' balik, aku kosongkan jiwa aku, and open a new chapter... 0-0!!! Kosongkan minda aku, kosongkan jiwa aku, kosongkan perut aku, ermmm tuh nak kurangkan berat laaa... hik hik hik....

~ Speaking about berat badan, huhuhuhu, berat aku masih dalam keadaan sooooo critical... Help me! Target nak kurus time raya.... Tapi ni selera makan masih jerrr bagus, camner nak achieve the target?

Wokeh, stop here for now... Nak sediakan bahan2 masak dulu.. Awal pagi nak masak nasik goreng for Mizi sebab jam 8pg aku dgn Auni nak gi umah akak aku jap kat Bukit Jelutong... Ada gak bekfas for Mizi untuk makan.... Ahaks...

~ Will update my blog later.. Upload gambar tunggu senin sebab PC umah ni ntah tetibe x bley nak cucuk usb.... Tu yg xda gambar time lepak dengan Zarith tadik.. Ehehehe.. Ok, tata!

X-Men : 1st Class

~~~BILA laa aku bley tgk X-Men : 1st Class nie???????? Ni jaaa yang aku lambat naik tren.. Waaaaaaa!

Gladiators UK































-Kalau hari Ahad jam 10malam, tolong jangan ganggu TV sebab aku nak tgk peberet show aku, Gladiators UK....

-Gambar ramai-ramai tuh Gladiators yang senior... Siren, Goliath, and Amazon antara Gladiators baru yang join team nie...

-Kalau nak tau Gladiators nie, ia macam satu jenis sukan.... Ada empat peserta , dua lelaki dan dua perempuan... Peserta ni yang akan berdepan dengan para Gladiators nie.. Ada banyak event... :-

1.Duel -atas pelantar, 1 peserta lawan 1 Gladiator, pegang 'stick' besar, and try jatuhkan lawan dlm tempoh yang diberikan...

2. The wall - Peserta diberi masa 7saat awal untuk panjat dinding (wall climbing), after 7saat tuh, Gladiator akan kejar dari belakang dan cuba tarik jatuhkan dorang.....

3. Pyramid - Antara tough events sbb akan ada satu piramid besar... Peserta kene panjat smpi ke atas and tekan buzzer.. TAPI, setiap sorang akan kene hadapi sorang Gladiator..Gladiator akan cuba halang peserta dari smpi ke atas... So far, mmg skit sgt yang penah smpi ke atas... mungkin 1:100.... ahahahaha

4. Gauntlet - 1 peserta akan berhadapan dengan 4 Gladiators dalam 1 lorong... Peserta kene lepasi setiap Gladiator utk smpi ke penamat... Tapi setiap Gladiator ada weapon dorg sendiri and peserta pulak hanya boleh guna badan ja and pandai2 laaa pusing2 badan utk elak dari diserang... Kalau guna tgn, DISQUALIFIED!

5. Hang tough - 1 peserta lawan 1 Gladiator... Masing2 akan berada di pelantar sendiri secara berdepan... Then, dorg bergayut laaa di atas tuh.. Peserta mesti ke pelantar Gladiator untuk score tapi mcm biasa, Gladiator akan cuba halang and jatuhkan dorg ke air...

- Byk lagi sbnrnya, tp ni antara event yg aku suka.... Bila peserta ni kumpul mata, akhir skali dua2 peserta akan bersaing sesama sendiri dalam acara Eliminator.... Eliminator ni xmelibatkan Gladiators.... Cthnya, A dapat score 20 dan B dapat score 10... So beza score 10 kan? Jadi, time Eliminator nanti, beza score tuh akan dibahagi lagik dua.. 10 bahagi 2, jadik laaa 5.. So, peserta A akan mendapat kelebihan 5 saat awal untuk memulakan Eliminator dari si B... Ada faham???

-Ehehehehe, so far peserta peberet aku dalam show ni Spartan sbb dia soooooooo cool, ensem and smart giler... And for Gladiator pompuan aku pilih of coz Tempest.... Kalau baru, Siren sbb dia mmg lawa.... Kalau yang aku x suka, si Tornado sbb kerek gila... and pompuan si Battle Axe sbb pakaian dia huduh skit... eheheheheh.....

2 Julai 2011 - Nak layan sushi........















~ Sabtu yang membosankan sebab after 1 year 1month, baru rasa menstrual semula... hik hik hik.. Pas Zohor, nak kuar Alamanda kejap jumpa Zarith layan sushi...... Nanti aku upload pic.. Ni aku upload pic yg download dari internet dulu..... Auni plak tgh tidur.. Bagi dia cas tenaga dulu... Adoi, sakit perut.. Aku chiow dulu...

Friday, July 1, 2011

SAY NO TO PERHIMPUNAN HARAM!

Dear friends,

Ape2 pun tujuan anda,
PLEASE SAY NO TO PERHIMPUNAN HARAM! And jangan sesekali join perhimpunan macam tu!

3, 2, 1 Cinta! Ermmm 3bintang kot...



~MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

~ Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya.

~Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri.

~Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

**Yang aku x suka, watak Sam tuh awal2 part mmg brutal gila... Awek bg kertas yg ada no pon, Sam genggam and buang then pecut motor dia.... Pastuh, tumbuk budak lelaki 1st day nak register kat kolej..... Boleh tumbuk lecturer, bunuh hamster anak lecturer dia, bla3.... Skali bila nak tackle si Nazril, perangai terus mcm budak2+bangang.. Terloncat sana, terloncat sini... Kalau da lama tomboi, manalaaaa terus nak jadik perangai cmtuh dalam tempoh yang singkat....

Kalau nak tgk stakat nak tgk2, bolehlaaa purchase, but for me, x berbaloi pun buang RM15 amik astro 1st tuh... kalau ada geng2 yg kebetulan cd cetak rompak, pinjam ja.. xpayah beli cd sendiri... ehehehe... (alamak, kalau pierre andre+farid kamil baca ni, abess aku)....

ps: skrg nak tunggu KL Gangster jerrr.... !

Karak - Sape tau ending sebenar???

















-Bila tengok list kat Astro 1st ada da cerita Karak, aku terus purchased... Beranikan diri tengok time Mizi xda.. Auni laaa peneman aku kat ruang tamu tuh...


-First-first scene je dah takut, dengar cerita..scene awal tu memang kes betul jadi kat Karak Highway. Yang pasal 1 family kereta rosak, then suami keluar mintak tolong, isteri kena kacau kat kereta pastu datang satu kereta polis. Polis-polis tu keluar acu pistol suruh perempuan tu keluar dari kereta sambil cakap "Keluar dari kereta sekarang, keluar dari kereta sekarang dan jangan tengok belakang" ... Skali si bini ni degil gak tgk belakang, hantu tgh baham suami dia atas bumbung kereta.... Mmg takut siyol!!


- Untuk filem Karak yang dilakonkan oleh Shahir AF (Nik), Si comel Sheira Ayob (Zura), Bibir seksis Kila Fairy (ida) and Along Eyzendy (Jack), aku bagi ermm 3.5 bintang... Sebab tajuk Karak, tapi 85% cerita berlaku kat hutan.... Scene kat highway karak memang sikit... Cuma part camner dorg bley eksiden and kereta dorang terhumban ke dalam hutan... Cewaahhh...


-Part hantu budak tuh asek tanya "tau x mak mana mak saya?" pun mmg aku seram gak.. Kereta volkswagen kuning pun seram gak.. Cuma hantu wanita tua+ hantu wanita muda tuh mcm ermm biasa... Mmg laa takut tapi suara dorg cm pelik.. Suara wanita tua tuh lain mcm, kdg2 suara Upin Ipin pun ada gak.. And suara hantu wanita muda tuh kadang2 aku dgr mcm suara Fasha Sandha....


-CUMA, aku xdapat nak tangkap ending cerita nie... Mayat Nik+Jack+Ida ada... Reporter bgtau sorang lagi iaitu Zura xdijumpai lagik... PAdahal Zura ada kat area tuh with Tok Malam.. Tapi org ramai xnmpk.. Dorg pun sbnrnya hantu ke? Tu jerr aku xdpt nak faham ending dia... huhuhuh.. Rupanya bukan aku sorg x faham, ramai gak geng2 aku xjelas ending dia.. Kitorg siap buat discussion pasal ending tuh....

ooo Kilafairy! U are sooooooooo sexy!




~~Gosh, she so damn sexy.. I like her! ~~



































































































































































Musim Sakit Mata









- Hari tuh, bermula 6 hingga 17Jun 2011, aku dapat MC.... MC? 16days? Yup, 16 days... Aku kene eyes conjunctivitis... Mmg sgt terus laaa mata aku... Ni gmbr time hari ketiga nie sbb dua2 mata da merah... Tapi belum teruk lagik sebab masuh boleh snap+bukak mata....

~ Actually, baby aku yang 4bulan yang kena dulu... Mebi kena dari rumah pengasuh sbb dorang pun ada yang baru nak sembuh dari sakit mata.... Tapi mata Auji mmg teruk.. Bengkak+lebam mcm kene tumbuk.... Allah SWT ja yang tau perasaaan aku time bawak Auji gi klinik, and tgk doctor paksa bukak mata dia sbb nak cuci... Trasa cm nak nanges gak kat situ... Pasal tu laa aku xsanggup pegang Auji time doctor nak cuci.. Biar Ayah dia ja yang pegang.. Aku berdiri dekat pintu.... Auji nak dua minggu laa baru nampak mata ok...

~ Then terjangkit plak kat Auni... Mata Auni pun sama, bengkak terus tapi x lebam mcm mata Auji... Aku bawak Auni to the same clinic yang Auji pi, Pakar Mata ACS, Kajang..... Pakar bagi dua jenis ubat titik...

-And then, taraaaa, aku plak kene..... Ni 1st time aku sakit mata... Mula2 trasa mata ni berair2 ja.. Then, trasa mcm ada pasir kat bawah mata nie (time aku taip post ni pun aku trasa mata aku mcm bit watery skit)...

-Aku ingat takat merah+watery+berpasir, rupanya makin lama makin teruk... Taik mata usah ckp... Esp bgn dr tidur, mmg melekat abis mata nie... Terpaksa guna kapas lembab lap mata ni bagi bley bukak.... huhuhuu... Paling teruk, x boley tgk cahaya..... So, rumah tuh terpaksalaaa bergelap... KAlau x, aku masuk bilik and tidur sbb sakit mata ni trasa mcm nak tidur ja....

-Aku asingkan diri aku darii Auji sepanjang aku sakit... Takut dia terjangkit balik, naya plak.... Mmg sakit mata ni terukla... Baru aku rasa.. Aku yang da tua ni pun rasa teruk, ni kan plak baby.....

-Aku mula2 gi private ja amik ubat.. But after two days x elok, aku gi Klinik Kesihatan... Doktor tuh kata dia kene refer aku terus gi Pakar Mata Hospital Putrajaya sebab mata aku mcm ada selaput, tu yg titik ubat pun xkan ada kesan... So,dari Klinik Kesihatan Presint 9 tuh, mizi direct bawak aku gi Hospital Putrajaya....

-Pakar mata tuh check, dia kata xda selaput and x bawak bersihkan... But mata aku da agak teruk and nak kene radang mata (aku sendiri pun x tau radang mata tuh cmner).... Aku ni ckp "ooooo" ja... So doctor tuh smbg balik mc kat aku selama 10hari.... Mak ai, lamanya....

-After 2hari titik ubat Hospital xjalan gak, aku gi terus ke tmpt pakar mata Auji auni dulu... Dia check, dia kata anak mata aku pun da teruk skit... Dia bagi 3jenis ubat titik.... Dalam 2hari pertama guna ubat mata tuh, mmg agak terus... Pas titik, tidur... PAs titik, tidur... Masuk hari ketiga, da boleh bukak skit mata, tp cahaya mmg xbley nak tgk lagik... KAlau x, pakailaa spek itam dalam umah....

-So, dua minggu++ gak laaa mata aku fully recovered... Itu pun 20 Jun dan 21 Jun aku masuk opis, mata aku kadang2 mcm berair, rupanya ntah tiba2 ada taik mata.... Terpaksa standby tisu kat tangan all the time.....

-Now, mata aku da ok.... Cuma sometimes trasa kering.... And kabur skit... Doktor sendiri kata, jangan pakai lens utk tempoh sebulan selepas sembuh.... So, aku sambung laa pakai lens awal Ogos nanti.... Skrg ni aku pakai spek ja dulu....

-Ok.. Ni jaaa cerita aku pasal sakit mata.... Kalau kamu mcm xpercaya ka apa, kamu doalaaa dpt sakit mata and rasa sendiri 'kenikmatan'nya.... Just kalau ada antara kamu mmg da terkene jangkitan mata nie, TOLONGLAH JANGAN DEKAT2 dengan budak@baby.... Kalau dorg kene, mmg sgt kesian...

Bye....!

My minuman skrg nie......























Memperkenalkan minuman yang skrg aku minum... "Kembalikan Keremajaan Wanita"... Kembali ke? hik hik hik... Aku mana laa minum coffee+nescafe... Xsuka kafein2 ni... But for dis product, aku can accept the taste... Lagipun, sejak bersalin kedua, aku kerap cepat letey... Nak jaga Auni Auji pun xlarat.....

-Once again, aku minum benda ni, Cocoa Collagen Power Plus, tp bukan sekali minum laa, aku amalkan tetiap hari, Alhamdulillah gak aku xbrape penat.. Siap balik kerja boleh kemas+masak lagik.....

-Benda ni bukan takat nambahkan tenaga, tapi jugak untuk 'dalaman' wanita tuh... Cuma aku minum mmg fokus nak tenaga jerr laa... yang lain-lain tuh, BONUS.... ahahahah.. So, skrg aku da spare 1 kotak kat opis, and dua kotak kat rumah.... Setiap pagi aku amalkna minum 1 sachet....

-And 1 lagik tuh ermmm nama dia pelik sket, Stoo Tey Cafe... Tapi utk lelaki.... Kak Lin baru ja 1st time pasarkan product ni kat page dia... So, aku da order and selasa depan kot baru sampai ke tgn aku.... Aku beli utk Mizi sbb mcm aku dulu, dia ni skrg kerap sgt ngadu badan letih, bahu lenguh, slalu sakit kepala, and suka sgt tidur.. kerap menguap..... So, aku nak try bagi dia Stoo Tey nie, hopefully, dia oklaaa pasnie... Dia tuh kurang sgt vitamin... Asek minum nescafe O, better aku bagi dia minum cafe nie... Rasa kopi skit2 and ada gak khasiat...

-Ntahla... Aku ni bukan sgt suka nak bgtau apa2 benda yang aku minum, makan, pakai ... Yelah, sbb benda biasa jerr... Tapi kali ni, aku percaya sgt sbb aku sendiri yang jadik bahan testimoni.... Aku cuba, aku rasa sendiri... Bila mmg ok, aku stick with these products...

-Semalam aku da siap mssg Kak Lin order Stoo Tey Cafe, sabun dara and sabun Nat99 versi baru, sbb ditambah skit dengan madu.... See ive told u, once i trust with the product, i will stick with it...

-Aku x kisahlaaa bukan SKII , Clinique... Sbb dulu pun pernah pakai Clinique, tp sama gak.... Ni harap2 Kak Lin dapat jumpa plak product utk rambut sbb rambut2 org Indonesia kat lawa+itam+lebat....

-Wori gak gugur sbb slalu dgr org selepas 4-5bulan bersalin, rambut akan gugur dgn kronik.. huhuhu.. Rambut aku dahlaa mmg semulajadi nipis, kalau gugur, terpaksa cukur botak terus....-Aku stop dulu kat sini... Nak sambung buat kerja balik.... Ehehehe.. Tata!

Natural 99...

- Eh, bukan nak promote ke ape.... Saja nak share cerita ni sbb aku blank nak update cerita ape... Lately xda laa cerita yang menarik selain sibuk dengan updating file for ISO next week...
-Ha, kalau dulu aku slalu guna pencuci muka J&J laaa, oil of olan la, garnier, safi.. sebut ja apa... tapi Muka tang tuh jugak... Time pegnen, muka makin teruk.... Bintik2 itam, muka nmpk pelik ja aku tgk.... kalau bgn tidur pun, mashaAllah, muka ni boleh jadik kuali goreng telur.. Minyak abessss...

-Time aku pegnen tuh, aku slalu lawat FB Hospital Bersalin... Kat situ slalu ada iklna jual brg, and aku belilaaaa 1 item that is bengkung zip....Pas bersalin konon2 nak pakai.... Then, da lepas bersalin and tgh pantang, tuh yang aku realized muka aku ni teruk sgt... Kotor... Org yang jual bengkung zip tuh kebetulan dia add aku ke page dia, "Natural 99, Bengkung Moden, GDC dan Cocoa Collagen"..... AKu pun baca komen2 kat page tuh...
-Baca punya baca, aku noticed ramai yang puji produk Natural99 tuh... Aku nak gak amik masa seminggu pikir nak try ke x.. Sebab yelah, barang dari Indonesia, was-was gak... Kang x pasal2 muka aku jadik makin teruk... But then, aku beli gak.....

-Natural 99 ni datang dalam 3 jenis... Sabun, krim siang and krim malam.... Minggu pertama dalam hari ketiga cmtuh, muka trasa pedih skit... So, aku dinasihatkan stop krim malam tuh kejap... Stop 3 hari, aku smbg balik... X pedih lagik da... Muka ada menggelupas skit, tp bukan ketara pun... Then, sepanjang aku pakai dalam bulan pertama tu gaklaa aku xpakai langsung bedak@mekap@blusher@even gincu.... Sapu krim ja kat muka....

-Makin lama aku noticed bintik2 muka aku makin ilang... Kulit pun trasa halus.... Ibu aku pun da start puji, muka aku mmg nampak bersih sgt2.... Bila aku tgk muka sendiri, mcm biasa jer... Tapi bukan takat Ibu, pembantu akak aku, Ustazah yg ajar grup ngaji Ibu aku kat Sabah and few person pun puji kulit muka aku da cantek+bersih sket.. Wah, kembang aku....

-So, aku continue laaa produk tuh... Aku beli dari org yang sama jerr.. Sebab produk ni mmg sgt popular kat Indonesia, tp mcm biasa, bila da popular, mula laaa ada org lain yang nak tiru.... Tiruan mmg sama jer dr segi packaging + nama.. Tapi bau+kaler mmg boleh beza.... Harga yang aku beli ni 1 set Rm60.... Kalau tiruan, siap ada toner lagik, boley dapat RM20.... Ramai yg aku baca mmg mula2 tuh try pakai tiruan sbb konon ada toner tapi harga takat rm20 ja... Then kat pasar Sandakan ni pun Ibu aku jumpa yang tiruan, 1 botol Rm5-RM9 ja.. Ramai yang pakai, mmg muka rosak... MErah, merah mcm terbakar... Aku guna yg ori ni Alhamdulillah mmg xda ape2....

-So, thats why aku terus stick dengan product2 yang Kak Lin (penjual Nat99) jual... Semua based on herbs and no chemical... Aku yang selama ni suka beli barang2 peribadi yang konon2 komersil and siar kat tv, tp pakai sama jer...

-Pasni aku nanti pos plak pasal produk lain yang akak tuh jual.. Again, aku bukan nak promote, tapi aku just nak share jerr sbb aku da rasa perubahan+perbezaan after pakai product2 yang dibuat daripada herbs nie...

-Stop here for now... Til meet u again, tata!

Thursday, June 30, 2011

30 Jun 2011

-Assalamualaikum semua... Dan kabare? Asyik2 post pasal benda2 bukan diri sendiri jer... So, today tetibe terasa nak taip laaa plak pasal perkembangan aku sekarang nie...

-Dalam tempoh sebulan lagi, genaplah perkahwinan aku 3 tahun.... 3 tahun da ada dua orang anak... Sorang 16bulan, dan sorang lagi 4bulan.... Memang dorang beza genap setahun 3 hari ja...

-Kalo nak tanya penat ke x jaga dua anak yang rapat nie, memang laa penat... Aku mengaku kadang2 kaki ni trasa mcm nak tercabut.. Bila Auni tidur, Auji bangun... Bila Auji tidur, Auni plak yang bangun... Pastu paling wat aku pening bila Auji dok syok tidur, Auni boleh gi masuk bilik jenguk adik dia and ketuk2 tilam.. Apalagi, mmg terbangunlaa baby Auji... Memang xkan cukup tidur... Tapi, bertahan jerlaa sbb keadaan ni bukan selama2nya.... 2-3tahun jer... hik hik hik....

-Seronok tgk Auni and Auji membesar... Dulu Auni mcm Auji.. Kecik ja.. Yg tau menangis tidur.. Skrg da pandai memanjat sofa... The latest, dia tgh try2 nak melompat plak... Budak tuh hyper sungguh! Auji plak da reti gelak and borak...

-Dulu aku ingat lagik, dia sek nangis... Esp bila masuk semula rumah putrajaya selepas 3bulan.. Meraung nonstop... Panik gak aku.. Then, pi Darus Syifa' mintak air bacaan surah untuk gangguan... So, tiga hari berturut2 mandikan Auji guna air tuh ketika waktu Asar,,, Then, selepas azan maghrib, Mizi renjiskan air tuh kat keliling rumah... Alhamdulillah, da pulih da semua... Auji da x nangis lagik..

-Yelah, tinggalkan umah tuh kosong terlala lama.. Mizi pun sebulan xda kat rumah.... Mmglaaaa kot ada 'benda' masuk rumah tuh...

-So, aku stop kat sini dulu.... Nak smbu wat kerja nie.... Nak siapkan dokumen2 utk ISO.... MAklumlah, baru masuk opis lepas pantang... Banyak benda x dikemaskini.... Ok, chiow!

Thursday, June 23, 2011

Cik Bibiran

-Ooo, Jabatan Penerangan Malaysia ada create 1 portal, Rakan 1Klik... Macam2 topik ada kat situ... Pasal kesihatan, anak, ICT, agama, MC, nasihat, motivasi, general, etc....
-Aku plak topik apa lagi, topik Sabah laa... Sudah Sabahan, kena lah cakap pasal Sabah. Nick aku kat situ Cik Bibiran... Ahahahaha. Bah, kamu kalau rajin, pi laaa tgk portal tuh ya... Kalau sudi, bagi komen skali....



*** http://rakan1klik.blogspot.com/

Bila Bertudung namun realitinya Bertelanjang...

























































Meninggal tersedak susu

ni la contoh mak bapak @ pengasuh yang xda otak.. Selamba dek jerr taruk botol atas bantal... Ni laa antara sebab bayi mati tersedak.. (bukan anak aku tau.. ni aku upload)


-Add ImageLately, aku jadi takut bila terlampau banyak berita pasal bayi meninggal tersedak susu. Yang paling banyak, kes di rumah pengasuh.. Tu x masuk isu dera lagi... Aisy, macam2...


-Sebenarnya, jangan kata pengasuh, kadang2 ada ibu bapa sendiri yang MALAS nak pegang botol susu time nyusukan bayi... Ada yang sanggup taruk bantal atau barang lain untuk menyokong botol tuh dan tinggalkan bayi sendiri2... Memang mana boleh buat cmtuh..... Bila da meninggal, baru laaa nak teresak2 nyesal ape....

-Sebenarnya ketika nyusu, kepala baby mesti lebih tinggi dari paras dada dan perut baby..... Then, pastikan jugak lubang puting susu tidak terlalu besar bagi elak angin masuk dalam perut baby.

-Dan walaupun penat@ ngantuk sekalipun, tolonglah DUKUNG baby ketika menyusukan... Bila dia tersedak@batuk, berhentikan kejap penyusuan, da tepuk2 belakang baby tuh perlahan2.... Bila da abis nyusu, makesure sendakan samapi BUUURRRRPPPPPPPPP.... ha baru betul.....

-Ambil laa langkah berhati2 sejak baby dilahirkan.. Jangan bila da something yang buruk berlaku, baru nak nyesal x sudah... Nangis air mata darah pun da x guna.....

Maharaja Lawak 2011

-Hmmm, agak-agak sapa yang akan jadik juara Maharaja Lawak 2011? Sepah? Jozan? Nabil? atau Jambu?

-Kalau tanya pendapat aku, aku xkisah samaada Sepah atau Jozan.... Nabil aku mmg xsuka dia dari dulu lagik... Lawak dia pun aku x brapa berkenan.... Jambu, ermm lawak diorg ada certain2 time mmg lawak gila, and ada certain2 time x menjadi... So, Jambu pun out....
-Sepah ni bagi aku gabungan dorg bertiga mmg menjadi... Jep, Mamat and laki si Siti Sarah tuh, Shuib mmg ngam.....
-Cuma dulu aku perasan time Raja Lawak, si Mamat lebih byk bercakap and Shuib skit ja watak dia... But in dis Maharaja LAwak, Mamat plak wataknya x byk, and Shuib plak makin galak.... OMG!! OMG!! Mcm Dafi x? Ahahahaha, memang lawak... And si Jep ni yang paling lawak aku rasa. Spontan ja kalau dia berlawak...
-And as for Jozan, gabungan Zizan and Johan xbley nak pertikai lagikla... Kalau bab2 spontan nie, dorang nombor 1.... Paling x lupa lawak dorang yang pasal TV besar channel astro+lawak dgn hampagas&kerusi mudah alih tuh.... Dulu aku x brapa minat si Johan sebab aku tgk cam over jer, but in Maharaja Lawak, memang Johan superb! But Zizan tetap di hati.. Ahahahaha...
-Cuma 1 jer aku rasa buat spoil Maharaja Lawak ni ialah pengacara, si AC Mizal tuh.... Huhuhuhu, secara jujur, X SESUAI!!!!! Paling benci bila tengok dia pun mencelah masuk berlakon bila masa da tamat... Then yg dia tau "beri tepukan kepada Jambu!".. "Beri tepukan kepada Jozan".. "Beri tepukan kepada Sepah".. Beri tepukan kepada "Nabil".. Itu ja laaa dia tau sebut.... Xda idea....
-Well, hopefully title Maharaja Lawak jatuh ke tangan Sepah atau Jozan..... Yeah Yeah...

Cakes, anyone???






-Heheheh, ni post aku ni saja sebab aku suka design kek2 orang ni... Ni pun di'introduced' by my friend, Sarra... Beria2 Sarra cakap,"Jang, Azza, better korang tgk blog kawan aku ni.. Dia buat cake.. Memang lawa sgt"... (bukan atas dasar prmosi yek.. Aku xda share pun dengan pembuat cake ni)

-First aku ingat ala, cake gitu-gitu laa.. Skali tgk, mmg terpegun hasil kerja Pearl ni...

-Sekarang ni pun aku dok pening nak pikir design kek camner aku nak untuk birthday Auni and Auji next year.. Nasib boley sambut serentak... Sorang 11 Feb, and sorang lagik 14 Feb.... No need buat party 2x setahun... hik hik hik.....

-Konon nak amik theme Angry Birds, but aku pun nak theme Zoo gak.. But nafsu pun teringat2 baik theme Baby.... Kadang2 teringat2 Princess2 Disney tuh.... Adoi, sakit kepala pikir benda ni.. LEbih sakit dari buat kerja... Ahahahahaha....

-Kalau Nak tgk more pics of cake buatan Pearl, just taip Pearl Cake Couture kat Facebook atau click kat bawah ni,

**http://pearlcakesevents.blogspot.com/

Wednesday, June 22, 2011

Untuk pasaran antarabangsa? Oooo, please....

Baru-baru ni industri seni kecoh kejap bila pelakon Gambit Saifullah mengarahkan 1 video klip nyanyian Prema Yin, Marilah Menari.... VK tuh dikatakan mengandungi unsur2 18sx yang mmg x sesuai untuk tontonan masyarakat kita yang penuh sopan santun apatah lagi dikalangan kanak2... Shame-shame...
Aku da tengok VK... Kalau org yg kononnya pikiran dorg terbuka, they will say VK ni xda ape2 pun yg lucah... Xda kissing2, xda raba2, xda adegan s*x... But part si pompuan menari2 mcm org gila depan fridge, part si pompuan dok atas lelaki, mmg xelok langsung ditonton...

Gambit bila dihentam media+bloggers, dia dgn egonya maki dorg and kata VK ni bukan utk pasaran tempatan... Its for international... Huh? International? Please laa... Aku xkenal pun si Prema Yin tuh sape... Lagu pun xbest... And ermm muka pun aku rasa lawa lagik bini keempat Salleh Yakob tuh..... Adoi, penin kepala aku....

And part paling x sedap ditonton, pelakon lelaki tuh Shah Jaszle, muslim...... Gambit ni sengaja nak tunjuk ke kat International tuh kononnya Malaysia ni da mcm budaya barat? Kalau nak sgt barat tuh, hijrah laaa ke USA... Jgn nak cemarkan nama Malaysia nie......

Seksi ke nyah? Noooooooo.... ! Ugly. Ugly...









Malaysia ni sangat panas ke sampai x mampu nak tutup kulit tuh?

Yang artis tua x sedar diri.. Makin tua, makin nak singkat skirt tuh... Yang artis masih budak hingusan, da pandai bukak atas, bukak bawah..... Padahal xkenal pun drama@filem lakonan dorang.. Sorrylaaa.. Aku ni kenal Fazura jer.....

Gambar seksa cmnie, bila da tersebar kat internet, pandai pulak nak ngamuk, nyaman...... Diri sendiri klau pandai jaga diri, xda laa jadik bahan gelak orang...