Blogger Templates

Followers

Monday, August 6, 2012

Sumbangan ke Anak Yatim

-Ni kita dah berpuasa selama 16hari dah... Xsedar setengah bulan lagi sebelum kita sambut raya.  Dan aku tetibe tahun ni entah kenapa terdetik nak sumbangkan sesuatu kepada rumah anak2 yatim.  Mungkin sebab aku dah ada anak2, dan merasakan anak2 yatim ni juga berhak untuk bersuka ria ketika menjelangnya Syawal...
-Noooo, Noooo, im not trying to show that im nice here.... Aku dah 30 tahun.... Seperti yang aku katakan sebelum ni, aku x tahu kalau2 tahun ni Ramadhan yang terakhir untuk aku, dan ini sumbangan terakhir dari aku di atas muka bumi ini....


Teringin nak bagi beras gak.... 
 -Alhamdulillah aku post kat FB sesapa yg nak join.. So far ada 4orang ( x termasuk aku) yang bercadang untuk ikut serta sumbangkan benda..
Anak2 yatim pun berhak mengenal erti kegembiraan...
 -Rumah anak yatim pilihan? Aku pilih yang dekat ja dengan Putrajaya sebab 1 nak hangkut barang, and 2nd aku nak gi time lunch hour... So kalau jauh2 takut balik lewat.... Calon pilihan ialah...................................................................

Rumah Amal Baitus Sakinah Wal Mahabbah.. Rumah ni terletak kat Kota Warisan, Serdang... Mizi kata x tahu tapi aku yakin dia boleh cari...

-Mula2 aku ingat nak ajak Auni Auji gi sama, tapi pergi lunch hour, takut plak rush sana-sini disamping kang nak berhangkut segala diaper susu... ehehehe.. Biarlah dorang lepak kat taska ja.... eheheheh
Bila kita gembira, tahukah ramai manusia yang sedang berduka?
-Wokeh... Doakan semoga niat murni ni akan terlaksana....
-To Yuni, Yana, Puan Efa, Fazlin, thank you.. Paling lewat Selasa depan (14 Ogos 2012) ok... Semoga Allah SWT lindungi dan berkati hidup anda sekalian.. Amin...

Wednesday, August 1, 2012

4 years as MRS MIZI

-Tup tup, dah 4 tahun aku jadi PUAN.... X sedar cepat betul masa berjalan.... 
Nikah 1 Ogos 2008....  
Selepas 4 tahun, ni laaaa hasil perkahwinan kami... Auni and Auji...


HAPPY 4TH ANNIVERSARY, SAYANG!!!!!!!

Me and Radiusite

-Posing dengan tudung Radiusite... Sorrylaaa gambar teruk sikit sbb terpaksa curi2 snap sendiri kat depan PC opis....
***ume, ok x????

4th Anniversary

-1 Ogos 2012 genap perkahwinan aku ke-4 tahun dengan Mizi.  Dalam 4 tahun, aku dah dikurniakan dua anak perempuan yang sangat comel, Auni dan Auji....
-Even 4 tahun, kira ada jugakla bertengkar bermasam muka.  Biasalah rumahtangga mana yang x dilanda badai? Banyak benda yang masih kami perlu belajar untuk pastikan masjid yang dibina ni kukuh dan kekal lama....
-Apa pun, tahun ni, kami sambut awal di Hotel Prince sebab kazen aku, Marina bermurah hati bagi kupon prince plantinum dapat stay kat sana 1 malam for free... Sebab expired date Ogos, aku kena guna gak 28 Julai 2012... And kami check-out Isnin (terpaksa laaa cuti)...
-Seronok gak even abis barang2 hotel tunggang langgang pasal AA.... Aku siap g berurut untuk 1jam 30minit kat Sompoton Spa... Perrghhh, layan diri sorg2 jap kat spa without AA, kira heaven gak..... ahahaha....

Cake for our anniversary.....

Xda candle, but Auni beria2 tiup kek tu....

Guna flash baru nampak jelas the kaler inside the cake... Maklumla... Hotel kan samar2....

TomYamKung for us untuk berbuka posa.... Perggghhhh.... RM42 tu!!!!

Mintak maaf... Ada tangan budak sibuk nak amik nasik...

Nugget and fries for AA... RM36 kot.... 

Ni gelagat AA kat hotel.. Kuar masuk almari.... Abis safety box tuh dorang tekan2.....

Radiusite

-Aku x tau sejak bila fenomena Radiusite ni bermula tapi aku pasti aku baru kenal jenama ni dalam tempoh kurang dua bulan bila tengok ramai kawan2 aku kat FB asik LIKE page ni.
-Bila tengok tudung2 yang ada, hmm , mmg lawa... Bila bukak blog dia, semua asek SOLD OUT... Adei, kempunan aku nak beli and merasa 1.
-Then, bila dia upload gmbr baru tudung jenis ermm shawl yg kaler2, aku terus fill the form, tunggu emel, bayar, screen capture, emel, and tara, the items aku punya!
-Tapi x puas hati... Aku still nak jenguk butik dia kat Shah ALam... So, 28 Julai 2012 (Sabtu) aku ajak Mizi and AA gi Shah Alam... Butik Radiusite terletak kat Seksyen 7, dekat dgn Jakel...Sekali g, wah, mmg kat situ semua kawasan heaven tudung.. Memang boleh kopak duit kalau gi slalu....
-Kat butik tuh kecik ja, tapi ramainya manusia kat dalam tuh.... Aku amik ja apa yg aku berkenan terus bayar....
-Then, aku singgah plak kat Sugarscarf, aku sempat cekau 2 shawls... 1 for me, and 1 for my sis.... Dia  rumah dah kira dekat dengan shah alam, tapi susah sgt nak berjalan... ehehehe....
-ok, malas nak taip... aku insert few foto ...


Nampak x signboard Radiusite???

Sugarscarf..

Tudung aku borong... Dah ni jer yg aku berkenan kat sana...

Grey tuh for my sis.... Dia suka kaler2 cmnie...  ;-)

Tuesday, July 31, 2012

Hukum Berkaraoke

Aku bukan baik sgt.. Tapi just nak share ja la benda nie sebagai pengetahuan kita bersama....


Hukumya HARAM kalau ada bukan mahram yg dengar suara kita nyanyi.....  ;-)

Kenapa LIKE fb?


aku copy and paste ja ya....

Antara 10 Perkara Yang Menyebabkan Orang ‘LIKE’ Sesuatu Post Di Facebook ialah:-

1. Selalu muncul dalam news feed seseorang, takde keje nak buat..like jelah..( ramai yang camni )


2. Post tu mengandungi banyak info2 berguna terutamanya tentang pelajaran, hal2 rumahtangga dan hal2 agama..


3. Orang yang post tue lawa @ hensem and dah lama dok stalk dia senyap2.. secret admire la katakann..


4. Like secara rambang ja.. kalau orang tu tulis benda2 menarik like la.. tak pilih kasih OK..


5. Tertarik dengan post tue tentang ayat2 puitis dan ayat2 cinta ( ramai yang kata ayat jiwang, still tak faham.. )


6. Suka like status kawan baik sendiri.. motiff,, so dia pon boleh la LIKE status dia sekali..(lepastu gaduh wall to wall dekat FB)


7. Sebab merasakan apa yang dikatakan dalam POST someone to betul!! dan kita pon tergerak nak tulis macam apa yang dia tulis, tapi dia dah tulis dulu..


8. Selalu LIKE post orang2 yang berpengaruh .. dalam erti kata lain hotstuff… bila ramai yang LIKE, kita pon teringin nak LIKE..


9. Yang ni memang dah takda keja sangat.. DIA BUKAK TIMELINE sorang tu, then dia LIKE ja tak kira gambar, status, komen, semua dia nak LIKE.. *syokla tu menambahkan notifications orang..bila tgok noti , FUYYOHH 159… tapi last2 108 dari like2 sorang tue..


10. Bila dah lama updates STATUS, dia tgok orang tak like, then dia pon LIKE post dia sendiri…hahaha….oppsss!! :P


aku? ermm 2,4 7 kot....

DO n DONTS in FB



Laman sosial memainkan peranan penting dalam kehidupan anak muda masa kini. Namun, setiap di antara kita harus berwaspada terutama apabila kita berkongsi maklumat kepada umum menerusi apa-apa sahaja laman sosial. Facebook sebagai contoh semakin pesat menjadi satu alat yang digunakan oleh majikan, ‘stalkers’ dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mencari butiran mengenai seseorang. Penggodam juga mencari maklumat melalui perkongsian peribadi sebagai jalan mudah untuk mereka melakukan sendikit penipuan identiti.

Kali ini kita ingin berkongsi beberapa tips yang boleh diaplikasikan menerusi Facebook anda.



1. Tarikh lahir anda.

Mendedahkan tarikh lahir sebenar anda adalah sangat berisiko tinggi apabila institusi kewangan memerlukan maklumat tersebut untuk kad kredit dan penyata bank. Malah, ia turut mendekatkan anda kepada kecurian identiti.


2. Nama ibu anda.

Anda perlu ingat bahawa banyak laman web yang menggunakan nama ibu sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan dan maklumat peribadi mengenai anda menerusi dalam talian.


3. Alamat rumah anda.

Tidak perlu rasanya paparkan alamat kediaman anda kepada umum kerana penjenayah kini semakin licik mencari rumah yang kosong menerusi dalam talian apabila anda ‘update’- “Yeay, di Pulau Langkawi, cuti-cuti Malaysia.”


4. Perjalanan jauh dari rumah.

Status yang memberitahu ketiadaan anda dirumah dalam sesuatu tempoh yang panjang tidaklah menarik perhatian jiran untuk memantau rumah anda, sebaliknya menarik perhatian ‘orang lain’.


5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat.

Jika anda ‘check-in’ sama ada di gimnasium atau di pusat membeli-belah turut memberikan potensi kepada pencuri untuk memecah masuk ke rumah anda.


6. Gambar yang tidak sesuai.

Zaman teknologi tinggi kini membolehkan sesiapa sahaja untuk memuat turun, berkongsi malah menjadikan ia sebagai bahan ‘pemuas nafsu’.



7. Pengakuan atau kekecewaan.

Ramai yang suka menyatakan perasaan marah atau benci terhadap seseorang, terutama apabila melibatkan majikan dan pekerja. Jangan ‘maki’ majikan anda jika mempunyai masalah di pejabat kerana ada mata yang memerhati dan mulut yang melaporkan.


8. Nombor telefon.

Memaparkan nombor telefon menerusi laman sosial adalah tidak wajar kerana anda berpotensi untuk menerima panggilan dari jurujual (telemarketers), ‘stalkers’ dan rakan kepada rakan anda.


9. Mengira detik percutian anda.

Lebih baik anda memberitahu rakan-rakan anda berkenaan percutian selepas pulang dari bercuti daripada anda berkongsi perkiraan detik percutian sebelum pergi bercuti.



10. Gambar di dalam rumah.

Anda mempunyai televisyen LCD yang baru? Rumah di lengkapi dengan barang-barang berharga? Suami baru membelikan pasu emas dari Dubai? Semua itu akan membuatkan si ‘cemburu’ akan bertambah cemburu dan peluang untuk si pencuri menceroboh rumah anda sangatlah tinggi. Penulis hanya ingin berkongsi maklumat tersebut berdasarkan pengalaman serta pemerhatian penulis terhadap beberapa situasi yang pernah berlaku. 

Wednesday, July 25, 2012

Sakit Kepala

- Hari ni 25 Julai 2012, hari ke-5 kita berpuasa....  Dan hari ni jugak entah kepada aku sakit kepala yang amat menjijikkan.. Aku kata menjijikkan sebab diikuti dengan rasa nak muntah.....

-Nop, nop... Im not pregnant, ok..... Baru ja check juga tadi, its 1line... -ve... Alhamdulillah.... Aku rasa its about my low blood pressure la....  Sebab benda ni kadang2 datang serang aku bila2 masa ja 'dia' suka.....

 -Atau maybe jugak pasal sejak posa ni aku x amik nasik? Yes, sejak sabtu tuh sampai bersahur pagi tadi aku x pernah sentuh nasi... Tersuap nasik pun sikit ja sebab nak suapkan AA....

-Kalau berbuka puasa tuh aku prefer amik sup atau agar2 atau puding karamel atau char kue tiaw atau tapung pelita...... Nasi semua jenis nasi memang aku tolak tepi....

-And sahur plak aku prefer makan saki-baki makanan berbuka yang x habis... Aku masak nasik and lauk tapi itu hanya untuk mizi ja.... Dia kena makan nasik even berlaukkan telur....  And aku plak makanla apa2 yg ada, sbb malas nak masuk fridge smpi penuh, then tunggu smpi berkulat... errkkkkk....
-Harap2 aku pening ni biasa punya peninglaaa.... Dari pagi tadi sampai skrg masih lagi pening....  Nak lelap takut plak nanti org salah anggap....  So, kena tahan ja laaaa sampai jam 4.30ptg.... huhuhuh...

Puasa...







Tuesday, July 24, 2012

Cara Dapat Pahala

Sharing is Caring...

Ramadhan : Kuih Raya

-Belum sampai seminggu pun puasa, dah beria-ia post pasal kuih raya.... Xdalah.. Semalam aku share pasal makanan peberet aku time bukak posa nie... So, today aku nak share plak kuih2 peberet aku time raya.....

Snow Almond.... Baru ja berjinak2 dengan biskut ni sejak 2-3tahun lepas.... Tahun lepas la aku tau benda alah ni namanya Snow Almond..... Tahun ni, aku dah siap order 6 balang snow almnod from Yanoor.... 1 balang dah selamat masuk dalam perut aku... Hehehehe...

Kuih makmur.... Tapi aku hanya akan makan makmur yang Ibu aku wat.... Sebabnya makmur buatan Ibu aku sangat sedap dan sungguh lazat...... The one and only...

Tart Nenas....  Tart paling sedap pernah aku rasa tart yang aku dapat free time Wahida Asrani aka Wawy bawa aku ke majlis bukak posa Sinar FM..... Time tuh sinar fm bagi tart nenas sbg goodies to all the medias (aku ikut wawa yg time tuh kerja reporter, so aku pun consider as media skali jugaklaa)....

Cornflakes madu....  Buat sendiri lagi sedap.... Cuma sebab melekit2 pasal madu tuh, tuh yg aku prefer beli....

Almond london....  Pun aku prefer kalau Ibu aku yang wat.... Tapi aku xkan sekali2 makan kacang almond tuh.. Aku hanya akan kunyah biskut sahaja.... Kacang aku buang.....




last but not least......................


Hehehe.. Saja taruk sebab 'terpegun' dengan design biskut nie.... Mana tau kot2 korang nak ubah citarasa biskut korg jadi cmnie ke, kan? 

Monday, July 23, 2012

Ramadhan: Makanan Peberet

-Waduh, hari ni dah masuk hari ke-3 kita berpuasa.   And hari ke-3 ni aku dan suami lewat bangun.  Akibatnya, kami x sempat nak bersahur... Huhuhu, sorry Ayah....  Ibu serius x dengar bunyi alarm...
-Kerana perut aku agak kronik menahan lapar hari ni, meh aku nak share makanan-makanan yang aku suka beli ketika bulan Ramadhan nie....

char kuey tiaw... sedapnya!!!!

sebab bila aku buat benda ni asek jadik x lawa aka hancur, so aku suka beli ja... eps time ramadhan ni berlambak dijual di bazaar ramadhan... ehehehe

air asam boi.... mmg peberet aku dan mizi.... xpernah nak tukar air lain....


nasik  kerabu.... bila trasa nak makan yg berat, our choice will be nasik  smurfs nie...
tepung pelita..... nyam nyam.. baru semalam beli 5bijik harga rm2....

-And then, kalau Mizi plak, dia sangat sukakan ............................................

meraung mizi kalau nmpk gmbr nie..... tahun lepas nasib ja x kena darah tinggi sbb mo hari2 dia beli kerang bakar....


Dan satu lagi, kat mana boleh beli air KATIRA ek????? Last year ada 1 gerai kat bazaar presint 2 jual air katira nie... Tapi dua hari lepas kitorg round x jumpa pun..... huhuhu

air katira.....  tapi susah benar nak jumpa benda alah nie...


Saturday, July 21, 2012

Extremely Pissed off.....

Lately kalau korang baca status aku, mungkin ada berbaur kemarahan sikit.... YES, memang dlm minggu ni aku punya emosi terganggu sikit dek penangan buletin aku yg silap Dikota tertaip as dikata..... Ditambah plak dengan isu2 keliling yg aku dgr and timbul, menambahkan kemarahan aku smpi menggelegak jiwa aku sehari sebelum posa....Memang betul bulan Ramadhan sangat mulia...Membantu menenangkan diri dan emosi aku... Kenapa aku marah, eh silap.. Actually bukan marah, but sangat marah.... tapi the reason why xdptlah nak bagitau... Kang benda aku cakap A, ada plak yg twist 360 darjah jadi Z.... Cuma yang pasti aku terasa mcm diri aku ni dah matang sikit dr sebelum ni sbb aku dah x 'meroyan'... aku mampu mengekalkan keCOOLan aku even jiwa x tenang sebenarnya... Adeh, dunia dunia... kalau kita x kuat, maka akan hanyutlah kita dgn duniawi yg serba sementara ni... kalau jiwa x kental, maka akan lesaplah segala rasa segan dengan Allah SWT semata2 demi keseronokan yg xkekal ni.... Dunia aku? Dunia aku hanya utk familyku sekarang ni.... Itu pasal aku pernah state kat fesbuk, if anyone try to destroy my family, i will destroy him/her too again and again without doubt......!

Kenapa Ko Posa?

Aku terbaca benda alah ni kat fesbuk,twice..... Baca kali pertama, sentap... kali kedua pun sentap... A: ko posa ke? B: mestilah aku posa. A: kenapa ko posa? B: apa punya bangang la ko ni.... kan ni bulan posa, mestilah wajib posa. A: abis kenapa ko x bertudung? B: ikut suka aku la.... belum sampai seru... A: posa tuh perintah Allah, sama gak dengan menutup aurat.... Kenapa klu posa ko beria2 nak posa sedangkan menutup aurat tuh pun benda wajib yang diperintahkan oleh-Nya... B: (speechless) *** xda niat untuk menyinggung sesapa... sekadar share apa yg aku baca di fesbuk dan berkongsi sesama kita esp di bulan Ramadhan ni....

RAMADHAN 2012

Just nak wish Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan selamat berpuasa... Ingat, puasa bukan takat tahan lapar dahaga.. mulut, mata, tgn lidah semua kena jaga..... buln ramadhan ni buat baik dptlah berganda2 pahalanya, insyaAllah... kalau buat jahat pun berganda2 gak la dosanya, nauzubillah.... Aku nak amik kesempatan kat sini mohon ampun kat semua yg kenal aku samaada sbg ahli kuarga, sbg sahabat, sbg teman seopis, teman sekuliah dulu atau teman biasa2 ja... aku mohon maaf dr ujung rmbut ke ujung kaki... aku ngaku perkataan, cara percakapan aku kasar..... aku kdg2 main lepas ckp.... aku minta maaf... kdg2 mungkin aku bergurau xkena tmpt smpi munkin melukakan hati sesetengah pihak.... dan kalau penah makan sama2, mohon halalkan makan minum aku.... aku bimbang kalau2 ni ramadhan yang terakhir buat aku.... ajal maut x mengenal umur, xmengenal jantina, xmengenal status, xmengenal sapa... bila daun di atas arasy Allah SWT yg tertulis nama kita gugur dari pohon tuh, maka akan sampailah ajal kita dalam masa 40hari, malaikat maut akan mula sentiasa mengikuti kita ke mana kita pergi...... gunakanlah ramadhan ni sebaikn2nya utk beramal ibadat dan melatih diri kita buang yg keruh dan mula mengambil yg jernih... sekiranya masih berpeluang menyambut ramadhan tahun hadapan, Alhamdulillah.... sekiranya tidak, hanya Allah saja yg tau di mana kedudukan kita kat 'sana' kelak... selamat menyambut ramadhan semua!

Sibuk

Sorry kawan2... Lately aku ngaku x update blog aku... Sibuk siapkan kerja yang bukan takat ad-hoc, tapi EXTREMELY AD-HOC yg mana mmg nayakan aku.... Kerja buletin, secara amnya tahun lepas aku siapkan dalam tempoh less than 2months sebab kena kumpul gmbr dan utk edaran hari malaysia. But tahun ni, suddenly dapat arahan kena siapkan dalam masa less than 2 weeks.... Itu termasuklah gambar, artikel2 pendek dan bahan sampingan.... Aku manusia, x lepas dari buat silap.... Apa lagi bila segala proses check dan semak sebelum hantar ke printer dibuat dalam masa less than an hour.... Termasuk add this and that.... Silap aku sbb tersilap taip perkataan... Dikota aku taip dikata.... Pihak atasan mengamuk kerana benda tu. Im sorry, mmg aku ngaku silap aku. But seriously benda kena siap dalam sejam kerana ada buku lain tgh Q belakang aku dan kena print malam tuh jugak. Kalau x, xkan dpt siap pada masa nak guna.... smpi skrg rasa sgt bodoh sbb xcheck betul2... i put my 101% to make dis buletin WOW.. aku kol pelbagai jenis manusia smata2 utk dptkn gmbr yg cantek, unik dan paling penting, TAK PECAH bila dienlargekn saiznya... designer siap tanya kt mana aku dpt gmbr2 tu sbb semua lawa n memudahkn kerja dia... syukur alhamdulillah.... xpela, nasi pun da jd bubur... tp bubur pun sedap gak dimakan,.... biasalah klu benda urgent, mesti ada silap.... klu perfect, tu bkn manusia la kot.... kan???