Blogger Templates

Followers

Monday, June 25, 2012

PAVLOVA

-Ngada2 buat Pavlova... Nama Pavlova pun baru tau, xpenah tgk, xpenah rasa..... Tengok pun takat kat tv ja time Nigella Lawson buat benda ni.. Cam best ja sebb cm senang...
-BUT WARNING, benda ni SAAAAAANGATTTTT MANISSSSSS! so, kurangkan la sukatan gula tuh.... and nak buat topping, ada certain whipped cream ja yg sesuai utk buat topping pavlova ni... aku try, mmg xmenjadi.. abis cair topping aku....


1st time tengok nigella buat benda ni but aku xtau nama benda ni PAVLOVA..
pukul sampai berkilat dan 'bertanduk"

makesure taruk bancuhan atas kertas minyak!!!!!!


dalam oven... suhu 140c selamat 1jam hingga 1jam 15minit...

taraaa!     
Kek Pavlova iaitu sejenis kek meringue yang diperbuat daripada putih telur dan gula halus. Tekstur pavlova ringan dan rangup dibahagian luar.


TIPS BUAT PAVLOVA:
Tips
  • Jangan ada walau sedikit pun kuning telur
  • Jangan ada walau setitis pun air dalam adunan.
  • Jangan guna telur yang dikeluarkan dari peti sejuk kerana walaupun telah sejuk dengan suhu bilik, masih ada wap air
Bahan untuk resepi Pavlova
  • 4 biji putih telur
  • ½ cawan pula kastor
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • ½ sudu besar tepung jagung
Topping / hiasan
  • 1 cawan ( 240 ml ) whipping cream
  • ½ sudu teh esen vanila
  • 1½ sudu besar gula halus ( pilihan )
cara buat (kredit untuk http://www.kujie2.com/resepi/resepi-dan-cara-memasak-pavlova.html



pavlova dari putih telur Pavlova menggunakan bahan utama putih telur dan gula halus yang dipukul .  Mula² pukul dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi ‘soft peak form’.
pavlova putih telur maringue
Kemudian pukul dengan kelajuan tinggi,, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memutar adunan.
Terus putar sehingga adunan menjadi putih berkilat.  Antara tanda adunan telah menjadi marigue ialah apabila diangkat, terdapat hujung yang bertanduk tajam.
Masukkan esen vanila dan di pukul sampai sebati.  Untuk membuktikan adunan betul² menjadi marigue, telangkupkan bekas yang mengandungi adunan di atas kepala.  Kalau tak jatuh, itu tandanya adunna betul² telah menjadi marigue.
Masukkan tepung jagung dan cuka, gaul dengan spatula.  Jangan diketuk-ketuk adunan tersebut.  Biarkan dia naik secara semulajadi.
adunan pavlova marigue Lukis satu bulatan di atas kertas minyak ( parchment paper ) dengan menggunakan tin kek bersaiz 7 inci.  Tuang adunan di atasnya, bentukkan bulat mengikut garisan yang dilukis sebagai panduan.  Pastikan bahagian tepi adunan lebih tinggi dari bahagian tengah.
cara membakar pavlovaMasukkan dalam ketuhar  yang telah dipanaskan dengan suhu 150°C .  Bakar sejam ( 60 minit ) dengan api atas dan bawah.
Tips
  • Jangan ada walau sedikit pun kuning telur
  • Jangan ada walau setitis pun air dalam adunan.
  • Jangan guna telur yang dikeluarkan dari peti sejuk kerana walaupun telah sejuk dengan suhu bilik, masih ada wap air
cara buat topping pavlova
Sementara menunggu , kita buat bahagian topping pavlova.  Putar 240ml atau 1 cawan whipping cream bersama esen vanilla sehingga kembang dan berkilat.  Kami gunakan non diary tanpa gula.  Boleh masukkan gula jika mahu tetapi untuk kesihatan , kurangkan gula.
Topping ini boleh disimpan di dalam bahagian beku , keluarkan apabila mahu menggunakannya.
pavlova strawberry
Bila kek pavlova dah masak,  buka pintu ketukar dan biarkan kek sejuk di dalam ketuhar.
Keluarkan  untuk disapu topping dan hias mengikut citarasa.  Cuba buat carian google untuk mendapatkan idea  menghias.

Nasi Ayam time!!!


-Nyam nyam nyam... Meh makan nasik ayam!!!!
-This time aku hepi gila sebab Auni dan Auji dua2 makan selera... Auni siap kata "telo" , "cop" untuk sup....

Sorilah, Mr Zeb memang suka menyibuk kalau snap dgn makanan nie....
***telur? aku suka taruk telur sbb Ayah aku kat Sabah dulu kalau buat nasi ayam, telur rebus mesti ada..... nyam nyam nyam...

Roti Jala x menjadi

the looks might funny, but taste boleh tahan....

-Ni aku sediakan untuk breakfast hari Ahad ermmm 24 Jun 2012.... Macam biasa, peminat nombor satu aku si Auji.... Siap telan dengan kari... Nasib aku bikin kari ni versi kurang pedas.... 

Penyaram Day

-Aku lately gedik pasal nak makan penyaram.. Bila dah tau camna nak buat, punyalah terkejut sebab cara buat sangat senang.... Aku buat dan buat dan buat.... Aku makan dan makan dan makan..... Diet segala diet aku dah lupa dah.....


-Nak tau x camna nak buat penyaram?  Aku copy and paste from mssg yang aku sent kat kawan2...

sukatan paling senang didunia... ko amik 1 gelas.. xkira apa2 gelas.. itu yg akan jadi sukatan ko.... 1 gelas tepung gandum, 1 gelas tepung beras, 1 gelas gula, 1 gelas air.... ko bancuhkan semua bahan pukul smpi gula betul2 hancur and sebati..... then, ko tapis adunan tuh and simpan 5-6jam.. tmpt biasa ja, xpayah dlm fridge.... pastuh, bila da 5-6jam, ko taruk la skit garam, and 1 teh sudu kicap... ikut gelas ko tau.. jgn tuang byk2 kicap dulu sbb kalau itam kang xlawa... then amik kuali ko yg kecil, tuang minyak xskit x byk.. cukup utk goreng kuih tuh... mengikut petua time buat kuih ni, api xboleh besar xboleh kecik.... kena medium and sekata... bila api da betul2 panas, ko amik 1 sukatan bancuhan tuh and tuang ke tgh2 minyak.... keep tuang minyak dlm kuali  ke atas permukaan kuih.. jgn goyang2kan.... bila ko agak bwh da kuning skit, terbalikkan.... tos and tara sedia dihidang.....
xpaham tanya ja aku.....

Spagheti Carbonara

My 1st attempt buat Spagheti Carbonara.... 
-Adush, bengap sungguh aku... Senang sungguh masak benda alah nie....

Nampak sedap x? Nampak sedap x?

Kalau yang sama bengap cam aku, ni aku share cara buat....:
1.  Rebus spagheti sampai lembut... Tos dan ketepikan...
2.  Cairkan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih yang dah dicincang2.. Masukkan bawang besar yang dihiris2.... Dah wangi, masukkan button mushroom, udang... Tumis lagi sampai udang masak..... 
3.  Masukkan Sos Carbonara (aku guna Prego, duta Chef Riz anak Chef Wan tu), then sebatikan.... Then, masukkan sedikit butter, and sedikit susu segar.. Susu tuh ikut korang... Nak pekat, susu pun sikit lah.... Nak cair, tarukla susu banyak skit.... Then akhir skali, masukkan red pepper and serbuk parsley.....
4.  Tuang sos atas spagheti tadi and kalau nak, tuang skit serbuk parmesan atas tuh.... Dah siap dah untuk dihadam dalam perut!!!!!

Grilled chicken with mashed potato

taraaa.....
-Ni 1st masakan aku time Auji dah nak minum skit2.... Aku tengok resepi dari channel UNIFI... best plak unifi tuh yek, ada channel masak2 siap step by step lagi.....
-So, ni 1st trial aku... grilled chicken dgn kentang putar... bak kata dlm tv tuh, masakan yang remeh tapi sangat sedap...... Auji makan kentang putar dan ayam dengan jayanya.. Alhamdulillah.... But yes, mmg leceh skit nak buat sbb kena bakar dulu potato then masuk kuali utk siapkan jadi mashed potato... But last2 ada bau hangit skit sbb bz angkat kain jemuran.....
-Hiasan ni sorila... sebab perut dah lapar and auji pun da asyik jenguk2 ke dapur, so, xsempat nak buat platting... Auni? Auni masih dalam kesakitan akibat ulser mulut... So dia takat main cucuk2 ayam ja... huhuhuhu...

Cara masak? Alamak, aku x hengat sangat la tapi aku cuba yek...
1.  Masukkan potato dan tuang seikit minyak zaitun, and masukkan dalam oven pada suhu 250c selama 30minit....
2.  Perap dada ayam (potong tengah untuk masukkan inti) dengan garam dan black pepper... Panaskan kuali, dan taruk dada ayam tadi.. Masak hingga tukar kaler.... Ketepikan....Untuk wat inti, skit tomato yang da dicincang halus+kacang tanah yang dah digoreng (tumbuk separa halus), campurkan dengan sos plum.... Masukkan dalam ayam tadi... Bakar ayam pada suhu 250c selama 10-15minit...
3.  10 minit terakhir, masukkan tomato bersama2 kentang2 yang dibakar tadi dan sambung bakar untuk another 10minit.... Bila da settle, panaskan 1 cawan air dalam periuk, dan masukkan tomato+kentang tadi... Lenyek2 sampai hancur.... Then, masukkan fresh milk, garam, pepper, sebatikan.... Dah siap, taruklah ayam dengan mashed potato tadi atas pinggan.... Taraaa,,,,

Dugaan HFMD kali ke-2

-Bulan yang sangat memberi aku cabaran.... Mek meninggal, then balik dari Kelantan, Auji pulak suddenly demam panas, and bila ke klinik An-Nur, sah dia dapat HFMD.... Tapi aku malaslah nak taip dari mana dapat sebab kalau korang tanya, baru aku jawab yek....
-Ni aku main copy and paste ja status aku kat fesbuk...

11jun-20jun: Auji kuarantin...
14jun-23jun: Auni kuarantin..

Sekadar share pengalaman:
1. Badan anak akan panas. Auji mula2 panas 39.2c and Auni 39.1c...
2. Esoknya biasanya anak mula xnak minum, xnak mkn, merengek skit.. Tapak tgn dan kaki akan ada bintik2 merah, tp xsama cm bintik denggi. Ulcer dlm mulut semakin bertambah kat lelangit, lidah, gusi..
3. Aku mandikan selalu AA xkira waktu. asal panas ja, mandikan dlm besen. taruk toys supaya dorg kusyuk smpi lupa yg dorg tgh berendam and pakai bj yg lubang2 but kdg2 just pakai diaper ja.
4. selang 4-5jam, bg ubat demam. selain tu, aku selangkan gak dgn chinese herbs. ulcer dorg aku sapu ubat ulcer dr hospital and juga sapu chinese herbs (ala powder)...
5.time ni psl dorg gerenti xnak mkn, xnk minum, aku guna syringe paksa minum air, minum sup, minum susu as long cecair masuk dlm bdn dorg.
6. kena thnkan ati sbb dorg merengek teruk dlm 4-5hari. air liur sentiasa kuar and ni yg kena berhati2 supaya xkena kat budak lain. sentiasa tukar sapu tgn, and tukar cadar etc, cuci guna dettol.. segala pencuci tgn, baju, lantai, spray semua aku tukar ke dettol.. hari2 mop lantai and hari2 basuh pakaian...
7. tiap mlm akan kerap terjaga dan menangis. tidur kejap akan terjaga.. and anak yg da reti ckp cm Auni suddenly xnak ckp.. semua main isyarat tgn.. masuk hari ke 6 baru start sebut 'mamam'.. hari ke-8 baru mcm biasa....
8. pendek kata, sapa yg anak kena HFMD, tabahkan ati. kuarantin kena 10hari utk seluruh kuarga yg stay 1rumah..
9. kesimpulannya, aku dua minggu ni xpenah nak hu ha hu ha ke midvalley ke apa.. klu kuar pun sbb darurat ke pasar beli brg dapur and ke alamanda sbb beli stok susu+diaper..
10. yg pnting, makesure suhu anak x panas terus, and suap ja cecair even dorg refuse nak mkn/minum.. bila diaper dorg kering, dorg da terjelepuk xbergerak byk, then its time to take them to doctor sbb wori dehidrat.



gambar lama.... kesian adik beradik nie da dua kali kena HMFD...

sekadar gambar hiasan: simptom.. But bintik AA xdalaa sebanyak ni, yet still nampak jelas...

sekadar gambar hiasan: ulcers yg byk.. ni yg wat anak2 kita x nak minum apa lagi makan sbb ulcers ni sakit sgt....

Auji dah 99.9% sihat.... Auni masih dalam tempoh kuarantin.. Tu pasal aku kuarantin Auji dalam cot dia....

 -Sapa2 yang ada anak and kena HFMD nie, kalau nak tanya ke apa, tanya ja aku... Malu nak tanya, PM aku kat FB... insyAllah aku akan tolong share apa yang aku tahu sbb AA kena benda ni da dua kali, but dis time sangat teruk and jaga dorg sgt susah.... Aku ja yg kena keraskan ati.. Kalau lemah, nak nanges, mmg xterbuatlah kerja2 jaga dorg.... Ingat senang ke nak paksa dorg minum guna syringe, paksa dorg mandi x kira waktu termasuk tengahmalam?
-Itupun sedih sebab masih ada sesetengah pihak x faham kenapa aku cuti kuarantin? kena aku dapat cuti lama.... Untuk pengetahuan semua, aku cuti dua minggu inilah cuti yang sangat memenatkan sebab makan aku ntah kemana, mandi aku ntah kemana, tidur aku ntah kemana... semua serba serbi x kena.... kadang2 dah jam 10malam dorg AA tidur baru aku nyelinap masuk toilet untuk mandi (after seharian x mandi, hokayyy!).... Memang betul, selagi x kena batang idung sendiri, selagi itu pertikaikan itu ini....
-Thank you kepada Datin Omi sebab luluskan cuti kuarantin aku menjadi cuti tanpa rekod and memahami keadaan aku..... kalau x, mmg lunyai aku.... Aku still kena save cuti untuk emergency2 akan datang....
-Ok... aku off dlu.. Nanti aku masukkan entri baru.. daaaa...











MIL meninggal dunia

-Pada 5Jun 2012 around jam 8.45malam, ibu mertua aku, Mek Zaharah telah pergi kembali ke rahmatullah.... Time tuh Mizi da kat Kelantan since 4Jun sejak dapat tau Mek dia kena strok.... Malam 4Jun tuh aku hantar dia ke Subang Airport.... 
-Mek selama ni seihat... Aktif.... Xsangka dia pergi dengan tiba-tiba.. Dia dikatakan jatuh pengsan time baru sampai dari TakBai selepas selesai uruskan pasport haji.. Yes, ikut plan, tahun ni Arwah Mek, FIL, BIL, SIL aku dapat naik haji...... Niat dah sampai, tapi xda peluang jejakkan kaki ke sana....
-Terus Mek dihantar ke Hoppital Tumpat... But the facilities kat sana very poor.... But malam tuh pas Mizi sampai sana Mizi kata even Mek dah x boleh bukak mata, but she still can hold tangan Mizi and riak muka mmg hepi sgt....
-Esok paginya tekanan Mek naik turun... Kejap tinggi, kejap stabil... Then petang cmtuh xsilap, hantar ke Hospital KB... Aku kol member PRO kat sana Mr Zaid utk tlg apa2 yg patut...  Then Mizi SMS yang laporan CT Scan shows kepala Mek da penuh dengan darah yang t'sumbat.... Malam tuh Mek nazak, and pergi meninggalkan dunia ni buat selama-lamanya....
-Aku terima SMS Mizi "Mek dah meninggal", aku terkedu kejap... Seriously, i am.... Aku terus booked tiket utk aku , Auni dan Auji.... Esok pagi flight jam 6.30am.. Aku nak awal so that boleh tengok jenazah Mek untuk kali terakhir.... 
-And thanks to Irwan and wife, Ume sebab sudi hantar kami anak-beranak jam 3.45pagi ke LCCT..... Budi korang xkan aku lupakan....
-Landed kat kelantan,a ku singgah kejap kat rumah kakak Mizi, tukar baju kurung, tukar pampers AA, and off gi rumah Mizi.... O ye, aku mmg stay kat rumah Kakak Mizi sebab bila adik beradik mizi yg lain balik, rumah mizi gerenti akan penuh, xda bilik available.....  BUT, the distance dekat ja... 2minuted dah sampai.... kalau jalan kaki xsampai 15minit kot...
-
time awal pagi kat LCCT.... alhamdulillah dorang x buat perangai and sangat menyenangkan kerja aku... thank u sayang...

-Ni la 1st time aku tengok jenazah secara real and dekat... Arwah nenek aku pun aku x pergi sebab ayah aku x suruh pergi... Aku sempat kucup jenazah untuk kali terakhir.... Time kebumi aku x pergi sebab dua anak ni mmg segala pergerakan aku terbatas...
-Aku kembali semula ke KL 8 Jun 2012 sebab aku sangat letih and i really need a rest....  Honestly, aku just nak tidur sepuas2nya.... Badan aku mcm dah nak tercabut....
-Kami (juga bertiga) balik guna MAS sbb kat kelantan kalau balik gunakan air asia, akan susah idup aku... sebab ada 1 part tuh kena turun guna tangga, no escalator... aku yang heret anak dua dengan beg sandang and sling beg and stroller, mmg sgt2 sesuai la pakai MAS... Thanks to my sister, kak noi sebab belikan tiket....
-And Allah sgt permudahkan kerja aku even hanya kami bertiga sbb time naik air asia ke kelantan, flight x penuh, so Auji dpt 1 seat..... Then balik ke KL guna MAS pun flight x penuh, Auji dpt 1 seat....  ;-)
-Neway, semoga roh Mek akan tenang disamping-Nya.... Dan semoga Allah SWT tempatkan Allahyarhamah dikalangan hamba-hamba yang dikasihi-Nya.... AMin....


Boleh balik Raya!

-Hai peeps.... Ni pasal aku nak perbanyakkan ja entri aku, ni aku upload gambar tiket raya kami anak beranak.... To Sandakan a day before raya, confirmed, MAS...! seronoknya balik dis year.. Auni dah ada 1 seat.... Balik kampung... hohoho balik kampung.....
-Thanks to Kak Ina KPK and also Erna PSM and also mereka yang terlibat kat PSM kementerian sebab permudahkan proses tiket aku nie.... So hepi....

Love the haircut!

I think i need a new hair cut.... Yup, i really need to cut my hair..... Nak kata panjang xpanjang... Nak kata pendek pun x pendek.... Bikin nyemak mata aku... So my decision, aku nak wat style ala nie! Kalau aku nam[ak tembam, then its an alarm for me to keep reduce my weight.... Hmmm, but mmg lawa cutting style ni... Tapi kena tgk salon gak.. Kalau g salon cikai2, kang potongan rambut jadik cm tapir plak.....

Tuesday, May 22, 2012

Once upon a time, i was a tomboy...

-Yezza... Hari ni mood nak update blog mencacak naik, sebabnya kerja tengah diperiksa boss... So, lapang sikit... 
-and yes, dulu aku adalah tomboy.... Bila menjejak alam sekolah menengah, aku prefer berambut pendek, berseluar pendek, bertopi, and berkasut sukan and beg sandang... Semua kena jenama... Billabong, Quicksilver, Adidas, Nike, Diadora dan Puma..... Tu la jenama yang sentiasa melekat di tubuh aku....
-Aku jadi lasak pun sebabnya aku dulu atlit sekolah... Pelajar SMK Sung Siew yang aktif dalam olahraga terutamanya acara 100meter... Selalu ponteng kelas kerana kerap menjalani latihan dan juga mengikuti kejohanan2 di sekitar Sabah....
-Bila masuk ke alam UiTM plak, perangai lasak da kurang, tapi mula belajar memakai pakaian wanita... But jeans tetap menjadi pilihan... Masih x pandai nak bergaya2....Dah say bye-bye to olahraga, futsal pula menjadi pilihan (untuil sekarang)....
-Seluar pendek paras lutut masih menjadi pilihan terutama kalau keluar ke bandar Sandakan.  Tapi Ayah warning aku dah supaya pakai seluar panjang bila aku dah makin dewasa, and aku ikut kata dia... Seluar pendek paras lutut kini hanya aku pakai time dalam rumah atau time tidur...
-Aku START bertudung 3HARI SELEPAS BERNIKAH....  1 Ogos 2008, aku bernikah dengan Mizi.... 2 Ogos 2008, majlis persandingan.... 3 Ogos 2008, shooting gambar kawin di studio, and pada 4 Ogos 2008, aku terus berazam menutup mahkota aku buat selamanya dari pandangan yang bukan muhrim.... Kenapa? Orang selalu akan pikir aku nak jaga maruah Mizi... Yes itu satu point... BUT POINT UTAMA sebelum nak jaga maruah Mizi ialah kerana aku sendiri yang nak bertudung... Sebelum kahwin lagi aku kata kat diri aku, aku nak bertudung, tapi bila masanya? Rupanya Allah buka pintu hatiku pada 4 Ogos 2008.... 
-4 tahun hijab di atas kepala, aku rasa mula selesa.  Iya, aku masih belum 100% muslimah sejati kerana pemakaian tudung aku masih ada serba kekurangan terutamanya singkat.... Tapi yang pasti, aku X PERNAH SESEKALI menunjukkan leher apatah lagi rambut aku di depan orang ramai (kecuali kes outstation and tidur sebilik dengan opismate)....
ni sekadar contoh... i wont wear like this....  ehehehe
-And even main Futsal pun aku masih memakai tudung sarung kerana itulah aku.... Pernah sekali seorang makhluk Allah menyarankan aku pakai ala2 'topi' atau 'bandana' untuk menutup rambut.  Alasannya tudung yang aku pakai nampak x sesuai untuk main bola.  Aku gelak dan aku bagitau, kalau pakai macamtuh, baik buka terus... Sebab kadang2 kalau kita main, bandana @ topi tuh boleh tertanggal dari kepala.. 
-Biarlah orang nak panggil aku makcik2 time main futsal... X kisah.. Yang penting aku selesa dan aku suka.... 
-Tapi kadang2 nampak 'seksi' atau 'seksa' la sikit sebab badan aku gemuk, jadi seluar sukan dan baju semua dah sendat... Sila maafkan saya.... and sorry gak sebab masih terdedah aurat esp kat lengan tangan tuh.... Tengah dalam proses muhasabah diri untuk ke arah itu.... ;-)   hehehehe....
-





Shrek versi Manusia

inilah Maurice Tillet, lelaki yang mempunyai persamaan dengan watak Shrek, raksasa kaler hijau tuh.... Sebijik x?




Accident : Amnesia jangka pendek

 Aku copy and paste ja, ok!

Setiap Hari Michelle Philpots bangun,dia mengatakan di sebelahnya bukan suaminya, padahal orang tersebut sebenarnya adalah suaminya sendiri,Michelle dan Ian bernikah pada tahun 1997.Dia mengalami amnesia jangka pendek pada tahun 1994 dan sejak saat itu dia melupakan segala sesuatu yang terjadi pada dirinya dihari-hari berikutnya.

 Setiap pagi Ian harus meyakinkan isterinya kalau mereka itu sudah bernikah,Ian juga menggunakan foto-foto pernikahan mereka untuk membuktikan bahawa mereka adalah suami isteri.

Amnesia yang dideritai wanita berumur 47 tahun itu disebabkan oleh kemalangan yang menimpanya sehingga dia mengalami kecederaan di otak dan mengakibatkan amnesia jangka pendie.dia hanya boleh mengingat semua kejadian sampai tahun 1994 tetapi setelah itu dia tidak boleh mengingat apapun.
 Mechelle juga menggunakan catatan kecil dan kalender untuk mengingat apa saja yang dia lakukan pada hari-hari sebelumnya.
"rasanya seperti saya hidup di hari yang sama,hari demi hari," kata Michelle, yang bekerja sebagai pegawai di yayasan amal bagi orang-orang cacat.
"Hal ini membuat saya sangat kecewa,tapi saya harus bersabar dan memahami.Aku harus tenang kerana aku mencintainya,"katanya Ian suaminya.
 Pasangan ini tidak mempunyai anak.Kisah Michelle mirip dengan jalan cerita film 50 First Dates,yang dibintangi oleh Adam Sandler dan Drew Barrymore.karakternya,Lucy, yang kehilangan memori jangka pendek dan Adam Sandler terpaksa buat sesuatu setiap hari untuk menarik perhatian Lucy...

Puteri Duyung telah pergi...

Dilahirkan dengan keadaan kaki menyatu yang lebih dikenali dengan sindrom "puteri duyung Shiloh Pepin" gadis kecil yang berusia 10 tahun itupun akhirnya meninggal dunia kerana banyak kelainan yang ada dalam tubuhnya.Sebelumnya Shiloh juga pernah menjalani pembedahan ginjal dua kali dalam tahun 2007 untuk terus hidup.Shiloh dikenali melalui media mahupun internet,gadis kecil puteri duyung inipun pernah muncul dalam rancangan TV Oprah Winfrey sebagai tetamu untuk menceritakan kehidupannya.


 sejak kelahiran Shiloh sudah mempunyai organ tubuhnya yang tidak normal ,dia tidak akan hidup lama,bahkan doktor mengatakan hanya bertahan beberapa hari saja.Namun semangat hidup dan perjuangannya untuk tetap hidup membuat Shiloh boleh bertahan hingga usianya 10 tahun.Dikutip ruanghati.com dari Discovery News menyebutkan keadaannya kritikal membuat Shiloh harus dirawat di Maine Medical Center untuk hampir seminggu akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir.
 
 Dia dilahirkan dengan satu ginjal yang berfungsi,tidak memiliki usus besar dan organ penting kerana tubuh bahagian bawahnya menyatu.Beberapa kes seperti ini biasanya dilakukan pembedahan pemisahan kaki,namun hal tersebut tidak dilakukan terhadap Shiloh kerana sangat berisiko kerana pembuluh darahnya yang banyak dan menyatu sehingga berisiko sangat tinggi,sebelum meninggal Shiloh dirawat di ruangan antibiotik dan ventilator Maine Medical Center. (Discovery News by ruanghati)



Anjing Gergasi

Guinness World Records mengekalkan seekor anjing di Arizona sebagai anjing terbesar di dunia.

Anjing itu,bernama Giant George, milik David Nasser dari Arizona, Amerika Syarikat. Anjing berumur empat tahun itu memiliki panjang 1,09 meter dan berat 111 kilogram.

Giant George mengalahkan anjing terbesar sebelumnya,Titan, yang lebih pendek sekitar dua inci.Baik Giant George mahupun Titan dari jenis Great Dane, jenis anjing yang ukurannya sememangnya besar.

Dengan hadirnya Giant George, Titan kembali ke nombor dua.Sebelum menjadi nombor satu,Titan memang sudah menjadi nomor dua.Dia menjadi nombor satu setelah pemegang rekod sebelumnya, Gibson, juga seekor Great Dane, MATI.

**kalau anjing ni skali hempap, boleh mati...

Beza ketinggian Nabi Adam dan manusia sekarang..

Nabi Adam tubuhnya sangat tinggi dengan tingginya 60 hasta seperti di jelaskan oleh Rasullulah.
kata rassullulah “Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“ (HR.Bukhari), hadis ini juga ditemukan dalam riwayat imam Muslim dan imam Ahmad.
1 hasta = 45,72 cm. maka dengan begitu tinggi nabi adam adalah 27,432 meter

Wallahualam..



Aku, si YOYO


Aku ibaratkan diri aku ni YOYO.... Kejap naik, kejap turun.... Naik turun, naik turun.... Apa benda yang naik turun naik turun tuh? Berat badan la... Kejap aku boleh jadi cam Kungfu Panda, kejap aku boleh transform macam Dolphin, kejap aku jadik macam Finding Nemo, and then Hercules (errkkk??) and bla bla bla...
-Kenapa? Sebab ikut mood aku... Kalau aku dah jadi manusia yang paling x sedar diri, maka makan akan jadi aktiviti utama aku.... Kalau aku dah sedar keadaan aku parah, aku akan buat something untuk ilangkan berat badan tuh....
-Diet... Pakej diet kat klinik.... Exercise.... Skipping.... Futsal...... Pelbagai benda akan aku wat semata2 untuk remove the fat....
-And yang terbaru, dalam awal Mac cmtuh, ada member opis tegur badan aku da naik... Tapi aku x amik pot... malah aku plak xpercaya aku ni mmg da bulat....
-But yang aku perasan, kain baju kurung aku ada sesetengah da senteng.. sebabnya? tersangkut kat bahagian bumper... and yang sellau tegur kain aku senteng Yanoor....  And the climax is when Sarra dengan laser kata aku da double chin and baju aku da sendat.... Lantang betul mulut... Since that day aku terus pasang azam xnak makan banyak lagi.... Thanks to Sarra sebab even mulut dia bacul bagai nak TUTTTT tUTTTTTT, tapi dia lah orang yang sedarkan aku..... Thanks dearie....
-Ni aku lampirkan few pics here and there ... Nak ikut, zaman uitm aku  pun ada gambar yg dasyat sampai bila aku tunjuk kat Auni gambar tuh and tanya sapa, dia jawab 'NINIK" (nenek)... waaaa, kejamnya jawapan!!!!!!!! Tapi pics tuh xbleylaa nak post sbb time aku masih x bertudung... Aurat.. Aurat,...
aku terpaksa kurangkan berat badan aku selepas gugur anak pertama...


ni time awal 2009... kat unit Aduan...





ni time honeymoon ogos 2009... time ni da start pregnen da...



tengah pregnen 4 bulan.... time ni bukak posa tahun 2009 dengan BFF masscomm.....
Kat melaka time Liza+Andy tunang... Perut da besar..


ehehe... badan naik balik selepas bersalin Auni... Tu ada tarikh... maksudnya Auni 4bulan time nie..

Ni plak time pas bersalin Auji.... BULAAAAAATTTTTTT! blazer tuh pun da sendat kat lengan, tp masih ada hati nak pakai... cisss...
  
Ni zaman 2011... Duty kat Dataran Merdeka... Baju tuh da sendat tapi aku masih ada hati nak sarungkan sebab itu ja baju ala 'formal' yg aku muat time tuh.... huhuh...
  
ni ujung2 tahun 2012.... time main futsal hari penerangan kat PD.... badan da mmg ketara naik tapi aku masih xdpt 'hidayah' nya lagi... ahahaha...
 
ermmm boleh tgklaaa kelebaran aku dlm nie... mizi nak amik gmbr AA ja, tp aku tertengok gamba nie, aku terus jadi bimbang....
ni the latest,.. time aku kat sibu ari tuh... sangat wori sbb wilma da warning aktiviti kami akan berkaitan pasal makan makan dan makan.... but alhamdulillah, bila timbang after balik dr sibu, berat masih maintain...

posing kat hotel sibu... ermmm ni ja aku rasa gmbr latest... ooo... gmbr reramai pagi tadik.. alamak, kena upload lagi..  

ha, ni the latest.... kira gambar depan cermin kat hotel time sibu tuh tipu laaa yek... cermin tuh pandai amik ati aku.... secara realitinya aku masih nampak gemuk!!!!! 


-Aku, aku out dulu... nak g amik gambar pemandangan Putrajaya dari PICC untuk buku aku.... ehehehe... Tata!


Tudung Bawal

-Hi peeps.... Dah lama mcm x update blog aku nie.... Bukan apa, lately bz sikit sebab ada benda kena siapkan...
-Actually kepada sesiapa yang mengenali aku, dorang da sedia maklum aku sangat suka tudung bawal... Tapi atas faktor aku masih failed esp nak melipat dan kemaskan depan dahi and tepi pipi, so aku terpaksa lupakan hasrat pakai bawal.... Padahal tudung bawal aku da berlambak2 aku borong time aku kat Kelantan dulu...
-Sekarang ni trend bawal datang balik.... Bawal two tones and yang ada pattern.... Aku tengok member opis aku Yanoor sangat cantek pakai bawal.... Aku pun start la berapi2 balik nak pakai bawal balik..... So, aku korek2 laa tudung2 bawal aku dalam drawer yang aku da lama tinggalkan dan x jenguk dalam dua tahun..... Yelah, daripada membazir cmtuh, elok aku try pakai balik....
-But YES i admit that im stil not know how to wear bawal properly.... Aku boleh iron, tapi time pakai memang aku xkan lulus punya... Tiup2 atas, try lilin supaya atas tuh xlembik sgt, semua da try, tapi xjalan... So, apa yg aku pakai, tu la hasilnya... im not a perfectionist but also not a fashion victim.... Aku kat tengah2.... ONCE AGAIN NAK TEKANKAN, AKU MEMANG X RETI NAK PAKAI BAWAL EVEN I LOVE IT SO MUCH!!!! faham?






Monday, May 21, 2012

Fridge magnet, lagi...



Adoi, kat mana lagi nak letak? kat bawah tuh sah2 x boleh taruk sebab kang abis dikerjakan oleh dua budak AA tuh..... Kat tepi kiri kanan fridge pun da dekat penuh....

Petunjuk menutup aurat...


Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.