Blogger Templates

Followers

Friday, July 8, 2011

July 8th 2011- Satu hari di playground......
























Beria-ia sangat nak berkawan... Kawan nak main buai, Auni pun dok tgk sambil bawak cakap... Dorang jerlaaa yang faham... Aku tgk jerr.. hik hik hik...
Niat hati, dia nak naik gelongsor, tapi mebi ada perasaan takut, so, takat naik atas and duduk jerlaa... Xlaaa plak dia nak panjat sampai atas tuh.. Good girl Auni!!!
Tangga pun camtuh, panjat sebab nak duduk jerr... Xdelaa nak naik tangga tuh... Naik buai x reti lagik... Kang few months da reti laa tuh main buai laju2... Kang aku gak yang berpeluh standby kat tepi jaga dia dari terjatuh...
Next plan, ingat nak gi swimming pool... Tapi wori gak sebab kolam kan, mesti akan ada orang pee pee dalam air tuh... Nanti ibu bawak Auni and Auji gi swimming2 yek sayang!!!!














July 8th 2011 ; My lunch & Hair treatment...












-Ni ermm namanya kue tiaw ladna.... Not bad... (tapi licin gak)... konon2 nak diet, tp bila da depan mata, xtahan nafsu gak...
-Gi with Kak Ziti, Zaf, Emi and Dila... Yana bz dating, Roslen bz dengan printer, Cat bz jaga anak, Sal bz check buku dia...
-Then, teruslah aku gi wat treatment rambut kat Derrick & Team Hair Dressing... Sejak bersalin dekat 5 bulan lepas, rambut da start banyak gugur...
-Huhuhuhu, really worried about it.. Kang kalau biarkan, x pasal2 jadik cam G.I Jane plak... X sanggup aku nak membotakkan rambut aku.. Sebelum terjadik lebih teruk, better start wat treatment tuh.. Cuma kulit aku jenis sensitif.. Cepat trasa pedih... Hmmm, nak cantek punya pasal, tahan jerrrlaaa beb.... hik hik hik....

Curang 3x....






Pada satu malam, ada pasangan yang agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 50 tahun.


Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.


"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyayang Maria, tapi ada satu perkara yang asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dengan abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dengan abang selama ni?"


Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dengan abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"


"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat untuk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"


"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yang pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman untuk abang mulakan perniagaan.."
"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yang maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yang Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan untuk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yang maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut Kerusi Bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."

Tan Sri terus pengsan kat situ jugak...

Jangan masuk KL tau!!!


















Terkedu aku mula2 baca front page Kosmo today.. "Jangan masuk KL".... Aku kata dlm ati aku, alamak, kemarin kat Berita ada announcement ke pasal today jgn masuk KL.. Aku x tgk TV smlm.. Rupanya, hik hik hik, arahan tuh untuk 91 orang yang terdiri daripada pemimpin politik yang terdiri daripada bersih, patriot dan perkasa...


Antara yang tersenarai KJ, Khalid Yunus, Ibrahim ALi etc... Then of coz si Ambal tuh, Mohamad Sabu, Nurul Izzah, Adb. Hadi, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohammad Nizar, Nik Aziz, Azmin Ali, etc...


Dahla bukan pertubuhan yang berdaftar, bley plak si Ambal tuh cakap, dorang x perlu nak apply permit sbb konon da jumpa Yang Dipertuan Agong and just berhimpun di stadium merdeka...


Si Ambal dgn manusia2 yg xda otak tuh, kalau x puas hati sangat dgn pentadbiran Malaysia yang da cukup bagus+aman+majmuk ni, korang pindahlaa ke negara lain.. Kalau suka sangat nak wat kecoh, pi laaa berhijrah ke India ke, Thailand ke, baru ngam dgn naluri korang yang suka sgt nak kucar-kacirkan hidup orang lain...

8 Julai 2011 - Ni la bekfas aku for today...

Aku da standby potong epal ijau kat umah, masukkan dalam fridge.. Skali da masuk keta nak ke umah pengasuh, baru tingat... Sudahnya, xdalaaa nak wat kunyah pagi ni...
Nak tak nak, terpaksa beli sandwich telo nie and dua minuman kotak wat alas perut.... Calorie, Calorie!!! Bad calorie!!!!!

Ingatkan roadblock, rupanya......















Simpang nak masuk ke area Sime Darby tetibe jem... Kereta depan aku xbergerak2.. Aku kata, sudah.. Kat sg besi x jem, xkan sini jem plak... Oooo, da masuk area KL, mebi polis wat roadblock kat sini ja... Rupa2nya ceh, buat jalan..... Time2 pagi org pusu2 nak gi keje, time ni gak ko nak wat jalan.. Time2 org tgh kecoh pasal bersih bangang tuh, time ni gak ko nak repair jalan.... Adoi....

Thursday, July 7, 2011

Auni at basement....


















Da makin aktif si makcik kecil sorang nie... Kunci kereta dia gantung kat leher (ikut aku, sebab aku slalu gantung kat leher aku), nak tekan button lif even x sampai lagik, and x takut dok dalam lif... Aiseh.....

Isu tandas....

Tadi tengah dok lepak2 dalam toilet sambil SMS kat Ibu aku (mmg perangai dari dulu, masuk toilet mesti bawak novel@majalah@hp at least), dgr bunyi org masuk.. Ada laa suara "isy, sape plak dalam nie".. Suara tuh aku mmg bley dgr seolah2 dia x puas hati ada org guna toilet tuh... padahal ada 3lagi yg kosong...HELLO.... KAN BYK LAGIK YANG KOSONG... PLUS AKU XNAMPAK PUN NAMA KO KAT TOILET TUH...

Skali aku kuar, oooo, si polan binti polan rupanya.... No wonder laaaa.....


**next time kalau xnak share toilet, bawak mangkuk tandas ko sendiri dari rumah..

Say No to any of illegal assembly...

**bahan penerbitan daripada BPDN, Jabatan Penerangan Malaysia

Paip Kumbahan (agaknya) bocor...













-Celaka betul... Pagi2 da spoil the mood.... Smlm (6/7/11) aku da dpt parking kat P2 baek punya, skali kuar dari keta, bau busuk.. Tgk parit kat belakang keta, rupanya longkang penuh dengan air kotor... Sebab basement P1 ada bocor and siap taruk line kuning tanda xbley parking...

-So, aku masuk balik keta and parking jauh dari parit tuh... Pagi ni, bau parit tuh perrgghhhh, DASAT!!!! Stop kejap, and snap gmbr...Eeeeeee, geli!! Geli!!! RuNnNnNnNnNnNnNnN!!!!!!

Smelly blanket little Auni...




















Ni la rupa smelly blanket Auni... Yang ada kaler2 tuh 'port' Auni suka gigit asah gigi dia... Kalau ke mana2 without blanket, mmg abesss... Blanket kaler pink pun cmni gak rupa dia... hik hik hik...

Notis Perpindahan Ke Opis Baru!










-Finally, da tampal notis pindah opis ke Putrajaya... Penyerahan kunci 1Oktober 2011, tapi perpindahan dijangka bermula pertengahan Oktober .....
-Opis Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan berdekatan dengan Kem, Wanita Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
-Jabatan Penerangan tingkat 6-17... Tapi untuk Bahagian2, x dibagitau plak....

-X kisahlah pindah Oktober, aku bley bertahan slama ni 2tahun++ ulang-alik dari Putrajaya ke KL, nape another 4months aku x bley sabar plak,kan?

**wah, jimat tol, jimat minyak, jimat masa.... seronoknya!!!!!!!!!!!!

Wednesday, July 6, 2011

L.I.Z.A.R.D!!


Tatoo lizard kat tangan.. Hasil 'kerja tangan' akak aku yang kat Bukit Jelutong tuh.. Mulanya nak taruk kat tangan Auni, tp dia asyik nak bergerak, payah nak dok statik, so last2 si Ibu yang amik kesempatan.. ahahaha..

**Abaikan yang parut tuh yek....

1 motor, 4 person...

5 Julai 2011 - Gambar ni aku snap time nak selekoh ke kawasan kuarters aku...Tengah tunggu lampu hijau.. Tunggu punya tunggu, ternampak laa motorsikal nie, yang belah kanan...

Aku terkejut sebab 1 motor ada 4 orang atas tuh... Si Ayah, si Ibu dan dua anak... Tapi anak yang kat depan sekali x nampak plak.. Aku plak takut nak angkat kamera aku tinggi2 sbb kang si Ayah nampak aku curik2 snap, abesss aku....

Cuma aku nak sampaikan, janganlah sampai tahap camnie.. X ke bahaya... Si Ibu plak sebelah tangan kiri tuh dok pegang anak, sebelah tangan kanan dok pegang beg2 anak2 dia...

Fuh, aku yang berpeluh... Kalau kat laluan kecik xpe gak.. Ni x, kat jalan utama... Adoyai....

SKII? NO! Clinique? NO!

I'm using this products after delivered my 2nd princess, Auji.

Time pregnant, faham-faham aje la, hormon berubah, so muka penuh dengan bintik hitam sampai kadang2 suami offer picit blackheads kat area tepi mata and dirty pores on my nose... Malu sangat2 time tu, tapi syok jugak muka kene 'belai' suami... Ahahahaha...

But after that, aku kenal produk ni dari orang yang sama aku beli bengkung zip aku... Aku at first memang x nak percaya coz takut benda2 cmnie. Sia2 ja kalau muka makin teruk..

But ntah nape aku kali ni degil and beria2 nak try... Aku akhirnya TERbeli gak 1 set...
Now set kedua aku ni dah nak abis... Tapi aku da standby stok untuk set yang ketiga aku. And paling hepi bila Ibu kata muka aku dah bersih. Mizi kata muka aku makin berseri-seri (kembang siyot!) and few lagik kata muka aku memang dah x mcm time aku pregnen dulu atau dlm erti kata lain, bersih lerr... hik hik hik...

Kepelbagaian tudung....



















-Sekarang nie pelbagai jenis tudung boleh kita perolehi.. Ada yang tudung jenis selendang, syria, etc.. Aku sendiri pun x tau nama2 tudung nie.. Kalau berkenan beli jer...

-Cuma baru-baru ni aku terdengar ada seorang hamba Allah mengusik salah sorg kawanku yang tudungnya sama jerrr.. Kawanku pun jawab "a'ah, beli borong lain kaler".. Lalu, hamba Allah nie tergelak... Aku pun cakap"tudung aku pun sama gak, lain kaler".. Dia kata, "kak ijang memang tudung sama jerr", she said again sambil tergelak.....

- Aku terpikir, PERLU sangat ke nak cakap mcm tuh? Tudung aku tuh berlambak sbnrnya kat rumah... Bukan nak riak, tp mmg sgt banyak.. Smpi ada yang da siap masuk drawer da... Da xda ruang nak gantung... Tapi aku xpakai sebab aku x reti... Tudung bawal (maklumlah suami dari Kelantan), mmg berlambak... Tapi pun aku x pakai sebab aku x reti nak pakai secara elok... Huhuhuhu.... And aku beli pun slalu kaler itam, Even sama design, lain brand, itam tetap pilihan aku....

-So, last2 aku pakai yang tudung sarung jerr... Aku mmg slalu beli terus 5-6 helai... Tapi berlainan kaler... Pernah aku borong sampai 12helai, tapi sebab tuh tudung bercorak2, aku jarang pakai... Alasannya, baju kurung aku pun bercorak.. Takkan baju kurung bercorak, tudung pun bercorak,kan?Koleksi tudung itam aku tanpa corak (plain) pun da nak 10helai)... ahahaha...

-But mmg aku x brapa gemar hamba Allah tuh berkata mcm tuh... Yalah, jgn pasal da xda topik nak bercakap, isu cmtuh pun nak dibangkitkan... Baik tutup mulut and remain silence than talking something rubbish yang maybe boley menyinggung perasaan orang lain...

-So, secara kesimpulan, kalau xda benda yang nak dicakap atau hal bukan urgent, belajarlah tutup mulut.. Lain org, lain perasaan...

Bonggol Unta





-Pemakaian sanggul tinggi time bertudung mmg xdapat dinafikan sangat cantek sebab kalau muka bulat pun boleh jadik lonjong... Style yg digelar bonggol unta nie pernahlah aku try di rumah (di rumah jer, kat luar xpernah yek), konon2 nak tgk ape yang best sangat bonggol unta nie... Wah, memang muka automatically terus berubah... Bukan nak syok sendiri, tapi mmg aku trasa sangat cantek... Kadang2 mcm hampir tewas jugak tp Alhamdulillah iman masih kuat lagik... biarlah kurang cantek di mata manusia, tapi yang penting cantek di mata Allah S.W.T...

-“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
-Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” (hadith riwayat Muslim. Hadith no 212)
-Fokus pada ayat “..Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai” dan “kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang”.

-Pada zaman Arab jahiliyah, wujud golongan penari dan pelacur dan mereka sering cuba menarik perhatian lelaki dengan gaya eksotik dan memberahikan. Juga diceritakan keadaan asal untuk menunjukkan tingginya taraf wanita mulia yang menjaga pemakaian daripada mengundang fitnah sesama wanita. Rambut ibarat mahkota justeru wanita-wanita zaman tersebut merasa bangga apabila rambut panjang yang disanggul atau ditocang menjadi kegilaan lelaki (trend zaman tersebut).
-Kalau rambut memang panjang, adakah adil jika wajib dipotong semata-mata mengelakkan daripada tudung yang dipakai menjadi tinggi? Dalil aqli juga perlu seiring dengan naqli untuk mejawab kemusykilan syarak. Konsep yang patut dipegang adalah bersederhana dalam pemakaian. Jika niat memakai sanggul tinggi sewaktu bertudung hanya untuk menarik perhatian, dikhuatiri akan timbul riak dan boleh mengundang fitnah. Namun, untuk mengatakan haram bertudung tinggi adalah salah sama sekali. Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. (Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
-Ijtihad yang perlu dipegang ialah tujuan utama bertudung sedemikian. Kalau sampai memakai sanggul tiruan, pastilah untuk menarik perhatian kan? Tetapi kalau rambut dah memang panjang, confirm sanggul besar tudung pun jadi tinggi la. Harus hukumnya bersanggul tinggi bila bertudung dan menutup rambut dengan sempurna. Kalau bersanggul dan tak bertudung, memang sah-sah la berdosa.... ;-)

Tuesday, July 5, 2011

Beza Kucing Sebenar dan Kucing Jelmaan


-Ayat tersebut boleh dijadikan sebagai doa pelindung sama ada untuk melindungi diri, keluarga atau harta. Semasa membaca perkataan "sadda" yang bermaksud benteng/dinding, bayangkan perkara yang ingin dilindungi itu dibentengkan oleh benteng yang sangat hebat.

-Selain tu nak kongsi jugak mengenai ciri-ciri kucing jelmaan jin yang dikongsi dalam perbincangan tersebut:

1) Berwarna hitam.
2) Petua untuk membezakan kucing sebenar dengan kucing jelmaan jin, perhatikan pada mata kucing tersebut sama ada berkelip atau tidak. Sekiranya berkelip, maka itu adalah kucing sebenar. Jika tidak, itu adalah kucing jelmaan jin.
3) Cara mudah untuk membuatkan mata kucing tersebut berkelip, pegang kepala kucing kemudian garu/usap di bawah leher/tengkuk kucing tersebut. Kucing sebenar pasti akan berkelip matanya sekiranya ia diperlakukan sebegitu, manakala kucing jelmaan jin tetap tidak akan menutup matanya (berkelip).
4) Jika kucing tersebut adalah jelmaan jin, suruh kucing itu keluar dalam cara apa sekalipun.
Selain kucing, ustaz tu pun ada kongsi macam mana untuk membezakan antara ular sebenar dengan ular jelmaan jin. Kaedah yang sama, perhatikan mata ular, berkelip atau tidak. Ko tak payah la carik penyakit nak gi tangkap ular tu usap tengkuk dia macam kucing! Cukup tengok mata dia je...

I love fridge magnet....


-Yup, aku peminat no.1 fridge magnet... Ni ja yang tinggal sebab dulu ada ja fridge magnet aku yang jatuh hancur berderai....

-Mangsa2nya akak2 aku sebab dorg slalu travelling... Aku slalu pesan, jgn beli brg lain, beli fridge magnet ja... Kalau xda fridge magnet, xpayah beli apa2....

-Bestfren aku yang tau aku suka benda alah ni mmg akan belikan aku fridge magnet and slalunya Ezanti, member aku time kat unit aduan dulu yang rajin belikan aku fridge magnet nie....

-Ada 1 tempat kat central market yang jual semuanya fridge magnet.. Syurga Fridge Magnet!! Ehheeh.. of course harga quite mahal sket, tapi bila beli berbaloi sgt... Tapi skrg ni da nak dekat 3tahun rasanya aku x gi sana... Elok gak, kalau x, sure akan berlaku pertumpahan RM.... ahahaha...

K, aku chiow dulu.. Tata