Blogger Templates

Followers

Tuesday, August 14, 2012

Baitul Barokah Wal Mahabbah

-Alhamdulillah, 14 Ogos 2012 merupakan kali pertama dalam 30tahun aku hidup menjalankan aktiviti ke rumah anak yatim.. Yes, it is my 1st time... 
-Sebenarnya plan ni aku wat secara tiba-tiba.  Xda perancangan teliti, xda perancangan rapi...  Aku terdetik nak sumbangkan sesuatu, so aku mula beli dan kumpul anak-anak patung daripada Adha... Ibu aku bising sbb dia sendiri pun x tahu.. Dia bebel aku bazir ja beli anak patung untuk AA... Hahaha... Xpa, bukan salah Ibu pun sbb aku x bagitau dia....
-Then x sangka plak Adha pun nak join sumbangkan anak patung... Then berkembang plak kat kawan2 terdekat yang hulurkan sumbangan samaada dalam bentuk RM mahupun barang.... Thank you kawan2....
-Seronok aku tgk kanak2 situ pandai berdikari.. Time puasa dorg sapu kawasan persekitaran, dorg tolong angkat barang2 dari kereta, budak dalam umur 5-6tahun susun selipar.... Kagum+Hepi+Sebak.... Bercampur baur perasaan aku.....  O, lupa plak... Aku gi sana dengan Ekin dan juga Bro Faza dengan bini dia.... Bukan x nak ajak org lain, tapi SUMPAH kereta kitorang part belakang penuh dah sampai x boleh tengok cermin belakang dah..... 
-Aku x snap byk gambar.... Ada pun 2 keping ja dlm hp aku.... Aku tunggu Bro Faza tag aku kat FB then aku upload lagi kat blog.... 

-Wokeh aku taip serba sedikit info yang aku dapat dari brochure rumah ni.....

  • Sebuah rumah berkonsepkan kebajikan kanak-kanak lelaki dan pompuan berumur 7-15tahun terdiri daripada anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat.
  • Menyediakan asrama, tempat pembelajaran, makan minum, pakaian dan segala keperluan anak-anak.
  • Mengadakan kelas fardhu ain, akademik, pengajian al-Quran, aktiviti kebudayaan dan kemahiran hidup.
  • Menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan asnaf zakat.
  • Mengadakan rehlah, ekspedisi dan aktiviti kemasyarakatan seperti tahlil, gotong-royong untuk pengisian rohani dan pembangunan jiwa mereka.


 Anggaran Perbelanjaan Bulanan:

  • Sewa rumah/premis : rm3750
  • Bil. air, letrik, telefon : rm3000
  • Makan minum           : rm17,760
  • Keperluan asas         : rm1000
  • Pengangkutan           : rm3000
  • Pengurusan rumah dan kawasan : rm1500
  • Kebajikan staff         : rm3750 (ni bukan sorg tau... ni utk semua staff yg ada.. )
          • TOTAL RM33,760.00

 Baitul Barokah Wal Mahabbah (Maybank)
5628-3461-4558

Selain sumbangan berbentuk RM dan tajaan, barangan lain turut dialu-alukan termasuklah kelengkapan asrama dan surau, mesin basuh, freezer, komputer, printer, kipas angin, almari, karpet, rak, kerusi, meja, barang2 keperluan sekolah dan BANYAK LAGI....
 Anything, just kol:
Puan Hamidah 0135852494
Puan Nurul 0132429731
Puan Norlida 0122275393
pejabat (tel/faks) 03-87063221



Si Miskin perlukan Si Kaya untuk Dunianya..... Si Kaya perlukan Si Miskin untuk Akhiratnya.... (dari brochure Baitul Barokah Wal Mahabbah)

2 comments:

Mak Izz said...

semoga kita istiqomah dlm projek ni insyaAllah AMIN...

iJaNg said...

@MAK IZZ, insyaAllah.... yg penting, anak2 kita hepi, budak2 lain pun biarlah hepi gak....