Blogger Templates

Followers

Wednesday, December 28, 2011

Arif Alfian ~ Apa nak jadi?

-Malaysia pernah gempar bila keluar berita kehilangan seorang pelajar Malaysia di Dublin. Pelajar yang bernama Ariff Alfian Rosli ini merupakan pelajar perubatan tajaan Petronas dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga mereka selama 3 tahun.

-Menurut ayah Ariff Alfian Roslin, Rosli Haron, dia dan isteri telah 8 kali pergi ke Dublin untuk mencari anaknya. Dan hari ini misteri kehilangan Ariff telah terbongkar apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin.

-Nampaknya apa yang ditakuti oleh ayah Ariff iaitu anaknya terlibat dengan pergaulan bebas menjadi kenyataan. Ini sangat mengecewakan dan pastinya memberikan impak kuat kepada ibu dan ayah Ariff.

-Untuk makluman, pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff.

-Sama-sama kita doakan agar Ariff Alfian Rosli menyedari yang ramai rakyat Malaysia mengetahui berita perkahwinan sejenisnya dan mahukan dia kembali ke pangkal jalan. Kepada keluarga Ariff, banyakkan berdoa dan bersabar.










p/s: apa nak jadik? Semakin lama semakin ramai yang berani/galak untuk melanggar peraturan Allah SWT. Semoga mereka2 ni diberikan hidayah oleh-Nya....

No comments: