Thursday, July 28, 2011
3rd Anniversary...
Selamat Berpuasa!
-Ada yang curik2 tidur dalam surau, ada yang period tuh curik2 minum kat meja, ada yang mengeluh lapar, ada yang mengeluh pening bla bla bla....
-Yang penting, kuatkan iman!
**Aku x boley tahan kalau tgk air gas esp coke, mirinda orange..uwaaaa!)
How to Cook Siew Mai?
Go Fresh Juice
-Dulu beli 1 katon, dapat free 1 gelas tapi sekarang dah xda lagik.. huk huk huk.. Rugi...
Tuesday, July 26, 2011
Imagination vs Reality....
Monday, July 25, 2011
How to lose weight? Im lost!
Boleh ke kurangkan 10kg?
**Tapi aku takut kang terlebih diet jadik cmnie plak... (berat turun pun xtentu lagik, ni nak berangan plak jadik cekeding cmnie)...
Kebakaran di Sandakan...
SANDAKAN: “Saya mendengar penghuni rumah itu menjerit dan cuba membuka pintu jeriji utama, namun gagal kerana besinya terlalu panas.”
Demikian kata Jahari Husin, 42, saksi kebakaran rumah dua tingkat yang menyebabkan lima sekeluarga bersama pembantu rumah rentung di Kampung Jawa 2, Batu 12, jam 1 pagi semalam. Mangsa dikenali sebagai Osir Kamis, 81, dan isterinya, Kasnih Abdullah, 80; anak perempuan mereka, Zuliana, 38; menantu, Rahim Hassan, 47; cucu, Yulia Ezora, 3, serta pembantu rumah berusia lingkungan 20-an yang belum disahkan identitinya.
Paling menyedihkan, Zuliana ditemui rentung dalam keadaan berpelukan bersama anaknya, Yulia manakala kebanyakan mangsa ditemui berada berhampiran pintu rumah dan tingkap terkunci selain dipagari mangga besi dipercayai gagal dibuka.
Jahari yang juga anak saudara Osir berkata, ketika kejadian, dia tidur di rumahnya yang terletak bersebelahan kediaman keluarga malang itu sebelum dikejutkan jeritan seorang wanita.“Saya terjaga sebaik mendengar jeritan wanita meminta tolong dua kali sebelum suaranya menghilang. Ketika itu, keadaan sangat gelap kerana bekalan elektrik terputus,” katanya. Menurutnya, sebaik membuka tingkap, dia terkejut mendapati rumah bapa saudaranya dijilat api dan bergegas keluar memberi bantuan.
“Saya menjerit ke arah rumah pekerja ladang sawit yang menetap di kawasan berhampiran untuk membantu memadamkan api.
“Sebaik tiba, saya mendengar beberapa jeritan lagi sebelum semuanya menjadi sunyi dan hanya terdengar bunyi api memamah rumah berkenaan,” katanya.
Jahari berkata, sebaik tiba, dia cuba membuka pintu jeriji utama rumah banglo 14 bilik itu, namun gagal kerana besinya terlalu panas.
“Beberapa jiran yang cuba membantu turut gagal apabila api sukar dikawal selain menjauhkan diri kerana terdengar empat letupan kuat dipercayai berpunca daripada tong gas. Api berjaya dikawal dan dipadamkan selepas kehadiran bomba,” katanya.
Katanya, dia tidak dapat menahan sebak sebaik melihat keadaan semua mangsa yang rentung.
“Ketiadaan bekalan elektrik dan rumah berkunci menyebabkan penduduk kampung gagal menyelamatkan keluarga berkenaan dan hanya menunggu bomba tiba memberi bantuan.
Sementara itu, Penguasa Bomba dan Penyelamat Sandakan, Alias Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.15 pagi dan mengambil masa 30 minit untuk tiba di tempat kejadian.
“Keadaan gelap berikutan ketiadaan bekalan elektrik dan lokasinya yang jauh dalam ladang sawit menyebabkan bomba terpaksa mengambil masa agak lama untuk tiba di rumah mangsa.
“18 anggota bersama tiga jentera berusaha mengawal kebakaran sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.41 pagi,” katanya.
Menurutnya, selain rumah, tiga kereta dan sebuah motosikal turut hangus.
“Keadaan rumah yang besar dan berkunci menyukarkan bomba memasukinya untuk tugas menyelamat serta memadam api.
“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
***kenapa aku published entri ni? Sebab anak Allahyarham Osir ni seorang doctor, namanya Dr Mansor.. Aku selalu gi klinik dia.. Dr Mansor mmg jenis lawak, byk cakap, bla bla bla.. Xsangka mak ayah ahli kuarga lain meniggal dunia akibat kebakaran.. Semoga semua yang terkorban mendapat rahmat dari-Nya....Siew Mai+Fish Ball....
-Ni dulu pengasas dia seorang Haji, cina mualaf... aku kenal haji ni, dia abang ipar kepada ex-bestfriend aku.... Dulu ada kilang besar utk proses makanan2 nie..
-Tapi yelah, barang2 dia gunakan udang and ikan berkualiti, harga pun mahal skit... Orang melayu ni plak kalau mahal sket, sanggup beli fishball buatan orang cina yang jauh lebih murah tanpa pikir cara pembuatan+pempropesan fishball2 tuh...