Blogger Templates

Followers

Tuesday, April 28, 2009

Norman dan Memey disaran berkahwin

di ceduk dari http://www.bharian.com.my/

-SEBAIK selesai ABPBH 2008, kotak e-mel Zubir sarat dengan pujian, kritikan dan komen peminat mengenai acara yang berlangsung dengan jayanya itu. Yang elok dijadikan semangat untuk menghasilkan lebih baik pada masa depan, yang kurang dijadikan sempadan untuk memperbaiki segala kelemahan.
-Pun begitu, dalam banyak-banyak e-mel, Zubir tertarik dengan kiriman gambar pasangan merpati dua sejoli - Norman Hakim dan Memey yang disertai beberapa coretan nakal. Gambar Norman dan Memey sedang memegang kek hari jadi! Hari jadi siapa, Zubir kurang pasti. Tapi, rasanya hari jadi Memey kerana ulang tahunnya jatuh pada 25 Mac lalu. Lebih menarik, atas kek hari jadi itu tertera perkataan 'sayang', fuyoo!
-"Sudah terang lagi bersuluh, sudah ada gambar lagi nak kata tak ada apa-apa hubungan. Ceria sungguh muka Norman dan Memey dalam gambar menyambut hari jadi. Agak-agaknya hari jadi siapa la tu? Buat Norman Hakim, jadilah lelaki gentleman dan mengaku hubungan cinta anda bersama Memey. Lagi bagus kalau anda berdua kahwin terus! Tak payah susah-susah naik turun mahkamah lagi.
-"Tengok gambar yang lagi satu ni, jelas nampak kebahagiaan Norman dan Memey. Kan bagus kalau tak main sorok-sorok lagi?" kata pengirim e-mel berkenaan kepada Zubir yang berharap Norman dan Memey mengaku saja mereka bercinta, seterusnya berkahwin, tak perlu cover line lagi kerana semuanya sudah terbukti dengan dua keping gambar terbaru mereka itu.
-Zubir pun setuju sangat dengan saranan orang ramai itu, lebih lama mereka berdolak dalik, lebih banyak fitnah dan cerita negatif muncul. Justeru, adalah lebih afdal Norman dan Memey mengaku saja mereka pasangan yang sedang asyik bercinta, tak perlu berkias-kias ketika memberikan kenyataan berhubung persahabatan akrab yang terjalin antara mereka.
-Bersedialah berdepan kenyataan hidup, jika sudah sehati sejiwa, berjanji sehidup semati, Zubir cadangkan mereka cepat-cepatlah naik pelamin. Yang penting, apabila dah ada tarikh sesuai, janganlah bersandiwara dengan pihak media pula, lebih penting jangan kahwin lari seperti Rita
Rudaini.
-ZUBIR: Seorang finalis ABPBH 2008 hadir di Genting Highlands dalam keadaan khayal, dikatakan sempat ambil pil penenang, itu yang 'stone' semacam!


No comments: