Blogger Templates

Followers

Friday, September 19, 2008

Dis is the TRUE LOVE....

SEE, READ and LEARN!!!



--------> See this picture? Now lets read simple + short story bout' them....








The man had fought for the US in the War against IRAQ and after returning, he had got married with the girl he was in Love with... Real true Love indeed... Hats off... She is one of the great women in the world as far as I can see.




We can see in those first two pictures they seemed really happy same like other couple....



But what happend if suddenly lelaki yang dia cintai bertukar rupa menjadi seorang yang sangat hodoh dan menakutkan?


Dia tinggalkan lelaki tu? TIDAK!!!! Dia mengawini lelaki itu.....


Betapa kuatnya cinta mereka berdua sehingga tiada apa yang

mampu memisahkan kedua-dua insan ini....


Now, kalau berlaku dalam diri kita, bolehkah kita menerima atau melakukan seperti apa yang dilakukan oleh wanita ini?






Kadang-kala pasangan kita atau kita selalu merungut kekurangan yang sedia ada pada diri kita... Gemuk, berjerawat, rambut kerinting, rambut ada uban, hidung pesek, gigi tak lawa, and all the rubbish things...


Sometimes i've been wondering, kalau kita da sayang/cintakan seseorang, kenapa kita mesti mengungkit kelemahan-kelemahan yang ada pada pasangan kita hingga ianya mengguris perasaan mereka?



Tidak kira sama ada lelaki atau pun wanita, please, don't ever ever ever make fun at your partner especially depan public because even tujuan hanya untuk "suka-suka" atau "memeriahkan suasana", kesan mendalam akan terlekat didalam diri mereka dalam jangka masa yang amat panjang......


So, starting today, please do respect your partner, treat him/her dengan penuh kasih-sayang, bukan dengan sindiran/cacian/ejekan........


Remember, serapat mana mereka dengan kita, mereka tetap manusia yang mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga.. Hargailah mereka sepenuhnya selagi kita bernyawa kerana setelah mereka pergi meninggalkan kita di alam dunia ini, kelak menangis menyesal hingga mengeluarkan air mata darah sekalipun sudah tidak berguna lagi....

p/s: pesanan ini bukan sahaja untuk pasangan kita, juga kepada ayah, ibu dan keluarga serta para sahabat kita.



Blind, eyes + heart.....

***This story actually i got from Hot FM time drive nak gi tempat keja... Cerita ni kira melekat kat hati aku even til now... Let me share with you about this story and learn a lesson from it...

************************************************************************************


Kisah ini bermula dengan terdapat seorang lelaki bernama Amir yang menjalinkan hubungan cinta selama 5 tahun dengan perempuan buta, Mira yang sudah tidak mempunyai sesiapa di dunia ini... Pada satu hari, Mira berkata, " Abang Amir, Mira sudah puas berdoa supaya Mira dapat melihat,kerana Mira sudah tidak tahan hidup dalam kegelapan seperti ini. Mira berjanji, perkara pertama yang Mira akan lakukan selepas mata ini sudah mampu melihat ialah akan mengahwini Abang....." ucap Mira kepada Amir. Amir berasa sayu mendengar kata2 itu lalu berkata,"janganlah kata begitu... Abang sudah cukup bahagia bersama Mira meskipun Mira tidak boleh melihat,".

Pada suatu hari, permintaan Mira dimakbulkan. Doktor memberitahu Mira bahawa pihak mereka telah menerima mata daripada seorang penderma dan pembedahan ke atas Mira akan dilakukan tidak lama lagi. Mira begitu gembira dan tidak sabar untuk menunggu saat2 dia melihat kembali warna2 dunia ini.

Pembedahan kemudiannya selamat dijalankan. Mira dapat melihat semula alam sekelilingnya. Mira begitu gembira sekali lalu menelefon Amir untuk bertemunya secepat mungkin. "Sebentar lagi Abang akan ke sana jenguk Mira, ya..." ujar Amir kepada kekasih hatinya.

Pintu bilik wad Mira diketuk. Dengan hati yang berdebar2 dan tidak sabar melihat rupa kekasihnya buat pertama kali, Mira berkata ," Masuklaaa Abang.."... Beberapa saat, Mira terkejut kerana mendapati kekasihnya juga merupakan seorang yang buta sehingga membuatkan Mira terpaku dan terdiam. Tidak mampu berkata apa-apa...

"Syukurlah Mira selamat. Abang sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagiaan Mira siang dan malam agar janji Mira untuk mengahwini Abang termakbul" luah Amir.

"Tidak, Mira tidak boleh mengahwini Abang". Amir terkejut dan bertanya apa sebabnya Mira menarik janjinya itu. Mira menjawab," Mira tidak mahu mengahwini Abang kerana Abang buta. Mira tidak mahu mengahwini lelaki buta", ujar Mira dengan riak.

Amir sangat kecewa dengan perlakuan kekasihnya namun dia pendam di dalam hati. Dalam hatinya, elok sahaja dia keluar dari bilik itu. Mira tidak memandang Amir sebaliknya hanya melihat ke luar jendela. Sebelum Amir melangkah meninggalkan bilik tersebut, Amir berpaling seketika kepada Mira dan berkata," Mira ku sayang, tidak mengapa jika Mira sudah tidak menyayangi Abang selepas mengetahui Abang ini buta. Cuma satu pesan dari Abang, Abang harap Mira jagalah MATA ABANG baik-baik kerana itu sahaja yang mampu Abang bagi demi kebahagiaan Mira", luah Amir lalu melangkah keluar bilik itu dengan hati yang hancur......

Wednesday, September 17, 2008

When a human became a beast....

***After finishing my work, suddenly an idea about this topic came into my brain... "THEY DON'T CARE?" What is it actually mean? Well, here i go....

*** Most of the human beings in this world don't care about other people... They don't care whether we are in trouble, we are in pain, or even in sorrow.... Just prefer to be watcher than giving their 2 hands for those who are need it...



***We can see almost everyday we will be served with the crime news... Lastnite while watching TV3, i was shocked and suddenly i had a goosebump when i heard about dis 1 young girl got killed and burned til it became ashes in Johore... Hey, are these killers were human or what? Dont they ever think about what the girl's family will through for their whole life? TRAUMA! PHOBIA! 16 years their raised up the girl and gave her the best education til became excellent student at school, and then, she was found dead in a very tragic situation...



***Everyday, people killing people.... This world become danger for us coz nobody knows who will be next victim... Maybe you, maybe me, maybe our loved ones, maybe our friends...



***What happened to adik Sharlinie? It has been already 9 months and 1 Malaysia still couldn't find her.. These days, we can't trust simply to everyone, not even to people that we know....



***So please... Advise the youngsters especially children because this world is too dangerous for them... Take care, i mean take a really good care of your children, your niece, your nephew and your sisters/brothers so that they wont receive the same faith like Arwah Adik Nurin, Adik Sharlinie, Mendiang Lai Yin Xing does..



*** Here i post few articles about a few of that tragically incident for us to think...






Pelajar cemerlang dibunuh kejam
JOHOR BAHRU 16 Sept. – Seorang pelajar perempuan cemerlang berusia 16 tahun yang diculik Khamis lalu, dipercayai menjadi mangsa bunuh dan bakar apabila mayatnya ditemui dalam keadaan hangus di Kulai Jaya di sini hari ini.
Lebih malang, mayat Lai Ying Xin (gambar) itu yang mendapat 7A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 hanya ditemui sehari selepas keluarganya dikatakan membayar RM33,000 sebagai wang tebusan bagi
membebaskan mangsa yang ketika itu disangkakan masih hidup.
Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kulai Besar itu diculik di hadapan sebuah pasar raya tempat dia bekerja sambilan dan
mayatnya ditemui di kawasan semak di Taman Putri dekat Kulai Jaya.
Penemuan itu berikutan penahanan empat lelaki berusia 16 hingga 22 tahun di Kulai petang
semalam.
Difahamkan, para penculik membakar mayat Ying Xin untuk tujuan menghilangkan bukti
kegiatan jenayah mereka kerana mangsa dan keluarganya mengenali dan mengetahui identiti suspek-suspek.






KUALA LUMPUR, 21 Sept (Hrkh) - Sudah sampai masanya, masyarakat, pihak berkuasa dan pemimpin negara mengambil serius dan melaksanakan tindakan agresif bagi membendung gejala ’sakit’ lagi kronik dan tidak berperikemausiaan orang yang zalim terhadap kanak-kanak.
Kisah pilu Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun bukanlah isu baru, malah negara telah merakamkan tujuh tragedi sedih yang telah melibatkan kanak-kanak Malaysia yang tidak berdosa yang dirogol dan dibunuh kejam.
Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.
Sehari sebelum itu, mayat Siti Syazwani, 9 pula ditemui mati 100 meter dari rumahnya-
dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia.Mayatnya ditemui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.
Kisah setrusnya begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat
mecadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani,Murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelakidi Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.
Selain itu bulan yang sama,Haserawati Saridi, 10- dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah.
Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus.
Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.
Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.
Dan akhir pada 23 Oktober 2000,Nur Shuhada, 6 ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.
Masyarakat Malaysia diseru supaya melindungi kanak-kanak daripada manusia gila yang sedang berada dimana-mana yang sentiasa
mengundang kecelakaan maruah dan nyawa anak-anak kita. Harakahdaily.net berpesan supaya ‘Jangan sesal kemudian tiada gunanya’. -


Bersahur + Raya berdua..


***Today 17 September 2008........... Means dah masuk 17 hari umat Islam melaksanakan rukun Islam yang ke-3... Bermakna 17 hari jugaklaaa aku da menjalani Ramadhan yang mulia ni dengan seseorang yang baru sahaja 47 hari menjadi suami aku.... Pelik tapi puas... Itulah yang aku dapat rasakan menyambut alam baru ni...

***Pelik kerana meskipun dulu aku memang malas nak masak sebab tak reti, tapi skrg automatik tangan akan membeli buku masakan, dan kaki automatik akan melangkah ke dapur mencari bahan2 mentah untuk dimasak...

*** Dan puas sebab setakat ini suami aku tak penah merungut lagi pasal masakan aku.. Semua yg aku masak, dia bedal... Nasib dia bukan jenis lelaki cerewet dan tidak penah lagik kuar masuk toilet setakat ni... :-)

*** Berpuasa nie kadang2 buat aku blur.... Apa yang aku nak masak/sedia utk berbukak nanti? Apa nak hidang? Minuman apa? Tapi usually aku akan terus masak lauk and nasik putih... Kadang2 je aku masak nasi goreng/mee goreng... Suami akan faham sbb aku pun da penat ... Bersahur pula dia lebih pesan makan yang simple2 and kering2... Means kalau takat ayam goreng atau telur goreng atau apa2 yang kering, itu da cukup bagi dia... Lagipun katanya da cukup enak kalau makan dengan kicap..

***Cuma kalau hari Sabtu and Ahad tuh jer laaa kira makanan ada extra skit... Like last two weeks, i made a cake called Kek Jambatan Emas Berlapis... Last week ingat nak wat Kek Batik, but bcoz i'm sick, so maybe dis week baru aku start wat kek tu....

***Kuih raya? Hmmmm, ntahla nak wat ke tak.... Sebab aku pun nak balik Sabah jugak dis 26 September 2008... So, mana ada orang kat umah tuh.. Nak bawak balik Sabah pun gerenti my mom's kuih lagi jauh sedap dari yg aku wat... hehehehe... Hmm, nevermind, maybe i'll try 1 or 2 receipes, depends to my time....

*** Eeee, tahun nie beraya dengan suami... Pelik tak rasanya? Aku rasa biasa jer cuma of course laaa balik kampung dah berdua, makan minum suami kena sediakan.. Dah tak bley mcm dulu lagik, harapkan ibu aku yg sediakan..

***Satu perbezaan yang pasti, tiket balik kampung sekarang mesti beli dua... Nasib jugaklaaa tiket Air Asia utk balik raya ke Sabah nie baru RM990.00 untuk dua orang... Kalau tak, erm maybe i have to think twice before buy the ticket....

***So, before i finish this post, allow me to wish you Selamat Berpuasa and Selamat Menyambut Hari Raya..... Sambutlah Ramadhan dan Syawal tahun ini dengan penuh pengertian kerana kita tidak tahu samaada jasad kita masih ada di muka bumi ini atau tiada tahun depan.....

Tuesday, September 16, 2008

Few memorable moments in Info Department







*** During i was still in Information Department, i was able to do things that i love to do, travelin' and writin'.... But now, i just only able to sit in the office and handle all the complaints about ministry of information..



***You can see by yourself how happy i am and perhaps you can see the joy inside my eyes in all this pictures...



I hope this joy can come back again to me and makes me feel alive again......


1st pic: At Keningau Sabah during sambutan Hari Kemerdekaan. Dis time i was too concentrate taking pictures of the 'perbarisan' til didnt noticed the photographer took dis pic.. But its still nice... heheheh


2nd pic: With my big big big big bos, Dato' Abdullah Morad. Dis time we were in Kota Kinabalu, naik-naik bot makan angin with few staffs of the Information Department.. And not to bodek, he is truly really nice as a guy, as a boss and as a human... Tabik triple spring to Dato'!


3rd:And this time in erm Miri, Sarawak i guess.... Dis time i was trying to menyibuk-nyibuk buat pulut... Eventhough slow, but finally i managed to finished 1 pulut! yeah!!!


4th pic:During nak kena hantar balik ke Indonesia.. Nah, just kidding... Dis was at Johor... There were a group of ASEAN students visiting Komuniti BESTARI Parit Bugis, i went there to make an article for Utusan Malaysia... I really-really enjoyed this moment coz managed to try a new things like the foods, the cultures, the dancing and more foods... hmmm, no wonder i cant lose my weight....


5th pic: and this kat Perlis.. Got an event with Menteri Penerangan, Timbalan Menteri Penerangan, KSU bla bla bla.... Met plenty of new people and ate plenty of laksa... Nyam nyam... Ijang, asyik makan jer keje ko.... Then start complaining about weight... Duhhhh...


*** So, enjoy the pics..... Muuuuaaaahhh...


Missing my old time...





*** For the last few weeks, i don't know why i suddenly i missed my school, my teachers, my friends, my classes, my school uniform (that white and blue kaler) and my lifestyles that period.... Maybe because now i'm quite busy with my work, and little bit stress about my life now... (no wonder a lot of young people die early, maybe of the stress.. choooiiiii, simpang malaikat!!!)

***Yes, it's true now i'm able to handle my own money from my salary, but my head, it's really in deep pain... Of coz during the old good days we are also busy doing our homework, busy study for all the tests & exams (UPSR+PMR+SPM), busy counting the time esp in Math class coz i hate math so much, but when i think back that moment, i wish i can turn back the time and have my second life once again back to 1995-1999.....

***My classmates such as Rohaini, Rahmah, Rosehayati, Sylvester, Fendy, Nurafdzal, Erniesuwantri, Omar, Masarifah, Ratni, Kelvin, Vun Vui Fong and bla bla bla.. Damn, so many of them.... Some of them still in Sandakan, some of them in KK and some of them i dont know where they r dissapeared...

***Laugh, fight, jealousy, its all in me... Because of 'fitnah' and 'tikam belakang', i became jealous and lose my 2 very bestfriends that time.... SS and JJ... They will always in my heart forever... And the incident taught me not to listen to others without asking the truth first.... :-I

***I miss my training session with Cikgu Zain... Eventhough sometimes he gave me a really tough training, but he always with me during happy and sorrow moments... He will always be there for me when i need someone .. Thanks Cikgu...

*** oooo, not forgetting Bibiana Sinimon, Liau Mei Lee, Khadijah Bakrin, Zulianah Ranjit, Asdizah Sahadan, Hamidah Daud. These were some of my friends during i representing Sandakan in Majlis Sukan-Sukan Daerah, Majlis Sukan-Sukan Negeri and bla bla bla... I miss to have a training together with them again...

***Aaaaarrggghhh, the time was running TOO fast.. Now i'm married but i still can feel like all that moments just happened last week.... I know i couldn't to turn back the time, but i just wish that i can feel that happiness again, if not now, maybe in future, hopefully........

First post

***Hai, welcome to my page.... Seems this is my 1st post in dis blog, so i will do it simple.... I just want to say thank you for visiting this blog, and yes, i admit it still need a lot of "renovation" as it seems dull.. Just give me a time to learn little bit about managing this blog coz dis was my very very first time to have my own blog...
***Well, the purpose that i am having this blog is so that i can share with you little bit bout' my current life, what i'm through at this moment or perhaps a good news for you, maybe? :-)
***This blog also maybe will allow me to express myself through writing when i'm having a good or a bad day.... I love to write, and yes, i promise you there will be NO political things in this blog...

Coz it is just about me, about my friends, about my family, about my work, and about my life....


Wallaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!