Hi peeps....
Just nak inform untuk 2-3 hari ni aku akan busy with kerja opis aku... So, xdpt nak update blog ni wat sementara waktu.... BUT kalau aku ada masa terluang, aku akan update and definitely aku akan inform korang yek..... TATA!
Tuesday, July 10, 2012
Friday, July 6, 2012
"BOSS!"
Situasi
Ya Boss.... Apa kabar Boss?
-Situasi ni mesti kita dah biasa dengar.... Bos.... Perkataan yang selalu disebut bila kita berdepan dgn bos kita....
-If u ask me whteher im proud to be S41 or not... i can say 50-50.... Why? For me, S41 is nothing... And i hate if people call me Boss.... Even he/she is lower than my gred, but please dont call me Boss... Meremang bulu tangan ni... Tak suka! Tak suka!
-Kat HQ ni ada dua tiga yg suka panggil aku bos.. Dah diwarning byk kali jgn panggil cmtuh pun still panggil gak.... Adeh.....
-Aku kata S41 is nothing bukan maksud aku x hormat org yg bawah 41... NOOOOO!!!!! Kalau orang tuh pandai kerja even rendah dari my gred, aku akan salute, respek.... Tapi kalau ko tinggi pangkat dari aku even dah S52 or S54 sekalipun BUT kerja mcm hampeh, you are totally nothing to me! And ada sorg pegawai tinggi ni since aku kenal dia time tuh dia 48 now dah 54, but bagi aku dia masih nothing... sebabnya? ah, kisah lama.... x kuasa aku nak story lebih2 pasal dia kat blog aku nie...
-So, sesiapa yang bakal atau dah naik pangkat tu, x kisahlah dari 17 ke 22, 22 ke 27, 27 ke 32, 32 ke 41, 41 ke 44, 44 kr 48, 48 ke 52, 52 ke 54, 54 ke jusa, PLEASE STAY WHO YOU ARE...... jangan terkena budaya culture shock....
-Yes, i know kita dah penat2 belajar, berusaha untuk naik pangkat, we need a little respect.. but jgn lupa respect jugak orang lain walaupun dia berpangkat bawah skit dari kita....
-tapi kalau anda terkena dgn bos yang sangat bossy and pekerja yang bak pijak semut x mati, pepandailah nak settle problem nie... yang aku tau, spesis ni xkan pernah pupus.....
VID: Faiz & Bad badminton
-Tengah rilek2 layan tekak yang sakit mcm kena toreh nie, terjumpa plak video Bad and Faiz main badminton time lawan team Masnah Rais and geng...
Game Prediction: HARAM
Sekarang kat facebook kita slalu main application seperti kereta apa yang sesuai, brapa peminat kita ada, brapa orang anak, pekerjaan sesuai... Aku sendiri ngaku pernah main application ni.... Adui, pasni tobat x nak layan lagi da benda2 camnie...
![]() |
| klik la kalau xdpt baca.. aku nak edit bg enlarga gambar ni kang mesti terpotong separuh... |
Hidden Camera
-KAlau nak mandi ke atau guna toilet kat luar mcm hotel ke, tandas awam ke, sila luang masa 5minit check sinki, tmpt mandi, dan lain2 supay xda hidden camera...
-Zaman sekarang dah canggih.. Semua alat2 moden ni da makin kecik dan semakin kecik smpi x perasan benda tu sebenanrnya kamera.....
-Zaman sekarang dah canggih.. Semua alat2 moden ni da makin kecik dan semakin kecik smpi x perasan benda tu sebenanrnya kamera.....
Apabila Melayu Tidak Bersatu
Peristiwa Bukit Kepong – Akibat Melayu Tidak Bersatu!
Peristiwa Bukit Kepong kini hangat diperkatakan. Ini natijah dari kenyataan seorang pemimpin Melayu islam dalam satu ceramah. Saya mendengar ceramah tersebut melalui youtube. Saya tidak berhajat untuk menuduh pihak mana yang betul dan mana yang salah kerana saya sendiri tidak membuat kajian terperinci kejadian ini. Namun bagi saya ini membuktikan bagaimana akibatnya apabila orang Melayu tidak bersatu. Satu pihak dikatakan diguna oleh pihak British, satu pihak lagi diguna oleh pihak Cina Komunis.
Akibatnya, Melayu berbunuh sesama mereka. British terus memerintah, komunis lari ke Cina.
Haruskah kita membiarkannya berulang?
Ikutilah coretan ringkas peristiwa Bukit Kepong yang menyayat hati ini.
Peristiwa Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.
Permulaan
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak diselekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.
Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ.
Serangan Komunis
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran. [1]
Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan baai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
Bantuan dari perkampungan berdekatan
Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan – Auxiliary Police/Pengawal Kampung – Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.
Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.
Selanjutnya
Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapu mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.
Mereka yang terselamat
Anggota Polis
Konstabel Othman Yusoff (meninggal);
Konstabel Marin Abu Bakar Daud (meninggal);
Konstabel Tambahan Ahmad Khalid (meninggal);
Sarjan Haji Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)
Ahli keluarga anggota
Mariam Ibrahim – balu Konstabal Muhamad Jaafar
Zainun Muhamad – anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
Abu Samah Muhammad – anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
Zaleha – anak perempuan Konstable Muhamad Jaafar
Jamilah – anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Hussain – anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa – isteri Konstabel Hassan Osman
Pon Khalid – isteri Konstabel Marin Awang Ali
***copy and paste from wujud

1000 words
Kisah Di Sebalik Gambar!
"Stricken Child Crowling Towards a Food Camp" - 1994
Info: Gambar kanak-kanak ini diambil di Sudan ketika negara tersebut dilanda bencana kebuluran. Ketika itu kanak-kanak berkenaan sedang merangkak menuju ke sebuah pusat bantuan makanan PBB. Seekor burung nasar berdiri berhampiran kanak-kanak berkenaan...menunggunya mati sebelum dimakan. Gambar ini memberi kejutan diseluruh dunia. Tiada siapa yang tahu nasib kanak-kanak berkenaan selepas itu kerana jurugambar yang merakamkannya bertindak meninggalkan tempat berkenaan sejurus selepas mengambil gambar tersebut. Tahukah anda, jurugambar yang merakamkan gambar ini membunuh diri 3 bulan selepas itu akibat tertekan? Mungkin jurugambar ini rasa bersalah kerana tidak membantu kanak-kanak itu. Gambar ini mendapat anugerah Pulitzer.
Jurugambar: Kevin Carter
***wujud

Labels:
General,
Pictures with thousand words..
Lipas
Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila..
Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
Lipas mempunyai darah berwarna putih
Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
Lipas ada gigi di dalam perutnya
Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa

Thursday, July 5, 2012
Aku X Kuat...
-sapa pikir aku kuat? sapa pikir aku tabah? semuanya tertipu.... aku tulis entri ni sejurus selepas satu lg tekanan datang menyapa aku....
-aku terpikir, slagi aku x jatuh sakit, slagi aku x nazak, slagi aku xhembuskan nafas terakhir, slagi tuh org kiri kanan depan belakang akan terus bagi ujian, bagi tekanan.... ke kiri salah, ke kanan salah.... belakang x boleh, depan pun x boleh.... jadi, aku hanya mampu berdiri di tengah2 umpama kayu tunggul yang mati....
-jiwa aku pun dah mati.... semuanya sudah tidak punya warna. kalau ada pun, hanya secebis harapan yang aku tinggalkan demi Auni dan Auji.... lain-lain? semua dah mati... totally gone....
-dosa aku sbb kdg2 TERsalahkan takdir... Ya Allah, maafkan aku.... bukan niatku utk menidakkan qada dan qadar-Mu..... aku tahu Kau hanya ingin mengujiku. Tapi aku merayu kepada-Mu ya Allah, untuk kali ini, berilah aku sedikit ruang untuk bernafas. bernafas seperti dahulu.
-Janganlah Kau jauhkan aku dari anak-anakku kerana hanya mereka yang mampu menerangi diri aku yg dikelilingi dengan kegelapan skrg.... Hanya Auni dan Auji... sentuhan mereka, senyuman mereka, bau mereka, suara mereka sudah mampu memberikan warna2 terang ke dalam tubuhku yang semakin pudar dimamah tekanan.....
- Ya Allah, berilah aku kegembiraan seperti hamba2Mu yang lain. kerana kdg2 aku sudah tidak mampu menyorok kemurungan ini... air mata meronta2 untuk dilinangkan.... aku tidak tau sampai bila aku boleh terus hipokrit, berlakon seolah2 aku kuat dan tabah walau sebenarnya diriku sudah mula rapuh.... semangatku sudah mula lepuh.... harapanku sudah mula luntur.....
Jemuran AA
-Dari time aku dah sarat pregnen ibu aku pesan, kalau nak jemur baju baby, jangan waktu malam sebab tak elok..... Sampai sekarang aku ingat pesan ibu aku tuh....
-So, time aku tengah abiskan cuti pantang lepas melahirkan Auni, aku gi supermarket Servay kat Sandakan untuk beli barang.... Tetibe ternampak penjemur baju yang kecik dan comel dan ringan dan mudah dilipat dan bla bla bla.... Aku beli dua biji...
-Bila balik rumah, Ibu aku 'bebel' buat apa la nak beli benda ni jauh2 kat Sandakan... Macam la kat KL tuh xda.... Aku kata kalau ada pun entah kat mana nak cari....
-Rupanya, benda tuh sangat berguna untuk aku..... Aku jemur baju2 AA kat dalam bilik ja... Malam aku basuh and jemur ja kat situ....
-Bila aku melahirkan Auji, aku beli lagi 1 set sebab for sure baju untuk dicuci akan bertambah..... But this time Ibu aku dah x 'bebel' dah sebab dia tahu kegunaan benda ni..... Sekarang aku dah ada 3bijik kat rumah... Cukuplah rasanya.... Beli banyak pun kang gunanya takat 3biji ja....
-Aku bangga sampai tahap nak pecah hidung aku bila Ibu aku mengakui alat jemuran ni sangat mudah dan menyenangkan... Kalau x nak guna, lipat ja and sandarkanlah mana2 yg aku nak taruk....
| ha, ni la jemuran baju AA semalam (4 Julai 2012).... towel, cadar, selimut... sangat mudah.... |
| saja upload gambar ni.... ni stok barang2 AA mcm bedak, pencuci baju, ubat gigi, drapolene, sabun bla3... |
Gambaran Saiz Nabi Adam A.S
“Allah menciptakan adam dengan tinggi enam puluh hasta. Kemudian setelah Adam, makhluk itu semakin berkurang tingginya seperti sekarang ini“
(HR.Bukhari), Hadis ini juga terdapat dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad.
Berdasarkan hadis di atas, maka benarlah ketinggian Nabi Adam a.s adalah 60 hasta. 1 hasta = 45.72 cm. Jadi, tinggi Nabi Adam adalah kira-kira 27.432 meter. Hampir mencapai 30 meter. wallahu’alam.
Baju Nabi Adam A.S. Setinggi 29 meter
Baju tersebut hanyalah replika dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk melihat setinggi manakah rupa bentuk Nabi Adam A.S.
Tempoh menjahit 18 hari. Tinggi 29 meter dan lebar 9 meter..
***wujud
Arak HARAM
ISLAM mengharamkan arak sejak 14 abad yang lalu. Orang Arab jahiliah sebelum kedatangan Islam adalah peminum arak yang tegar. Mereka menganggap arak sebagai minuman terbaik untuk menikmati keseronokan hidup sebenar. Terdapat juga di kalangan segelintir umat Arab jahiliah yang baru memeluk Islam cuba mempengaruhi Rasulullah SAW dengan mengatakan arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang. Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan bersabda:“Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit” (riwayat Muslim).
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. ” (Surah Al-Maaidah: Ayat 90)
Allah SWT Melaknat Sepuluh Golongan Yang Terlibat Dengan Arak
” Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak:
1. orang yang memerah arak
2. orang yang diminta arak diperah untuknya
3. orang yang meminumnya
4. orang yang membawanya
5. orang yang meminta dibawa arak kepadanya
6. orang yang memberi minum arak kepada orang lain
7. orang yang menjual arak
8. orang yang mendapat hasil daripada arak
9. orang yang membeli arak
10. orang yang meminta dibelikan arak untuknya “
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
Huraian Hadith
i) Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.
ii) Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa arak itu adalah ibu segala kejahatan. Ini terbukti di mana hasil kajian mendapati bahawa arak sebenarnya boleh merosakkan fizikal dan mental manusia di mana dari segi ilmu perubatan arak itu boleh memberi kemudharatan pada tubuh badan manusia seperti menyebabkan penyakit lemah jantung, barah mulut, tengkuk, kerongkong, penyakit saraf dan penyakit hati.
iii) Manakala dari aspek mental pula al-Quran sendiri ada menyebut bahawa arak itu akan mendedahkan gejala yang tidak baik kepada individu, masyarakat dan negara di mana seseorang yang meminum arak pasti akan mengalami gangguan minda, hilang pertimbangan dan kesedaran diri menyebabkan ia akan melakukan sesuatu perkara buruk yang tidak pernah dilakukan ketika dia berkeadaan waras. Inilah puncanya berlaku permusuhan dan kebencian serta terjadinya penyakit sosial seperti gejala seks bebas, pembunuhan dan kemalangan jalanraya.
iv) Sesungguhnya tujuan utama Islam mengharamkan pengambilan arak adalah untuk menjaga keperibadian manusia daripada perkara-perkara yang merosakkan selain daripada kesan arak itu sendiri yang boleh melalaikan diri daripada mengingati Allah. Bahkan para fuqaha mengatakan bahawa jenayah arak ini sebenarnya samalah seperti kesalahan mencuri dan berzina di mana hukuman yang bersabit dengan arak ini adalah sebat antara 40 hingga 80 kali.
v) Larangan arak selain daripada yang disebutkan di dalam hadis di atas juga berlaku pada larangan menghadiri majlis di mana arak disediakan untuk para tetamu. Oleh itu menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk menjauhi arak daripada kehidupan mereka dan bersama membenteras gejala tidak sihat ini daripada terus menular di dalam masyarakat
Arak Merosakkan Akal Manusia
Rasulullah s.a.w bersabda lagi,yang bermaksud: ”Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith
1. Ijmak ulama’ telah menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dengan kuantiti yang sedikit atau pun banyak.
2. Islam juga mengharamkan daripada menjual, membeli, ataupun memperniagakan arak meskipun dengan orang yang bukan Islam. Hal ini tidak terkecuali dengan mengangkut atau membawa serta membuat arak. Hukumnya juga haram.
3. Demikian juga Islam mengharamkan seseorang Muslim menjual anggur kepada orang yang mahu memprosesnya menjadi arak.
4. Majlis-majlis yang berunsur arak juga hendaklah diboikot dan kita dilarang mendampingi peminum arak.
5. Menggunakan arak semata-mata sebagai ubat juga adalah haram dan berdosa. Lain halnya dengan campuran ubat dengan kadar tertentu dari alkohol- contohnya kerana darurat-seperti untuk memelihara sesuatu supaya tidak rosak. Tetapi ia hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
i) Terdapat bahaya yang sebenar ke atas kesihatan manusia jika tidak meminum ubat tersebut.
ii) Tiada ubat lain yang halal untuk menggantikannya.
iii) Ia hendaklah dengan nasihat seorang doktor Muslim yang dipercayai dalam profesionnya dan juga dari segi agamanya. Hal ini kerana prinsip Islam itu berdiri di atas dasar kemudahan, menghindarkan bahaya dan melaksnakan maslahah berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud:
” Sesiapa yang terpaksa (memakannya) tanpa mengingininya dan tanpa mengulanginya maka tiada dosa atasnya.” (al-Baqarah: 173)
Azab Bagi Golongan Yang Terlibat Dengan Arak
Diantara hadith-hadith mengenai azab peminum arak:
Didalam Hadith Nabi S.A.W mengambarkan tentang ancaman bagi peminum arak, sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir r.a dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah Subhanahu wata’ala memiliki janji untuk orang-orang yang meminum minuman keras (yang memabukkan), akan memberinya minum dari Thinatul khabal” mereka bertanya : “ wahai Rasulullah, apakah Thinatil khabal itu ? beliau menjawab : keringat ahli neraka atau cairan kotor (yang keluar dari tubuh) penghuni neraka”.
(HR Muslim)
Ibnu Abbas meriwayatkan,Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa meninggal (Mati) sebagai peminum arak, maka ia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan seperti penyembah berhala” (HR Ath Thabrani, 12/45, Shahihul Jami’ : 6525)
Rasulullah SAW bersabda;
“Barang siapa mati dalam keadaan tidak berhenti minum arak, niscaya Allah Ta’ala akan memberinya minum air sungai Ghuthah.Yaitu sungai di neraka yang bersumber dari kemaluan para pelacur.”
(HR.Imam Ahmad)
***wujud
Makanan Kegemaran Nabi Muhammad SAW
"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
... rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥

Doa Benteng Diri
BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA
- AYAT PENGERAK
Maksud : Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
CARA
1.Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2.Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut :
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Penggerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut :
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
• Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
•Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
•Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
•Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Dikenali juga sebagai Ayat Penangkis Santau
Amalkan membaca ayat "bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim" 3x tiap2 lepas solat utk sebatikan dlm badan dan baca 1x sebelum makan/minum di gerai atau restoran.
Jika ada sekiranya orang hantar santau kepada kita pada waktu itu,dengan izin Allah cawan/pinggan yang mengandungi santau itu akan pecah.
Selain itu ayat tersebut berfungsi sebagai ayat penggerak,ia berguna jika kita ingin berjumpa dengan mana2 perawat untuk menerima rawatan.Anda hanya perlu baca 3x sebelum berjumpa dgn mana2 perawat,jiba bacaan lancar,teruskan berjumpa,jika bacaan tidak lancar/tersekat-sekat kemungkinan perawat yang anda ingin jumpa itu TIDAK JUJUR.SELAMAT BERAMAL...
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya’Allah.
***wujud
Subscribe to:
Posts (Atom)