-Well, seperti yang semua tahu, 31 Ogos 2012, kita telah meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55.... Dan aku serta kawan2 opis aku telah mendapat arahan untuk bertugas pada hari tersebut, SIANG DAN MALAM!
-Kali ni aku x nak cerita secara paragraph.. AKu nak tulis secara point by point... Baru best dan x penat!
31 OGOS 2012 @ DATARAN MERDEKA (am)
-Bertolak dari rumah jam 5.20pagi. Drive ke Presint 15 untuk fetch Kak Ziti dan Kak Anum.. Tup tup rupanya Kak Liba ada sekali. Kesian dorang terpaksa bersempit dengan carseat.
-Drive ke stesen Sg Besi. Parking si Itam aku kat situ. Sampai 5.45am. Yanoor, Hidayah, dah nunggu.
-Jam 6pagi kaunter tiket train Sg Besi baru start operasi.
-Turun ke stesen Masjid Jamek terus menuju ke arah Rumah Persekutuan. Sampai sana terus start edar goodies... (total kat station kitorg 1500 goodies yang kena diedarkan).
-Before jam 8.30am semua dah settle.. Terus menuju ke dataran untuk upacara wajib aku, snap gmbr.
-Jumpa few celebrities mcm Remy Ishak, Kamal Adli, Scha, Awal, Johan Raja LAwak, Faizal Ismail, Adik Mia Sara, Lisa Surihani, Amber Chia, bla bla bla...
-Aku snap foto2 kat sana kot2 tahun depan kena buat Buletin walaupun potensi untuk dapat tuh agak tipis. Xpa, aku snap ja.. Bukan rugi apa pun...
-Jam 10.30am, aku, Kak Anum, Kak Ziti dan Kak Liba menuju ke Burger King untuk alas perut. Aku jamah 2ketul nugget dan skit fries and air ice lemon tea. Lepak kat sana utk meluruskan pinggang, merehatkan kaki, merelakskan otak.
-Jam 11.20am, kitorang gerak ke stesen Bukit Jalil. Sebelum 12 dah sampai sana...
***sambung part untuk Bukit Jalil plak kat bawah....
31 OGOS 2012 @ STADIUM BUKIT JALIL (pm)
-menurut dalam miting, by 12pm dah kena ada kat sana sebab nanti ada briefing by urusetia. Tup tup jalan ke bilik urusetia, yg ada org lain berbaju oren. so, menuju ke surau untuk berehat.
-jam 2.15am, kitorg berempat berpecah mengikut gate yang kena dijaga. Aku dengan kak Anum ke gate kuning.sempat makan lebihan nugget and fries yang dah lemau time kat burger king tadi.
-Jam 3pm, gate untuk penonton sudah dibuka. Tiket untuk cabutan bertuah mula diedarkan. Antara cabaran terbesar sepanjang tugas tersebut:
1. Kekurangan tenaga kerja.
2. Xda pen untuk org ramai fill up the ticket.
3. Bau-bauan pelbagai aroma sepanjang hari itu.
4. Bersesak mcm ikan sardin sampai at 1 time aku rasa x boleh bernafas.
5. Berdiri hampir setiap masa dari jam 3pm until 8.40pm.. Sampai tahap ni, aku dah x mampu nak senyum and melayan karenah org esp yang try buat lawak bodoh depan tong tiket bertuah tuh....
-Aku, Kak Anum, Pathma, Zaf, Abg Raduan and Mr Beh jaga di gate kuning. Mmg mcm ramai tp sebenarnya masih x cukup. Aku kadang2 terpaksa keluar area depan edar tiket kat org yg masih belum masuk stadium.
-Jam 3pm sampai aku nak balik xda 1 biji makanan pun masuk dlm perut. Hanya segelas air asam boi yang Zaf tolong belikan untuk aku. Nasib aku bawa stok air putih aku sendiri. KAlau x, boleh jadi kering aku kat sana.
-Time geng Zaf dah balik, aku sorg2 tunggu Kak Ziti, Kak Anum dan KAk Liba. Tup tup dengarnya dorg 'kena tahan' kat area bawah stadium plak. So, aku lepak dengan RAshid depan gate merah (siap duduk bersimpuh) memandangkan tapak kaki aku dah mcm ada kematu. Sakit sgt!
-Then, gerak ke bawah stadium untuk jumpa dgn dorg. Jam 10.30pm bertolak semula ke stesen Sg Besi.. By this time, masing2 dengan muka penat, muka masam, muka sedih, muka marah muka etc..... Pathma ja yg masih mampu kekalkan senyuman manis (sebab husband dia kat sebelah).... ehehehe...
-Time naik tren lagi 1 hal.. Aku terpaksa pegang tangan KAk Liba supaya x terpisah dgn dia. Last2 aku dgn KAk Liba naik tren dahulu. Kak Ziti with Kak Anum. Akak jumpa kat kereta aku di Sg Besi ja nanti.
-Hantar Kak Ziti kat rumah dia presint 15, then Kak Anum and KAk Liba kat opis KPKK presint 4.
-Aku sampai rumah jam 11.20pm.....
ENJOy THE PICCAS!
Makcik kat belakang sibuk dengan payung kaler pink... |
Kak Liba, Kak Ziti and KAk Anum.. |
Kemeriahan time sambutan di Dataran. |
Kekasih gelap aku sibuk tengok balik foto2 yang di snap... |
Saja snap... |
Kak Anum, Kak Ziti dan Ajim macho... |
Ni bukan bendera kitorg.. Kitorg pun tolong org edarkan.... |
Tempat duduk VVVVVVVVVVVIP... |
Dua orang ni mmg sangat bersemangat tinggi. Tiap masa asek kibar Jalur Gemilang.. |
Omputih yang sporting. "Can i take a photo all of u?"... Terus dorang kata "sure, of coz" posing tanpa byk soal... |
No comments:
Post a Comment