Blogger Templates

Followers

Wednesday, March 21, 2012

Wanita Gemuk Kawen dengan Chef...


London – Hasrat seorang wanita di Britain yang mahu menjadi wanita paling gemuk di dunia, mungkin menjadi kenyataan selepas dia mengumumkan bertunang dengan seorang chef.

Susanne Eman, berkata, melalui ikatan pertunangan dengan Parker Clack, 35, akan membolehkan dia mencapai impian menjadi wanita paling gemuk di dunia.

Sambil menyifatkan Parker sebagai seorang yang sempurna, Susanne berkata, mereka telah ditakdirkan untuk hidup bersama.

“Saya seorang yang suka makan manakala Parker pula suka memasak. Kami memang sepadan,” katanya.
Ibu kepada dua anak itu, Susanne, 33, memiliki berat badan 756 paun dan perlu menambahkan lagi berat badannya. lebih 1,000 paun jika ingin menjadi wanita paling gemuk di dunia.

Jelas Sussane, memasak merupakan satu tarikan yang dimiliki Parker menyebabkan dia sukar menolak kehadiran lelaki berkenaan.

“Spaghetti bolognese yang dimasaknya adalah kegemaran saya dan saya boleh makan makanan itu setiap hari.” katanya.

Dalam pada itu, Parker, yang kini menetap bersama Susanne di Casa Grande, Arizona, berkata, dia memang meminati wanita gemuk dan sentiasa menyokong Susanne asalkan wanita itu bahagia.

“Saya tidak bimbang mengenai kesihatannya kerana makanan membuatkan dia tersenyum,” katanya.

No comments: