Blogger Templates

Followers

Monday, May 25, 2009

18 Tips Diet Semulajadi.....



1. Ambil hanya 1,500 kalori setiap hari. Jangan lebih.

2. Awasi apa yang kita minum seperti kita awasi apa yang kita makan.. Air suam still the best. Tapi kalau jemu, ganti dengan jus epal yang kita buat sendiri TANPA GULA!!!

3. Hias makanan dengan buah-buahan yang menyihatkan seperti strawberry, pic atau epal hijau....

4. Makan dengan perlahan-lahan. Kunyah minimum 30 kali, bukan saja lebih cepat kenyang, tapi juga bantu penghadaman.

5. Fokus time makan! Kajian tunjuk makan sambil tengok TV akan buat kita makan 100 kalori lebih banyak dari biasa.

6. Kalau selalu terbangun tengah malam sebab lapar, cuba gosok gigi sebaik saja makan malam. Rasa pudina dapat hilangkan keinginan untuk makan.

7. "Apa yang saya makan hari ini, bakal membentuk tubuh saya esok. Gemuk+berpenyakit"... (ingat benda ni setiap kali nafsu makan membuak-buak)

8. Jangan masak lebih.

9. Mulakan makanan dengan minum segelas air suam diikuti sebiji buah 30minit sebelum waktu makan utama. Atau ratah sayuran terlebih dahulu. Boleh mengenyangkan dengan cepat.

10. Masak sendiri lagi bagus sebab boleh kawal jumlah kalori yang kita masak.


11. Ambil protien seperti ikan tuna atau kekacang selepas 1 jam bersenam. Protien membantu tingkatkan kadar metabolisme.

12. Elak berat ketika hamil? Lupakan mitos "makan untuk dua orang"... Sebaliknya makan nutrisi yang seimbang dan lebihkan kalsium.

13. Nikmati diet dan jangan tertekan kalau lambat capai sasaran penurunan berat.

14. Pilih sup tanpa tumisan daripada memilih roti.

15. Kurma sangat bagus ketika berdiet. Mampu bekalkan tenaga dengan segera dan bantu pembakaran lemak.

16. Jangan stop makan time berdiet. Tapi kurangkan kuantiti saja.

17. Tapau makanan mungkin lebih senang tapi tiada penjimatan kalori buat anda. Jamie Oliver kata, menunggu pesanan makanan untuk dibawak pulang adakala lebih ambil masa yang lebih lama daripada sediakan makanan sendiri dirumah. Bukan saja sediakan makanan sendiri di rumah jimat masa, tapi kalori juga dapat dikawal.

18. Modifikasikan hidangan kegemaran anda dalam bentuk lebih sihat. Contohnya ayam. Tukarkan kaedah penyediaan ikan kepada sesuatu yang lebih menyihatkan contohnya stim ikan dgn tambahkan perisa mcm perahan limay @ lada itam...

No comments: