Blogger Templates

Followers

Sunday, November 1, 2009

Hearburn and Diarrhea


-Yesterday (31.10.2009-Sabtu), aku terkena Hearburn + Diarrhea yang sangat teruk....
-Started jam 11 pagi time aku and Mizi nak kuar gi beli pasir kucing, baru nak masuk simpang Presint 14, terus terasa abdomen aku sakit sgt2...
Mizi suruh balik rumah jerr after dat, tapi aku ingat sakit kejap jerr... So, after dari Presint 14, kitorg terus gi Taman Ekuin, Seri Kembangan and then direct gi Tropicana Medical Centre untuk attend pameran kesihatan kat situ...

-Kat Tropicana tuh, my abdomen makin teruk.. Aku kene duduk menegak tapi still x selesa... Then aku gagahkan diri gak gi Tasik Titiwangsa.. Jalan2 kejap kat situ...

-Sampai rumah about 5pm, aku terus diarrhea... Dont know why... Campur dengan heartburn nie, mmg trasa lemah...

-Nak tidur payah... Mizi masakkan bubur utk aku... Thanks sayang... But then again, aku diarrhea once again... Mizi ajak gi Hospital, but dah malam, so aku kata klau esok aku still x ok, kita gi hospital esok...

-Aku bawak2 diri aku berbaring... Kdg2 the heartburn akan attack bhgn abdomen aku and its really hurt...
-Today (01.11.2009), abdomen aku masih terasa sakit... Lemah... Nak jalan pun x larat... And paling teruk aku terasa cam takut nak makan esp makanan pejal..
Worry the pain will attack me again....

-So, got to go now.. Ingat nak try isi perut nie dengan milo dulu... Kesian plaks kang baby lapar... ;-p Tata

Thursday, May 28, 2009

Tanda-Tanda Awal Kanser dan Info...

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) - letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak - suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


PENYEBAB UTAMA KANSER
1) Makanan

2) Alkohol

3) Sinaran cahaya matahari

4) Pengambilan ubat

5) Perokok yang tidakaktif

6) Tembakau

7) Radiasi

8) Pekerjaan

9) Pencemaran air dan udara

10) Keturunan



DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
2) Hindari makanan ringan yang masam
3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil



Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser
1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenikdalam beberapa jam sahaja.

3. "Bah Kut Teh" (daging babi) Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".

4. Barah - akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kamimemerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

6. Bawang Goreng segera . Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Amalan Terbalik Yang Dilakukan Tanpa Sedar...

"10 AMALAN YANG TERBALIK" Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.
Mungkin kita tidak s eda r atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain . Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam).. Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik..
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumah-Nya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. S eda ngkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang l ain .. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org l ain . Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....
-Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
-Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Shoes for you.. Dare to wear it?



<---Agak-agak mahu rasa jadi kuda, try laa kasut nie…















































<----Ni plak kalau nak rasa jadik zirafah pulak....




Bawah: Save bajet... 2 in 1....














<----Ni jgn salahkan kasut nie kalau kucing @ anjing kejar kita nanti...






























































<---- Sepadan kalau dipakai serentak dengan cawat besi...
















<---- Aku rasa supermodel pun takkan berani pakai kasut nie...




















<---Kalau agak-agak bosan dengan bunga nie, cabut bunga lama, petiklaaa mana bunga kat taman2 bunga di malaysia ni, dan hiaslah ikut kreativiti masing2...













<---- Satu-satunya 'pistol' yang akan melepasi kawalan keselamatn di airport...






























































Wednesday, May 27, 2009

Melayu......

Kita marah bila melayu melawan melayu...
Kita berang bila melayu tikam melayu....
Kita marah bila melayu jatuhkan melayu....
Kita sedih bila melayu fitnah melayu.....
Kita menangis bila melayu bunuh melayu....
-Apa yang melibatkan melayu, kita sebagai bangsa melayu di bumi Malaysia ini akan ikut terasa dan ikut terlibat... Melayu, sebuah hubungan persaudaraan yang kuat sejak zaman sebelum kemerdekaan lagi.

-Melayu sering diingatkan, 'berpihak di bumi sendiri' dan sering disedarkan 'takkan hilang melayu di dunia'.....
-Tapi kini lihat apa telah terjadi? Kaum Melayu lah golongan yang paling ramai menjatuhkan bangsa sendiri....
-Sesetengah Melayu pantang melihat Melayu lain lebih maju, lebih berjaya dari diri sendiri....
-Sesetengah Melayu sanggup menikam bangsa sendiri demi meletakkan dirinya di tempat yang teratas...
-Sesetengah Melayu sanggup membunuh saudara sendiri demi meletakkan dirinya di kalangan orang-orang yang dipuja....
-Melayu akan marah, akan melenting sekiranya bangsa lain lebih maju, lebih kaya dari Melayu... Melayu akan panas, akan meletup sekiranya Melayu dipermainkan bangsa lain....
-Tetapi di dalam tidak sedar, Melayu kini sudah maju.... Hasad dengki umpama makanan Melayu... Fitnah-memfitnah umpama adat Melayu... Dan tikam-menikam umpama hidup Melayu....
-Sampai bila kita sebagai Melayu sanggup biarkan keadaan ini berterusan? Sampai bila kita sebagai Melayu akan terus menutup mata biarkan perkara ini berlanjutan? Dan sampai bila kita sebagai Melayu akan terus memekakkan telinga biarkan perkara ini berpanjangan?
-Aku sebagai bangsa Melayu ingin lihat bangsa kita seperti bangsa Cina... Bersainglah secara sihat... Hiduplah secara bermasyarakat... Dan bertugaslah secara profesional... (Dengan perbuatan, bukan sekadar mulut yang berkata-kata)...
-Wahai Melayu, marilah kita bersama-sama bangkit terutama golongan muda supaya masalah ini tidak akan terjadi kepada anak cucu cicit kita di masa hadapan....
-Marilah kita sebagai Melayu bangun tegak berdiri, bekerjasama supaya bukan sahaja bangsa Melayu sendiri, tapi juga bangsa lain akan hormat dan menyegani bangsa kita......

p/s: Mungkin ada sesetengah perkataan yang melampau tetapi janganlah cepat melenting kerana inilah yang memang terjadi sekarang... Kini, Seseorang yang berani meluahkan kebenaran dianggap ancaman dan dianggap perosak tetapi Seseorang yang hipokrit dianggap penyelamat dan dianggap penyeri di dunia ini... Hmmmm, dunia dah semakin berubah menandakan semakin dekat berlakunya akhir zaman... Renung-renungkanlah....

Tuesday, May 26, 2009

Monday, May 25, 2009

18 Tips Diet Semulajadi.....



1. Ambil hanya 1,500 kalori setiap hari. Jangan lebih.

2. Awasi apa yang kita minum seperti kita awasi apa yang kita makan.. Air suam still the best. Tapi kalau jemu, ganti dengan jus epal yang kita buat sendiri TANPA GULA!!!

3. Hias makanan dengan buah-buahan yang menyihatkan seperti strawberry, pic atau epal hijau....

4. Makan dengan perlahan-lahan. Kunyah minimum 30 kali, bukan saja lebih cepat kenyang, tapi juga bantu penghadaman.

5. Fokus time makan! Kajian tunjuk makan sambil tengok TV akan buat kita makan 100 kalori lebih banyak dari biasa.

6. Kalau selalu terbangun tengah malam sebab lapar, cuba gosok gigi sebaik saja makan malam. Rasa pudina dapat hilangkan keinginan untuk makan.

7. "Apa yang saya makan hari ini, bakal membentuk tubuh saya esok. Gemuk+berpenyakit"... (ingat benda ni setiap kali nafsu makan membuak-buak)

8. Jangan masak lebih.

9. Mulakan makanan dengan minum segelas air suam diikuti sebiji buah 30minit sebelum waktu makan utama. Atau ratah sayuran terlebih dahulu. Boleh mengenyangkan dengan cepat.

10. Masak sendiri lagi bagus sebab boleh kawal jumlah kalori yang kita masak.


11. Ambil protien seperti ikan tuna atau kekacang selepas 1 jam bersenam. Protien membantu tingkatkan kadar metabolisme.

12. Elak berat ketika hamil? Lupakan mitos "makan untuk dua orang"... Sebaliknya makan nutrisi yang seimbang dan lebihkan kalsium.

13. Nikmati diet dan jangan tertekan kalau lambat capai sasaran penurunan berat.

14. Pilih sup tanpa tumisan daripada memilih roti.

15. Kurma sangat bagus ketika berdiet. Mampu bekalkan tenaga dengan segera dan bantu pembakaran lemak.

16. Jangan stop makan time berdiet. Tapi kurangkan kuantiti saja.

17. Tapau makanan mungkin lebih senang tapi tiada penjimatan kalori buat anda. Jamie Oliver kata, menunggu pesanan makanan untuk dibawak pulang adakala lebih ambil masa yang lebih lama daripada sediakan makanan sendiri dirumah. Bukan saja sediakan makanan sendiri di rumah jimat masa, tapi kalori juga dapat dikawal.

18. Modifikasikan hidangan kegemaran anda dalam bentuk lebih sihat. Contohnya ayam. Tukarkan kaedah penyediaan ikan kepada sesuatu yang lebih menyihatkan contohnya stim ikan dgn tambahkan perisa mcm perahan limay @ lada itam...

Aku alami gangguan pemakanan? alamak...

Tanda-tanda Anda Alami Gangguan Pemakanan: Kalau jawab 'YA' sekurang-kurangnya untuk tiga soalan di bawah, anda sedang alami risiko gangguan pemakanan (eating disorder)..

1. Anda mengelak untuk makan dan anda anggap itu bukan salah anda. (/)


2. Anda sanggup membiarkan perut kosong selama lebih lapan jam tidak termasuk waktu tidur (kecuali bagi yang sedang berpuasa)


3. Anda makan tidak mengikut kumpulan makanan yang sempurna. (/)


4. Anda rasa menyesal setelah makan sesetengah jenis makanan. (/)


5. Anda sering mencuba diet yang melampau. (/)


6. Rakan dan keluarga sering bertanya bilakah masa anda makan. (/)



Love eating? Read this and study the calories....











PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori


kategori minuman

1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal
9.keju chedar 1 keping =58 kal




amik daripada Nazha (http://foodcaloriescount.blogspot.com/)

Starting my workout everyday.....

-After thinking few times about getting myself fit and healthy, i've decided to make my own mini gym! Yes, a mini gym for me!!!
-So, as a starter, i've bought myself a dumbbell, a balance stepper and an exercise ball....
Dumbbell of coz to create a little bit of tone esp my arms.. Balance stepper for my thighs, and an exercise ball for ermmmmm still tak tau function dia lagik... :-) Looking forward having my own punching bag and ab toner pulak....

-Then, selain itu, im also thinking to join fitness club... Cuma konfius nak gi mana sebab aku kena carik club yang senang utk aku.. Aku kerja kat KL, aku stay area Putrajaya... So, mana aku nak amik? Area KL atau area Putrajaya?
-Aku dah tanya kawan-kawan aku, and so far some of them mmg da jadi member... Bila tanya their experience, macam best plak.. Makin tak sabar nak join...
-Anyone kalau ada experience jadik fitness member, please share la dgn aku... Bolehlaa aku pikir2, timbang2kan supaya aku boleh pilih yg sesuai + ngam dgn aku...

Thursday, April 30, 2009

Cara mencegah kanser (avoid it is better than cure it,rite?)

-Seperti yang kita semua tahu, zaman sekarang semakin canggih dan semakin banyak teknologi baru wujud. Tapi disebalik kesemua kecanggihan dan kemodenan ini, sedar atau tidak sedar semakin banyak juga kes penyakit berbahaya dilaporkan. Dan kini, tidak kira sama ada lelaki atau wanita, kita diancam satu penyakit yang tidak mengenal usia iaitu KANSER atau BARAH.
-Seperti yang kita tahu juga, kanser terbahagia kepada banyak jenis seperti:
kanser payudara (golongan wanita)
kanser testis (golongan lelaki)
kanser rahim
kanser leher
kanser mulut
kanser tulang
kanser darah
kanser ovari
kanser otak
kanser perut
kanser kulit
lain-lain

-Pendek kata, kanser ni meliputi semua organ-organ dalaman badan kita.
-Ada kenyataan yang menyebut bahawa kanser ini berpunca dari genetik atau keturunan keluarga kita, which means kalau nenek moyang atau orang tua kita menghidap penyakit ini, kita akan berkemungkinan besar mendpaat kanser. Sebenarnya ia tidak benar kerana penyakit ini boleh menyerang sesiapa sahaja termasuklah golongan remaja.
-Dan oleh kerana itulah, kita sekurang-kurangnya harus tahu apa cara terbaik yang perlu kita lakukan untuk menipiskan harapan kita daripada terkena penyakit berbahaya ini. (Memang benar ajal maut di tangan Tuhan, tetapi kita sebagai golongan hamba-Nya, kita perlulah berusaha dan buat sesuatu untuk elak diri daripada penyakit tersebut..
-Berikut beberapa tips yang aku baca untuk mengelakkan diri kita daripada separuh kanser yang telah disebutkan diatas....
a) JANGAN MEROKOK : dilaporkan perokok merupakan antara golongan utama yang menhidap penyakit ini... Selain kanser, rokok juga merosakkan paru-paru, membuatkan kita nampak tua dari usia sebenar, nafas/badan berbau. Dan bukan saha perokok, tapi yang menyedut asap rokok dilaporkan menerima kesan lebih teruk dari perokok terutama wanita, wanita mengandung sekaligus boleh mengancam keselamatan dan keadaan janin dalam perut....
b) AMALKAN KEHIDUPAN SIHAT: mulakanlah aktiviti yang sihat pada hari ini. Kepada yang agak-agak BMI 'terlebih suda' tu, mulakanlah bersenam atau buat sesuatu yang boleh buat kita berpeluh... 30minit sehari dan tiga kali dalam seminggu pun sudah cukup bagus.... Kita tidak rugi apa pun malah kita akan rasa lebih bertenaga dan hebat... :-)
c) MAKAN BERKHASIAT : KFC? McDonald? Burger King? Nyam nyam, sedap kalau dapat double chees burger, fries, nugget, minum coke etc... Tapi, kalau diri tu agak-agak masih belum bersedia untuk rawatan kimoterapi lebih awal, lupakan fastfood ni... Ajar diri sendiri untuk ambil makanan berzat seperti sayur-sayuaran, buah-buahan 5 kali sehari... Buah dan sayur yang berkaler-kaler terang seperti oren, buah naga, brokoli, bayam memang sangat disyorkan..... susu? pilihlah susu low-fat milk.. rasa sedap jugak.. (aku minum jenis susu HL low fat).. kurangkan jugak makanan favorite manusia seperti chips, pencuci mulut, makanan manis2 etc..
d) NO RED MEAT: nak makan daging boleh, tapi elaklah makan daging merah.... isi ayam boleh tapi makesure kulit dah bye-bye....
e) CARA MASAK: bukan nak ajar masak-masak, tetapi kalau boleh, janganlah selalu gunakan kaedah menggoreng atau kaedah yang menggunakan minyak yang banyak... Sebaliknya amalkan kaedah merebus, stim, celur... Bukan sahaja jantung kita tidak tersumbat, tapi dapat jimat kos minyak masak....
f) MATAHARI: best sgt lagu matahari dari agnes monica tuh.. tapi ni bukan lagu matahari.. salah satu cara nak elak kanser kulit ialah jgn terlalu dedahkan diri kita dengan matahari.. kalau terpaksa juga atau still degil nak jalan2 time panas, gunalah losyen SPF of 30 or high yang boleh melindungi kulit kita dari sinar UVA and UVB....
g) DOKTOR : mintaklah nasihat doktor cara nak menurunkan peratus kita dari penyakit nie... Sekurang-kurangnya kita dah cuba berusaha menjaga diri kita..
-So, inilah yang aku mampu share dgn korang setakat nie.... Nie bukan pasal aku nak tunjuk pandai, tapi ini pun sabagai peringatan kat diri aku jugak...
-Kita kena start sayangkan diri kita sebab di dunia ni bukan kita hidup seorang diri... Kita ada ayah, ibu, adik beradik, suami, isteri, anak-anak, kawan-kawan... dan aku pasti kita takkan sanggup nak lihat salah seorang daripada orang-orang yang kita sayang terlantar sakit atau menderita kerana sakit....
-Walaupun aku tak pernah merasai sendiri rawatan kimoterapi, tetapi mendengar dan membaca keluhan pesakit-pesakit pasal rawatan ni da cukup buat aku takut dans edar aku mesti lindungi diri aku dan org2 yang aku sayangi....

Wednesday, April 29, 2009

Film X-Men Origins: Wolverine










Sebuah filem yang padat dengan aksi, X-Men Origins: Wolverine akan menemui peminat filem mulai 29 April 2009 ini. Sempena tayangan filem yang begitu mendebarkan lakonan hebat Hugh Jackman yang memegang watak Logan aka Wolverine ini, Budiey ingin menawarkan hadiah-hadiah merchandise menarik untuk pembaca semua sertai!







Sinopsis X-Men Origins: Wolverine
X-Men Origins: Wolverine kembali menyorot kisah sebelum bermulanya X-Men trilogy membawa penonton kepada kisah hidup Wolverine yang diperan oleh Hugh Jackman. Tentang keganasan dan tentang kisah percintaan romantisnya dengan seorang wanita. Juga tentang hubungan yang sangat kompleks dengan Victor Creed yang kemudiannya menjadi Sabertooth dan juga menyorot kisah bagaimana Wolverine diperkasakan dengan Weapon X. Sepanjang jalan, ramai juga mutant-mutant yang punya power, sungguh buat anda teruja dan pastinya akan tersentak dengan kejutan-kejutan di luar jangkaan. Sebuah filem yang pastinya wajib ditonton oleh peminat X-Men.



















Pengorbanan seorang isteri

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selama beberapa hari.

Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya.Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya.

Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan;

" Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa. Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..."Si isteri menjadi sayu.

Si suami menambah " Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang..."

Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju. "Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang .... ayang masih di sisi abang.

"Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ...ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang,

"Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi."

Esakkan si isteri bertambah kuat...

Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS KAU SEKARANG!!

Cerita dari Jepun

Pada suatu ketika di Jepun hiduplah seorang lelaki yang sederhana, namanya Oda. Ia memiliki seorang isteri yang sangat cantik dan sangat disayanginya.

Namun sang isteri mempunyai perangai yang buruk, iaitu teramat cerewet sekali.Selain itu sang isteri tersebut juga suka mengumpat dan bercakap dengan kuat hingga boleh menyakitkan telinga.

Jiran tetangga tidak mahu dekat dengannya. Sebenarnya, Oda sangat menyayangi isterinya itu, tapi para tetangganya yang merasa terganggu menghasut Oda supaya meninggalkan isterinya itu.

Akhirnya Oda pun termakan kata-kata tetangganya. Ia berfikir bagaimana cara untuk melenyapkan isterinya dari muka bumi.

Suatu hari Oda mengajak isterinya berjalan-jalan ke kuil tua di tengah hutan. Ketika melalui bahagian belakang kuil tersebut, Oda melihat sebuah perigi buta yang tak digunakan lagi. Maka ia berpura-pura mengajak isterinya melihat burung di pohon besar dekat perigi itu.

Lantas dengan pantas Oda menolak isterinya itu masuk ke perigi.

Sepuluh minit pertama Oda merasa sangat bahagia kerana sepanjang hidupnya baru kali ini ia merasakan suasana yang begitu tenang tanpa celoteh isterinya.

Sepuluh minit kedua, Oda mulai merasa sepi juga karena tidak biasa dengan kesunyian.

Akhirnya sepuluh minit ketiga dengan rasa ragu-ragu Oda kembali menuju perigi buta tersebut.

Ia menurunkan tali timba dan berteriak menyuruh isterinya naik.

Begitu terkejutnya Oda ketika yang naik bukan isterinya melainkan makhluk menyeramkan dengan bulu lebat di seluruh tubuhnya, dialah makhluk penunggu perigi buta itu.

Oda lantas bertanya, "Kenapa kamu yang naik??"

Lantas makhluk itu pun dengan wajah pucat ketakutan menjawab,
"Aku takut la, di bawah tu ada manusia... dah la cakap kuat cerewet pulak tu..."

Biggest Loser...Bye-Bye 11kg

-Maybe some of you wondering why lately i've posted the same post like health and receipe....

-Well, dis is because from now on i want to keep remind not only all of you, but also to myself to keep healthy and fit....

-Maybe selama ni aku hanya ikut perasaan aku... Makan, makan, makan, makan without doing something.... Aku makan without thinking akibat yang aku kena tanggung nanti....

-Bila orang dah tegur badan aku dah naik, mulalah diri sendiri jadi ego... Tapi sebenarnya dalam hati sangat kecewa dan bimbang.. Sapa yang nak jadi camnie? Sapa yang sanggup dengar orang asyik kata badan da makin bulat???

-Bila menonton program Biggest Loser kali pertama, aku dah mula tertarik dan mula terpikir sesuatu... Rancangan yang memfokuskan peserta-peserta obesiti, overweight ni mula berikan aku satu idea mcmmana nak jalani hidup sihat seperti dorang.... Cut meals, more exercise, eat healthy, no fastfood... Tapi at the same time, kita juga diajar camna nak pilih makanan yang berkhasiat dan makanan yang tidak berbahaya untuk tubuh kita....

-Aku secara automatik jadi peminat setia program ni... Aku jadik setia menonton Bob, Jillian, Kim- trainer2 dalam Biggest Loser tuh... Aku kagum dengan keupayaan dorang bertiga membantu peserta turunkan berat badan dan menjadi seseorang yang baru....

-Bob, trainer lelaki bagi team biru.... Selalu bagi senyuman, sangat ambil berat tapi tegas... Kim, trainer bagi team merah... Lawa dan manis sgt... and my favourite trainer of coz will be Jillian, trainer pasukan hitam... Jill tak selawa Kim, tak semanis Kim, tapi attitude dia dalam melatih peserta buat aku ternganga... Memang strict, psiko, no mercy.....

-Dan kerana rancangan ni laa aku berjaya kurangkan 11kg... Aku ubah cara pemakanan aku, aku ubah cara hidup aku, aku created latihan untuk aku sendiri, aku created fokus aku sendiri....

-And nasib baik semua benda yang aku ubah + tambah berjaya bagi hasil... Skipping 300x sehari atau lebih, elak nasi, banyakkan plain water, makan makanan yang takda minyak, low fat milk, tak sia-sia.....

-Seluar yang dulu slalu sangkut kat bhgn paha aku skrg da senang nak sarung..... Seluar yang dulu nak button pun kena tarik nafas skrg da makin longgar dan longgar.... baju kurung yang dulu terasa sendat da selesa balik aku pakai... Alhamdulillah....

-target skrg? Skrg target nak kurangkan few KG lagik..... Tapi skrg memang makin payah sebab penurunan da makin slow....

-Tapi aku diet-diet nie bukan bermaksud makan minum suami aku biarkan.. Aku akan masak mcm biasa.. Aku masak lauk, nasik goreng, kue tiaw, masak itu, masak ini, cuma makanan tuh hanya utk suami aku sorang jer...

-Member2 yang ajak makan2 pun aku terpaksa tolak... aku tak nak program aku nie terjejas... Aku betul2 kene kuatkan diri aku kali nie... Kalau tak, sia2 jer usaha aku selama nie... Aku takkan biarkan berat aku naik mendadak mcm dulu lagik.. Lagipun doktor aku dah nasihatkan aku kalau nak chances anak tinggi, aku kena kontrol diet aku and kurangkan berat skit... (dulu mmg overweight teruk)

-Tapi diet ni pun taklah seksa aku sangat... Aku still boley makan makanan kegemaran aku... Cumanya aku kene pandai2 kontrol diri aku... Makan separuh, then stop.... Yang penting, rasa 'ngidam' tuh hilang.....

-Tu laa aku betul2 hepi bila ada program Biggest Loser nie... Memang automatik aku terlekat depan TV bila program tuh tgh on...

-Wokeh, so kalau korang tak penah tgk Biggest Loser tuh, aku sarankan korang tengok kat channel 702 astro...Mesti korang sendiri akan terpegun tengok camner orang yang ada masalah obes bley turun berat sampai jadi begitu slim esp lelaki..

-Okay.. So, aku out dulu.... Tata

Trainer Kim Lyons















Kim Lyons exemplifies fitness. She has been physically active her whole life and continues to excel in motivating others and achieving her goals in the fitness arena. Armed with a staunchly positive attitude and a winning smile, Lyons finds ways to make fitness fun and achievable for even the grumpiest of clients.


As a child, Lyons relied on her vibrant personality to make new friends. As the daughter of an Air Force fighter pilot, her family moved every two or three years. Her natural ability to entertain others became an invaluable tool to adjusting to new locations and schools. Lyons was also a zealous and competitive athlete, running track, playing softball and cheerleading while remaining active in several drama and acting groups.


Lyons attended Colorado State University, where she graduated with a degree in human development and nutrition in 1995. Shortly after graduating, she took a more serious approach to weight training and taught aerobic classes while pursuing her career path as a commercial pilot.


She also graduated from the National Academy of Sports Medicine for personal training and earned several nationally recognized nutrition certifications. Lyons segued into fitness competitions and quickly won national and international titles.


In 2002, she eared her IFBB Pro card, marking her place as one of the top fitness competitors in the world.


While preparing for one such competition, Lyons severely tore her Achilles tendon, resulting in donor replacement surgery. During her seven-month recovery, she became an accomplished writer and fitness expert featured widely in such magazines as Oxygen, and Muscle and Fitness, and SELF.

She has also become one of the industry's most photographed models and has appeared on more than 30 covers worldwide, and in twice as many interior stories to boot.


Lyons has moved to Hermosa Beach to pursue her passion as a full-time fitness professional. She continues to compete on the IFBB Pro circuit while hosting and making appearances at amateur competitions, nutrition stores, and fitness expos to inspire and educate upcoming athletes. When she is not traveling or training, Kim enjoys cooking, studying interior design, and participating in adventure sports.

Trainer Jillian Michaels












Jillian Michaels is one of the leading health and wellness experts in the country. Perhaps considered one of the most demanding people on television for her role as trainer and life coach on the NBC hit series The Biggest Loser, Michaels has created a brand name for herself. Every week she motivates nearly 15 million TV viewers, approximately 2 million subscribers to her Web site and daily e-mail newsletter, and many more radio listeners. As a motivator and role model, Jillian has a unique connection with her audience that stems from her own personal journey toward wellness. Before she was a huge TV success, Jillian struggled with her own weight. She was determined to reach her goals — and through dedication and hard work, she did.
Books, DVDs, video games, meal plans — Jillian has them all covered. Already a New York Times bestselling author, her latest book, Master Your Metabolism, was released in April 2009. Her DVDs, including her most recent, No More Trouble Zones and Banish Fat Boost Metabolism, are consistently top sellers on Amazon, and her Web site, JillianMichaels.com, enjoys tremendous success because of people who look to Jillian for a comprehensive online wellness program.
Each week, Jillian's two-hour health and wellness talk show can be heard on Clear Channel KFI AM 640; in addition, she is an Everyday Health Fitness Expert and an AOL Fitness Coach. Jillian also recently completed a video game for the Nintendo Wii — Jillian Michaels' Fitness Ultimatum 2009.
Jillian is currently working on the seventh season of The Biggest Loser. Each season in which she has trained contestants, one of her trainees has taken the top prize.
Recently, Jillian launched Empowered Media, LLC, with the goal of creating total life solutions for people that involve all aspects of living well, including health, wellness, weight loss, and overall lifestyle. By imparting to her clients a unique and inspiring philosophy that stresses the integration of fitness, nutrition, and behavioral changes, Jillian empowers the people she works with to define and reach their personal goals, both physical and psychological. Empowered Media allows Jillian to communicate her message of health and wellness to a large audience through different media, including an online community, books, DVDs, gaming, and exercise equipment.

The company will work toward its objectives with a circle of experts who collaborate with Jillian to act as life architects, helping people to restructure their lives. The company's motto is, "Inspired by Jillian, empowered by YOU!"
Jillian lives in Los Angeles. When she's not on set for TV, she enjoys traveling and getting involved in charitable activities, which include her work as an ambassador for the American Cancer Society.

Trainer Bob Harper











Bob Harper has skyrocketed from being one of the most in-demand fitness specialists in the Los Angeles area to becoming one of the most recognized and popular lifestyle personalities in the world. Now in his seventh season as one of the fitness trainers on NBC's worldwide hit "The Biggest Loser," Harper has become one of the most credible and sought-after motivational experts on television and DVD, in books and in personal appearances.


His new book, titled "Are You Ready! Take Charge, Lose Weight, Get in Shape and Change Your Life Forever," was released on April 1, 2008.


In addition to his leadership on "The Biggest Loser," Harper has made appearances on such shows as "Larry King Live," "CNN Live," "Extra," "Access Hollywood," "Entertainment Tonight" and "Inside Edition." He has also been featured in magazines such as Oprah Magazine, US Weekly, Entertainment Tonight, TV Guide, In Touch and Star. Harper's optimistic outlook, practical advice and gregarious demeanor have earned him fans and followers all over the country.


Harper has spent more than a decade in Los Angeles developing his trademark brand of fitness and nutritional integration that leads to lasting lifestyle transformations, and in so doing, he has cultivated a devoted following of clients. Harper's approach is founded upon knowing that quick-fix fitness does not lead to continuing and meaningful changes.


Harper adopts an "inside-out" philosophy in which he builds a relationship with each client. First he motivates them to realize their potential and their sense of self-worth. Then he helps them to develop habits -- and ways of thinking and acting -- which enrich and uplift them physically, emotionally and spiritually. His comprehensive approach has led to countless success stories, from top-name celebrities whom he has privately trained to those who discovered Harper as a group instructor.


For years, Harper has been a premiere group fitness instructor across the nation, and he's now known around the world. He has trained hundreds at a time in stadiums in the Far East and has been an instructor to trainers themselves, who have absorbed and replicated Harper's energetic and transformative methods with their own clients.


Harper is certified with the American Fitness Training of Athletics and with Aerobics and Fitness Association of America.