Blogger Templates

Followers

Tuesday, May 22, 2012

Tudung Bawal

-Hi peeps.... Dah lama mcm x update blog aku nie.... Bukan apa, lately bz sikit sebab ada benda kena siapkan...
-Actually kepada sesiapa yang mengenali aku, dorang da sedia maklum aku sangat suka tudung bawal... Tapi atas faktor aku masih failed esp nak melipat dan kemaskan depan dahi and tepi pipi, so aku terpaksa lupakan hasrat pakai bawal.... Padahal tudung bawal aku da berlambak2 aku borong time aku kat Kelantan dulu...
-Sekarang ni trend bawal datang balik.... Bawal two tones and yang ada pattern.... Aku tengok member opis aku Yanoor sangat cantek pakai bawal.... Aku pun start la berapi2 balik nak pakai bawal balik..... So, aku korek2 laa tudung2 bawal aku dalam drawer yang aku da lama tinggalkan dan x jenguk dalam dua tahun..... Yelah, daripada membazir cmtuh, elok aku try pakai balik....
-But YES i admit that im stil not know how to wear bawal properly.... Aku boleh iron, tapi time pakai memang aku xkan lulus punya... Tiup2 atas, try lilin supaya atas tuh xlembik sgt, semua da try, tapi xjalan... So, apa yg aku pakai, tu la hasilnya... im not a perfectionist but also not a fashion victim.... Aku kat tengah2.... ONCE AGAIN NAK TEKANKAN, AKU MEMANG X RETI NAK PAKAI BAWAL EVEN I LOVE IT SO MUCH!!!! faham?






Monday, May 21, 2012

Fridge magnet, lagi...



Adoi, kat mana lagi nak letak? kat bawah tuh sah2 x boleh taruk sebab kang abis dikerjakan oleh dua budak AA tuh..... Kat tepi kiri kanan fridge pun da dekat penuh....

Petunjuk menutup aurat...


Pelakon Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.
Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.



Friday, May 18, 2012

Penting: Ok x Blog aku?

-Kekadang aku rasa blog aku ni mcm missing something ja.... Aku sekarang ni quite bz, so kalau x update, memang maksudnya aku takda masa.... But hari ni, free sikit, so ada laa ruang nak update especially time rehat solat Jumaat.....
Tapi persoalan utama, BLOG AKU NI OK X????
(aku tgh angin xbrapa bagus, so macam trasa nak pujian sikit)


Rumah Impian

-Nyesal betul... Aku ni kalau bukan ayah aku yang remind, sah2 smpi skrg aku xkan pikir pasal nak beli rumah.... Thanks ayah! Kalaulaaa aku sedar awal, time mula2 masuk kerja tuh aku da start cari rumah idaman aku....
ala2 cmnie rumah idaman... small but cute!
-Skrg nie aku da 30tahun... Aku kena cari dan settlekan tahun ni gak supaya loan aku boleh settle time aku da 60tahun,,, Tapi ntah time tuh aku masih hidup ke atau da xda kat dunia nie... Yang aku pasti, time tuh ayah ibu aku for sure dah xda, jauh meninggalkan aku untuk berjumpa dengan Yang Maha Esa... (sebak la plak)....
-So, skrg ni aku akui mmg sibuk cari rumah and most of my time pun, aku dok asek tgk internet untuk cari rumah untuk dijual...
-Rumah idaman? Rumah teres 1 tingkat yg ada ruang kat luar... KEnapa? Sebab aku xsuka naik tangga... Letih oooo! AKu bayangkan aku da 60 tahun, mesti lutut da sakit... Nak naik tangga mesti azab.... Then, aku xnak ada eksiden anak/cucu aku jatuh tergolek kat tangga... Yalah, aku bukan ada maid.. Kadang2 mata terlepas pandang.. Bimbang gak skali terlepas, dorang tengah main kat tangga, main tolak2 plak tuh... X ke naya tuh????
Letihlaa weit naik turun tangga... Nak tukar baju, naik... terlupa dompet, naik.... nak tidur, naik... adedeh...
-Boleh imagine kalau da ada rumah sendiri.... Hias, cat, ubah suai apa yang kita nak ubah.. (tapi RM kena ada laa kan???)... Esok aku akan gi tgk rumah contoh rumah end-lot tuh... Yang corner lot mmg serious payah nak mampus dapat....  Semua da kena booked... So, tu yg nak tgk keluasan end lot tuh... Asal ada ruang skit untuk aku 'bernafas', cukuplaaa..... Kalau esok berkenan, esok gak aku bayar untuk booking unit....
-Townhouse ok, but kalau boleh, biarlah rumah yg stand alone.... Condo? Aku nak yg atas tanah.... Mana tau aku da tua da pencen nanti tetibe gatal nak tanam bunga, kan???? ahahahaha....
-Doakan aku dapatlaaa jumpa rumah idaman aku.... Mizi da jumpa rumah idaman dia... HArga RM480k, 2 setengah tingkat.... HAdoi!!! Aku nak elak tangga, dia plak nak tambah tangga...... REJECT!!!! ahahaha...
-Ok.. aku chiow dulu... tata




XXL to S

MODE: S.P.E.E.C.H.L.E.S.S...... Yang pasti, aku sangat jeles!!!!Aku boleh diet, aku boleh mekap, tapi aku xda RM nak upah personal trainer!!!! Waaaaaaaa...





Boikot barangan/produk Israel jahanam...

McD, Pepsi, Nestle, KFC, Loreal, Coke-Cola, KitKat, Sprite, Mark n Spencer, Nokia antara produk yang patut kita boikot.. Kalau McD and KFC tuh bukan under Israel pun, kita sapos elakkan sebab xelok untuk kesihatan kita... Lagiklaa Pepsi, Sprite, Cola pelbagai.... So, jom kita start boikot produk2 ni sebagai tanda kita protes segala perbuatan kejam puak zionis jahanam ke atas saudara2 muslim kita di Palestin...



Thursday, May 17, 2012

Kesengsaraan Palestin

-Budak dan wanita, semua dorang layan teruk... Memang xda perikemanusiaan puak Israel nie... Kenapalaaa kekejaman Israel jahanam ni x diberhentikan? AS pun senyap ja macam hamba puak Israel nie.... Mari kita sama2 berganding bahu menentang kekejamana puak jahanam Israel.... Semoga mereka akan dapat balasan yang setimpalnya oleh Allah SWT....
(gambar dasyat2 aku xmo upload sebab kang aku sendiri yang akan menitiskan air mata)


















Mari bantu Saudara Palestin kita..




-Sejak kebelakangan ni, ramai yang telah tukar profile picture kat facebook... Gambar coklat kartun yang bertutup mata.  Ini aku copy and paste dari Khalis from Sah dan x Sah...

This picture shows a prisoner. Brown is the color of clothing enforced by the Israeli Prison Services on Palestinian prisoner. The logo on the right means "Shabas" and it is an abbreviation for the Israeli prison Service. The purpose of changing this DP is just to spread the awareness about our brothers and sisters being imprisoned in Israel and currently on Hunger Strike.

Changing this DP cannot help them at all but one thing for sure is people will notice what is happening and perhaps all muslims can make du'a for them. That will change something.

HUKUM HUNGER STRIKES DI PALESTIN :


Prof Dr. Yusuf al Qardhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya mengenai hukum mogok lapar oleh tahanan umat Islam di dalam penjara Israel. Beliau menjawab :

Mereka adalah pejuang keadilan ! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!!!

Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing2 samada secara sokongan aman , demonstrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita sentiasa bersama dengan mereka!!!

Bilal Thiab = 76 Days
Thaer Halahleh = 76 Days
Hassan Safadi = 70 Days

Mohammed Al-Taj = 60 Days
Omar Abu Shallal = 68 Days
Mahmoud Sarsak = 54 days
Faris Al-Natur = 47 Days
Ja'far Ezz Al-Din = 53 Days
Abdallah Al-Barghouthi = 32 Days
lebih dari 2000 tahanan = 27 Days

Mereka teseksa setiap saat, dan boleh mati bila2 mase sahaja... Ada yang berat turun lebih 30 kg, bleeding beberapa bahagian tubuh, gigi luruh... Sama2 kita banyakkan taubat dan berdoa untuk ikhwah kita di sana... Tolong sebarkan isu ini ke mana2, ini antara usaha kecil kita boleh buat. Perang Media !!!

Nanti kat Mahsyar apabila saudara2 Palestin tanya kita buat ape kat dunia untutk bela nasib mereka, apa korang sume nak jawab? "Err, saya tukar dp kat fb je." Camtu? 

Teruskan tunjukkan sokongan walaupun sekecil perkara, banyak lagi korang boleh buat,

1) Doa (doa senjata mukmin)
2) Perbaiki diri kita untuk jadi muslim yang mukmim
3) Perbanyakkan lagi baca Al-Quran
4) Bertaubat atas ape korang buat salah yang lepas
 
***kredit to sah dan x sah

Adush, Ady Putra plak fail cerai...


Namun hari ini Harian Metro melaporkan yang pelakon Ady Putra mengesahkan yang dia telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Aida Yusof, di Mahkamah Syariah, 11 Mei lalu.
Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya.
Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut namun yang pasti dia dan isteri tiada persefahaman.
Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.
Ady menambah mereka berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.
Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami.
Kiranya agak mengejutkan juga berita ini kerana Ady dan isteri tampak bahagia saja sebelum ini terutamanya semasa jelajah ABPBH yang lepas. Namun yang empunya diri lebih tahu apa yang terbaik untuk hidupnya.
Semoga Ady dan isteri menemui kebahagiaan selepas ini.

***kredit to beautiful nara







11 Perkara Jangan Sebut Depan Suami

Bukan mudah untuk membina hubungan yang terus bahagia. Kadang-kadang pertanyaan dan jawapan membawa padah kepada si pasangan. Jadi, hati-hatilah soal apa yang harus dan tidak harus diceritakan kepada pasangan anda. Ada beberapa tips yang perlu kita tahu:

  • Jangan buat lelaki patah semangat terhadap pekerjaannya. Sebaliknya cubalah membantu.
  • Janganlah hendak diperbesarkan jika pendapatan anda melebihnya. Boleh menyinggung perasaan dia beb!
  • Jangan membandingkan dia dulu dengan sekarang.
  • Benci ibunya.
  • Jika ilmu kamu lebih darinya, janganlah cuba mengajarnya melainkan dia ingin belajar dari kamu.
  • Jangan cerita tentang keburukan kawan baik lelaki itu. Kawan penting bagi lelaki.
  • Jangan cerita tentang ada lelaki lain menyukai kamu atau ingin mengenali kamu.
  • Kadang-kadang cerita tentang kawan lelaki kamu membuat dia cemburu dan kurang senang. So kurang-kurangkanlah yer.
  • Perkataan cerai atau putus. Memang satu perkataan yang lelaki tak boleh dengar. Eloklah kamu hindarkan.
  • Jangan cerita tentang keburukan pasangan anda. Lelaki juga sensitif. Jika perangai atau kelakuannya, bincanglah secara lembut.
  • Sebut tentang bekas teman lelaki. Ini pedih bagi lelaki.





Friday, May 11, 2012

Aku di persimpangan.....

-Hai peeps.... 
-Lately aku sangat terganggu and x berapa hepi macam dulu... So many things happened around me, forcing me to think the next step that i need to take...
-Auni dan Auji makin membesar.... Aku so far xda masalah nak jaga dorang even Mizi outstation.  TAPI bila dorang sakit atau aku yang sakit, itu yang akan menjadi masalah besar untuk aku.... Aku masih boleh bertahan kalau dorang yang sakit, tapi aku paling takut kalau aku yang sakit.  Sebabnya aku tahu bila aku sakit, aku takkan mampu untuk mengangkat diri aku sendiri, apa lagi nak jaga AA.... KEsian dorang...
-And then insiden Auji kena air panas  kat taska, insiden pembantu rumah yang suddenly quit.  Even pengasuh sekrang hanya jaga AA sahaja, tapi sebagai Ibu, aku xdpt nak elak daripada perasaan bimbang dan susah hati.  Sudahnya, selepas berfikir-fikir, aku macam terasa mungkin ada  baiknya kalau aku ikut nasihat Ibu aku, hantar AA ke Sabah..... 
-TIDAAKKKKKKK!!!! Xdapat aku nak bayangkan hidup tanpa dorang... Bayangkan kalau dorang xda, Mizi outstation, OMG, what im going to do with my life? i'll go insane......



Permata hati aku... Auni dan Auji
 -Kadang-kadang aku macam dah give-up.. Aku dah terasa bosan hidup di KL nie.... Dah bosan  dengan drama-drama yang terhidang di depan mata aku.  Aku dah bosan dengan masalah yang berlaku disekeliling aku.  Aku betul-betul da bosan....
-Aku sekarang umpamakan diri aku sebagai gunung berapi yang tunggu masa untuk meletup bila-bila masa.... Aku bimbang... Aku baru 30tahun, tapi aku dah mula macam terasa hidup aku serba x kena di KL nie.... Ya Allah, tolonglah aku..... Biarlah kali ini aku dapat membuat keputusan yang tepat demi untuk anak-anakku.....


Tuesday, May 8, 2012

Transfer?

-Its has been 5years working with Jabatan Penerangan Malaysia.  But itu bukan isu utama.  Isu utama ialah, AKU TERINGIN BALIK SEMULA KE SABAH... WHY? Sebab ibu ayah aku di Sandakan.... Umur dorang dah meningkat... Aku nak sangat dapat dekat dengan dorang semula. 
-Kadang2 aku terpikir, kenapa aku pilih kerja ni sebagai sebahagian daripada hidup aku? Kerja with Govt memang menjanjikan kehidupan yang mudah di hari tua sebab ada pencen... But i miss my parent so much! 
-Aku kadang2 terpaksa amik masa bersedirian untuk menerima hakikat bahawa kini hidup aku di sini, Putrajaya.  Bukan Sandakan @ Sabah lagi.... 
-Aku x nafikan kadang2 hati aku meronta2 nak balik Sabah.  Nak lepaskan jawatan yang dipikul sekarang ini semata2 untuk dekat dengan Ibu Ayah.  Biarlah kerja semula sebagai reporter yang gajinya mungkin sikit tapi menjanjikan sedikit kepuasan untuk diri aku sebab dapat duduk serumah dengan mereka.  Tapi aku tau Ayah PASTI akan cincang aku hidup2 tanpa sebarang ubat bius.... 
-Ibu dan Ayah,even Ijang sudah ndak boleh balik selalu, tapi kamu tetap di hati Ijang.  Kalau ada jalan darat dari Semenanjung ke Sabah, Ijang pasti akan drive Savvy hitam ijang tuh balik ke Sandakan tiap2 minggu.....

Backstabbing.. Best x?

-Mak ai... Tajuk pun BACKSTABBING....
-Saja ja taruk tajuk ni...Sebab aku bet kamu pun mesti sangat setuju sekarang ni da mula wujud ramai backstabber.... Kenapa?Isy, banyak sebab..... Antara alasan yang paling popular ialah sebab NAK HIDUP dan NAK PINTAS GUNA SHORTCUT.... Its sooooo easy....
-And for me, this kind of people should give a lesson.... Kalau once dah backstab, forever he/she will do it, over and over again..... 
-Orang yang backstab ni memamg spesis yang xda perasaan, xda perasaan bersalah/malu.... Pasal nak naik atas, pasal nak nama, semua tolak tepi.....  
-Aku dah pernah kena backstab, and it was sooooo 'nice'..... Dan sampai sekarang aku takkan sekali2 dekati manusia mcm itu....