Blogger Templates

Followers

Tuesday, September 6, 2011

Manusia Hanjing..............

-Aku x main2 la... Aku dapat post ni dari blogger lain... Bagus2 da jadik manusia, nak gak jadik hanjing.... Korang tengokla sendiri....







***kredit to Khalis from sah dan tak sah....

Pantai Geting....

1Sept2011, ke Pantai Keting, Tumpat Kelantan untuk mengisi waktu yang 'terluang'....


Astaka wau bulan.... aku snap jer...
Mizi with Auji and layang2 keciknya... rm2 ja...

Ramai budak mandi2...

Siap berposing2 lagik dalam air...

Its me with my sandal....(cant stop myself from getting into the water)

Auni pun sama!!!!


PAmpers sapa tertanggal nie???

"Dorang ni x sambut raya ke???"

Me with Auni...

Our sandals.... Penuh dengan pasir...

LONG Story~My 2011 Raya

-Harap x terlambat untuk aku ucapkan sekali lagik Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk tahun 2011 nie.... Macam yang kebanyakan korang tau, tahun ni aku balik raya ke Tumpat, Kelantan... 1st time dalam tempoh 29tahun aku beraya kat tempat lain... Mula-mula nak meraung gak laa bila pikir aku x dapat balik Sandakan... Dengar lagu raya pun rasa cam nak hempas2 radio tu aku rasa....

-And seperti yang kebanyakan korang baca di facebook aku, YES, aku diserang demam panas yang sangat teruk pada 28Ogos2011 tuh... Demam panas sejuk yang teramat sangat sampai da x mampu nak berdiri apa lagi bergerak.... NAsib ada Mizi and Bik Aida yang tolong jagakan Auni and Auji time aku x mampu buat apa2...

-28Ogos2011 malam tuh, aku makin x larat.... Jam 9malam, aku drive sorang ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya amik ubat... Sah, panas aku da cecah 39c.... Sampai nurse tuh suh aku telan 2bijik panadol time tuh jugak... Balik rumah, tengok Mizi da tertidur dengan Auni and Auji... Me? Aku x bley tidur lagik... Kene packing untuk esok plak..

-29Ogos2011, flight kami ke Kota Bharu... Jam 10.10pagi dari KL, tiba di KB jam 11.05pagi... Just time aku nak bangun dari seat dalam flight tuh, suddenly aku nak collapse... Aku passed Auji kat Mizi sebab takut aku jatuh rebah together with her... Kan parah... Auni? Hehehe, budak kecik tuh dok dalam stroller laa...

-Aku sampai rumah, terus tertidur... Jujur, aku x berpuasa dua hari sebelum raya... Aku x larat nak bawak badan and aku kene telan panadol every 6hours... Aku rasa ni laaa paling banyak aku telan panadok seumur idup aku...

-30Ogos2011, rasa pelik+janggal sebab aku bangun lewat... Kalau kat Sandakan, jam 6pagi aku da sibuk ke dapur tengok makanan.... Ni jam 8pagi aku baru siap2 nak mandikan Auni Auji...Badan masih lemah tapi better than yesterday...

-Tengahari tuh kami pi Tak Bai naik feri... Nak jumpa Mek and Ayah Mizi... Dah semua adik-beradik dia ke sana, xkan kami sendiri2 kat rumah? Nak x nak terpaksalaaa kuatkan semangat gi sempadan siam tuh...

-31Ogos2011, xda ada apa2.. Just kat rumah kakak dia, aku tolong cuci2 apa yang patut... Cuma tergendala gak tugas aku tuh sebab dengar Auji wekkkkkkkkkkk (bunyi nanges)...

-1Sept2011, Just lepak rumah... X gi mana2 sebab Mek Ayah Mizi masuk Tak Bai semula....

-2Sept2011, pagi gi rumah Mek Ayah Mizi... Lepak sana sampai lepas solat Jumaat... Petang siap2 gi KB attending kawan Mizi punya majlis kawen.... Malam rehat+zzzzzzzzzzzzz (terlupa nak tanggalkan lens.. Nasib aku terbangun jam 11.30malam)....

-3Sept2011, packing2 barang and off ke rumah Mek Ayah Mizi... Flight jam 12.20tghari... Tapi untuk mengelakkan daripada tersangkut di Jambatan Sultan Yahya Petra, kitorang berangkat dari rumah jam 8.45pagi....

-Sampai rumah jerrr terus keluarkan barang, cuci baju kotor.... 3.45ptg, aku gi amik Bik Aida kat Dengkil.... Malam, its Johnny's time!!!!!!!! Melantak mcm x makan 3malam....ehehehe... Wokeh, aku chiow dulu... Terlampau panjang pulak cerita raya aku ni.... Tata!

Sakit, sakit gak... Tapi mekap kene menten.... Me with Auji Zarin..
Si Ayah with Auni Zahra... Auni sibuk tengok laut eh sungai, ermm watever...

Sunday, August 28, 2011

Char Kue Tiaw yang not bad...

-Char Kue Tiaw harga rm3... Not bad... Mizi pun kata sedap, maksudnya memang sedapla tuh... ni 2nd time aku beli kat gerai tuh, tu pun last2 minit... Adui....
-Just frust skit bila dorang x masak char kue tiaw yang spesel... Kalau x, mmg sah2 aku order extra udang+extra kerang.....

Parking kosong!

-"Dunia ini ana yang punya".. Kitorang balik rumah jam 6.50petang tapi aprking punyalah banyak kosong... Menandakan ramai manusia telah balik ke kampung untuk menyambut raya....!

Brapa kerat yang kibarkan bendera???



-Cuba tengok, ni kawasan perumahan kuarters kat putrajaya area rumah aku...
-Tapi berapa kerat jerr yang kibarkan jalur gemilang?


Saturday, August 27, 2011

Bazaar presint 2 lengang sket...

-1st time kitorang parking tepi jalan macam nie...
-Lengang dowh...
Jalan2 with Auni.. Auji? Dia xikut sebab wori dia merengek kepanasan...
Ni rasanya perisa oren...
-Cokolat+vanila.. Aku ada beli, tapi x makan lagik....
Kek cokolat perisa strawberry yang sgt menyelerakan...
Air asam boi, peberet kitorg...
-Ni la gerai air yg aku slalu gi.. Dalam sebulan berpuasa ni, boleh dikatakan lebih separuh air berbuka tuh aku beli kat sini... Abang yang jual tuh pun quite kiut gak... Senin ni last da dia jual.. Dia da nak balik johor.. Tata!
Cempedak goreng.. 6biji rm2...
-Kawasan ni dulu penuh dgn gerai, skrg da xda lagik... Jadik parking plak da...
-Mizi teringin nak makan kopok lekor...
-Pemandangan bazaar presint 2 yang skit lengang...
-Biasa weekend pasti akan sesak, but today, da makin kurang orang yang berjual dan jugak yg datang...
-Agak lengang gak....
-But kat gerai roti john unai masih Q panjang...

-Cepat ja ramadhan tahun nie... Tup tup da nak raya da... Harap2 tahun depan aku masih bernyawa dan berpeluang menyambut ramadhan with my family... Amin...

Nasi Kerabu...

-Hari-hari gi bazaar presint 2, slalu tgk org beratur beli nasik kerabu..Then, 26ogos2011 tuh, aku terdetik nak join Q panjang tuh...
-Sakit gaklaa pinggang eden ni berdiri nak dekat 20minit.... Bila turn aku, aku pun orderlaa naisk kerabu with ikan 1, nasik kerabu with daging bakar (for me), and mizi order just lauk daging bakar dan ayam bakar...
-Total rm9... Not bad.... Sedap and murah.. No wonder orang sanggup beratur panjang nak beli nasik kerabu Wan Atiq tuh...
-Oooo, kalau korang nak gi, da terlambat da.. Tadik aku gi, gerai tuh da tutup da.. eheheheh..

Polka Dot from Izza...

-Again, its about apam polka dot... But this time, aku x beli.. But dibagi free by Nurul Izza... alkisahnya kawan mizi order 150 biji from her, so, ada extra tuh , Izza pun bagilaaa kat Auni and AKU terutamanya ..
-Yang penting, filling strawberry.. Nyam-nyam... Thank u Izza!!!

Rantai anaknya selama 23 tahun...

Seorang ibu dari negara China telah merantai anaknya selama 23 tahun sejak anaknya berusia 17 tahun lagi...
Alasan si ibu sebab jika anaknya tidak dirantai, anaknya mampu membahayakan+mencederakan orang lain sebab tidak siuman... So, ibunya yg bernama Xio Anraong, 76 tahun mengambil keputusan untuk merantai anaknya Tang Zuhua kerana sangat sayangkan anaknya tu...
Si ibu la yang menguruskan anaknya tu termasuk memberishkan, dan mencukur rambut. Si anak jugak dibiarkan berbogel sebab konon pakaian boleh membahayakan anaknya tuh... Dia juga terpaksa tidur atas lantai sebab si ibu x mampu beli katil...
Dan kerana terlalu lama dirantai+diikat, Tang Zuhua da x mampu berjalan dengan baik...

***kredit to khalis from sah dan tak sah...

Kawasan Speed Trap...

KAWASAN SPEED TRAP.
Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak
Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi
NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam
Jaga-jaga
KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ
JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor

***kredit to khalis from sah dan tak sah...

Friday, August 26, 2011

Contact Lens..



-Bergaya, bergaya jugak.. Tapi jangan sampai tahap nak 'bunuh' diri sendiri... Ni aku copy and paste 1 artikel info pasal contact lens nie... Info untuk aku dan kawan2 yang pakai lens tuh..

-Sekarang ni banyak lens yang dijual di pasaran dgn harga yg jauh lebih murah... Ada yang siap kata bley tahan sampai setahun kalau pandai jaga... Setahu aku, paling lama 1bulan ja... ni sampai setahun? Bab2 mata ni better jangan amik ringan.. Bila da cedera, kene jangkitan, buta, nyesal pun x da guna lagik da....

-Aku kenal lens ni pun time zaman UiTM dulu... Alkisahnya tengah syok2 main futsal dengan kekawan, tiba2 bola zoooopppp baek punya landing kat spek aku.. Ada la skit kesan luka dekat2 da dengan mata aku... Pas main futsal tuh gak aku terus gi kedai optical and beli new lens untuk keselamatan aku esp kalau main bola... and aku pakai lens terus laaaa smpi da anak dua nie...

-Aku x pakai lens pun time aku da sarat2 pregnen (kot2 terberanak awal, x sempat nak bukak lens, x ke naya tuh?)...

-Ok, baca laa info pasal lens ni... Panjang sket laa artikelnya, tp berbaloi...

Mahu bergaya atau undang bahaya?

KETIKA mula diperkenalkan, kanta lekap tidak lebih daripada pengganti kaca mata. Golongan berkaca mata yang rimas menyarung 'teropong' mereka ini, boleh beralih kepada kanta lekap untuk mencari kelainan biarpun sukar melakukannya kali pertama.

Seiring perkembangan bidang optometri dan fesyen, kanta lekap sudah berubah fungsinya. Sekarang, kanta lekap berwarna makin popular digayakan ramai orang - baik golongan selebriti mahupun individu yang teringin tampil berbeza.

Kanta lekap kini sudah dianggap aksesori berbanding fungsi asalnya. Kanta lekap berwarna makin digemari pelbagai peringkat usia dan mudah didapati pada harga murah.

Akibat permintaan tinggi, ada pihak memandang mudah soal penjualan kanta lekap. Menurut prosedur betul, penjualan kanta lekap perlu dilakukan optometris bertauliah yang memeriksa mata pengguna terlebih dulu bagi menentukan kesesuaian penggunaan kanta lekap.

Namun, berbeza pula keadaannya sekarang. Kebanyakan pengguna lebih mementingkan produk murah berbanding aspek keselamatan dalam penggunaan kanta lekap. Rata-rata mereka tidak merujuk kepada optometris sebelum mendapatkan kanta lekap. Malah ada yang membeli kanta lekap melalui internet dan pasar malam.

Bagi individu yang menggunakan kanta lekap tanpa merujuk optometris, risiko mengalami masalah mata adalah tinggi. Antara masalah yang boleh dihadapi pengguna kanta lekap ialah jangkitan, alahan hingga lebih kronik, risiko menjadi buta.

Sehubungan itu, individu yang ingin menggunakan kanta lekap, sama ada untuk pembetulan penglihatan atau tidak, perlu membuat pemeriksaan mata dengan optometris bertauliah.

Bagi memberi penjelasan lanjut mengenai pemakaian kanta lekap, kolum Tanya Pakar menemubual Perunding Optometris, Prof Madya Dr Bariah Mohd Ali dari Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kata Prof Bariah, penjualan kanta lekap oleh pihak tidak bertauliah dalam bidang kesihatan mata cukup membimbangkan. Lebih teruk, katanya, ada pihak berkongsi kanta lekap dan menyewakannya kepada individu berbeza tanpa menyedari langkah itu mengundang padah.

Apakah fungsi kanta lekap sama dengan cermin mata?

Seperti cermin mata, kanta lekap adalah sejenis alat bantuan penglihatan. Cuma, berbeza dengan cermin mata yang berbingkai dan pemakaiannya boleh dilihat, kanta lekap pula diperbuat daripada plastik, lebih kecil, nipis, ringan dan melekap pada mata.

Bukan itu saja, ada juga kanta lekap yang berwarna. Kebanyakannya bukan hanya digunakan sebagai alat bantuan penglihatan sebaliknya sebagai kosmetik. Ini bertujuan menampakkan warna iris yang berbeza daripada asal.

Kanta lekap juga digunakan untuk tujuan terapeutik (rawatan) bagi sesetengah masalah mata. Antaranya myopia (rabun jauh), perbezaan tahap ketinggian rabun antara kedua-dua belah mata yang jauh berbeza (anisometropia) atau masalah mata silau yang agak serius.

Penyakit begini lebih sesuai dirawat dengan penggunaan kanta lekap khusus.

Apakah jenis kanta lekap yang ada di pasaran sekarang?

Secara ringkasnya, ada dua jenis kanta lekap iaitu kanta lekap lembut dan keras. Kebanyakan kanta lekap yang ada di pasaran sekarang adalah dari jenis lembut. Kanta lekap keras turut dipanggil RGP (rigid gas-permeable) yang diperbuat daripada plastik keras dan lebih tahan lama.

Kanta lekap jenis ini membenarkan oksigen melalui kanta dan tempoh hayatnya lebih lama. Cuma, ia tidak sesuai untuk dipakai ketika melakukan aktiviti fizikal lasak.

Kanta lekap lembut pula kebanyakannya jenis pakai buang, sama ada harian, mingguan atau bulanan. Kanta lekap begini lebih selesa, boleh mengubah warna mata dan boleh dipakai ketika melakukan aktiviti fizikal lasak manakala tempoh jam pemakaiannya lebih lama.

Adakah semua orang sesuai memakai kanta lekap?

Kanta lekap memang selamat selagi pengguna mendapat nasihat daripada optometris serta mengamalkan rutin penjagaan yang baik. Bagi yang mempunyai mata yang sihat, tidak ada masalah bagi mereka menggunakan kanta lekap.

Dari segi usia juga, tidak ada had usia untuk seseorang menggunakan kanta lekap. Ini kerana dari segi rawatan perubatan, ada kes di mana bayi diberikan kanta lekap terapeutik untuk merawat masalah pada mata mereka.

Namun, bagi sesetengah individu, misalnya mereka yang mempunyai mata jenis kering, menghidap sebarang jenis penyakit okular (mata), wanita mengandung atau mereka yang sedang mengambil ubat-ubatan untuk penyakit yang serius, tidak sesuai menggunakan kanta lekap. Ini kerana dalam keadaan seperti yang dinyatakan, mata mereka biasanya lebih sensitif, mudah berlaku edema dan sebagainya.

Sehubungan itu, pemakaian kanta lekap mungkin boleh menimbulkan komplikasi kepada mata mereka. Penilaian untuk menentukan penggunaan kanta lekap perlu dilakukan menggunakan lampu celah biomikroskop serta pemeriksaan dan nasihat mengenai penjagaan daripada optometris. Ini penting bagi mendapatkan pemasangan kanta lekap yang optimum.

Apakah penyebab masalah mata berpunca daripada pemakaian kanta lekap?

Antara punca yang lazim dilihat ialah amalan penggunaan kanta lekap itu sendiri. Ada individu menggunakan kanta lekap lebih daripada tempoh yang sepatutnya termasuk memakainya ketika tidur malam.

Memang dari segi keadaan fizikal, kanta lekap nampak masih elok tapi dari segi fungsi dan material, ia mungkin tidak lagi selamat digunakan. Ramai yang masih menggunakan kanta lekap biarpun tamat tempoh atas alasan tidak merasai apa-apa perubahan atau masalah.

Mereka seharusnya tahu, kesan masalah ini tidak dapat dilihat dalam tempoh yang singkat. Kesannya akan berlaku dalam jangka panjang. Selain pemakaian yang melebihi tempoh sepatutnya, masalah juga boleh timbul daripada cucian dan simpanan kanta lekap yang tidak sempurna.

Bekas simpanan kanta lekap yang kotor juga boleh mengundang jangkitan bakteria. Oleh itu, bekas kanta lekap mesti dicuci setiap minggu dan diganti sekurang-kurangnya setiap tiga bulan.

Justeru, bagaimanakah cara penjagaan kanta lekap yang betul?

Paling utama dalam penggunaan kanta lekap adalah kebersihan. Ini termasuklah tangan, kuku, bekas simpanan dan apa saja yang terbabit dengan pemakaian kanta lekap.Kanta perlulah dicuci dengan larutan khusus dan disimpan dalam larutan yang khusus untuk kanta lekap.

Penggunaan ubat titis mata juga mesti digunakan mengikut keperluan.

Jangan pakai kanta lekap melebihi tempoh yang sepatutnya dan dari semasa ke semasa, jumpa optometris untuk melakukan pemeriksaan mata walaupun anda pengguna kanta lekap yang tidak mempunyai kuasa untuk pembetulan penglihatan.

Bagaimana jika seseorang memakai kanta lekap ketika berenang?

Sebenarnya, pemakaian kanta lekap ketika berenang tidak digalakkan kerana keadaan air kolam yang tidak begitu bersih boleh menyebabkan jangkitan. Sehubungan itu, mereka disaran memakai kanta lekap berserta dengan gogel.

Jika tidak mahu memakai gogel, mereka boleh memakai kanta lekap dengan syarat ia perlu ditanggalkan sebaik saja keluar dari kolam. Kanta lekap berkenaan perlu dicuci manakala mata pula perlu dibiarkan berehat sebelum memakai kanta semula.

Apakah rawatan yang biasanya diberikan kepada mereka yang mengalami masalah mata akibat penggunaan kanta lekap?

Ini bergantung kepada masalah yang dihadapi pesakit. Apabila berjumpa optometris, mereka harus ceritakan masalah mata yang mereka hadapi dan rutin pemakaian kanta lekap supaya punca boleh dikesan.

Bagi kebanyakan kes, pesakit biasanya akan diberikan ubat titis atau diberikan produk kanta lekap yang bersesuaian.

Akhir sekali, apakah nasihat kepada pengguna atau bakal pengguna kanta lekap?

Mata adalah organ yang penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk memeliharanya dengan baik. Jika anda ingin memakai kanta lekap, dapatkan maklumat secukupnya terlebih dulu sebelum membelinya.

Pastikan anda mendapatkan kanta lekap daripada pihak yang bertauliah dan lakukan pemeriksaan bagi mendapatkan kanta lekap sesuai.

Seperkara lagi, amalkan rutin penjagaan yang betul dan berdisiplin untuk mengelak komplikasi yang boleh menimbulkan masalah pada penglihatan anda kemudian hari.Pihak bertanggungjawab juga diharap dapat memantau dan mengawal penjualan kanta lekap oleh pihak tidak bertauliah.

Tip#

Bagi pengguna baru, ada tentu keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara tetapi pastikan ia kelihatan seperti separuh bola. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata anda. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.

Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda laser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam atau luar kanta lekap.

# Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.

# Sentiasa pastikan anda mencuci tangan sebelum mengeluarkan kanta lekap. Jika anda berdiri di depan sinki, pastikan anda menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.

# Untuk mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.

# Peringatan, jangan sesekali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata anda.
Sumber : Berita Harian

Lawak 5sen vs mlm jumaat...

Malam itu malam Jumaat. Jam menunjukkan pukul 11.30malam. Si suami lekas lekas merengek pada isterinya dengan alasan malam Jumaat tak baik dilewat-lewatkan.

Si isteri yang akur dengan alasan pahala sunat malam Jumaat rasa bersalah seandainya tidak membantu suaminya.Lantas si isteri menarik tangan suaminya masuk ke bilik tidur.

Baru sahaja si suami bismillah, dia terkejut mendengar jeritan anaknya dari bilik sebelah. Sepantas yang mungkin si ayah mengajak si ibu pergi melihat apa yang berlaku pada anak mereka.

"Kenapa nangis ni? Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen.

Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni."

Si anak teruja dan terus berhenti menangis.

Baru sahaja si ayah ingin memndang si ibu dengan pandangan penuh makna, sepantas kilat juga si anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."



**kredit to khalis from sah dan tak sah...

Marion Counter pregnant!

-Congrats to Marion Counter and her husband, SM Nasarudin bakal bergelar mama and papa x lama lagik....
-Marion dah mengandung 5bulan.. So kiut tengok Marion with her kiut tummy....

***kredit to Beautiful Nara...

Kuih raya dis year...

-Ni laaa kuih raya untuk aku dis year.. Nampak jerr mcm banyak tapi sebenarnya 7 jenis ja... 5 kuih and 2 lagik bukan jenis kuih (hmmm)..

-Senang ja kalau x abes, tapau laaa kuih ke opis pas raya nanti... Gerenti abesssss.....

Sahur for today....

-Strawberry kastard pudding from Fruitty.... Aku makan yang sebelah kanan tu jer... Sebelah kiri simpan, nak makan sahur esok plak....
-Mizi? Eh dia makan nasik la... Aku jerr yg x nak amik nasik... Nak kawal berat badan laaa kononnya....

Kucing paling HUDUH...

-Dulu aku post rupa kucing paling kesian, ni plak kucing paling hodoh.. (kesian dengar gelaran tuh...)


Ni body dia.... (wah, cat walk).. Muka? Oho, kejap.. kejap...



"Lawa x i???"


***kredit to Khalis from Sah dan Tak Sah..